Pandangan Pak Arab Tentang Orang Malaysia - Travel Stori
HTML-код
- Опубликовано: 4 фев 2025
- #backpackermalaysia #pengalamantravel #ceritatravel #ceritaumrah
Korang pernah tak berbual dengan orang luar, kemudian mereka bagi pendapatan/pandangan tentang Malaysia. Korang nak tahu tak apa pak arab ni cakap pasal Malaysia.. Nak...?
.
.
Ok Jom tonton..
.
.
Suka dengan backpacker, travel, adventure, camping..? Boleh join group channel telegram nie dengan klik link kat sebelah. t.me/travelbug....
Kalau ada apa2 boleh komen bawah nie. Nanti aku cuba reply satu persatu..
Subscribe, Follow FB & IG dengan klik link dibawah.
Instagram : bit.ly/2tHt3RK
Facebook : bit.ly/37kKDK3
RUclips : bit.ly/2RlKQqA
Nama aku Halif Saat seorang Backpacker, Adventure Traveler dan juga seorang yang minimalis. Terima kasih datang ke channel ini dan tonton video-video kontot yang ada. Jangan lupa klik butang SUBCRIBE.
#backpackermalaysia #solobackpacker #backpacker #ceritabackpacker
Bagus teguran yang baik harus kita terima dan memperbaiki untuk menjadi lebih baik.👍👍👍❤️🇲🇾
👍👍
Pada saya, bila ada yang tegur kita terima dengan hati terbuka. Cuma nak kongsikan, saya kerja di Makkah dan Riyadh, peratusan jemaah yg buat tu rendah tapi ada…biasanya kalau jemaah dari Tabung haji sgt jarang kita terima aduan, kebiasaannya mereka sangat kagum dgn urusan jemaah dari Malaysia, perkhidmatan dari Malaysia telah dibaiki dan meningkat…kita berdisiplin dalam mengikut arahan agensi Malaysia. Malaysia boleh!🇲🇾
Awal sampai elok. Lepas 2 hari di mina, letih tengok...
Mabok Kencing Onta Pendosa Akhir Zaman Dosa dan Kafirin Tuhan maha Besar Pencipta Umat2 semasta Alam..😱
masalah kita yang selalu ada ialah kita memang buang sampah elok tapi kat rumah kita, tapi kita boleh pulak buang sampah sesukahati di rumah jiran atau tempat yang bukan kawasan kita. Masalah itu sangat popular. Makanya, tak terperanjat jika ia berlaku di Mekah.
Setuju. Rumah sendiri bersih. Keluar rumah pengotor mcm babi.
Mabok kencing Onta Pendosa Akhir Zaman Dosa dan Kafirkan Allah..kerana hanya Tuhan maha Esa Pencipta umat2nya seluruh Alam di Dosakan dan di Kafirkan oleh Golongan Pendosa Akhir zaman..😫
👍👍
Aku pulak trbalik..kat rumah aku, bilik aku sepah bleh tahan..tp kat luar, pantang aku tngk org buang smpah merata..
Masalah jemaah buang sampah sembarangan di tanah suci harus diperingatkan sebelum berangkat ke tanah suci atau sentiasa diingatkan ketika taklimat di tanah suci.
Mohon tabung hji nasihat semua jemaah Malaysia buang sampah d tong sampah semasa berada d Mekah Madinah.. Sya prnah pigi mekah n Madinah 2 kali.. Naik hji n umrah.. Memng betul bgi sebahagian orang Mlaysia tapi tak semua.Ana min baladi Sabah..!!!
Complain la kat tabung haji...pengotor la tu..mesti kena punya
Orang malaysia di ajar bawa platik utk sampah dalam beg kita, orang yg masih buang sampah merata2 tu jenis orang yang terlalu malas lah tu,
2kaliaka pergi tidak jumpa pulak sorang pun yg buang sampah tp tak tahulah timehaji, ( akak pergi musim puasa,..)
Betui dan setuju terutama di mina. tahun lepas ada satu jemaah haji perempuan dari sabah dia ambik inisiatif susun kasut dalam kotak dan kutip sampah dikawasan khemah. Kt80 maktab 82 2023..tahniah hajjah.
Hnya org luar yg nampak apa yg ada pd diri kita.. Segala teguran kita berlapang dada dan Cuba baiki tiap kekurangan dan kesilapan.. Buang ego.. Cerita terbaik..
👍🙂
Begitu lah allah swt mengetahui apa yang tidak kita ketahui tapi allah mengetahui apa yang kita ketahui.
Aku org Malaysia tapi tak pernah buang sampah merata2. Ni mungkin 1-2 orag saja yg buat hal begitu (memanglah ada). Kebanyakan rakyat Malaysia juga buang sampah di tempat sampah.
Dont worry
Kadang arab ni dieorg pukul rata saja, org indonesia dikata malaysia...
Disebabkan fizikal serupa.
Thailand, indonesia, malaysia punya raut wajah yg sebijik sama, kalau sye, sy akn minta pengesahan, dr mana pak arab itu dpt tntukan kelompok buang sampah itu benar2 org malaysia?
Confirm samada dia failed utk jwb atau mgkin telahan dia benar, tp kita ada hak utk bersihkan nama baik, jgn telan bulat2..
mungkin 1-2 org shj yg TERbuang sampah. jemaah kita sgt disciplined di bawah kelolaan TH.
pak arab tu silap judge. Rupa Asians ini lebih kurang sama.
@@kcc66 betul tu.part disiplin sampah nie orang Malaysia mmg blh harap. cuma pengurusan sampah kita jauh ketinggalan drpd org Jepun. klw org Jepun sampah pun diorg kategori.klw kita asal namanya tong sampah..kita letak jer.xkisah sampah basah atau sampah kering.yang nie kena didik kt sekolah.supaya generasi akan dtg lebih disiplin dalam pengurusan sampah.
Setuju. Sangat2 fail bab2 sampah ni. Walaupun tegur dah banyak kali, kalau kita pusing belah lain ja, mula pakat2 baling/buang sampah dari tingkap ke bawah tingkat lain. Sebab dah terbiasa dari kecik. Mai sekolah menengah masih perangai yang sama. Dah tegur cara hemah tak jalan, cara denda/hukuman pun tak jalan. Taktau la macamana nak ubah.😢
Maksudnya pihak pengurusan haji lps ni boleh nasihatkan setiap rakyat Malaysia yg nak menunaikan haji / umrah agar jaga kebersihan khemah masing², buang sampah dlm tong yg disediakan. Kena nasihat & ingatkan selalu... Lama² akn jadi tabiat / amalan yg biasa dilakukan...
👍👍
Tabiat buruk org Malaysia
menjadi peringatan dan kesedaran untuk kita orang malaysia
Pengalaman aku satu kelas kuliah dgn Pak Arab Pak Arab...4 tahun...buat aku menyampah dengan bangsa ni dan fahamlah kenapa Nabi terakhir terpilih dari kalangan bangsa Arab....
😥😥
dorang kasar kan
@@girlleo2807 bukan saja kasar Fiza,menipu,angkuh dan macam-macam perangai negatif lagi.Kalau naik bas,dari duduk sebelah org Arab Islam,saya lebih rela duduk dgn org Yahudi...
betul..orang arab pun suka buang sampah juga.siapa pernah datang tanah Arab tau lah.
@@joeconan9045 pompuan pun sama ke ?
Bab sampah tu memang betul sgt la.. Apa nak kata, itu memang perkara yang sgt perlu kita perbaiki.. ayuh berubah semua..
Alhamdullillah 2014 kami pergi haji. semasa akhir di Arafah kami semua jemaah kutip sampah dan masukkn.dlm plastik hitam sebelum berangkat balik di mekah dan tempat keadaan sebelum kami tinggalkn Alhamrullillah bersih. tp Bila ada org yg menyatakan sebegizu.😮😮😊tekejut jugal
Setuju dgn pak arab. Majoriti org melayu jumpa sampah buat2 x nampak ada sampah. Ada beberapa mentaliti yg perlu kita baiki :
1) sampah org bukan sampah aku
2) aku buang sampah sikit jer. Bukan kotor pun
3) xperlaa ada sampah situ. Aku bukan duduk lama pun situ (selfish)
4) Bergantung penuh pada cleaner jaga kebersihan. Bila longkang tersumbat, salahkan dewan bandaraya, majlis perbandaran 😂
Setuju...
Setuju...sama2 kita perbaiki. Sbb kita x semua sempurna. Allah jadikan tu supaya kita x riak. Wallahu'alam.
Menurut pelancong asing, Malaysia dahulu jauh lebih bersih, tetapi bila terlalu ramai orang asing, taraf kebersihan tidak seperti dahulu.
Saya pergi ke tempat public x pegang kaca cermin kedai x nak ia kotor
Sampah simpan dlm h.beg
Puntong rokok tk buang merata2 walaupyn saya balik kg..
Saya sangat menghormati kebersihan bukan d bilik tidur, mandi tapi d mana saja saya berada termasuk d rkawasan pybluk dan rumah orang...
Murah & buruk bukan nikai kehidupan..
Nilai kehidupan adalah kebersihan dalam sehingga membaea ke lingkungam kita...
Setuju sangat2.
👍👍
Tempat rehat yang selesa tu memang kat on top masjid @ kalau terlalu panas mereja buka tingkat bawah masjid lagi best tp sejoknya melampau,
Nasihat yg baik.. terima dgn hati yg lapang supaya jd warga malaysia yg lbh berhemah.
❤
Sebenarnyanya sifat menjaga kebersihan ini ianya perterdidik dari Kecil & bermula dri rumah. Maka klu sudah menjadi amalan dlm keluarga sifat menjaga Kebersihan itu sudah ada dia tidak akan buang sampah dimana-mana. Kpd Tabung Haji isu ini perlu ditekankan kpd semua Jamaah Haji supaya menjaga kebersihan setiap masa.
Kalau tak silap, dimusim haji 2018 @ 2019, tersebar video ttg sepasang jemaah haji Jepun yg mengutip sampah yg ditemui dlm perjalanan mereka kemana mereka pergi.
Kesan dr video tersebut, kerja membersih sampah di kaw khemah M'sia di Mina dilakukan oleh jemaah haji M'sia sebelum mereka balik ke Mekah. Samada selepas itu, amalan itu diteruskan @ tdk, tdk diketahui.
Orang Jepun memang mempunyai nilai2 murni yang tinggi, walaupun yang bukan islam apa lagi yang islam, mereka sangat prihatin dalam soal kebersihan dan mereka mempunyai tatasusila yang tinggi. Sekarang ni ramai orang jepun memeluk islam dan ia menjadikan mereka sebagai bangsa yang sempurna, sesuai dengan saranan seorang pemimpin yang memperkenalkan dasar pandang ke timur....akhir zaman dikatakan islam akan terbit dari timur. Wallahuaklam.
Setuju. Dengan apa yang dikatakan oleh pak arab itu...saya rasa malu..saya kena perbaiki lagi diri saya..in sya Allah.
Insyallah..
Alhamdulillah 🤲
...rezqi teguran yg brhemah, be fositive je, xrugi pun, kpd yg nonton td, ambil tindakkan utk prbaiki kearah yg lebih baik ... T. kasih kpd hmba Allah yg menegur ... 🤲❤️🇲🇾
TH patut tekankan perkara ni pada bakal2 jemaah haji. Ini imej negara kita. Lgpun Islam sendiri sngt menekankan tentang perkara ini. Kebersihan kan separuh dari iman.
Bagus lah orang tegur kita. Kata benda benar ni memang pahit lagi2 kalau kita dah biasa dipuji orang. Tapi ingat, kita manusia ada kurangnya juga. So ambik positif teguran tu. Terima kasih share pengalaman tuan.
Sama-sama tuan. Moga kita semua menjadi rakyat yang lebih terbaik pada masa akan datang. 👍👍👍
Alhamdullillah masa sy pergi haji tahun 2015, sy x pernah buang sampah merata walaupon satu biji kurma. Saya buang dlm beg sy dan kalau jumpa tong sampah sy buang dlm tong sampah. Sbb bg sy tanah suci adalah tanah penuh berkah sy terlalu sayang kan tanah mekah dan madinah sampaikan nak buang sebiji kurma di tepi jalan pon sy x nak. Tanah suci ini di pilih Allah dan jadi kediaman rasullullah. Mudah2an Allah terima amalan sy dan pengampunan pd sy insyaAllah .
Ada pelbagai latar belakang rakyat Malaysia ni. Ada yang cakna hal pengurusan kebersihan ada yang tak kisah dan buat ala kadar.. renung2 kan lah..
setuju
Setuju bro kau punya sikap yg baik apa2 teguran kena ambil positive side jgn mudah melenting
Betul bro…kat Malaysia orang buang sampah dari kereta pun ada.
👍👍
Yo.very perfect edition~have a ogod day- Halif,
tq...❤️
betul sangat tu terima ajelah sama sama kita bersihkan sampah tu ,
mmg betul. cuba tengok negara2 lain mcm rusia dll. kita pandang bersih luar biasa tapi sebenarnya bagi diorang itu biasa bagi diorang. Terima kelemahan utk kita baiki.
Melayu Pengotor
👍👍
😥😥
Betul Arab Tu cakap..bukan kat luar je.. kat tempat2 perlancongan atau rekreasi macam Lata/air terjun/pantai..kalau orang Malaysia dah pergi ramai2 mesti buang sesuka hati sampah..
Malaysia atas highway kalau jem pun orang buang smpah merata apakan lagi tempat2 rekreasi.. sedihh 😭😭
@@HalifSaat EMAK BAPAK MESTI AJAR DAN DIDIK ANAK ANAK MEREKA SEJAK DARI KECIL LAGI LAH. TAPI MAK BAPAK DIORANG PULAK YG BUANG SAMPAH MERATA RATA. MACAM MANA NAK SELESAI BENDA NI.
Kne buat peraturan mcm Singapura...agak2 boleh buat x kt ngra kita.?.buang sampah denda
@@ainnasyikin6544 susah sikit cik..negara kita ni..buat larangan merokok kat kedai makan siap denda lagi ada yang peduli? Kenakan denda untuk lebih had laju,langgar lampu merah, lawan arus..masih ada yang buat...kalau denda buang sampah ni rasanya lebih lagilah orang pandang sebelah mata ...
@@sangpenghujam5137
Sbnarnye boleh je Klau nk buat...kne lbh tegas..
Assalamualaikum...betul lah tu,mmg rakyat malaysia gagal dlm masalah sampah..aku dpt lihat sndiri d dpan mata aku...paling jelas d lihat bila bercuti,mmg penuh sampah dalam longkang yg dbuang mlalui tingkap kreta...aku lihat di stesen minyak byk tong sampah,tpi tetap buang smpah merata rata trmasuk dlm tandas..rata² tndas stesen minyak trutama tandas wanita brtaburan tisu,tetap buang merata wlaupun tandas wanita sdah ada tong sampah khas utk buang tuala wanita..masalah pnting diri sendiri sangat kuat dalam kalangan rakyat malaysia...kerana stesen minyak ada pkerja pembersih,mereka buang sampah merata dengan alasan ada tukang pembersih mkn gaji buta jika xde sampah...rakyat malaysia memang pembersih,tapi sifat pnting diri sndiri yang buat buang sampah merata rata...x caya cuba prgi rumah rakyat malaysia,mmg smua kwasan rumah brsih & kemas...hanya jaga kbersihan peribadi,tpi kluar rumah terus buang sampah merata..tak semua rakyat malaysia suka buang sampah merata rata,tapi majority suka buang sampah merata rata walaupun tong sampah sdah ada dpan mata...
sgt betul
Aku mmg menyirap tgok pengotor. Mcm nak tinju2 muka tu
👍👍
😅😅
👍
Ada 2 jenis pemikiran Rakyat malaysia
1). Mentaliti aku dah bayar nanti ada orang kemas kan mcm check in hotel
2). Majoriti penduduk sabah suka buang sampah merata-rata, Pengalaman 10 tahun bermaustatin di sabah dan kahwin org sabah
memang betul pon...semoga masukkan dlm kursus haji bab kebersihan di mina dan arafah #TH tabunghaji
✌
Balik dari umrah, saya seat belakang dlm flight. Masa nk turun melalui aisle boleh tengok banyak betul sampah2 di tinggalkan bawah seat dan atas seat mcm tisu, bungkusan roti, gula2 etc. Bantal dan selimut yg provided dlm flight pun bergelimpangan. Tak boleh ke bungkus dan letak elok2 mudahkan cleaner untuk kemas cabin? Tu baru balik beribadah tu
ya setuju.
Aku dlu2 selalu Kuar ke Beirut mesti geng arab datang ke hotel tggu nak berborak dgn aku ramai yg baik2 kami minum makan bersama respect for liban
wah dah sampai beirut.. mesti best giler sana..
Dah terbiasa sikap "ada tukang/pekerja yang kutip",mentality yang ditunjukkan oleh orang dewasa dan diturunkan pada generasi anak-anak.
Moga kita sama2 perbaiki diri jadi rakyat yang bertamadun.. amin
@@HalifSaat Aamiiin.
Itu adalah kenyataan. Pernah seorang Sheikul Azhar menyatakan, beliau melihat Islam di negara bukan Islam tetapi tidak ada Islam di negara Islam. Apa yg dimaksudkan ialah kebersihan. Kejadian banjir di negara kita mudah terjadi pun (antaranya) disebabkan sampah
👍👍
pengalaman saya masa buat haji dulu mmg bmasalah dgn sampah. masalahnya makanan yg dsediakn tlampau byk dan jadual waktu makan kerap sangat...mcm 6 kali sehari. dgn kkerap tsebut kita tak larat nak mkn byk2...sebab dh tlampau kenyang. bila dh kenyang mknan selanjutnya dh tak nak mkn... semua orang rasa mcm tu. so bila dh tak larat mkn kita buang atau sedekahkn pd org pcuci bilik atau pkerja pungut sampah. kdg2 mereka tak mau terima sebab mereka dh terima lebihan makanan tlalu byk dr org lain. maka yg lebih tu tpaksa dbuang. so timbullah pula masalah tong sampah tak mcukupi utk mnampung sampah yg tlalu byk tsebut. kalau d arafah dan mina lglh tak cukup tong sampah. jadi sampah2 tpaksa dbiarkn begitu saja. kdg2 sengaja dtinggalkn saja makanan yg maseh elok utk org2 dr luarnegara ttentu ambil kerana mereka sangat2 mmerlukanya. ada org2 luarnegara kkurangan makanan kerana stelah tempoh ttentu mereka tidak dsediakan makanan atau tidak langsung dsediakn jika atas perjalanan sendiri. perkara ini sudah mcm satu lumrah kat sana. malaysia tlalu mewah dgn makanan sehingga ianya mcm satu pbaziran saja...
Terima kasih kongsi pengalaman cik puan. 😊
Setuju , demi maruah Malaysia teguran yg membina
Bang cuba dalam percakapan tu dari mula sampai habis cakap melayu sahaja , hanya sekadar nasihat 😊
Itu dulu Skrg jemaah haji dari Malaysia sudah buang semua sifat tu pak arab puji orang Malaysia ini..😊👍
Alhamdulillah..
Apa yg Pak Arab tu betul. Tapu, Pengurusan sampah di Arab Saudi sebenarnya teruk jugak. Rakyat nya suka buang sampah merata rata. Yg cantik bersih cuma di Madinah, Mekah dan dibandar yg byk expatriats saja. Berdasarkan pengalaman kakak saya yg duduk di sana selama 25 tahun.
👍👍
Setuju saya pegi buat umrah. kt tepi jalan diorang byk sampah. Takkan org Malaysia yg buat
Bukan setakat di Mekah @ Madinah, tengok dekat Malaysia sendiri sudah la.. Saya kerja dengan geng potong rumput & cuci longkang, salah satu skop kerja ni ialah bersihkan & kutip sampah di bahu jalan ni.. memang tiap2 bulan sepanjang jalan mesti penuh sampah sarap.. Yang lagi pening, tukang potong rumput sendiri pun kadang2 buang sampah kat situ jugak.. Jem terus otak bila memikirkannya..
Memang betul, selepas upacara kemerdekaan tempoh hari, kita bolih lihat sendiri betapa banyak sampah yang ditinggalkan rakyat bersepah sepah. Ini memang benar attictude orang Malaysia. Sesuatu yang harus kita perbaiki.
Rumah sendiri kotor jangan. Rumah orang tak apa. Itu perangai melayu
pengalaman dgn org Arab ni, mrl mesti ada benda buruk ttg org lain yg mrk perkatakan. ada jer tak kena. jadi dgr dan timbang dgn akal dan ilmu
Bagus lah ada jenis org yang suka bagi teguran dan harus terima teguran... tak mcm kau..suka cakap belakang,tak percaya tanya diri sendiri
Memang layan video abang.....:)
terima kasih support. ❤️
Ok tu bro tegoran demi kebaikan...
Terimalah teguran dgn hati terbuka toksah nk melenting yg penting berusaha bersungguh-sungguh utk memperbaiki diri.😊
setuju ❤❤❤
Pengalaman saya haji tahun 2009, dimina kita duduk dalam kemah, mknn disediakn, kita makan dan ibadah melontar 3 Hari, sampah depalah kutip buang, tapi pengurusan sampah yg kurang berkesan. Sampah2 yg dikutip dikumpulkan di bhgn depan gate maktab. Dibiarkan di depan maktab selama 3 hari tanpa di kutip, akhirnya sampah berlimpahan, terpaksa berjalan di atas sampah!!!!. Salah jemaah ke tu???. Pihak pengurusan yg tak kutip sampah2 tu. Pikirlah orang berapa ramai masa tu, !! Takkan jemaah pulak yg nak kutip sampah2 tu nak kena pi buang ke tapak pelupusan?? Sedangkan kita dalam ibadah haji. Masa duduk di hotel2 tak timbuk pun masalah ni.
Terima kasih kongsi pengalaman bersama disini 👍👍
Pernah 3 rumah sewa student dkt over sea...
Lose deposit saat mahu keluar gara2 masalah kebersihan x dijaga.
Dkt dinding blkg dapur masak berkunyit berbau segala macam gorengan, minyak terpercik menahun x cuci, , bwh peti, bawah almari dapur mcm ada seakan2 lapisan gliserin mcm 10 tahun x pernah disental dan sesetengahnya blkg kuali/ periuk yg disediakan owner rmh hitam tebal blh diketuk ambik klon.
Padahal student2 tu semuanya perempuan yg sering laung slogan "kebersihan sebagian dari iman"
Malu sy waktu2 itu kerana dipanggil student2 cewek utk dptkan semula deposit tp gagal. Salah siapa?
Org kita sesetengahnya, mereka bersihkan yg dlm bilik, tp yg area "kerajaan" punya, byk yg lps tangan berharap pd org laen yg buat. Bangsa asing ni hampir setiap kali hari minggu mereka bersih rmh termasuk bwh carpet, tilam dan bantal siap dijemur tepuk.
Kita ni tak, kita bersihkan yg face atas jer..
Bwh carpet punya main tebal debu, kundur2 pon blh bersarang. Percaya tak?
Haha...saya pn sewa rumah mmg kat student perempuan tapi Kali ni saya tegur pasal kebersihan ( penyewa generasi lama ok boleh terima )tapi Yang ni tak boleh terima teguran...ugut nak keluar rumah...dia ingat saya terdesak kot takut duit sewa tak dapat...bilik depa mmg bersih tapi tandas dll lain...😱😱😱.Siap libatkan mak ayah lagi sbb tegur anak dia...last saya kata nak keluar keluar la...saya siap cakap kalau dapat rumah sewa selengkap ( bukan barang entah apa2 )dan sebaik ni malah sewa 300 daripada RM 1000 sbb kesian 2 orang je duduk tak ada member dan pasal covid.kamu bertuah...
👍👍
Percaya sangat 2saya keja sebagai cleaner jadi memang saya percaya kadang2 tengok muka cun habis pakaian jgn cakap tapi pi la tengok rumah depa ada lagi satu orang cakap orang melayu lemah lembut tengok bila dia pengang stering keta
Tak ramai orang Malaysia berperangai macamtu...apa pun take it positively.
🤷♂️
Setuju 200% dgn pak Arab tu..bila kerja diluar negara, blk Msia rasa malu dgn kebersihan sekitar terutama di bandar2 kecil & habit suka buang sampah merata.
Org yg bfikiran maju akan ambil teguran tu positif utk baiki diri bukan marah.
Aku suka video ni dan aku berani komen kerana aku MMG tak buang sampah merata,100%perjalanan aku naik kereta aku buang sampah dlm kereta aku..aku akan buang sampah dlm tong sampah' Dikampung aku..bab sampah lain ,lain caranys
Kat sekolah lagi dah byk sampah dibuang merata tempat. Dalam longkang luar sekolah dah bersumbat dgn sampah. Itulah gambaran keadaan bandar Malaysia di masa depan.
Contoh 7:50 tu buat aku hampir trsembur kopi 🤣.. Done subscribe
😅😂😂😂🤣 Terima kasih support!
Itu memang realiti..akan ditemui sampah sepanjang jalan dimana-mana saja..
😥😥
kat malaysia sama je. tengok pasar malam atau ada konsert atau fun fair atau hari merdeka. sampah banyak melimpah ruah
Mungkin itu dulu. Sekarang tidak. Saya ada tengok satu video di mana jamaah haji malaysia telah membersihkan tempat itu sebelum jamaah haji bertolak ke makkah.
Mmg betul....saya takleh terima dgn urusan sampah. Ada yg buang pad dlm tong minuman....geli betul....
betul. kalau tengok pasar malam di malaysia.
Masa pasar beroperasi tak nampak sangat. Lepas habis pasar tuh serammm 😅
Mmg betul apa bro ni cakap. Dah 60 tahun lebih merdeka tapi mentality masih belum maju. Islam pon memang sarankan kebersihan hati diri serta persekitaran. Itu dia belum cakap pasal korupsi. Itu lagi kotor dan menjijikkan kerana satu negara akan merana.
Kalau yg cakap tu arab mesir..saya lawan balik..sebb depa pak Arab mesir lagi teruk
Yang pasti bangsa arablah bangsa pertama yg berjuang dengan harta benda,jiwa raga,hatta dengan nyawa untuk memastikan bangsa melayu yg berada jauh dari tanah arab dan seluruh bangsa di dunia ini mengenal islam…
Mmg betul kata dia.
😥
Betul... Kurang tong sampah...
👍👍
Saya memang setuju....Kita mmg fail Bab pengurusan sampah.....Tak tau lah Di mana silapnya..
👍👍👍
Memang betul pun..kita kene terima teguran tu..tgk je kat sungai2 kat malaysia ni..
sembang pasal sungai memang menyedihkan..
Aikkk...sblm aku lihat video ni aku ada tgk video pasal "Khemah Malaysia terbersih di Mina" dari berita RTM
ermmm boleh baca comment mereka yang share pengalaman di sana.. 😊
ada betul juga tu. Kita terima tegurannya agar kita boleh perbaiki diri kita.
Yang cerita di mina /arafah tu pulak, dari pengalaman saya, jemaah haji malaysia sangat concern tentang kebersihan. Selalu mengemas dan membersih khemah masing2 supaya selesa untuk rehat, solat, mengaji etc etc. Yang jadi masalah nya, tong sampah tak cukup atau bila isi dah penuh, lambat dibuang. Mungkin itu yang jadi problem nya. Wallahualam
👍
Semasa kat Mina , kawasan khemah jemaah kita agak apa yg di katakan.....
Negara lain agak disiplin tentang kebersihan munkin jemaah kita tak di sematkan dlm kepala mereka tentang kebersihan....
Tapi bab tolak ansur kita terbaik org arab tabik kita......terbaik Malaysia
👍👍
Betull 🥹 masalah buang sampah ni aku tengok boleh tahan gak. Sorry to say la tapi lagi2 dalam kalangan orang2 yang dah berumur. Setakat yg aku nampak ni alhamdulillah budak2 muda dah nampak macam reti bahasa sikit buang sampah masing. Tapi pakcik2 yg tua ni ada segelintir yg ego tinggi sikit 😅 buang sampah gitu je pastu gerak pi tanpa rasa bersalah 😂 cumanya kita tak berani nak tegur. Tu sebab dalam majlis atau apa2 kena selalu pesan buang sampah masing2. Kadang2 trfikir gak benda ni pun nak kena orang bagitahu ke, tapi bila fikir balik, takpa la, atleast ada usaha tu. Asalkan progressive dalam usaha ke arah yg baik. Jangan tak da usaha lansung
Pengerusan Tabung Haji perlu ambil perhatian terhadap perkara ini
Setuju
Mari kita baiki diri kita
Strd la org msia.. Fasiliti nak 1st class tp mind set 3rd class.. Aku perati lama dah... Betul apa yg pak Arab ni cakap...
#TabungHaji....Mohon ambil maklum & aggressive
Time dlm kete pun leh buang smpah dari tingkap cmne..kat park lagi la bersepah sampah
😥😥😥
Ada betulnya..tapi tak kesemua
Penat nak tunggu point
🤷♂️
Terima kasih atas video anda. Diminta pihak yang berwajib mendidik rakyat Malaysia dari peringkat awal mengenai kebersihan, supaya menjadi amalan hidup mereka.
Nama channel video asli Halif Saat. Tajuk video ‘Pandangan Pak Arab tentang Malaysia’.
Haissh dah tak tahu nak kata apa dah dgn masalah sampah ni. Saya pernah berjalan kaki sejauh 235km dari Sg Relau pahang ke KL. Sepanjang2 kaki lima jalan tak kiralah jalan kampung atau highway bertol ke, penuh dgn sampah yg dibuang dari kereta. Speechless & shocked dgn kuantitinya dan jenis2 sampah. Bukan sepak2 daun lagi, sepak2 sampah. Botol air, plastik tu dah rutin tapi ada pampers, ada kerusi, ada meja.. yg anehnya itu highway tu! Siap ada buang peti ais! Wang pun ada.. sy dpt kutip dlm 7-8ringgit la jugak wang tepi jalan.. 😂 Dari 235km saya berjalan, perkara paling penting dan menyayat hati ialah mentaliti kita rakyat Malaysia. Letak kat lutut. Selfish takde sivik. Mcm mana la nak jadi negara moden? Ingatla pelancong asing suka dgn negara bersih. Depa dtg bawak masuk duit. Ekonomi kita adalah kitaran ok. Jgn ingat perbuatan kita walaupun seorang tidak memberi kesan kepada poket kita sendiri. Itu blm lagi pasal kesan kepada alam sekitar.
Sekiranya ada seseorang mengatakan kepada kita bangsa melayu malas apakah kita juga termasuk golongan tersebut???kita melayu???jadi sama jugalah sekiranya kita mengatakan bangsa arab itu tidak berakhlak kerana rasullullah juga berbangsa arab…
Sama2 lah kite menjaga kebersihan, didik lah keluarga dan anak2 untuk menjaga kebersihan..
setuju ❤
ok terus ke 5:00 untuk tau knp org arab xbrp suke dgn org msia
Aku suka la brader nih bgi penjelasan🤣
😂😅😅
Memang betul..pakai air pun tak tau jimat
😥😥
Betulkan yg biasa, biasakan yg betul. 😊
👍👍
Saya nak la komen sikit.Dekat Arafah tu memang ramai manusia....sikap manusia ni pelbagai. Kalau kita di didik kat rumah pembersih....kat manapun kita pergi kita akan amalkan sifat ini.Satu perkara yang saya perhatikan kat padang Arafah....sampah banyak sekali.Berimbun timbun dan pengurusan sampah agak longgar....tapi pujian pada kerajaan Arab Saudi....tiada seekor lalat pun datang ke khemah jemaah.Mungkin sampah di spray bahan kimia yang tidak akan di hinggapi lalat atau lalat mati kerana kimia tersebut.
Terima kasih kongsi pengalaman 👍👍
ye betul masa aku pergi haji 2012 dulu mmg kat arafah sampah kat khemah malaysia mmg banyak. Makanan membazir cukup banyak. TH pun tak pernah ingatkan jemaah haji pasal jaga sampah ni. MMg betul pak arab tu kata.
👍👍
Assalam. Masalah sampah ni macam dah jadi lumrah buat rakyat malaysia
Rasanya semua agama TERUTAMA dalam agama ISLAM yang kita cintai, KEBERSIHAN adalah antara perkara yang paling DIUTAMAKAN. Namun sayang, ramai rakyat beragama islam sendiri yang ignore bab kebersihan.
Ada yang bila tak jumpa tong sampah, mereka just lempar je sampah tu. Apalah salahnya, pegang dulu dan buang bila dah jumpa tong sampah!
Ada yang letak sampah untuk dipungut depan rumah, bila berterabur sebab di selongkar haiwan, mereka tak kumpul dan masuk dalam plastik baru, mereka harap pekerja yang kutip sampah uruskan ! Mana boleh macam tu !
Kalau yang dalam kereta pula, 'kereta jangan ada sampah / kotor, mesti bersih selalu!'. So...asal ada sampah, buka tingkap, lempar je!
Perangai macam ni merosakkan keindahan Islam. Kita dianugerahkan akal oleh ALLAH. Gunakanlah sebaiknya.
Ajar anak2 tentang kebaikan kebersihan, kenapa perlu sentiasa bersih, cara jaga kebersihan dan masalah kalau tak bersih.
Kalau kita amalkan kebersihan seperti dikehendaki Islam, insyaallah, semuanya selamat dan berkah.
Wallahuaklam !
LTH kena take note benda ni. Kena selalu peringatkan para jemaah supaya menjaga kebersihan. Kena buat checkup selalu kekhemah2.
Rasullulah diutus bukan untuk bangsa arab tetapi untuk seluruh jin dan manusia..jadi untuk mengatakan Allah utus nabi berbangsa arab kepada orang arab kerana orang arab buruk akhlak adalah kenyataan yg sangat tidak benar kerana rasullullah diutus adalah untuk rahmat seluruh alam…
Setuju. Selalu naik flight bersama jemaah Malaysia (umrah) dan juga jemaah indonesia, memang banyak sampah ditinggalkan jemaah dalam flight.
Baguslah orang tegur.. Kalau tak boleh terima teguran tu yg masalah.
Teguran yang terbaik yang boleh kita perbaiki
❤
mungkin kalau ada khemah orang melaka, mungkin khemah tu bersih.
Ada benarnya juga kata pak Arab tu, terutamanya plastik bekas Pek makanan "Ready to eat" yg dibekalkan kat Jemaah2 Msia tu ...tapi jemaah Msia dan Indon wajahnya hampir sama.....
😥😥
Abg ni travel bag packer ke??
Malunya...... Dengar tu .. bakal² haji
Moga kita semua menjadi lebih baik pada masa akan datang ✌