Istiadat Persandingan YAM Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham penuh tradisi

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 17 сен 2024
  • Istiadat Persandingan YAM Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham penuh tradisi
    KUANTAN 25 Ogos 2024 - Istiadat Persandingan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar berlangsung dengan penuh tradisi di Istana Abdulaziz malam ini.
    Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
    Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta paduka-paduka adinda serta kerabat bergelar.
    Istiadat Bersanding dimulakan selepas YAM Tengku Puteri Afzan yang tampil anggun dalam persalinan berona putih dibawa masuk ke Balai Mahkota tepat pukul 8.30 malam.
    Paluan kompang mengiringi ketibaan FD Idzham yang dibawa masuk ke Balai Mahkota bersama Sirih Lat-Lat yang kemudiannya diserahkan kepada Tengku Puteri Afzan sebagai tanda bermulanya Istiadat Bersanding.
    Istiadat Bersanding dimulakan dengan istiadat menyuap nasi semangat atau pulut kuning kepada pasangan pengantin oleh paduka kekanda Sultan Pahang, YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Tan Sri Dr Tengku Meriam binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.
    Sebaik sahaja Istiadat Bersanding KDPB Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah berkenan memulakan istiadat merenjis pasangan pengantin diikuti KDPB Tengku Ampuan Pahang, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah serta KDPM Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Perang YAM Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.
    Tetamu khas dari Indonesia yang merupakan anak kepada mantan Presiden Indonesia, Suharto iaitu Siti Hediati Hariyati turut dijemput merenjis pasangan mempelai sebelum upacara berkenaan diteruskan kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Datin Seri Hafizah Mohd Zakaria selain datuk, Tan Sri Mohamed Mansor Fateh Din serta dua nenek FD Idzham , Puan Sri Zainun Yaacob dan Puan Hajah Maimunah.
    Turut merenjis pasangan pengantin ialah Menteri Besar Pahang YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail serta isteri, Datin Seri Diraja Dato' Burhah Mohammed.
    Istiadat Persandingan diakhiri dengan upacara meletak Pancabicara atau peralatan istiadat yang digunakan dalam istiadat perkahwinan serta istiadat-istiadat Diraja yang lain oleh KDPB Sultan Pahang dan KDPB Tengku Ampuan Pahang di atas kepala pasangan pengantin.
    Keberkatan istiadat persandingan yang berlangsung dipohon melalui bacaan doa oleh Sahibus Samahah Mufti Pahang Professor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim sebelum kedua-dua mempelai meninggalkan Balai Mahkota untuk sesi bergambar di Balai Inderapura.
    Pasangan pengantin kemudiannya menuju ke Dewan Santapan bagi majlis memotong kek dan menikmati jamuan makan bersama semua jemputan yang hadir.
    Istimewanya, semua hadirin dijamu menu-menu tradisional negeri Pahang antaranya Sambal Hitam, Patin Buah Tempoyak, Ayam Kampung Asam Rom, Ayam Kampung Gulai Tempoyak, Sambal Peda, Daging Pacak, Bubur Murai dan Aiskrim CheMinahSayang. -KESULTANAN PAHANG

Комментарии • 12

  • @ananarose9556
    @ananarose9556 22 дня назад +2

    Suka tengok TMP letak bunga rampai (red rose) atas tapak tangan adik dia. Cute n caring sangat ....aww so sweet❤

  • @QualitativeResearch2
    @QualitativeResearch2 22 дня назад +3

    SOPAN! Moga rakyat biasa contohi,jangan lebih sudu dari kuah...kalau RAJA pun humble macam ni...Mmmg layak dicontohi.....

  • @amromli7177
    @amromli7177 22 дня назад +3

    Anak Suharto tu tak payah la bawak budaya Konoha, over tengok

    • @junajuni2015
      @junajuni2015 22 дня назад

      Jaga lh adab dan mentaliti sbg warga malaysia (maaf klau awak bkn warga malaysia), knp nk mmprsoal budaya org lain, tak mnyusahkn kita pun kan

    • @jintanmanis5000
      @jintanmanis5000 17 дней назад

      KANNNNN
      Negara republik poyo, nyampah aku

    • @jintanmanis5000
      @jintanmanis5000 17 дней назад

      @@junajuni2015tgok sejarah jerlah, pulau mana yg anti Melayu

    • @junajuni2015
      @junajuni2015 16 дней назад

      @@jintanmanis5000 yg anti melayu tu yg takde pndidikan, org kita 34juta, org dia 200juta++, jauh beza ramainya, jauh beza tahap pendidikannya, org dia majoriti mentaliti mmg ke laut dalam lah, so kita yg dh bijaksana ni jgn trikut² dgn bad attitude, low mentality mcm dorg tu.

    • @junajuni2015
      @junajuni2015 16 дней назад

      @@jintanmanis5000 baju Hediati pkai tu mmg salah 1 baju tradisional suku² di sana mcm kita pkai baju kurung tu, so bg mnghormati majlis rasmi apa salahnya dia pkai baju tradisional dia, saya pn prnh pkai kurung songket di jepun dan rasa very proud as malaysian

  • @SalmahKadir-v1r
    @SalmahKadir-v1r 22 дня назад

    Reekatemor yg hias.

  • @jintanmanis5000
    @jintanmanis5000 17 дней назад

    4:43 mcm over nau pulak anak suharto pakai sanggul camtu

  • @stripper295
    @stripper295 21 день назад +1

    Ampun tuanku beribu Ampun. Semoga perkahwinan diberi berkat dan rahmat yang berpanjangan 🙏🏻
    Patik ingin menyelit sedikit permintaan kepada Istana Pahang, sila ambil tindakan keras terhadap PN, PAS dan penyokong mereka. Mereka semakin lantang mencela kewibaan Istana Pahang terutama bekas YDPA dan TM Pahang. Ayatayat seperti menipu, bodoh sudah banyak dilontar oleh penyokong dan peguam PN dan PAS. Mereka ingin mencabar kuasa daulat dan harap tindakan keras diambil sebelum keadaan menjadi lebih parah.
    Ampun Tuanku beribu ampun patik mohon menyembah 🙏🏻

  • @SalmahKadir-v1r
    @SalmahKadir-v1r 22 дня назад

    Majlis bersanding hanya dihadiri kaum keluarga je