UNIVERSITI SAINS MALAYSIA - NURUN NYAOK AI (MBK 2023 - JOHAN)

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 15 янв 2025

Комментарии • 40

  • @ilyasa98
    @ilyasa98 Год назад +37

    Sebelum kita memperbahaskan sama ada tarian yang dipersembah adalah kreatif atau kreasi baru, perlu ada dimaklumkan wujudnya perbezaan tarian kreatif dan kreasi baru, perlu diketahui bahawa terdapat satu garis halus yang memisahkan antara kreatif dan kreasi baru ini.
    TARIAN KREASI BARU
    Menurut Endang Caturwati (1996), tarian kreasi baru ialah sebuah karya tari yang mengalami pembaharuan iaitu merujuk kepada inovasi koreografer dalam daya cipta tarian baru dengan sentuhan dan cita rasa baharu.
    TARIAN KREATIF
    Menurut Anuar (2009), tarian kreatif adalah medium menyampaikan satu jalan cerita yang atau idea gerakan kreatif dengan iringan susunan muzik tersendiri berdasarkan pola lantai yang disusun mengikut jalan cerita tersendiri. Gerak tari juga adalah kreativiti yang dicipta oleh seseorang penari dan mempunyai koreografi yang tersendiri.
    PERBEZAAN KREASI BARU DAN KREATIF
    Sekiranya dilihat semula, wujud dua perbezaan antara kreasi baru dan kreatif bagi menunjukkan idea diskusi ini dapat diperbahaskan mengikut pendapat Soedarsono (1977).
    a) Gerak Tari
    Perbezaan ketara antara kreasi baru dan kreatif adalah gerak tari iaitu kreasi baru menekankan aspek kebebasan dalam penciptaan koreografi dengan mengacu pada tarian tradisional di sesetengah daerah dan juga mendapat inspirasi dari daerah yang lain serta melepaskan gerak tari tradisi biasa kepada gerak tari yang lebih moden namun tidak susah diikuti.
    Tarian kreatif pula merujuk gerak tari yang hasil ciptaan koreografer berdasarkan gerak tari yang tersendiri tanpa merujuk kepada tarian tradisional di daerah tertentu dengan hanya dipersembah pada suatu masa tertentu dan gerak tari pada kebiasaannya agak sukar diikuti kerana terikat pada muzik yang tersendiri dan pola lantai tersendiri.
    b) Silsilah Tari
    Perbezaan ketara yang kedua antara kreasi baru dan kreatif adalah berdasarkan keaslian tarian iaitu kreasi baru lebih merujuk kepada garapan seni tari tradisional yang telah diolah baharu oleh koreografer sesuai peredaran zaman dan pembaharuan yang diketengahkan tapi tidak menghilangkan seni tari tradisi
    Tarian kreatif adalah seni tari yang baharu tanpa melihat kepada gerakan tari tradisional dan merupakan ciptan koreografer tersendiri malahan terikat dengan susunan muzik dan pola lantai.
    HASIL PEMERHATIAN
    USM tidak menyalahi konsep kreasi baru seperti yang dilontarkan sesetengah pihak dan sekiranya USM telah melakukan tarian kreatif maka sudah tentu koreografi tarian ini tidak melihat kepada gerakan tari tradisional yang asal iaitu Ngajat Nyaok Ai.
    Berkenaan susunan muzik pula, USM tidak menghilangkan keaslian muzik yang dimiliki oleh masyarakat Iban itu sendiri kerana tempo dan nota muzik yang telah dirancakkan oleh koreografer memandangkan pertandingan tarian kreasi baru melihat kepada olahan baharu koreografi dan susunan muzik yang mempunyai cita rasa baharu tanpa meninggalkan seni muzik tradisi yang asal.
    KESIMPULAN
    Semoga perkongsian ini dapat membantu menjernihkan pemikiran dan seharusnya kita meraikan pendapat yang dinamik kerana itulah budaya ilmu yang patut kita ketengahkan bukan sekadar mencari titik percanggahan tetapi juga titik pertemuan yang meraikan pendapat bersama.
    Sekian, harap maklum.

    • @akuanakiban
      @akuanakiban Год назад +3

      Lagu dekat hujung tu bukan lagu gerak Iban lagi, rentak lagu asli Iban lain. Depan sahaja lagu Iban, namun dihujung rentaknya lari. Jikalau kamu mendengar Taboh Iban, kamu akan dapat membezakan bunyi muziknya. Saya ambi contoh UMP pada tahun 2020, itu baru rentak Iban, tidak lari muziknya. Rentak Gendang, Gong dan Canang adalah memainkan peranan penting dalam rentak Iban manakala Keromong adalah bebas dan boleh bervariasi mengikut tempat. Meskipun masih dirancakkan, rentak nya tidak hilang.

    • @ilyasa98
      @ilyasa98 Год назад

      @@akuanakiban Sebab itu pertandingan ini dinamakan tarian kreasi baru, jadi penggunaan muzik mahupun busana adalah mengikut cita rasa koreografer dan persembahan yang dilakukan oleh individu mahupun kumpulan, selagi ia tidak melanggar syarat pertandingan iaitu muzik hendaklah dikreasi baru maka tidak menjadi masalah.
      Justeru, sebagai seorang penari atau koreografer perlu memahami dinamik dan konflik dalam persembahan. Jika gagal berbuat demikian, maka itu menunjukkan kefahaman anda berkenaan skop yang diberikan adalah bersifat kurang memuaskan.

    • @akuanakiban
      @akuanakiban Год назад

      @@ilyasa98 bukankah tuan sendiri mengatakan yang USM tidak menghilangkan keaslian muzik kerana ianya mengikut cita rasa koreografer? Padahal memang sudah lari pun keaslian muzik dihujungnya. Merujuk komen saya di atas, keaslian di hujung muzik itu memang sudah hilang dan tuan menidakkannnya.
      Kemudian kini tuan memberi alasan ianya diperbolehkan oleh kerana ianya mengikut cita rasa koreografer? Menurut telinga saya memang jauh bunyi tarian Iban tu.😂😂

    • @ilyasa98
      @ilyasa98 Год назад

      @@akuanakiban Kenapa keaslian perlu dilihat 100% keaslian di sepanjang notasi dan susunan muzik itu sedangkan dalam industri muzik sendiri itu keragaman dalam muzik perlu diraikan? Walhal secara jelas pertandingan kreasi baru adalah hasil daya cipta koreografer dan komposer muzik ini digunakan untuk menampakkan dinamik tanpa menghilang keaslian sebenar.
      Jadi, memang betul USM tidak menyalahi syarat kerana susunan muzik masih mengekalkan keaslian muzik dan tidak menyalahi syarat yang dikenakan maka tidak menjadi masalah. Sebab itu pertandingan tarian kreasi baru bertujuan untuk melestarikan budaya sedia ada dengan jika ingin meletak keaslian secara 100% alangkah baik kalau pertandingan tarian ini dinamakan tarian etnik tradisional dan bukan tarian kreasi baru 😅
      No wonder USM juara MBK2020 kerana kebijakan koreografer yang menekankan aspek kefahaman berkenaan dinamik dan konflik persembahan yang seharusnya diraikan. Nak mekarkan seni budaya bukan sekadar meletakkan keaslian 100% tetapi melestarikan budaya itu agar setara dengan peredaran zaman dan terus relevan juga memain peranan penting dan besar dalam industri seni hiburan. 🫶🏻

    • @akuanakiban
      @akuanakiban Год назад

      @@ilyasa98 Bukankah tuan sendiri mengatakan USM mengekalkan 100% keaslian muzik jika merujuk kepada kepada komen tuan yang diatas?
      Dan apabila saya menolak penjelasan keaslian muzik yang digunakan tuan pula memberi alasan bahawa keaslian muzik tidak perlu dikekalkan kerana mengikut kreativiti koreo.
      Mana satu yang betul?🤦
      Keaslian yang saya maksudkan adalah rentaknya bukan isi muzik tersebut. Jika rentaknya sudah lari, ianya menjadi muzik kaum lain. Konsep tari Indonesia dan tari Malaysia tak sama. Saya pasti koreografer USM terkeliru antara konsep tarian kreasi di Indonesia dan tarian kreasi di Malaysia. Kerana saya tahu bahawa muzik pada akhir tarian adalah muzik daripada Kalimantan Barat.
      Konsep tarian kreasi di Indonesia itu sebenarnya konsep tarian kreatif di Malaysia. Jika kalau Malaysia memakai muzik tarian kreasi rentak Indonesia, maka tarian di Malaysia bukan lagi kreasi, melainkan kreatif.
      Berikut saya sertakan tarian dan muzik kreasi Iban yang sebenar dalam konteks kreasi Malaysia:
      ruclips.net/video/_h5959tm5ds/видео.html
      ruclips.net/video/RRTe76KHufo/видео.html
      ruclips.net/video/f2qSprxgPow/видео.html
      ruclips.net/video/HX_JyXv4gqk/видео.html
      ruclips.net/video/HOTxXbI4228/видео.html

  • @albertsigansaliman5064
    @albertsigansaliman5064 Год назад +7

    Konflik kreasi dan kreatif Sarawak yang tiada titik noktah. Bahasan yang berlaku hanyalah retorik semata. Sesebuah pertandingan haruslah berlaku mengikut skema pemarkahan pertandingan tersebut dan bukannya mengikut penyelidikan andaian sendiri

  • @easterutih7004
    @easterutih7004 Год назад +2

    The best lahhh USM 🎉gerakan yang SANGAT Bagus dan Lagu sesuai

  • @jongjonginai187
    @jongjonginai187 Год назад +3

    CANTIK!
    Muzik cantik.
    Step cantik.
    Pecahan lantai not bad
    Busana maveles!
    Penari² bagus
    Idea terbaik best 👍🏽
    Semoga akan ada lagi karya2 hebat mcm ni drp jurutari dan pasukan.
    Tahniah!

  • @penaa_kayu
    @penaa_kayu Год назад +4

    Suka dengan gubahan muzik & step tariannya sekali❤❤❤love sangat²

  • @sisxu25
    @sisxu25 Год назад +1

    So good!!!!!! 🎉🎉🎉🎉🎉

  • @boyrambutan3835
    @boyrambutan3835 Год назад +1

    perfect..goosebump

  • @sisxu25
    @sisxu25 Год назад +3

    High quality performance!!!!

  • @ilyasa98
    @ilyasa98 Год назад +3

    Such an astonishing performance ❤❤❤❤❤

  • @taufiqhh6999
    @taufiqhh6999 Год назад +2

    Sy sukaaaa !!!❤

  • @alicematius3003
    @alicematius3003 Год назад +2

    Really excellent performance 🎉

  • @sosokhitam356
    @sosokhitam356 Год назад

    Proud to be Iban

  • @sylvesterranggie
    @sylvesterranggie Год назад +2

    Lurve USM❤❤

  • @MUHAMMADISMAIL-kx6ws
    @MUHAMMADISMAIL-kx6ws Год назад +1

    MANTAPPPP

  • @rithiniewilliam1246
    @rithiniewilliam1246 Год назад +1

    ❤️❤️❤️❤️❤️

  • @syraaraa1707
    @syraaraa1707 Год назад +1

    ❤️❤️

  • @sesuakaeuphoria4912
    @sesuakaeuphoria4912 Год назад +1

    steady junior..Kami memimpin

  • @moonblade2123
    @moonblade2123 Год назад +1

    lurveeeee USM

  • @emirezzri2185
    @emirezzri2185 Год назад

    boleh tanya lagu apa yg digunakan tu?

  • @syahdadhadi5572
    @syahdadhadi5572 Год назад +2

    Ghoooseebumpp

  • @hellerytitus1040
    @hellerytitus1040 Год назад

    Tau minta lagu iya bala menyadik

  • @misau_wrld
    @misau_wrld Год назад +2

    No wonder they won. Its giving a whole new experience of story telling through their dance. 🤍

  • @winneygerry7435
    @winneygerry7435 Год назад +5

    Stedy my daughter rissa voice bejawai

  • @anonymously359
    @anonymously359 Год назад +14

    pembawaan penari sangat cantik akan tetapi tarian lebih ke arah kreatif pabila menuju ke penghujung persembahan. lagu tarian juga agak hilang keaslian bunyi lagu tradisi iban.. just my 2cents

    • @ilyasa98
      @ilyasa98 Год назад +17

      Sebelum kita memperbahaskan sama ada tarian yang dipersembah adalah kreatif atau kreasi baru, perlu ada dimaklumkan wujudnya perbezaan tarian kreatif dan kreasi baru, perlu diketahui bahawa terdapat satu garis halus yang memisahkan antara kreatif dan kreasi baru ini.
      TARIAN KREASI BARU
      Menurut Endang Caturwati (1996), tarian kreasi baru ialah sebuah karya tari yang mengalami pembaharuan iaitu merujuk kepada inovasi koreografer dalam daya cipta tarian baru dengan sentuhan dan cita rasa baharu.
      TARIAN KREATIF
      Menurut Anuar (2009), tarian kreatif adalah medium menyampaikan satu jalan cerita yang atau idea gerakan kreatif dengan iringan susunan muzik tersendiri berdasarkan pola lantai yang disusun mengikut jalan cerita tersendiri. Gerak tari juga adalah kreativiti yang dicipta oleh seseorang penari dan mempunyai koreografi yang tersendiri.
      PERBEZAAN KREASI BARU DAN KREATIF
      Sekiranya dilihat semula, wujud dua perbezaan antara kreasi baru dan kreatif bagi menunjukkan idea diskusi ini dapat diperbahaskan mengikut pendapat Soedarsono (1977).
      a) Gerak Tari
      Perbezaan ketara antara kreasi baru dan kreatif adalah gerak tari iaitu kreasi baru menekankan aspek kebebasan dalam penciptaan koreografi dengan mengacu pada tarian tradisional di sesetengah daerah dan juga mendapat inspirasi dari daerah yang lain serta melepaskan gerak tari tradisi biasa kepada gerak tari yang lebih moden namun tidak susah diikuti.
      Tarian kreatif pula merujuk gerak tari yang hasil ciptaan koreografer berdasarkan gerak tari yang tersendiri tanpa merujuk kepada tarian tradisional di daerah tertentu dengan hanya dipersembah pada suatu masa tertentu dan gerak tari pada kebiasaannya agak sukar diikuti kerana terikat pada muzik yang tersendiri dan pola lantai tersendiri.
      b) Silsilah Tari
      Perbezaan ketara yang kedua antara kreasi baru dan kreatif adalah berdasarkan keaslian tarian iaitu kreasi baru lebih merujuk kepada garapan seni tari tradisional yang telah diolah baharu oleh koreografer sesuai peredaran zaman dan pembaharuan yang diketengahkan tapi tidak menghilangkan seni tari tradisi
      Tarian kreatif adalah seni tari yang baharu tanpa melihat kepada gerakan tari tradisional dan merupakan ciptan koreografer tersendiri malahan terikat dengan susunan muzik dan pola lantai.
      HASIL PEMERHATIAN
      USM tidak menyalahi konsep kreasi baru seperti yang dilontarkan sesetengah pihak dan sekiranya USM telah melakukan tarian kreatif maka sudah tentu koreografi tarian ini tidak melihat kepada gerakan tari tradisional yang asal iaitu Ngajat Nyaok Ai.
      Berkenaan susunan muzik pula, USM tidak menghilangkan keaslian muzik yang dimiliki oleh masyarakat Iban itu sendiri kerana tempo dan nota muzik yang telah dirancakkan oleh koreografer memandangkan pertandingan tarian kreasi baru melihat kepada olahan baharu koreografi dan susunan muzik yang mempunyai cita rasa baharu tanpa meninggalkan seni muzik tradisi yang asal.
      KESIMPULAN
      Semoga perkongsian ini dapat membantu menjernihkan pemikiran dan seharusnya kita meraikan pendapat yang dinamik kerana itulah budaya ilmu yang patut kita ketengahkan bukan sekadar mencari titik percanggahan tetapi juga titik pertemuan yang meraikan pendapat bersama.
      Sekian, harap maklum.

    • @evelyntina9907
      @evelyntina9907 Год назад +1

      Saya pun prasan juga..hidup tarian dia org ni

    • @lenglingang7600
      @lenglingang7600 7 месяцев назад

      Saya sungguh love gaya pentas mereka.. kreatif..walaupun tidak begitu asli.. Tapi ada keistimewaan tersendiri.. Proud of you all

    • @rlineg
      @rlineg 7 месяцев назад

      ​@@ilyasa98 Terima Kasih di atas pencerahan beza kreasi dan Kreatif. Ramai yg Masih belum tahu perbezaaan dan mengganggap tarian yg di cipta semuanya adalah kreatif tanpa menyedari ada juga yg kreasi.