Resepi cendol gula melaka | mudah dan sedap

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 8 май 2020
  • Cara buat cendol gula melaka ini menggunakan sukatan cawan mudah dan sedap. cendol gula melaka sesuai untuk minuman petang anda. Hidangkan cendol gula melaka bersama dengan kuih tradisional. Cara buat cendol gula melaka :
    Resepi cendol sebenarnya sangat mudah dan rasanya yang sangat asli. Cendol seperti yang kita semua tahu ia dihidangkan sejuk dengan rasa lemak santan dan aroma gula merah yang sangat menyelerakan. Boleh buat sendiri di rumah dan makan berulang kali.
    Bahan - Bahan :
    Bahan cendol
    3 cawan air pandan
    1 cawan tepung beras
    1 sudu besar tepung jagung
    1 sudu besar air kapur
    Pewarna makanan - hijau
    Bahan santan
    1/2 cawan santan pekat
    1/3 cawan air panas
    sedikit garam
    Bahan air gula
    1 keping gula melaka
    1 cawan gula merah
    Sehelai daun pandan
    Cara - cara :
    1. Kisar daun pandan bersama 3 cawan air , tapiskan untuk dapatkan 3 cawan air pandan.
    2. Di dalam periuk, masukan tepung beras dan tepung jagung. Jangan buka api dahulu.
    3. Tuangkan air pandan yang dikisar tadi ke dalam periuk yang mengandungi tepung. Kacau rata.
    4. Kemudian masukan air kapur, dan sedikit pewarna makanan hijau. Kacau rata. Kemudian buka api.
    5. Masak bancuhan cendol ini dengan api yang sederhana. Sentiasa kacau untuk pastikan ia tidak berketul dan masak sehingga ia betul likat dan kental. Jika ia tidak betul masak, semasa proses membentuk cendol nanti, cendol akan lembik dan hancur.
    6. Kemudian, isikan bancuhan cendol yang kental ini ke dalam acuan untuk membentuk cendol. Video ini menggunakan acuan roti jala.
    7. Sediakan sebuah bekas yang mengandungi ais batu dan sejuk.
    8. Mula membentuk cendol menggunakan acuan anda, dan pastikan bancuhan cendol masuk ke dalam bekas yang berisi air sejuk.Cendol akan terus keras apabila ia masuk ke dalam air sejuk. Biarkan ia seketika.
    9. Masak air gula dengan bahan air gula di atas. Masak sehingga gula larut dan pekat.
    10. Masukan air panas ke dalam santan pekat bersama sedikit garam. Kacau sebati.
    11. Di dalam sebuah mangkuk atau cawan, masukan ais batu, air gula merah dan juga cendol. Kemudian tuangkan santan. Ia sedia untuk dihidangkan.
    Selamat mencuba!
    ENGLISH :
    The simple recipe is really simple and it tastes very real. As far as we all know it is served cold with a rich coconut milk flavor and a very sweet red aroma. You can make it at home and eat it over and over again.
    Ingredients - Ingredients:
    Ingredients
    3 cups of pandan water
    1 cup rice flour
    1 tablespoon cornstarch
    1 tbsp of lime juice
    Food coloring - green
    Coconut milk
    1/2 cup thick coconut milk
    1/3 cup hot water
    a little bit of salt
    Sugar water ingredients
    1 slice of sugar
    1 cup red sugar
    A pandan leaf
    Ways to:
    1. Blend pandan leaves together with 3 cups of water, strain to get 3 cups of pandan water.
    2. In a saucepan, add rice flour and corn flour. Don't open the fire first.
    3. Pour pandan water into the pot containing flour. Stir well.
    4. Then add the lime juice, and a little green food coloring. Stir well. Then open fire.
    5. Cook this short mix over medium heat. Stir constantly to make sure it does not fry and cook until it is firm and thick. If it is not properly cooked, during the process of making the mushrooms, the mushrooms will soften and break down.
    6. Then, fill this thick mix of mushrooms into a mold to form a mush. This video uses mesh bread molding.
    7. Prepare a container containing ice and cold ice.
    8. Start shaping the mold using your mold, and be sure to mix it into a container that contains cold water. Leave it for a while.
    9. Cook the sugar water with the sugar syrup on top. Cook until sugar is dissolved and concentrated.
    10. Put hot water into concentrated coconut milk with a little salt. Stir well.
    11. In a bowl or cup, put ice cubes, red sugar water and even chopped. Then pour the coconut milk. It's ready to be served.
    Good luck!
    Music by : Ikson
    Track: Paradise [Official]
    by TELL YOUR STORY music by ikson™
    Listen: • #40 Paradise (Official)
    Facebook : / malay.kitchen
    #resepicendol #cendolgulamelaka #malaykitchen

Комментарии • 165

  • @malaykitchen
    @malaykitchen  4 года назад +55

    mesti ramai suka makan cendol. kan.

  • @tunteja7768
    @tunteja7768 3 года назад +88

    Ni bru btul bgi resepi,ada yg bgi resepi tpi menipu ,org yg biasa buat cendol jer yg tahu,tq krna anda ikhlas berkongsi ilmu

  • @wanzspeed
    @wanzspeed Год назад +10

    Aku baru buat guna resepi ni. Tapi diringkaskan. Gula melaka, santan kotak, perisa pandan. Jadi, sedap gila. Terima kasih minta halal.

  • @Jaidah9497
    @Jaidah9497 2 года назад +4

    Untuk air santan tu..boleh gantikan dgn susu sejat juga ye..sgt2 sedap..susu sejat tin tnpa cmpur air..susu full cream pun bole..tp kurang lemak dan kurang sedap lg2 bila bertemu dgn ais

  • @peppyofficialchannel
    @peppyofficialchannel 2 года назад +4

    Numpang tanya, santan tu awal dimasak ataupun tidak?

  • @nurulnajwaazizan424

    Kenapa saya buat ikut resepi yg sama.. tapi cendol dia jd lembik sngt

  • @limahmohamad9380
    @limahmohamad9380 Год назад +2

    Alhamdulillah ilmu yg diberi lagi ramai yg mencuba dan pasti pahalanya hingga ke syurga org itu dapat. Beramal dgn sgt mudah yg kita tak sangka diakhirat nanti

  • @rokiahkasim5591
    @rokiahkasim5591 3 года назад +1

    Saya selalu buat tak jadi .bila nak makan cendol tu cair sudah berkali buat candul.tolong bagi yg betul. Resepi nya

  • @nurulhussain8344

    Thank you share. Nampak mudah. Cuma nak tanya, kalau takda air kapur boleh ke? Saya duduk di luar negara, tak jumpa lagi air kapur

  • @nadiaaqilah5458
    @nadiaaqilah5458 3 года назад +7

    Saya dh cuba sedap😋👍

  • @ahmadizzatshahmieralhamdul4926
    @ahmadizzatshahmieralhamdul4926 3 года назад +3

    Alhamdulillah, info yang bermanfaat untuk diri saya sendiri juga.

  • @ammarrafiq6876
    @ammarrafiq6876 2 года назад +2

    Alhamdulillah terbaik resepinyeekak

  • @saadahtajuddin7039

    Sedap diminum waktu Haus..sejuk tekak❤❤

  • @aslindasalim7745
    @aslindasalim7745 2 года назад +3

    Terimakasih resepi nya 🌹🌹🌹

  • @marsyamarsya7700
    @marsyamarsya7700 4 года назад +2

    Mesti ramai mkn cendol😊

  • @norzalilahabdrashid7765
    @norzalilahabdrashid7765 4 года назад +5

    Terima kseh resepi nya😊

  • @CookTravelwithMelody
    @CookTravelwithMelody 2 года назад +6

    Omg i wanna make this. Thanks for the recipe.

  • @norhayatiyatie4418
    @norhayatiyatie4418 Год назад

    Tq mau cubalah ni...ni resipnya

  • @multiplewarnas168
    @multiplewarnas168 3 года назад +3

    beautiful and expert in cooking love your recipes.

  • @kerala2kemaman126
    @kerala2kemaman126 4 года назад +5

    Aduh nikmat bila buka puasa dengan homemade cendol