Menjejak Batu Peringatan J.W.W. Birch di Puncak Bukit Larut (Maxwell Hill), Taiping, Perak (Part 1)

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 10 сен 2024
  • Ikuti pengembaraan saya menjejak semula batu peringatan J.W.W. Birch, Residen Pertama Inggeris di Negeri Perak (1875) yang juga merupakan bangsa Inggeris pertama yang meneroka puncak Bukit Larut di Taiping, Perak.
    Bukit Larut atau lebih dikenali sebagai Maxwell Hill telah dibuka seawal dekad 1880an dan diberi nama sempena Sir William George Maxwell iaitu Residen Inggeris ke 13 di Perak. Beliau merupakan anak kandung kepada Sir William Edward Maxwell yang pernah bertugas sebagai Pembantu Residen kepada Sir Hugh Low di Taiping dari 1877 - 1889.
    Sedikit sejarah menarik mengenai Sir William E. Maxwell adalah beliau merupakan seteru politik yang sering bersaing dan berbeza pendapat dengan Sir Frank A. Swettenham yang juga merupakan Residen Inggeris ke 2 dan ke 5 di Negeri Perak.
    Sejarah menarik mengenai Maxwell Hill ini adalah ia merupakan Hill Station atau Sanatorium Station pertama Inggeris di Tanah Melayu. Selain daripada itu, kawasan ini merupakan kawasan pertama tanaman teh mula ditanam (secara eksperimen) di Malaya dengan benih dibawa khas dari Sri Langka atau Ceylon sebelum ladang teh berpindah ke Cameron Highlands, Pahang untuk diusahakan secara komersil.
    Bukit Larut diberi nama Maxwell Hill bagi mengenang jasa dan sumbangan Sir William George Maxwell yang pernah menjadi pegawai pengutip cukai di Larut pada awal kurun ke 20 sebelum menjawat pelbagai jawatan termasuk Residen Inggeris ke 13 di Perak (1919 - 1921).
    Kini Maxwell Hill (Bukit Larut) boleh dikunjungi oleh mana-mana pelancong yang gemarkan sukan pendakian dengan jarak berjalan kaki dari kaki Bukit Larut ke Maxwell Hill Station adalah dalam lingkungan 12 km. Pendakian Maxwell Hill ini adalah sama dengan kesukaran mendaki gunung-gunung lain yang terdapat di Malaysia walaupun menggunakan trail jalan berturap.
    Lokasi video Part 1 ini diambil sepanjang trail pendakian Maxwell Hill di Taiping, Perak.
    Music credits:
    1. Sunshine by Kevin MacCleod (incompetech.com);
    2. 80s Synthwave by Mokka Music ( • (No Copyright Music) 8... ) Music from #InAudio: inaudio.org/
    Synthetic Pleasures. ;
    3. Nocturne in E major by Chopin (Classical instrumental);
    4. Upbeat Indie Rock by Mokka Music ( • (No Copyright Music) U... ) Music from #InAudio: inaudio.org/
    Upbeat Indie Rock.;
    5. Cello Suite No. 1, Prelude in G Major by Bach (Classical instrumental); dan
    6. Gymnopedie No 1 by Erik Satie (Classical instrumental).

Комментарии • 35