UMK PERKENAL PRODUK KOSMETIK PENJAGAAN KULIT DARIPADA EKSTRAK SEMULAJADI[HD]

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 15 сен 2024
  • UMK PERKENAL PRODUK KOSMETIK PENJAGAAN KULIT DARIPADA EKSTRAK SEMULAJADI
    KOTA BHARU 18 Julai 2024 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini melakar sejarah apabila melancarkan produk kosmetik hasil kajian oleh Pensyarah Fakulti Industri Asas Tani (FIAT), Prof. Madya Ts. Dr. Siti Nuurul Huda Binti Mohammad Azmin dibawah jenama Clasiti.
    Dua produk Clasiti yang diperkenalkan ini adalah losyen berasaskan kulit tembikai dan pelembap bibir daripada gabungan tomato, lobak merah dan minyak kelapa dara atau dikenali sebagai V- Lycotene dan Sitrylux yang dikomersialkan oleh anak syarikat hiliran UMK, SNH Cosmetic Lab Sdn. Bhd.
    Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Dr. Razli Che Razak berkata, produk yang dihasilkan menerusi penyelidikan dari makmal sejak tahun 2019 oleh SNH Cosmetic Lab iaitu sebuah syarikat hiliran di bawah seliaan Bahagian Komersial dan Harta Intelek (ICD) dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK.
    Beliau berkata, produk inovasi ini telah menerima pencapaian cemerlang dengan memenangi lebih daripada 20 anugerah tempatan dan antarabangsa dalam pelbagai pertandingan inovasi.
    “UMK amat berbesar hati kerana majlis pelancaran jenama Clasiti, yang merupakan satu-satunya jenama eksklusif hasil penyelidikan yang inovatif melalui kerjasama antara pihak akademik dan industri.
    “Pelancaran Clasiti adalah bukti nyata kepada usaha kita dalam menggalakkan kerjasama antara akademik dan industri. UMK sentiasa berusaha untuk menjadi peneraju dalam penyelidikan dan inovasi serta menyediakan ekosistem sokongan yang terbaik kepada para penyelidik.
    “Kerjasama ini menunjukkan bagaimana penyelidikan yang dijalankan di universiti kita boleh diterjemahkan menjadi produk yang memberi manfaat kepada masyarakat. Dengan inisiatif untuk menghasilkan produk yang halal dan suci, selamat, bermutu tinggi serta dijamin keberkesanannya melalui penyelidikan makmal,” katanya pada Majlis Pelancaran Jenama "CLASITI" bertempat di Ignites Venture Lab (IVL), UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, hari ini.
    Kita #BinaLegasiUMK Bersama
    #OfficialUMK #UMKinfo #UMKmedia #EntrepreneurshipUniversity #vcumk #WeAreUMKFamily #OneUMKOneDream
    *Like Facebook Rasmi UMKTV :
    / umktv.umk
    *Subscribe RUclips Chanel UMKTV:
    / umktvumk

Комментарии •