puding lapis karamel resepi prancis yang mudah dan sedap

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 1 ноя 2022
  • puding lapis karamel resepi mudah dan sedap. Hi semua, kali ini Malaykitchen nak berkongsi resepi puding roti yang cantik berlapis dengan karamel dan milo. Manja tunjukan cara untuk mendapatkan lapisan yang menarik daripada puding lapis karamel, puding roti dan serbuk milo. Puding lapis karamel ni sangat cantik ,pakej lengkap dengan rasa pelbagai memberi lebih nilai. Jom masuk dapur.
    Resepi puding lapis karamel
    Bahan-bahan :
    Puding karamel
    3/4 cawan gula
    1 litre air panas
    1 paket agar2 serbuk 10 gram
    Puding roti
    4 keping roti
    1/2 cawan gula
    1/2 cawan krimer pekat manis
    1 sudu kecil esen vanila
    1 paket serbuk agar-agar 10grm
    31/2 cawan air
    1 cawan susu cair
    Bahan lain : serbuk milo
    Cara-cara :
    Puding lapis karamel :
    1. Masak gula di dalam periuk sehingga gula cair dan bertukar warna. Masak sehingga dapat warna karamel yang kita inginkan.
    2. Kemudian masukan air panas dan agar-agar serbuk sambil dikacau sentiasa supaya adunan cepat sebati.
    3. Apabila mendidih tutup api. Tuangkan separuh daripada adunan ke dalam acuan. Cadangan saiz acuan : 8 inci
    4. Biarkan puding karamel set.
    Puding roti.
    1. Kisar roti, gula, krimer pekat, esen vanila dan serbuk agar-agar dengan 1 1/2 cawan air. Kisar sehingga sebati dan halus.
    2. Tuangkan ke dalam periuk dan buka api. Tambahkan dengan 2 cawan air lagi dan masak sehingga mendidih.
    3. Setelah mendidih, masukan pula susu cair, apabila terbit wap panas boleh tutup api.
    Cara melapis :
    1. Cucuk dengan garpu permukaan atas puding karamel yang dah set di dalam bekas, sendukan 5-6 senduk adunan puding roti atau sehingga menutupi keseluruhan permukaan karamel.
    2. Kemudian taburkan dengan serbuk milo pula.ke atas lapisan puding roti.
    3. Setelah itu, tuangkan pula adunan puding roti ke atas lapisan milo.
    4. Tabur lagi serbuk milo ke atas nya dan akhir sekali tuang pula adunan puding roti.
    5. Baki puding karamel di dalam kuali pun dah set, jadi buka api semula dan tambah sedikit air, supaya ia cepat cair semula.
    6. Kemudian, tuangkan adunan karamel ke atas puding roti perlahan-lahan. Jika puding roti sudah keras sedikit, cucuk dengan garpu supaya puding dan karamel melekat elok.
    7. Masukan ke dalam peti sejuk, apabila puding set, boleh terus hidangkan.
    Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE RUclips kami :
    / malaykitchen​
    Laman web rasmi MALAY kitchen :
    malaykitchen.my​
    Telegram MALAY kitchen :
    t.me/malaykitchen​
    Track: Ikson - Coral [Official]
    Music provided by Ikson®
    Listen: • #132 Coral (Chill Beat)
    #malaykitchen​ #resepipuding #pudingkaramel
  • РазвлеченияРазвлечения

Комментарии • 26

  • @malaykitchen
    @malaykitchen  Год назад +4

    Sedap puding lapis karamel ni..lembut dan cantik.😀

  • @ismailsurina9235
    @ismailsurina9235 Год назад +1

    Assalamualaikum..perghh cntikk puding karamel tu👍👍 n msti sdapp kn..mmang kna try BT..fmily msti suka👍👍tq kongsi resepinya mnja

  • @ff-nur6433
    @ff-nur6433 Год назад +2

    Tq manja for sharing this cute pudding caramel🌹🌹🌹

  • @marissaamanda2173
    @marissaamanda2173 Год назад

    "wah..cantiknye.." "ye.. memang cantik pon..." Lurveeee😘😘

  • @razifismail1120
    @razifismail1120 Год назад +1

    Assalamualaikum...Malay kitchen...terima kasih kongsi resepi....terbaik...

  • @suarimi590
    @suarimi590 Год назад +1

    Sedapnya weiii Cuba buat la nanti terima kasih

  • @kakjun7884
    @kakjun7884 Год назад

    Wahh sedaapnya

  • @k.kingadevikasinathan2277
    @k.kingadevikasinathan2277 Год назад +1

    Awesome.. madam.. thanks for sharing.

  • @faridahabdullah7368
    @faridahabdullah7368 Год назад

    Terima kasih
    Sudi berkongsi
    Rasepi 👍🌹🌹🌹🙏🙏🙏

  • @faridahhanim7359
    @faridahhanim7359 Год назад +1

    Tak sabar nak cuba..Nampak sedap sangat..Maka sejuk2.. emmm

  • @bibinan5548
    @bibinan5548 Год назад

    Trima kasih malay kitchen, bnyk resepi dari malay kitchen yg saya buat smuanya menjadi.

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  Год назад

      Wah..sama2 Bibi Nan, terima kasih atas sokongan. Kami akan sentiasa bersemangat untuk hasilkan lebih banyak video menarik

  • @nurnazihah3322
    @nurnazihah3322 Год назад

    Terimakasih banyak share resepi 🙏♥️ Halal kan ya . Saya nak buat niaga boleh ? Guna resepi akak...

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  Год назад +1

      Boleh boleh. Manja halalkan. Semoga dimurahkan rezeki.

  • @norhidayahawang8386
    @norhidayahawang8386 Год назад

    Slpas lapisan puding roti yg trakhir tu kena sejukkan dulu ke sblm ltak lapisan caramel trakhir tu?

  • @izzurazura2783
    @izzurazura2783 Год назад

    Bekas tuu bsr mn?klu pakai loyg saiz 8 inci ok x?

  • @eiraflower1304
    @eiraflower1304 Год назад

    ms tabur milo tu. terus letak puding roti yg putih tu. xmasuk ke dlm milo tu? takut dia bercanpur dlm milo yg kita ayak tu. risau nk buat. tkut xjd ms melapis milo n puding putih tu.

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  Год назад

      Akan bercampur juga sedikit. Tp tuang slowly akan ok.

  • @wawawahab8284
    @wawawahab8284 11 месяцев назад

    Xperlu kukus ya