Orang ITALI Pun Makan Pizza Di Sini. Pizza Neapolitan Guna Keju MOZARELLA Buatan Sendiri.

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 2 июл 2023
  • Encik Ikmal memulakan perniagaan menjual Pizza kayu api oleh kerana minat terhadap Pizza Itali. Kini beliau telah berjaya memiliki sebuah restoran yang menghasilkan Pizza asli Itali. Tetapi, perjalanan beliau tidak semudah yang disangka. Beliau menghadapi pelbagai cabaran dalam menghasilkan pizza asli ini, termasuklah kesukaran dalam mendapatkan bahan mentah, halangan dalam menjalankan perniagaan, serta penerimaan masyarakat Malaysia terhadap pembuatan pizza asli ini.
    📍Lokasi » WOP Pizzeria
    Plaza Damas, H-0-8 No.60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas 50480 Kuala Lumpur
    ☎️ Telefon » 03-64197530
    ⏰ Waktu Operasi » Isnin Hingga Jumaat dari 5:30 petang hingga 9:30 malam
    Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
    Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti RUclips, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
    Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

Комментарии • 600

  • @lamkib
    @lamkib Год назад +392

    Kami sekarang ada dua cawangan:
    1. Plaza Damas (Isnin-Jumaat 5.30pm-9.30pm, Sabtu-Ahad 11.30am-2.30pm, 5.30pm-9.30pm). Seatings adalah limited dan self service.
    2. Pizz Of Art by WOP @ Artisan's Playground by Cookhouse Jalan Ipoh (12pm-10pm)
    Kat Artisan's Playground ni lebih selesa, seating lebih banyak 400pax dan ada macam macam makanan lain. Table service. Nak buat birthday party pun boleh.

    • @abuishak2731
      @abuishak2731 Год назад +23

      Lepas sy tgk video ni & cara abg bercerita terus sy nk singgah dgn family, InsyaAllah hari ni 8Jul23 ptg atau mlm sikit sy sampai dgn family di hartamas

    • @mohdrahami
      @mohdrahami Год назад +2

      Terus maju jaya bang.
      Semoga pergi jauh lg bang.

    • @Y3llow_Submarin3
      @Y3llow_Submarin3 Год назад +3

      Pls come to Bkt Jalil.

    • @MrLandrake
      @MrLandrake Год назад +2

      Tak sabaq nak try

    • @mohdkhush4922
      @mohdkhush4922 Год назад

      Tahniah. Terbaik!

  • @Amirules_
    @Amirules_ Год назад +212

    Ilmu Dan Adab 100%. Pure bro, bangga anak Malaysia❗

  • @sofarsogood8680
    @sofarsogood8680 Год назад +199

    Puas hati tgok abg pizza explain sambil masak pizza tu. Nampak passion sungguh. Kat KL byk expats , foreigner patut boleh pelbagai lagi promosi dalam mcm2 media sosial . Dan kbykn diorang ni tak travel jauh mana pun , pusing2 dalam KL jugak. Bahan promosi jgn guna bahasa Melayu je, wajib bahasa English dan guna byk bahasa lain, cth Jepun ke, Mandarin ke, Itali ke. Tak salah jugak untuk approach youtuber, vlogger foreigner yg stay Malaysia untuk promosikan. Kemudian kalau ada event tourism ke, event food ke apa , abg kena aware dan cepat2 join . Tak lupa untuk sentiasa update delivery services dan cashless services. Lagi convenience lagi bagus.

  • @pijipiji7981
    @pijipiji7981 Год назад +289

    Salam. Sy da tau location sb da pernah pickup grabfood kt wop. Kt situ la sy tau wop ada original margherita. Lama mengidam nk makan akhirnya bila ada duit dpt la cuba sekali. Sekali je cuba terus jatuh cinta. Ni pizza terbaik yg pernah sy cuba. Sy da byk kali cuba bandingkan dgn rupa pizza dr pizza house lain sb sy rider gf, panda, lalamove dgn juga speedy. Sy pun pernah jd pizza maker dan rider kt dominos. Dan sy sgt suka pizza. Tp golongan marhaen mcm sy akn ada masalah utk merasa pizza mahal. 3 4 bulan baru dpt sekali. Tu pn kte masih pkir drpd berhabis mkn premium baik beli keperluan dapur sb sy boleh masak. Ni la yg sntsa jd dilema. Sy berani cakap utk area kl selangor, marghetita wop la yg paling A+. Sgt sayang sale kurang. Sy suka dgn servis dr wop, bila kita borak je dia layankan je. Rsnye isteri abg kot, sb abg ckp tak hire staff. Mmg laki bini full of knowledge berkenaan dgn art of pizza. Walaupun sy ni tak mampu utk nk makan kt wop selalu, tp sy benar2 berharap jgn la tutup kedai. Ingt satu je kalau tutup, xd da ilmuan pizza lepas ni. Utk pengetahuan pizza2 yg dari the crust, social, pulse, atau mana2 tempat mahal mcm bar atau pub, semua tu foreigner yg buat. Makanan org kaya air tangan foreigner, bukan local mcm wop. Kalau local made, ia akn lebih berkualiti (kalau bisnes sendiri). Sy tau hrtamas shopping cntre tak semeriah publika, 163, dgn 1mk. Sb tu byk kedai2 dlm mall tu bley survive sekejap je cthnye mercato. Sy pn pernah bertugas kt dominos situ, mmg sale kecik. Kita smpai terpaksa gamble buat pizza lelong, atau g jual dekat taman tasik titiwangsa. Tabiat org kita ni mmg nk bnd murah je, kualiti kurang pn xp, diorg cuma nk makan pizza dgn sos cili je, sos cili akn overlap rasa dgn sos pizza. Kalau ikut rs sbnrya rosak. Tp itu la tabiat org kita. Sorry la kalu sy ckp mcm ni, cuma just nk share tips shj, sale akn dpt lebih dr kekerapan customer dgn jualan item2 kecil dan murah, kalau tak byk pn tp utk sustain tu memadai ditambah plk kalau labor kecil atau takde. Sb tu pizza hut dgn dominos push gler2 utk personal siza pizza. Doh murah, sos sikit, cheese sikit tp jualan byk. Pastu company pecahkan 3 kategori, premium pizza(mahal), signature pizza(pizza of the month cth kalau mcd tu prosperity atau foldover bermusim) dgn local favourit(pizza murah). Sy rs maybe wop bley buat mcm ni sb kelngkapan semua ada. Wop bergantung pd bahan mentah import, maksudnya inventori tu agak high risk. Utk selamatkan bisnes kne ada juga local produce inventory. Cth kalau buat piza local fav yg murah size personal, bley je pakai tepung local, sos tomato local dgn process cheese. Sb yg ni mmg akn ada sale. Nk selamat lg bley jual by set dgn air dgn fries atau mushroom soup. Sb yg mcm ni mmg demand kt malaysia. Utk premium shj teruskan originality mcm margherita tu. Sb golongan pendapatan kecil mcm sy ni takkan mampu utk bg sale kt stp minggu, tp kalau spending rm10 mst boleh belanja stp mgu.
    Lg satu location hrtamas tu agak sendu to customer high end tu ada je, cuma tabiat customer ni sama, inginkan yg murah utk daily, yg mahal utk special occasion shj. Sedangkn kita dlm sale sntsa didesak utk daily income. So fleksibel la hendaknya. Provide dua2. Utk sesiapa yg snggup bc komen panjang ni, percayala ini la margherita yg the best di malaysia setakat ni.

    • @azahamrusmohamaddarus2946
      @azahamrusmohamaddarus2946 Год назад +19

      Well said bro...kena kreatif utk daily income dgn produk local sambil maintnt menu original mcm magarita & perimium yg lain...d doakn semoga owner WOP tabah & brjaya, Aamiin

    • @xkmal
      @xkmal Год назад +12

      terbaik idea, kalau buat macam ni boleh tergugat dominos dgn pizza hut.

    • @shahrin5
      @shahrin5 Год назад +20

      Kalaulah tuan dapat sembang berdepan dgn owner.. mesti lg bnyk idea. Good review.

    • @abuishak2731
      @abuishak2731 Год назад +3

      Eureka!
      Bro ak rasa woo dengan pengalaman & idea bro, sy take noted as my ref aku ya. Eureka!

    • @akramazmil880
      @akramazmil880 Год назад +1

      Well said bro

  • @MuzammilAlMalizi
    @MuzammilAlMalizi Год назад +118

    kalau kebanyakan org kita ada mentaliti abang ni inshaAllah ekonomi org melayu akan setanding dengan sahabat2 kita dari bangsa lain yang jauh lebih kedepan. Syabas Tuan!!

    • @Despotic_Waffle
      @Despotic_Waffle Год назад +3

      betul sebenarnya, kejayaan akan datang kepada mereka yang bekerja keras dan menggunakan kebijakan, dengan izin Tuhan dan ketentuanNya rezeki akan sampai.

  • @duanglah
    @duanglah 11 месяцев назад +26

    Without DTV kita tak tau yang malaysian ada buat piza padu mcm abg ni..Congratulates kt DTV sebab menyediakan konten yang baik tak kira dari segi editing, camera angle and also the content itself. Sangat sangat bermanfaat untuk kita semua as malaysian. kalau nak viewers dari luar tambahkan lagi sari kata English for every video. keep it up DTV!

  • @mikhailadnan7690
    @mikhailadnan7690 Год назад +77

    Dia punya cinta terhadap pizza tu, dia punya passion tu yang mahal, at the same time dia educate malaysian about pizza wehh, goodluck bang, insyaallah nanti saya datang !!

    • @fraxinus5891
      @fraxinus5891 Год назад +2

      Educate real food culture..kalau kita marah pasal "rendang crispy", org itali pon dorg sgt2 appreciate ade org pandai food culture dorg..

    • @pelarikota8103
      @pelarikota8103 Год назад

      Authentic pizza ni. Nnti ada rezeki saya pun nak dtg.❤

    • @mr3rdxxx
      @mr3rdxxx Год назад +1

      ​@@fraxinus5891orang itali ada satu budaya yg hampir sama dengan malaysian..iaitu sgt menghargai makanan dan tradisi.

  • @draculemihawk9320
    @draculemihawk9320 Год назад +194

    Jarang jumpa org gni buat pizza btul2 from the heart...Teruskn bang

    • @sammyzaynk2388
      @sammyzaynk2388 Год назад +5

      Ade je tapi bkn pizza lah. Masak dgn hati, masak with iman - chef ammar😂

  • @johnstonbalan314
    @johnstonbalan314 Год назад +54

    This is top-tier quality of pizza craftsmanship. You'd already know that WOP emphasizes more to quality and maintain the originality of every pizza.

  • @danialroslan1531
    @danialroslan1531 Год назад +52

    Power la ni abang. Takde shortcuts dalam pizza buatan dia. Malangnya, skarang masakan Melayu dah banyak shortcuts. Banyak pakai instant

    • @lamkib
      @lamkib Год назад +2

      Dough ferment 48 jam. Sekali buat cheese ada la 4 hingga 5 jam

    • @208crtyard
      @208crtyard Год назад +7

      Yg instant tu tak sihat dan low quality. Tak hairan sekarang org Malaysia ramai yg gemok mcm Americans.

    • @azhanamran9194
      @azhanamran9194 Год назад +2

      @@208crtyardgemok bukan biasa2 punya gemok Malaysian sekarang

  • @idamaznan1759
    @idamaznan1759 Год назад +31

    Kita selalu dibesarkan dengan merasai pizza dr negara lain, skrg org Malaysiapn dh boleh buat pizza sendiri. Support local pizza M'sia🥰🥰

  • @mohdsyazwan8750
    @mohdsyazwan8750 Год назад +30

    X silap abang ni ada crisis kurang sambutan, alhamdulillah destinasi tv cover story abg ni 👍🏻🔥 insya'allah dimurahkan rezeki

  • @Nini-sk1tr
    @Nini-sk1tr Год назад +39

    Jom support pizza org kita!!! Dah lama tunggu update dari destinasi tv

  • @muhamadaliff3146
    @muhamadaliff3146 Год назад +41

    Support abg ni mmg passion gila pizza mesti berkualiti , aq faham mesti abg ni rsa risau nk ambik staff sbb tahap dia passion sayang pizza xsama dgn org lain , respect bang

    • @shahrebirth8942
      @shahrebirth8942 Год назад +5

      Agreed. Saya pun fikir macam tu. Salute sangat dengan orang yang ada kualiti macam ni. Kita yang tengok pun rasa Wow and semangat untuk jadi orang yang berkualiti.

    • @lamkib
      @lamkib Год назад +1

      Saya amik staff ikut pada personality. Takde experience pun takpe. Tapi tak lama yang bertahan mungkin sebab cepat bosan. Buat benda sama setiap hari

  • @muhammadnakiabinmdbukharin5536
    @muhammadnakiabinmdbukharin5536 Год назад +13

    Orang Itali ni kalau dah puji kita kena faham la dia memang suka.
    Dorang cukup jaga tradisi masakkan dan makanan mereka terutamanya pizza ni.
    Teruskan bang,ada masa dan rezeki saya nak bawa mak saya pergi makan kat sini.

    • @mr3rdxxx
      @mr3rdxxx Год назад +3

      Ya..Itali dan Malaysia ada persamaan dalam bab makanan..sgt2 menghargai keaslian...hehe

  • @arifrahman9024
    @arifrahman9024 Год назад +14

    Aku admire org ada passion mcm ni. Keep up the passion bro. Suatu hari nanti ada lebih ramai yg dapat menghargai passion terhadap pizza.

  • @CherryTreeMomo
    @CherryTreeMomo Год назад +53

    Saya haritu baru pergi WOP yang dekat Artisan. First time try Pizza dia memang padu. Saya and wife plan nak repeat lagi hehe

    • @lamkib
      @lamkib Год назад +7

      Terima kasih! Sekali sekala saya Di Artisan's Playground. Jangan lupa tegur!

  • @EgingMastermind
    @EgingMastermind Год назад +25

    Pizza Margherita tu memang benar² nampak sangat asli seperti di Italy... Yang ingin merasai pizza dari Italy tanpa perlu kesana, rasanya berbaloi kunjungi WOP Pizzaria untuk menikmati pizza sebenar 😎👍🏻... Semoga WOP Pizzaria terus maju jaya, dimurahkan rezeki, dikenali dan dipermudahkan segala urusan... Aamiin.

  • @kime0475
    @kime0475 Год назад +33

    Terbaik pizza brader nie...x semua org hargai art dlm masakan...tolong support bisnes die ..x prlu pilih org2 trkenal yg jual beratus2 baru beli...brader nie lgi prlu support dri komuniti...

    • @lamkib
      @lamkib Год назад

      Terima kasih 😁

    • @piko4052
      @piko4052 Год назад

      betol tu

  • @syedhulaimi7644
    @syedhulaimi7644 Год назад +47

    Power giler abg ni explain. InsyaAllah sampai nnti

    • @lamkib
      @lamkib Год назад +6

      Saya masih belajar lagi 🙏🙏🙏

  • @bon3corn
    @bon3corn Год назад +41

    sy dh lama nk cari pizza yg original flavour macam abg buat...lebih 30++ tahun sy cari...skrg dorg byk modified original recipe..so rasa dan bau xsama..tq abg

    • @lamkib
      @lamkib Год назад

      Ikut Kan saya pun modified recipe 120 tahun. Bersesuaian dengan cuaca dan kelembapan di Malaysia

  • @abang_ayat
    @abang_ayat 9 месяцев назад +4

    Terbaiklah anak melayu

  • @harizalauddin2360
    @harizalauddin2360 Год назад +26

    Tbh brader ni punya knowledge pasal pizza and every single ingredients dia is 100% accurate and authentic, kebanyakkan student culinary tak ada knowledge ni salute brader ni!🙌

    • @lamkib
      @lamkib Год назад +1

      Target saya nak buat course pizza untuk culinary student, cuma nak setup pakai modal sikit (for the uni) hopefully oven brands pun boleh collab to make it happen

  • @miejahron1
    @miejahron1 Год назад +51

    lidah orang malaysia ni dah terbiasa dgn fastfood pizza. yang authentic mcm ni tak banyak & biasanya agak pricey. sbb bahan2 yg di gunakan premium & buat sendiri contohnya mcm mozzarella cheese abg ni. teruskan educate psl pizza di malaysia. kalau ada rezeki in future nak try magherita pizza😊

    • @FadzliRealtor
      @FadzliRealtor Год назад

      saya tengok sauce dia warna orange tak macam dominos pizza red hehe

    • @Yahananaa1
      @Yahananaa1 11 месяцев назад

      Lidah sy lebih suka yg asli. Yg fastfood x suka. Sy lebih suka support org meniaga Mcm ni.

    • @saifulnizambahari998
      @saifulnizambahari998 11 месяцев назад +1

      cakap pasal lidah malaysia, siapa makan pizza cicah cili sos? angkat tangan 🙋🏻‍♂️🙋🏻‍♂️

    • @eldorado2336
      @eldorado2336 11 месяцев назад

      @@saifulnizambahari998 hahahahaha...abg buat saya tergelak bang...sbb saya mkn pizza cicah cili sos mcm mkn lempeng...😅😂

  • @megatrashidi4409
    @megatrashidi4409 Год назад +14

    Pernah hantar beberapa kali stock Susu Kerbau Dri Tasik Kesuma Ke Kedai Abg Ni (Rider) , dan pernah dibelanja makan Pizza Dia jgk. Thorbaekk.. Sape Suka Rasa Yg Unik Dan Original Pizza Mmg Sesuai Mkn Pizza Ni. Aku jenis suka mencuba dan makan sesuatu yg baru unik dan tak pernah rasa. Suka mencuba...

  • @ummubusyraChannel
    @ummubusyraChannel Год назад +5

    saya pernah jadi customer masa abang ni bukak kat rumah. mmg padu teringat sampai sekarang.

  • @syazwanchawan8779
    @syazwanchawan8779 Год назад +20

    Semoga diberikan Michelin Star. Aamiin 🤲🏻

  • @rushdanruslan1825
    @rushdanruslan1825 10 месяцев назад +2

    xpernah mkn lg kat sini..tp sbb adab dan tutur kata..mcm menarik minat aku plak..bleh pergi jauh bro..gud luck in ur journey

  • @spalderz
    @spalderz 11 месяцев назад +6

    Dulu saya rindu betul dgn pizza kat oversea lepas bertahun2 study oversea & kerja part time di restoran pizza. Syukur sekarang kat Malaysia byk dah pizza yg betul2 rasa mcm kat oversea tu. Antaranya yg dlm video ni & pizza food truck yg guna oven api mcm kat S.Alam & Putrajaya. Makin ramai nampaknya owner restoran yg dah celik dgn standard makanan antarabangsa 👍🏼

  • @khainaz10
    @khainaz10 Год назад +21

    He even make his own mozzarella wow definitely im going this weekend hahaha dan cara abang ni explain every process, terms etc sangat sangat detail.

    • @duanglah
      @duanglah 11 месяцев назад

      betul tu..orang cmni kita mmg support! suka tengok, suka dengar dia explain. all the best for him and his business.

  • @shawalmohamad90
    @shawalmohamad90 Год назад +46

    Semoga dipermudahkan urusan dan terus maju jaya perniagaan bang ikmal dan family.. sy penah bekerja dgn WOP sekitar 2016-2017.. masuk food event and delivery.. time tu foodpanda grabfood pun takda lg.. haha.. base dpn rumah seksyen7 shah alam sblum tutup.. tak sempat lg nak pegi kat hartamas ni.. rindu pizza WOP mmg sedap rasa smokey bakar dgn kayu.. tak sama langsung dgn kedai2 pizza lain.. recommended ❤👍👍

    • @melmot16
      @melmot16 Год назад +3

      Pernah nampak pizza ni viral dulu zaman 2016/2017 tapi tak sempat nak merasa. Sekarang lah masanya!

    • @shawalmohamad90
      @shawalmohamad90 Год назад +2

      @@melmot16 yes dulu yg viralkan pian vitdaily (skrg pian padubeb).. meniaga dpn rumah + own delivery + food2 event je kat stadium shah alam dgn putrajaya.. dan org shah alam pun rmai yg support sbb mmg sedap + harga berpatutan + cara masak pizza yg unik guna kayu arang.. pizza magaritha mmg top selling legend

  • @rauzahmahbib6083
    @rauzahmahbib6083 Год назад +13

    Tahniah Bro. Berniaga ni kena banyak2 bersabar.setiap action you make d food,doh or other actions dlm hati banyak2 selawat keatas Nabi Muhammad saw.ini cerita benar yg kawan beritahu kami ada pakcik jual popia di Penang. InsyaALLAH akan maju masa hadapan.

  • @donidaniello21
    @donidaniello21 Год назад +50

    Orang malaysia dah ter'brainwash' dari dulu dengan american style pizza dengan dough tebal, makan macam makan kek dimana 1 pizza kongsi ramai. Itu yg xboleh terima bila orang buat original napolian pizza. Bagi aku, yg original jugak yg terbaik. Satu hari memang akan gi kedai ni, rindu makan pizza macam dekat italy

    • @kamenmeow7146
      @kamenmeow7146 Год назад +2

      American pizza bukan tebal, tapi nipis sampai boleh gulung

    • @MojoZ20
      @MojoZ20 Год назад +1

      ​@@kamenmeow7146emmm...payah jugak nak generalise "American pizzas dough nipis" ni...banyak regional versions - NY style, Chicago style (at least these 2, I'm sure byk lagi cities ada own versions, esp cities with large Italian immigrations history). cheers 🙌

    • @AyaMoNz
      @AyaMoNz 11 месяцев назад +3

      pastu makan kena letak sos cili 🤣

  • @AHK206
    @AHK206 Год назад +87

    Memang betul kebanyakan rakyat Malaysia tak leh terima pizza neapolitan sbb tak educate tentang pizza so dorg takleh appreciate sgt. Dorg igt pizza tu mcm kt kedai US pizza, pizza hut, dominos etc. I have tried their pizza and its my favourite. Margherita the best. Teruskan perjuangan bro utk sebar kan neapolitan pizza di Malaysia. Tak banyak neapolitan pizzeria di Malaysia.

    • @lamkib
      @lamkib Год назад +2

      Terima kasih. Nanti datang lagi sebut la nama handle RUclips 😁😁

    • @AHK206
      @AHK206 Год назад +12

      @@lamkib inshaAllah nnt saya dtg lagi. Saya pun passionate tentang pizza mcm bro. So mmg excited saya masa terjumpa pizzeria bro yg buat neapolitan style. Mmg authentic. Pakai tepung 00, san marzano tomato, fior di latte and mozzarela buffala handmade and handcrafted. Perghhh mmg rasa quality bahan2 yg di pakai. Semoga Allah permudahkan semuanya bro. Saya akan tetap support WOP pizzeria. Bro mmg pizzaiolo top di Malaysia

    • @aircommandslipperz
      @aircommandslipperz Год назад +6

      betul tu..org kita ni suka pizza letak sosej la etc. sampai dah tak macam original..sya sendiri suka simple & original pizza mcm ni..

    • @qwerty-qi6bc
      @qwerty-qi6bc Год назад +1

      @@aircommandslipperz dlm menu tulis paparoni, tp dekat pizza letak sosej

    • @roslannajmi3728
      @roslannajmi3728 Год назад +2

      betul tu... original pizza jugk the best

  • @nabilhakimchejusoh4320
    @nabilhakimchejusoh4320 Год назад +7

    Baru CEO company sy cerita pasal pizza ni, terbaik 👍🏻

  • @annurabubakar1765
    @annurabubakar1765 Год назад +9

    Sedap nya pizza nih..teringin nk rase yg ori dr org tempatan dan halal.. semoga Allah taala mudahkan urusan perniagaan suami isteri ini..aamiin🤲

  • @ajeed6634
    @ajeed6634 Год назад +10

    Sumpah sedap weh aku pernah rasa pizza dia..lain dari yg lain..aku nak beli tp tak reti suruh kawan aku beli..sumpah sedap gila😍😍

    • @chaberie55chabri3
      @chaberie55chabri3 Год назад +2

      Sy mmg minat sgt nk rs pizza ni,tp sy jauh dr kuantan.

  • @cydackc91
    @cydackc91 Год назад +7

    Sy klu gok pitzahutz n dominozzz tekak mmg xleh nk go dh😂 TAPI, BILA sy tgok abg ni punya pizza lain macam aura nye.. rase cm sy sendri dh sampai Itali.. onzz sampai KL kita kasi terjah one family😊😊❤❤

  • @tahirazis7963
    @tahirazis7963 Год назад +8

    Saya pernah makan pizza abg masa di rumah di Shah Alam. Memang sedap dan authentic seperti di Itali.

  • @RORONOA_ZORO96
    @RORONOA_ZORO96 7 месяцев назад +2

    Nampak sangat cinta dia kat pizza tu...😂 Goodjob bro,saya pun peminat pizza...suka tengok chef dari itali buat pizza neapolitan dan pasta kat yt...nampak sangat sedap dan saya berharap dapat pergi ke itali suatu hari nanti...😂 Pizza neapolitan yg bro ni buat terlihat sangat menyelerakan dibuat dengan penuh cinta saya berharap dapat merasakan pizza dia sebelum ke itali...😂👍
    Saya pernah terpikir ingin buat pizza dan pasta sendiri,tapi bahan dia macam susah jer nak dapat...😂 sekarang belum ada lagi pizza neapolitan yg wow gitu yg pernah dirasai kat banyak2 tempat western food kat tempat saya...😢 Sedih...

    • @lamkib
      @lamkib 7 месяцев назад

      Terima kasih! Most bahan boleh substitute mengikut creativity masing masing 😊

  • @MrMrbumblebee
    @MrMrbumblebee Год назад +15

    Teruskanlah perjuangan Abamg. Sebab saya lihat abang memang passionate dalam pembuatan pizza. Biasalah adat perniagaan ada naik ada turun jangan patah semangat pizza abang pon standard macam Restoran BOTTEGA DI CARNA italy syabas Bang

  • @hohoi6738
    @hohoi6738 10 месяцев назад +1

    Ini cabaran terbesar orang yg betul cintakan seni makanan, terperangkap antara originality makanan tersebut utk dipersembahkan utk org ramai, atau terpaksa ubah resepi ke pada mcm mana rakyat tersebut nak(tekak orang ramai), alau tak memang tak jalan bisness. salute orang2 mcm ni.

  • @den6338
    @den6338 Год назад +22

    Stay strong, healthy and productive bangg. Terus kuat kan semangat, kami rakyat malaysia berharap pada orang yang ada passion, yang suka educate people mcm abang. Doakan saya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, in sha Allah saya akan try pizza abang dan bawak family, kawan2 belanja dan rasa pizza abang. Caiyokkk bang! ❤👍💪🤗

  • @ssgill
    @ssgill 7 месяцев назад +2

    Love your passion bro. Love how you totally passionate about pizza and how it is prepared and made and eaten. Lovely. Keep going boss. I will come to your shop for sure when I am in Kuala Lumpur next.

    • @lamkib
      @lamkib 7 месяцев назад

      Thank you for your kind words

  • @amriothman8610
    @amriothman8610 Год назад +7

    tgk cara explanation abg ni ttg pizza pn dh seronok . dgn kekemasan buat pizza tu pn mmbuatkn lg teringin nk mencuba. kemas dan bersih.. terbaik..

  • @radioabah7237
    @radioabah7237 Год назад +2

    Aku kagum dengan dia, ni la orang penuh kesabaran! Niaga Fnb bukan senang. Aku doakan kau dimurahkan rezeki Bro. Aku akan mai support

  • @atinpopo
    @atinpopo Год назад +4

    wow ada dry ager. bukan main2 ni. sayang je jauh. dari sapot francais luar negara yg mmg dah kaya berjuta2, baik sapot buatan lokal, hand-made. semangat macam ni jangan disia2kan. semoga pergi jauh

  • @azrulstable
    @azrulstable Год назад +12

    1st restaurant yg akn dituju bile ke KL. From jhor with love 🫰. Semoga terus berjaya sahabat.

  • @papaiz89
    @papaiz89 Год назад +8

    tak pernah rasa, tapi dengan passion macam ni, ramai2 mesti support. i will try as soon as possible..

  • @hass89
    @hass89 Год назад +10

    Pernah makan sini memang sedap ❤ service pun top

  • @hrtech7
    @hrtech7 11 месяцев назад +6

    literally just came back from europe and tried legit italian pizzerias and was so amazed at how people literally eat a WHOLE PIZZA by themselves and there was no custom of sharing or whatsoever . secondly , i noticed that the crusts were lopsided and uneven much like this , which is a legit crust unlike our perfectly circled ones . and when i ate it , they served chilli oil along with this which u could use man , it’s superb .

    • @fendi2785
      @fendi2785 Месяц назад

      dorang x makan nasi bang. of course la roti tu makanan ruji dia plus cheese yg original. kita? masak lemak cili api. cuba try migrate ke napoli tngk berapa lama ko cari sambal nasi lemak kan?😂

  • @TGFTTGFFGTTRUEFHROWHEF
    @TGFTTGFFGTTRUEFHROWHEF Год назад +5

    boleh singgah ni... tak yah gi itali ... 😂 jimat RM30K
    pizza dia betul2 classic original italy , utk yg newbie tak tahu yg biasa makan pizzahut or domino tu , tu pizza NEW YORK style bukan italy..

  • @MojoZ20
    @MojoZ20 Год назад +4

    what I like about this guy is....dia sangat "passionate" about his product & industry. Syabas & good luck 👍 .

  • @kamal_jab
    @kamal_jab 11 месяцев назад +2

    Dia buat keju mozzarella sendiri !! Kalau invest lebih, boleh jadi try jadi supplier

  • @kuduskada5355
    @kuduskada5355 Год назад +7

    teruskan bang kerja abg ni...sy juga seorg bekas pembuat neopolitan pizza.. ❤

  • @hizward2812
    @hizward2812 Год назад +2

    Dah berjaya dah abg ni, dulu jual pizza kat rumah je, korang bole tengok video vitdaily ada review pasal pizza ni

  • @rickyho118
    @rickyho118 Год назад +19

    Very authentic pizza recipe with high quality ingredients and excellent cooking technique, like how they do it in Italy.

  • @akumaz78
    @akumaz78 Год назад +6

    Bravoo!! The world become nice again to live for...🥰😍🤩

  • @nnurul6809
    @nnurul6809 Год назад +6

    nampak dia sorg yg sgt positif n relax je..semoga berjaya.. will come soon support dari jb

  • @belalang90
    @belalang90 11 месяцев назад +1

    Cara dia explain even blaja sendiri very articulate! Mantap boleh nak try nnt.

  • @angahsyber68
    @angahsyber68 Год назад +3

    Betul pernah viral ada pelancong itali makan sini dia cakap mmg sedap rasanyapn sama dekat negara asal dia mmg susah nk jumpa org itali puji non-italian buat pizza biasa diorang marah 😂

  • @norhazlinmuda5093
    @norhazlinmuda5093 Год назад +4

    Salute owner WOP... Penuh info ttg dunia pizza. Padu yakmattt

  • @the_interim
    @the_interim Год назад +1

    Ni baru betul Pizze enthusiast. Margherita dan Napoletana ni the best.

  • @qyu...976
    @qyu...976 Год назад +15

    Saya dulu makan pizza di Asia rasa sedap bila tinggal di Europa maka pizza Italian rasa berbeza dan suka pizza asal buatan orang Italy. Favourite saya 4 cheeses pizza's 😊Selamat maju jaya.

    • @irfanana7368
      @irfanana7368 Год назад +1

      sama la. 4 cheese pizza.

    • @qyu...976
      @qyu...976 Год назад +1

      @@irfanana7368 Asal boleh aja. Mana ada sama 😀😁 4 cheese namanya (quattru formaggi) bahasa Italian. 4 jenis cheeses salah satu cheese seperti lumut (fungus) Semoga bro ni maju seterusnya.

    • @irfanana7368
      @irfanana7368 Год назад

      @@qyu...976 I mean my fav pizza la bro. Saya pun suka 4 cheeze pizza. Dulu kerja Singapore atmastel restaurant. Tapi dah closed down. Quattro Formaggi dia the best tau. 🤤

    • @qyu...976
      @qyu...976 Год назад +2

      @@irfanana7368 Saya minta ribuan maaf salah faham😩😩😩 kerana the way you write pun kurang jelas😁🙏

  • @shazwanbro
    @shazwanbro Год назад +1

    Jom2 support! Mmg sedap gile rasa mcm kt Napoli, Italy!!

  • @rozytazainol7097
    @rozytazainol7097 Год назад +6

    RESPECT bro! Salute! Saya teruja betul dgn semangat anda!!

  • @arimebakri2736
    @arimebakri2736 Год назад +5

    salute brother punya knowledge,art,afford.keep going and maintain the standart..

  • @diyannahatta3894
    @diyannahatta3894 Год назад +8

    So passionate about his pizza now i feel like having them!!!

  • @mohdisa5910
    @mohdisa5910 Год назад +4

    Semoga di murahkan rezeki dan terus kan perjuangan membuat pizza.. 👍👍👍

  • @awliafadhli88
    @awliafadhli88 Год назад +4

    Enak banget kayanya itu pizza. 😋✨

  • @brojal4086
    @brojal4086 10 месяцев назад +1

    Mntap bang padu xputus asa smoga maju jaya,,nmpak sedap banggg nk jugak try kt kedah ada dak cawangan, ni yg boleh dcontohi bkn mcm si anwar ibrahim atau zahid hambabi

  • @mazwansams9028
    @mazwansams9028 Год назад +1

    ni bru betul authentic pizza.. yg ni la yg aku cari selama ni.. Ni la cita2 aku dlu..

  • @aizatamirul
    @aizatamirul Год назад +3

    Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan rezeki yg melimpah ruah untuk owner Pizza WOP

  • @MrDin4
    @MrDin4 Год назад +2

    Sy suka pizza yg style camni, tak muak hehe

  • @muhamadizuarzainudin1267
    @muhamadizuarzainudin1267 Год назад +21

    Respect betul dengan knowledge dan kesungguhan brader ni. Teringin nak rasa pizza yang dia buat tapi concern dengan beberapa perkara. Mungkin destinasi tv boleh bagi pencerahan.
    1. Rennet yang digunakan untuk mozzarella tu adakah dari sumber yang halal
    2. Parmigiano reggiano yang digunakan, adakah yang berstatus halal?
    Maaf kalau ni macam terpaling halal, cuma nak tau untuk pengesahan

  • @kevsernetwork3137
    @kevsernetwork3137 Год назад +1

    Padu and Salute..dia punya Passion pada pizza..all the best bang

  • @betoo1769
    @betoo1769 Год назад +1

    Giler la.
    Buat mozarell tu pon ku dh abis kagum.
    Tb2 nampak dapur tanah .
    Betul2 minat dedikasi abg. Terbaik brotherhood

  • @maxsyamil3858
    @maxsyamil3858 Год назад +1

    Terbaik. Semoga Maju Jaya. Amin

  • @kampoengboyz
    @kampoengboyz 6 месяцев назад +1

    pernah rasa, memang terbaik

  • @cahayahidayah7702
    @cahayahidayah7702 Год назад +1

    sy bkn pengemar pizza... tp dek krn abg ni... buat saya teringin nk makan pizza.. dekat plak tu dgn umah... 😅 in sha Allah cpt atau lambat akan sy dtg... hrp pekeje abg ni buat mcm abg ni laa..

  • @aidiladham3607
    @aidiladham3607 11 месяцев назад

    Bgos tgk orng melayu kite maju kedepan

  • @lazzatbakeryful
    @lazzatbakeryful Год назад +1

    Best.. Tgk dgn mulut yg melopong.. Tq min sbb kongsikan kisah ni.. But sendiri mozzarella yg jd ada rasa ori je

  • @YumieLumie
    @YumieLumie Год назад +2

    baru pergi petang tadi, memang legit sedap, boleh rasa mozarella yang tulen macam mana. Yang pizz of art (branch besar) tu fine dining experience rupanya, kita pakai biasa2 je pergi. haha nasib boleh masuk.

    • @lamkib
      @lamkib Год назад +1

      Pizz Of Art Tu "fine casual dining". Ramai je seluar pendek singlet selipar jepun yang datang haha (duit berkepuk)

  • @kopeesoosoo8740
    @kopeesoosoo8740 Год назад +1

    Woww 🫡👏👏👏, semoga perniagaan makin berkembang maju Aamiin 🤲

  • @h30202
    @h30202 Год назад +1

    Cita rasa mat salleh betul ni. Fav aku magherita lah atau yg ada anchovies.

  • @zickau
    @zickau Год назад

    Seronok tgk abg ni btul2 passionate dgn craft dia..InshaAllah ada rezeki ke KL nnt nak dtg sini..save siap2

  • @bsynthetic
    @bsynthetic Год назад +1

    Org mcm aku ni, mahal macam mana pun makanan tu, kalau dh nak mmg aku sanggup spend. Bende sedap, sape taknak. Hopefully, resto abang ni masih operate dgn jayanya. Dari JB nak try rasa nanti 😊

  • @farismasri3762
    @farismasri3762 Год назад +3

    Memang knowledgeable bro pizza ni.. Mantap

  • @teenanuzulan9338
    @teenanuzulan9338 Год назад

    Setakat ni bru jmpa dua org yg btul2 pasion dgn piza en jofliam n tuan ni. Terbaik moga ada rezeki nk rasa nnt

  • @joesemansmmr41
    @joesemansmmr41 Год назад +1

    Dah lama aku cari pizza yg betul2 ikut cara dan bahan2 mcm pizza kat italy

  • @divacute9369
    @divacute9369 Год назад

    You love what u do.. it shows. I will go and support you soon.

  • @user-ol6km9ls4z
    @user-ol6km9ls4z Год назад +3

    Bagus abg ni , jujur , good explaination . semoga business abg maju dan go further ❤️😁👍

  • @Zzalone
    @Zzalone Год назад +1

    Sedap

  • @mypojam
    @mypojam Год назад +1

    Sedapnya nampakk. Kita cari nantii

  • @Happyneko99
    @Happyneko99 Месяц назад

    x jumpa lgi pizza yg ala2 100% original mcm pizza italy dkt area saya penang ni. yg ni sumpah mcm real punya! tringinn nk mrasa nnti ada rezeki nk singgah ☺️

  • @farrafandy2467
    @farrafandy2467 Год назад

    Banyak nya abg ni share ilmu ❤️

  • @shahak4327
    @shahak4327 Год назад

    Support. Semoga kedai ni terus gah dan hebat.

  • @sid9705
    @sid9705 Год назад

    terbaik bang teruskan.. usaha yg ada passion ni sngt baik cabaran x dpt buang but kepuasan dan kejayaan tu dtg kemudian..

  • @AlifArtik
    @AlifArtik Год назад +1

    Terbaik sedagher. Smoga maju jaya! 💯

  • @haizmeerhamzah
    @haizmeerhamzah Год назад

    ok nk dtg try lah. nmpk sedap