Resepi Mini Roti John | Homemade

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 5 дек 2024
  • MINI ROTI JOHN merupakan salah satu menu popular di bulan Ramadan. Ianya sangat sesuai dijadikan juadah ketika berbuka puasa dan ianya sangat sesuai untuk semua peringkat umur.
    Bahan-bahannya (untuk 6 biji Roti John) :
    Inti daging :
    400gm daging kisar
    1 biji bawang holand (dicincang halus/dipotong dadu)
    4 ulas bawang putih (dicincang halus)
    3 sudu besar serbuk rempah kari daging
    1sdt serbuk jintan manis
    1sdt serbuk jintan putih
    1 cawan air
    4 biji lada (dipotong) (optional)
    Garam & Perasa secukupnya
    Roti John :
    Roti frankfurter
    4 biji telur
    Hirisan daun sup
    Butter/Marjerin (utk sapuan ditengah roti)
    Sayur kobis (dihiris halus)
    Sos cili & Mayonis
    Tips :
    1. Tumiskan bawang holand dahulu diikuti dengan bawang putih, kerana bawang putih lebih cepat garing berbanding bawang holand.
    2. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air sebelum diletakkan ke dalam kuali kerana serbuk kari yg kering akan mudah hangit sekiranya kering.
    3. Air ditambah bertujuan untuk melembutkan daging.
    #rotijohn #minirotijohn #homemade #menupopularramadan

Комментарии • 24