Boot Persona aku lagi luas. JR boleh main sorok-sorok dalam tu 😂. Haha.. Vios baru ni aku suka design blakang dia. Warna biru ni pun memang mantap.. yg selebihnya tu, hampir sama je pendapat kita 😅
To add on to the power mode. It's actually pretty practical. FYI , car goes into ECO mode when eco is enabled , reducing the AC, if it's set on auto climate, reduces throttle response and keeps the car on low rev for best economy. When Power mode is engaged with Eco on, the power mode overrides the ECO mode. The use case for this would be, in case you want to overtake someone quickly while being on ECO mode, you can quickly engage power mode, over take and disable it, instead of disabling eco with long press, enabling power mode to overtake and vice versa to enable back eco.
Been cruising in the G spec of this car, covering more than 500 km four times a month on the Pan Borneo route. Super comfy for drives lasting over 7 hours. But gotta say, back seat headroom is a bit tight, heads hitting the ceiling. Not a fan of how easily the piano black finish scratches. Cruise speed not bad, can easily maintain 150-170 (speed factory locked, cant go beyond 180-190).
Vios baru ni mmg cantik drpd pesaing dia terdekat. Dia ada style dia sendiri. Cuma satu je spoil, masa gi showroom. Rear seat x leh jatuhkan, SA Toyota tu pun jujur mcm kurang dkt bahagian ni. Sbb banyak kegunaan seat boleh jatuhkan mcm nk bawak basikal, barang ii yang panjang cth shopping dkt Ikea ke jadi mcm payah sikit. Btw nice review CEO meraba😂
Saya dah 5 bulan guna vios baru mileage dah lebih 30 ribu. Memang super happy. Suspension tak macam vios lama. Keras tapi comfort dan dalam masa yang sama handling bagus. Saya kesana sini kerja. Mmg lasak betul.
Terus terang sy cakap, design vios ni memang hensem/sporty.. Sy owner toyota veloz. Lepas tgk vios baru ni .. Mybe target market vios baru ni utk golongan muda yg tak minat brand tempatan dan nak sporty look .. Tapi kurang2 bagilah runflat tayar kalau taknak bagi spare tyre pun.. Aduh toyota2.. 😅
banyak toyota perlu upgrade dgn model vios ni.. antaranya ialah enjin D4S yang lebih moden. Quality wise perlu toyota standard bukan daihatsu. Safety. Dan yang paling penting ialah ruang dalaman perlu lebih luas dan seat yang support bawah peha. kena ambik benchmark honda city sbgai kete paling memenuhi kriteria average pengguna
@@mohdfauzi8700 spare parts Perodua dgn vios ni mmg sama tapi bukan la mahal sangat. Mu ni geng timing chain la kutuk proton lepas tu ckp pasal jimat minyak RV value. Kalu pakai timing belt jaga maintenance on time mesti xkan putus. At least proton ni pakai body HPF steel kuat banding Perodua vios sampan kena tipu ncap safety test results. Vios ni mmg share parts dgn alza, ativa so kenapa bagi harga 95k at least bagilah 90k . Tayar saiz pun 17' pokai la rakyat Malaysia utk tukar tayar. Vios ni mcam low quality banding vios lama
Yup.. As a S70 Owner. Deisgn luaran vios ni mmg nampak lawa giler, lagi lawa dari S70.. Tapi interior diaa.. Plastic2, tombol2 yang kita sentuh mmg rasa perodua.. Tak sama quality dgn vios lama.. Honda city is better in term overall interior built.. But hands down, S70 is another class from those 2..
iye, mamat yang review ni pon, nak request mcm2, ini kereta 89k dok.. jgn la mintak lebih2.. kata dah review lebih 100 kereta, tapi tu la, nama pon maknusia, bercakap sombong nye tinggi..
Hehee saya guna spec G, haritu kene tayar pancit, pakai inflator, smpai la tempat tukar tayar hehe tapi tula cannot imagine if jadi kt tgh2 hutan huhu. Pasal Nvh tu i can setuju! Very comfortable as a city car.
Saya own Vios almost 1 year boleh katakan 1 st owner juga pada pandangan saya kereta elok je, comfort ok je tapi gearbox mcm kurang shok sikit kalau kita tekan minyak dia mengaum sikit 😅other than that best car for daily users tapi kereta aku mileage baru 10k beli kereta dah hampir setahun 😂😂
Jr, baru prsn bro tk pernah raba kete2 manual, raba la juga kete2 manual mcm saga, bezza ngan axia type R(ahmah), kalau psl vios luar mmg sexi, dlm mcm axia, seat blkg supportive cuma luas emmm, bezza lagi luas, tpi not bad la walaupun ada option yg lagi berbaloi dgn harga yg lebih kurg mcm veloz( same chassis), city, s70 n almera
For me, folding rear seat is a deal breaker if you can only afford one car. For me its not a deal breaker. Dh 8 bulan guna takda perlu pun folding rear seat, sbb i got a vellfire.
The reason why Vios uses stereoscopic cameras instead of radar is, firstly, easy to maintain and replace in case of front-end collision. The front bumper is likely to be damaged compared to the windscreen. Secondly, cost cutting la sbb part sharing dgn P. In terms of which one is more accurate and effective not sure lah, a lot of other factors need to be considered, I mean you get what you pay for la 😅 anyway it’s a nice car 👍
@@im_jrsong Price is subjective but in my opinion, it is competitively priced. If we look back in 2013 or 2014, the ncp150 was priced from RM73k, with only two airbags, abs, no esc, no nothing let alone aeb. This fourth gen(ngc102), comes standard with 6 airbags, aeb, starting from RM90k is a good bargain. Those who say very expensive la, better buy…. They are likely to be barking the wrong tree. We could barely see the lowest spek(j), for the last generation anyway, so make no sense if T was still going to offer that in the first place.
Ouh 470 liter ja ka but belakang vios baru ni, cara jr song ckp mcm luas sgt 550 liter keatas ke apa haha. Kalau setakat 470 liter, byk model lain yg segmen mcm tu boleh lwn. Even Bezza segmen lgi rendah pun dh 508 liter kot. Jr song anda kena lebih lgi check fact dlm video2 anda ok!
@@rainsyahdante6702 model lain setting lain tapi cuba lah krna kilang set low krna spring ketat masa baru lama dan lepas open close spring tu open sikit loh
Saya dah pakai 6 bulan. NVH up to 89km/h mmg puas hati. Senyap je. Tapi bila 90km/h and above, start masuk dah bunyi angin dari door visor tepi. Lagi2 kalau dah 110km/h tu, mcm puting beliung mat. Passenger tidur pun boleh terbangun.
@@kirama00 tapi kalau perasan yg facelift mmg berbaloi tapi jangka tahun tak lama pun dalam 3/4 tahun terus keluar model baru. Pandai jenama2 kereta buat bisnes 😂
ini vios yang sepatutnya x wujud....no spare tyres, fast back yang ugly dan susah nak bawa penumpang, no 60/40, under power as usual, problematic e-brake, 100K OTR...mantap!
Mmg bnyk kekuranganbhguan dlm kereta ni tp aku terpaksa pilih kerana exterior (muka hdpn) nya yg menawan kalbu... Honda city shape dia mmg x cantek sama sekali walaupon pd asalnya aku nk ambik honda city jgk
dah ada jual bro spare tayar tu, kira additional package, x caya gi jumpa seller sendri, tayar tu bukan isu pon in the first place, sbb variant indon dapat tayar spare
@@Lahmm1997 Kalau nak praktikal beli lah MPV mcm Alphard tapi ia mcm kereta kebal. Tapi itu adalah passenger car dan bukan driver car. Org yg suka memandu kenala beli 2 kereta. Ferrari pun x praktikal tapi tetap dream car ramai
Nak buat fastback mcm civic..tp tak kira penumpang blkg..civic tarik blkg lg dan tak terlalu menjunam jd penumpang selesa...aku tgk lawa keli dgn jerung tapiiii utk vios perodua...aisehman...berbaloi lg S70
6:40 honda city ada lah electric parking brake tu… cuma ada kat spec paling atas, RS je… sama mcm vios jugak ada kt spec paling atas jugak… spec yg bawah2 guna manual handbrake je
ni sy panggil daihatsu vios atau pun perodua vios because same engine as my myvi 3rd gen fl dan dan vios ni guna platform DNGA. Kekurangannya adalah ianya masih lagi guna Dual VVT-i, bukan VVT-iE. Bg sy vios paling terbaik adalah toyota vios NSP151 yg guna engine 2NR-FE.
My siblings been using toyota vios from 2009 model to 2016 model, and i thought it would be fun if i beli this one too. But they all spent less than 90k and get good deals with the price within the year of its release though. So, jujurlah, ada ke yang beli this model dan add on tayar spare?
In terms of design, probably this new Vios is much better. But in terms of overall car package, the old model seems better. Kenapa beli kereta perlu add-on lagi? cth spare tayar
Aku penah guna waja dari tahun 2000 sampai 2006, lps tu amek wira 1.6 sedan sampai 2007. Dua2 model tu ada rear seat split fold. Selama 7 tahun tu sumpah aku tak pernah guna pun 😅.. mngkn sbb aku bukan tukang rumah kut.. yg selalu bawak brg panjang
jangan normalise budaya manufacturer buang features tapi harga maintain/lagi mahal. Dulu buang spare tyre, skrg split fold, lepas ni mungkin adjustable steering,
@@heehee1096 tayar spare ni bermula bmw dgn 3 series e90 tahun 2005. Hari ni bukan saja BMW dan toyota tapi byk pengeluar lain jual.kereta tanpa tayar spare.. terutamanya EV.
@@fauzanriez9472 org buang tayar spare dia pun ikut buang utk cost cost tapi harga maintain. bmw tu buang spare tyre tapi features mewah semua ada lengkap ni sedan B segment vios. even bezza A segment rm40k pun ada spare tyre & split fold. sama la mcm apple buang charger, save environment kataya padahal cut cost nak untung lebih. Sama juga mcm chasis DNGA, perodua/daihatsu kata utk jimatkan kos pengeluaran model baru tapi penjimatan tak transfer ke customer, harga makin mahal.😄
Bagi saya pula bang vios keli yg paling mantap, walaupun sya pengguna vios dugong😂..dan vios yg paling teruk adalah vios yg terbaru ni menonjol sgt perodua nya tu..Nampak sgt murah 🤣..sya memang tak minat vios 2023 ni🤣
Ak sarankan pergi showroom, raba dan test drive. Compare City dan Vios. Sbb semua kete ada kelebihan dan kelemahan. Tapi untuk kegunaan aku, City. Kalo nak order boleh roger ak, dpt extra free gift 👍
For me First gen - Practical, eco saving 2nd Gen - Sedap buat modified, std kilang dia pun pikap best (over sensitive throtle) 3rd Gen 4AT- Rasa berat sikit dari 2n gen, sebab weight dia mcm tambah sikit. Tapi rupa peh memang mewah, dia pnya design macam mini Camry pada zaman tu 3rd Gen CVT - Failure, minyak kuat, pikap x sedap 3rd Gen prefacelift/facelift - Improve sikit dari 3rd Gen CVT, memang kurang pikap tapi ok sbnrnye 3rd Gen GRS - Fun to drive, aku regret tak tunggu dulu variant GR launch, pegi amik facelift G tahun 2021 dulu :( 4th Gen - Cuba dah untuk tuka mindset, tak boleh doh, red flag
Sedihnya tgk siapa beli vios ni. Dah tahun 2024, remote start pun xde. Adehhh... Honda sbg pesaing utama pun lama dah ada. Proton yg korang kata made in china tu pun teknologi jauh tinggalkan vios ni.
tapi vios tetap mng dari segi ketahanan dan reliability. Itulah trademark dan sell point Toyota. Sbb apa diorang buat deisgn ugly ke apa sume tapi masih ramai yg beli? Sbb mereka org yg bijak yg utamakan longevity berbanding aethetics.
Saya owner vios 2023 dah 5 bulan, previous pakai dugong.. so far sngt puas hati, rasa lah premium tu compared dgn previous dugong.. Pro : 1) Minyak jimat weihh, 330km = RM 32.50 ~ 20.8 km/L, speed 120-140kmh.. laju juga.. 2) NVH, senyap lebih kurang dugong.. 3) Cornering (suspension) power lagi dari Vios2 sebelum, (dulu sampan nk mampus) 4) Apple Car Play= sngt mudah connection 5) Design cantik semua angle depan ala2 mazda, previous vios ada yg rupa belakang mcm Apek Jepun, Muka depan jendul bodoh bajet2 mcm jerung 6) Ruang belakang selesa jer duduk, previous vios center konsol BODOH TERKEBELAKANG.. Cons: 1) ruang kaki belakang ada jendol , limit space 2) yg lain2 sama mcm RUclipsr lain comment.. tapi kelemahannya bukan suatu keperluan untuk semua orang..
xde jr, aku komen dkt 1st review vios u, tetap i kte vios baru ni scam org.. x praktikal, lg mahal(bukan cbu) & byk bnda yg x selesa n stress bila fikir dgn apa yg kte byr
Axia baru ada spare tire, ruang belakang orang tinggi 6 kaki pun selesa. Vios baru takde spare tire. Yang tinggi 5'5" dah rasa tak selesa. Hanya banggang beli Vios baru
Aku booked tahun lepas lg blum sampai2. Hampeh sangat. Aku dah lama nak tapau superbike sebijik, klu bkn sbb isteri masih pakai viva dia yg dah lebih 15 tahun tu, dah lama aku cancel menatang ni.
Masa mula2 tengok vios ni versi Thailand yang dalam merah terus cakap dengan wife nak tukar vios ni plk, tapi bila dah lunch kat Malaysia tengok depan2 terus cakap dengan wife kita kekalkan je la ncp151 😂😂😂
Boot Persona aku lagi luas. JR boleh main sorok-sorok dalam tu 😂. Haha.. Vios baru ni aku suka design blakang dia. Warna biru ni pun memang mantap.. yg selebihnya tu, hampir sama je pendapat kita 😅
Thankiuu sapot Haffis ❤️ Yang penting, Persona dpt brown leather tuuuuu
I dah genap 2bulan pakai vios baru INI so far so good and comfy ❤
To add on to the power mode. It's actually pretty practical. FYI , car goes into ECO mode when eco is enabled , reducing the AC, if it's set on auto climate, reduces throttle response and keeps the car on low rev for best economy. When Power mode is engaged with Eco on, the power mode overrides the ECO mode. The use case for this would be, in case you want to overtake someone quickly while being on ECO mode, you can quickly engage power mode, over take and disable it, instead of disabling eco with long press, enabling power mode to overtake and vice versa to enable back eco.
Still a bit complicated, but thanks for the info🌟
@@im_jrsong understand how it's complicated, took me about 2 weeks to figure out the combinations hahahaha
Been cruising in the G spec of this car, covering more than 500 km four times a month on the Pan Borneo route. Super comfy for drives lasting over 7 hours. But gotta say, back seat headroom is a bit tight, heads hitting the ceiling. Not a fan of how easily the piano black finish scratches. Cruise speed not bad, can easily maintain 150-170 (speed factory locked, cant go beyond 180-190).
Awesome..ive been thinking about driving a sedan on pan borneo..wait a lil bit old until my wife give me a chance to buy a sedan..🥳
maintain 180?😂😂😂
versi sebelum ni 140 dah macam speedboat kat highway...kalau semua stock....versi ni boleh 150 - 170 dan maintain fuuu....jilat byk ni...
😅150-170 boleh la maintain, if need 180-210 better i drive my GR86@@tikarbuluh1506
I've never drove previous gen so i cant judge but 2023 gen handles really well going 160-170 @@dennis5199
Kami suka dengar condem.. manis2 semua rachunn 💢 keep it up bro 👍🏻
Stuju dgn pandangan tu. Luaran cntik tpi dlaman lbih kurg sma dgn geng p😅
Vios baru ni mmg cantik drpd pesaing dia terdekat. Dia ada style dia sendiri. Cuma satu je spoil, masa gi showroom. Rear seat x leh jatuhkan, SA Toyota tu pun jujur mcm kurang dkt bahagian ni. Sbb banyak kegunaan seat boleh jatuhkan mcm nk bawak basikal, barang ii yang panjang cth shopping dkt Ikea ke jadi mcm payah sikit. Btw nice review CEO meraba😂
tunggu thailand siap R&D apa susah, nanti masuk la tu foldable back seat, easy
@@aliffzulhaziq6789boleh masuk, tapi akan ada drawback..kena buang rangka X tu.
Ikea skrng pon da sediakan transport dia sndiri bro utk dptkan diskaun dri ikea... Ko hidup zaman bila ni? 😂
Saya dah 5 bulan guna vios baru mileage dah lebih 30 ribu. Memang super happy. Suspension tak macam vios lama. Keras tapi comfort dan dalam masa yang sama handling bagus. Saya kesana sini kerja. Mmg lasak betul.
Yang penting semua ok dan owner happy. 🎉
kereta bawah 100k.. tak boleh la nak request macam2 betul tak.. bagi aku vios baru ni lebih bagus dari yg lama.. okay ape..
👍🏻
tp awak hanyalah merasakan sebuah perodua myvi..kualiti pun myvii haha..
@@shafiqnevercry yeke? ada vios ke bang? haha
my views still the same too. its not a bad car but i cannot accept the lack of utility. no folding rear seats = dealbreaker
Sama kita ✋
Luar bagi aku paling hensem dari pesaing, but dalam ermmm.. Untuk single atau small family boleh la
Terus terang sy cakap, design vios ni memang hensem/sporty.. Sy owner toyota veloz. Lepas tgk vios baru ni .. Mybe target market vios baru ni utk golongan muda yg tak minat brand tempatan dan nak sporty look .. Tapi kurang2 bagilah runflat tayar kalau taknak bagi spare tyre pun.. Aduh toyota2.. 😅
Toyota think new gen young people donno how to change tyre..mybe thats y only give repair kit..haha
banyak toyota perlu upgrade dgn model vios ni.. antaranya ialah enjin D4S yang lebih moden. Quality wise perlu toyota standard bukan daihatsu. Safety. Dan yang paling penting ialah ruang dalaman perlu lebih luas dan seat yang support bawah peha. kena ambik benchmark honda city sbgai kete paling memenuhi kriteria average pengguna
Saya xmau Perodua vios
@@JustAnAverageDude-mo4sz better apa.. spare part pro2 boleh pakai KT Vios.. jimat byk dh tu.. yg penting engine timing chain.. better dari engine procina Tu pakai timing belt.. sekali slip atau putus.. ribu2 Kos repair . Jangan main2 haha
@@mohdfauzi8700 spare parts Perodua dgn vios ni mmg sama tapi bukan la mahal sangat. Mu ni geng timing chain la kutuk proton lepas tu ckp pasal jimat minyak RV value. Kalu pakai timing belt jaga maintenance on time mesti xkan putus. At least proton ni pakai body HPF steel kuat banding Perodua vios sampan kena tipu ncap safety test results. Vios ni mmg share parts dgn alza, ativa so kenapa bagi harga 95k at least bagilah 90k . Tayar saiz pun 17' pokai la rakyat Malaysia utk tukar tayar. Vios ni mcam low quality banding vios lama
Yup.. As a S70 Owner. Deisgn luaran vios ni mmg nampak lawa giler, lagi lawa dari S70.. Tapi interior diaa.. Plastic2, tombol2 yang kita sentuh mmg rasa perodua.. Tak sama quality dgn vios lama.. Honda city is better in term overall interior built.. But hands down, S70 is another class from those 2..
Kesilapan vios ialah takde tayar spare...jgn bandingkan dgn keta2 mahal..vios ni keta yg pernah jadi sedan no 1 kt malaysia
iye, mamat yang review ni pon, nak request mcm2, ini kereta 89k dok.. jgn la mintak lebih2.. kata dah review lebih 100 kereta, tapi tu la, nama pon maknusia, bercakap sombong nye tinggi..
Yang ni saya rasa x de la masalah besar.. tempat letak tayar spare pun ada. Beli je tayar+rim rm200 pun dah dapat.. settle
@@ingatlupa8512boleh muat ke?
@@rafamerengues8935 boleh letak tayar spare la
Hehee saya guna spec G, haritu kene tayar pancit, pakai inflator, smpai la tempat tukar tayar hehe tapi tula cannot imagine if jadi kt tgh2 hutan huhu. Pasal Nvh tu i can setuju! Very comfortable as a city car.
Keluarkan rm200 utk tayar spare + rim. Yg second pun x pe
Better full spec pkai system aircond digital. Ni nk kne pulas2 plak.
Saya own Vios almost 1 year boleh katakan 1 st owner juga pada pandangan saya kereta elok je, comfort ok je tapi gearbox mcm kurang shok sikit kalau kita tekan minyak dia mengaum sikit 😅other than that best car for daily users tapi kereta aku mileage baru 10k beli kereta dah hampir setahun 😂😂
ada jgak komen yg melegakn hati😂
Baru tumpang kereta adik haritu duk belakang.aku tinggi 180cm memang nak kena tebuk bumbung.Last-last aku yang kena drive.
Hehe betul, kepala betul2 kena atas tu. Dahlah seat agak tegak 😅
Initially I thought want to trade in my DMax with this vios. But after I learned that the backside seat cannot fold down, I rather stick to my truck.
vios mna je yg orang kata lawa masa mula2 keluar ... bila dh lama sikit akn jd nampak lawa n ada ramai peminar sendiri
dugong tu la paling lawa . sekarang exterior macam ah beng interior pula macam ah pek
Jr, baru prsn bro tk pernah raba kete2 manual, raba la juga kete2 manual mcm saga, bezza ngan axia type R(ahmah), kalau psl vios luar mmg sexi, dlm mcm axia, seat blkg supportive cuma luas emmm, bezza lagi luas, tpi not bad la walaupun ada option yg lagi berbaloi dgn harga yg lebih kurg mcm veloz( same chassis), city, s70 n almera
Kebanyakan kereta skrang pun auto, jarang sangat jumpa manual
@@im_jrsongaxia rahmah bang ahaha
Review Almera in 2024 pulaaa!
For me, folding rear seat is a deal breaker if you can only afford one car.
For me its not a deal breaker. Dh 8 bulan guna takda perlu pun folding rear seat, sbb i got a vellfire.
Wehhhh... Ayat last tuuuu....
The reason why Vios uses stereoscopic cameras instead of radar is, firstly, easy to maintain and replace in case of front-end collision. The front bumper is likely to be damaged compared to the windscreen. Secondly, cost cutting la sbb part sharing dgn P. In terms of which one is more accurate and effective not sure lah, a lot of other factors need to be considered, I mean you get what you pay for la 😅 anyway it’s a nice car 👍
For what it is, comparing to it's competitors, for what you get, this is priced a lil high no?
@@im_jrsong Price is subjective but in my opinion, it is competitively priced. If we look back in 2013 or 2014, the ncp150 was priced from RM73k, with only two airbags, abs, no esc, no nothing let alone aeb. This fourth gen(ngc102), comes standard with 6 airbags, aeb, starting from RM90k is a good bargain. Those who say very expensive la, better buy…. They are likely to be barking the wrong tree. We could barely see the lowest spek(j), for the last generation anyway, so make no sense if T was still going to offer that in the first place.
4:14 Boot size honda city petrol (519 litre) lg besar dari toyota vios (470 litre)
Ouh 470 liter ja ka but belakang vios baru ni, cara jr song ckp mcm luas sgt 550 liter keatas ke apa haha. Kalau setakat 470 liter, byk model lain yg segmen mcm tu boleh lwn. Even Bezza segmen lgi rendah pun dh 508 liter kot. Jr song anda kena lebih lgi check fact dlm video2 anda ok!
Btul tu dari angka lebih besar. Tapi hakikatnya kita tak hari2 ukur berapa litre boleh sumbat dlm boot tu kan
But blakang tu ada spring kena setting baru naik auto ianya hidden belakang panel trim
Eik boleh setting auto naik eh kalau ada spring kt but tu? Try kt saga plak nnti hehe
@@rainsyahdante6702 model lain setting lain tapi cuba lah krna kilang set low krna spring ketat masa baru lama dan lepas open close spring tu open sikit loh
Dah setahun kereta ni keluar tapi still tak dapat brain pasal seat belakang dia 💆🏻
Saya dah pakai 6 bulan. NVH up to 89km/h mmg puas hati. Senyap je. Tapi bila 90km/h and above, start masuk dah bunyi angin dari door visor tepi. Lagi2 kalau dah 110km/h tu, mcm puting beliung mat. Passenger tidur pun boleh terbangun.
Banyak kereta door visor akan bunyi bersiul juga
as ncp151 owner, cermin belakang memang nampak kecik ke? the one with back camera tu?
tapi honestly, vios baru ni mengarut. better stay dgn prev vios
Boot honda city non hybrid 519 liter, vios ni 475 liter...
color ni macam lagi 🔥 la compare dengan putih
Jr buat lg video Mazda 3 hactback dgn model Mazda lain please 🙏🏽
Tgh nak cari jugak
Luaran dah cun dah tp dalaman lak spoil.
Adehhh nk buat grab mcm mana klau amek orang putih 180cm tinggi keatas duduk belakang mcm tu
sy 176cm..kepala lagi 0.5cm langgar roof duduk belakang haha
Great review bro. Nasib baik kau kondem semua benda. Haha fikir 2 3 x tgk review nie. Sebelum ni mcm ada hati nak beli.
Dekat stahun aku tunggu vios ni kluar. Sanggup hold beli City @ almera. Tiba2 takboleh lipat seat. Caittt.
Lain kali tgk video JR song dulu katanya
Tunggu facelift jer, mungkin akan ada tyre spare & seat boleh turun.
Ha ah konfom
Betul kalau nak beli mana2 kereta, kena ambik yang facelift lebih berbaloi
Masih kalah dgn S70...kalo betol² nak lambang T jugak oklah
@@kirama00 tapi kalau perasan yg facelift mmg berbaloi tapi jangka tahun tak lama pun dalam 3/4 tahun terus keluar model baru. Pandai jenama2 kereta buat bisnes 😂
Kenapa pulak kalah dengan s70. S70 tu bagus sangat ke? @@siputsedutism
Sama opinion! Saya drive k**g, bila test vios entah tak rasa beza mana dalam dia. Just diff brand je
Lawa.....🤗 Ala2 civic FE gitew...🥰❤
Cibik FE mcm lg lawa
Untuk jangkamasa panjang, kereta Vios adalah boring tapi reliable...
Kan.?
Thanks you jujur. Terbaik
Mmg. Minat nk beli, tapi lepas tahu tkde spare tyre mcm tak jadi pulak.
Skrg dh boleh add on
Huhu baru je dh lulus loan.. lain mcm dgr komen😅..
Yaris Cross ada mari kah? Bila?
wife city sya vios… msing2 ada kelebihan….bab xdk taya spare…kemon la blh beli murah ja…haha
Kalo bab tambah spare tayar sendiri, kete ni first in Malaysia
Memang bagus la cara bg ni
Enterior dye memang Hensem mcm JR Song😂 tetapi! Dalaman dye... xpew la...setia je dgn Vios Spec E Origin T. Ahahaha
ini vios yang sepatutnya x wujud....no spare tyres, fast back yang ugly dan susah nak bawa penumpang, no 60/40, under power as usual, problematic e-brake, 100K OTR...mantap!
Facelift nanti selesai la masalah2 ni. MUNGKIN....
@@im_jrsongbila keluar facelift tu
Latest design by Toyota, ViosCity😊
Mmg bnyk kekuranganbhguan dlm kereta ni tp aku terpaksa pilih kerana exterior (muka hdpn) nya yg menawan kalbu... Honda city shape dia mmg x cantek sama sekali walaupon pd asalnya aku nk ambik honda city jgk
Aku rasa orang kurang minat beli sebab tk ada spare tayar. Kalau ada mesti laku. Hidup Proyota
dah ada jual bro spare tayar tu, kira additional package, x caya gi jumpa seller sendri, tayar tu bukan isu pon in the first place, sbb variant indon dapat tayar spare
Kurang sebab smpit bro..try duduk blkg mmg bumbung tu rapat kat kepala..ni bkn kereta sport ni kereta marhain
Mazda 3 mmg best tapi kurang org beli..tapi i lagi suka sebab jadikannya lebih rare..tak suka rata2 pun nampak kereta sama
dia tak pratikal tapi mmg syahdu kalau bawa
@@Lahmm1997 Kalau nak praktikal beli lah MPV mcm Alphard tapi ia mcm kereta kebal. Tapi itu adalah passenger car dan bukan driver car. Org yg suka memandu kenala beli 2 kereta. Ferrari pun x praktikal tapi tetap dream car ramai
Mazda 3 harga jauh skit nak buat berbandingan
Beza hrga hampir 50K.. mne nk ramai yg beli.. mahal kot
@@khairulazhan5492 Tapi harga M3 bukan harga T20 lagi..masih mampu milik 😆
Saya tunggu perodua nexus bulan 4 ni
Manaaaa 🤣
bulan 11 lol nexus ke nebula ke =toyota yaris cross
Dah takde tayar spare sbb tayar asal ssh nk pancit ke apa ni?😅
Nak buat fastback mcm civic..tp tak kira penumpang blkg..civic tarik blkg lg dan tak terlalu menjunam jd penumpang selesa...aku tgk lawa keli dgn jerung tapiiii utk vios perodua...aisehman...berbaloi lg S70
Apa yg aku suka vios ni ada aircone blakang
6:40 honda city ada lah electric parking brake tu… cuma ada kat spec paling atas, RS je… sama mcm vios jugak ada kt spec paling atas jugak… spec yg bawah2 guna manual handbrake je
RS hybrid ja ada which is harga dia 112k. Vios G baru 96k
@@proakkie942 honda city versi sblm facelift spec RS pun dh ada electric parking brake ni… harga masa tu x silap rm 105k+
@@proakkie942perodua vios for 100k hell no 😂 tukar logo je siapa beli dia b*d*
@@mrmphst725 still expensive then
RS hev only :(
ni sy panggil daihatsu vios atau pun perodua vios because same engine as my myvi 3rd gen fl dan dan vios ni guna platform DNGA. Kekurangannya adalah ianya masih lagi guna Dual VVT-i, bukan VVT-iE. Bg sy vios paling terbaik adalah toyota vios NSP151 yg guna engine 2NR-FE.
Apa beza 2NR-FE dengan dual VVT-i?
My siblings been using toyota vios from 2009 model to 2016 model, and i thought it would be fun if i beli this one too. But they all spent less than 90k and get good deals with the price within the year of its release though.
So, jujurlah, ada ke yang beli this model dan add on tayar spare?
useless model. better find previous Vios model
In terms of design, probably this new Vios is much better. But in terms of overall car package, the old model seems better.
Kenapa beli kereta perlu add-on lagi? cth spare tayar
Just go to car owner groups on December 2nd week and post want to buy car with high rebate. Honda city got 13k rebate last December
Aku penah guna waja dari tahun 2000 sampai 2006, lps tu amek wira 1.6 sedan sampai 2007. Dua2 model tu ada rear seat split fold.
Selama 7 tahun tu sumpah aku tak pernah guna pun 😅.. mngkn sbb aku bukan tukang rumah kut.. yg selalu bawak brg panjang
jangan normalise budaya manufacturer buang features tapi harga maintain/lagi mahal. Dulu buang spare tyre, skrg split fold, lepas ni mungkin adjustable steering,
@@heehee1096 tayar spare ni bermula bmw dgn 3 series e90 tahun 2005. Hari ni bukan saja BMW dan toyota tapi byk pengeluar lain jual.kereta tanpa tayar spare.. terutamanya EV.
@@fauzanriez9472 org buang tayar spare dia pun ikut buang utk cost cost tapi harga maintain. bmw tu buang spare tyre tapi features mewah semua ada lengkap ni sedan B segment vios. even bezza A segment rm40k pun ada spare tyre & split fold. sama la mcm apple buang charger, save environment kataya padahal cut cost nak untung lebih. Sama juga mcm chasis DNGA, perodua/daihatsu kata utk jimatkan kos pengeluaran model baru tapi penjimatan tak transfer ke customer, harga makin mahal.😄
Macam setuju komen 👏
Kete ni tapau 60% B segment sales kat Thailand. Toyota Malaysia kena bagi bnyk lgi bodykit baru bulih nk up sales
spec thai lagi best dari Malaysia punya
Saya suka toyota vios tapi still pening nak s70 ke vios
S70 bang..kalo muda2 bujang mybe naik vios nmpk sporty..kalo 30an s70 nmpk kaya haha
S70 boss...vios ni x berbaloi...better ambik corolla trus kalo nak jugak lambang T tu..
S70 design luaran org tue😂
@@jkbona7831org tua yg kaya haha...kalo muda bujang better city or vios
Pilih mana yang bersesuaian dgn citarasa & ketebalan dompet.
S70 ada turbo, perlu servis. Jenama P
Vios sempit & xda tayar spare. Jenama T
Dalam sempit la terutama belakang..rasa mcm terhimpit kat atas..cmne nak ckp pun tak tau..kalau naik pesaing dia city atau proton lebih luas
city luas dari dia tinggi pun tinggi dari dia sigh
Baru pakai Vios G baru..sedap mat..
Dalam banyak banyak Vios punya model dari yang pertama hingga yang kelima..
Vios generasi kedua jugak yang puas hati terbaik.. Vios Dungun
Dungun tu dekat terengganu bang . hahahaha
Bagi saya pula bang vios keli yg paling mantap, walaupun sya pengguna vios dugong😂..dan vios yg paling teruk adalah vios yg terbaru ni menonjol sgt perodua nya tu..Nampak sgt murah 🤣..sya memang tak minat vios 2023 ni🤣
Just bought i am happy with this car says what you want is your own opinion
Mintak pendapat... Berbaloi tak tredin vois 2014 J ke vior baru ni kepada G?
Ak sarankan pergi showroom, raba dan test drive. Compare City dan Vios. Sbb semua kete ada kelebihan dan kelemahan. Tapi untuk kegunaan aku, City.
Kalo nak order boleh roger ak, dpt extra free gift 👍
kalau interior dia macam s70 memang aku beli
Mantap boss komen jujur & murni😅😮😂😂😂
Tempat simpan sun glasses JR still call cup holder😂
Dah biasa sangat kot. Sampai x perasaan sebut cup holder
Nice review bro
Bro, Vios atau City? Mana satu tahan lama? Ramai cakap Toyota tahan lama berbanding Honda.
Dua2 tak jauh beza dari segi ketahanan
Tak minat vios baru ni sbb belakang dia nampak mcm Preve huhu
Bahagian luar cantik nampak toyota dalam die mcam perodua terus saya beli honda city
Antara pilihan juga tu
my gross pay is rm2700, can I buy vios g and do part time grab? i need advice on this
entahla takde spare tyre pun sy tetap pejam mata dan beli jugak sbb terlalu ensem 😂😂nnt kte beli sendiri la spare tyre tuh 😅
bg la cadangan. wrna merah atau biru cntik untuk sy
hensem pulak vios baru ni, mcm nak beli
Hi semasa memandu
boleh lihat video tak?
Sebab dulu ada satu series.kena parking tepi jalan baru boleh guna untuk video
Tak boleh tgk video ye. Melainkan Android Player
Vios = Myvi Sedan version lahh
For me
First gen - Practical, eco saving
2nd Gen - Sedap buat modified, std kilang dia pun pikap best (over sensitive throtle)
3rd Gen 4AT- Rasa berat sikit dari 2n gen, sebab weight dia mcm tambah sikit. Tapi rupa peh memang mewah, dia pnya design macam mini Camry pada zaman tu
3rd Gen CVT - Failure, minyak kuat, pikap x sedap
3rd Gen prefacelift/facelift - Improve sikit dari 3rd Gen CVT, memang kurang pikap tapi ok sbnrnye
3rd Gen GRS - Fun to drive, aku regret tak tunggu dulu variant GR launch, pegi amik facelift G tahun 2021 dulu :(
4th Gen - Cuba dah untuk tuka mindset, tak boleh doh, red flag
Aku pun regret tak amik Vios GRS dulu, beza tak banyak bulanan pun, wehhhhhh 😭
Makin bnyk atas jln
12:03 dah kau duduk tegap macam boss memanglah cecah kepala..
Hang punya beletiaq best la..TBH. 9/10... Hahahaha, aku enjoy betoi doh! Tq²👍🏻
Aku mesti tersenyum bila tengok video-video CEO of meraba ni. Hihi!
🤭🤭
9:08 ni dah kali ke 10 kau panggil benda tu(sunglass holder) cup holder🤣🤣 aku tibai kau sampai ke bulan kang bru tahu😤😤😤🤣🤣
Wehhh jgn la masuk kiraaaa
Sedihnya tgk siapa beli vios ni. Dah tahun 2024, remote start pun xde. Adehhh... Honda sbg pesaing utama pun lama dah ada. Proton yg korang kata made in china tu pun teknologi jauh tinggalkan vios ni.
Xpe..x berckp dgn kereta pun..asal baiki senang..parti mudah..try x50 atau x70...pastu jual market brp dpt x50 tu
tapi vios tetap mng dari segi ketahanan dan reliability. Itulah trademark dan sell point Toyota. Sbb apa diorang buat deisgn ugly ke apa sume tapi masih ramai yg beli? Sbb mereka org yg bijak yg utamakan longevity berbanding aethetics.
vios ni model utk market SEA ja...jgn la dok perasan kualiti setanding model2 global toyota yg lain..
Saya owner vios 2023 dah 5 bulan, previous pakai dugong.. so far sngt puas hati, rasa lah premium tu compared dgn previous dugong..
Pro :
1) Minyak jimat weihh, 330km = RM 32.50 ~ 20.8 km/L, speed 120-140kmh.. laju juga..
2) NVH, senyap lebih kurang dugong..
3) Cornering (suspension) power lagi dari Vios2 sebelum, (dulu sampan nk mampus)
4) Apple Car Play= sngt mudah connection
5) Design cantik semua angle depan ala2 mazda, previous vios ada yg rupa belakang mcm Apek Jepun, Muka depan jendul bodoh bajet2 mcm jerung
6) Ruang belakang selesa jer duduk, previous vios center konsol BODOH TERKEBELAKANG..
Cons:
1) ruang kaki belakang ada jendol , limit space
2) yg lain2 sama mcm RUclipsr lain comment.. tapi kelemahannya bukan suatu keperluan untuk semua orang..
dugong 4 speed baru 7 speed . speed makin tinggi maki. senyap
xde jr, aku komen dkt 1st review vios u, tetap i kte vios baru ni scam org.. x praktikal, lg mahal(bukan cbu) & byk bnda yg x selesa n stress bila fikir dgn apa yg kte byr
Btul2. Kalo compare dgn kete lain, ni mmg jauh skit. Tapi tu la, ikut kepada pembeli
Axia baru ada spare tire, ruang belakang orang tinggi 6 kaki pun selesa. Vios baru takde spare tire. Yang tinggi 5'5" dah rasa tak selesa. Hanya banggang beli Vios baru
Fastback = rear passenger 😢.
No spare = call tow truck 😭. Average puncture 4 times a year 😊 for my use case.
No rear seat folding = no IKEA.
Vios sales still 📈
Same . height 179 sit behind driver seat hit the head already . still love the dugong still have space
Windscreen come with tint kah bro?
I believe so
Aku booked tahun lepas lg blum sampai2. Hampeh sangat. Aku dah lama nak tapau superbike sebijik, klu bkn sbb isteri masih pakai viva dia yg dah lebih 15 tahun tu, dah lama aku cancel menatang ni.
Laaaa kenapa lambat sgt
Uish...branch mana tu...tnya kat cyberjaya dia kata kurang sebulan boleh dapat
@@syafiqyahaya7442 dapat dah..
Masih menunggu yaris cross. Plan nak upgrade bezza sekarang
Me too... any news bila Yaris Cross launching?
@@danieltay1052 possibly around april same launch maybe with perodua nexis. Ramai car reviewer speculate april
Yaris cross lagi better drpd vios ni
@@siputsedutism harap harga dia masih bawah 100k untuk ice engine dan above 100k untuk hybrid engine/gr
@@The555kim Indonesia version with space saver spare tyre, Taiwan with only repair kit... hmmm, most probably no spare tyre in Malaysia to save cost
Yang nie kat Malaysia jer Vios tapi kat Thailand Toyota ative..😅😅😅
Masa mula2 tengok vios ni versi Thailand yang dalam merah terus cakap dengan wife nak tukar vios ni plk, tapi bila dah lunch kat Malaysia tengok depan2 terus cakap dengan wife kita kekalkan je la ncp151 😂😂😂
TCC,still the best 👍
One of the best Toyotas now
Sebab dia Toyota
Toyota Perodua kan adik beradik.dalaman enjin lebih kurang je.