Lubuk Kegiatan Persundalan

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 8 сен 2024
  • Isu lubuk kegiatan pelacuran di ibu negara yang sudah wujud berdekad-dekad lamanya, masih berlangsung hingga ke hari ini. Antara lubuk lama berakar umbinya kegiatan pelacuran dibongkar semula dalam laporan Harian Metro, adalah di kawasan Pudu, termasuk premis sekitar Masjid Jamek Alam Shah di Jalan Tun Razak, menyebabkan kariah di situ pening disebabkan maksiat yang berdekatan dengan masjid.
    Mengulas lanjut tentang maksiat pelacuran di Kuala Lumpur, Dato’ Setia Dr. Mohd Na'im Mokhtar, selaku Menteri Agama berkata, beliau sudah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk membuat siasatan lanjut berkenaan isu ini.
    “Di bawah bidang kuasa Jawi, mana-mana orang Islam yang terlibat dalam kegiatan pelacuran boleh diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).
    “Dalam hal ini, Jawi telah diminta untuk memohon kerjasama pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).” kata Dato’ Dr. Na’im.
    Bukan sahaja terikat dengan kawasan-kawasan di tengah bandar, kegiatan persundalan kini menggunakan teknologi komunikasi untuk mendekati zina. Aplikasi Telegram dan WeChat adalah antara aplikasi yang popular bagi ahli zina, oleh kerana fungsi privasinya. Melalui aplikasi seperti ini,wujud golongan suami yang tidak bertanggungjawab melanggani industri persundalan tanpa pengetahuan isteri dan anak-anak di rumah.

Комментарии •