Islam Apa yang ingin DIPERJUANGKAN?

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 8 сен 2024
  • Islam apakah yang mahu diperjuangkan, andai ummah dipinggirkan, kasih sayang sesama muslim diabaikan, sedangkan setiap insan yang melafazkan dua kalimah syahadah dituntut bersatu-padu. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud; Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah.”
    Dengan alasan ini, melalui Gagasan Malaysia Madani, kita amat berkeyakinan apabila pemimpin dan ulama’ menjadikan perpaduan ummah sebagai landasan perdana dalam arus kepimpinan, pasti ia bakal diterjemah oleh setiap pengikut yang berfikir, sebagai satu seruan suci Ilahi.
    Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali menegaskan, “Bersatulah seperti dua tangan ini. Jangan bercerai seperti dua telinga ini. Ketika tangan kanan ke depan, tangan kiri ke belakang. Ketika tangan kiri ke depan, tangan kanan ke belakang. Akhirnya kita selesa jalan berlenggang. Tapi kalau kedua-duanya ke depan, atau kedua-duanya ke belakang?”

Комментарии • 19