Stesen Keretapi di Teluk Intan yang kian Dilupai/

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 13 окт 2024
  • #zaireey #TelukIntan
    Di Negeri Perak landasan keretapi yang pertama di bina pada 1885 iaitu menghubungkan Kuala Sepetang (Port Weld) ke Taiping. Perak State Railway telah memainkan peranannya dalam membina jalan-jalan keretapi di negeri Perak. Selepas jalan keretapi Kuala Sepetang Taiping beberapa jalan utama telah dibuka antaranya Taiping-Kamunting (1890), Kamunting-Ulu Sepetang (1892), Batu Gajah-Ipoh (1893), Kota Baharu-Batu Gajah (1894) dan sebagainya. Sejarah landasan kereta api Tapah Road ke Teluk Intan bermula apabila Archibald Edward Harbord Anson yang merupakan Leftenan Gabenor Pulau Pinang membuat pelan untuk membina bandar terancang iaitu Pekan Teluk Anson pada tahun 1882. Turut berada dalam rancangan pembinaan ini ialah pembinaan landasan kereta api yang boleh menghubungkan pekan ini dengan Lembah Kinta dan juga sebuah pelabuhan yang boleh digunakan untuk mengangkut hasil bijih dari Lembah Kinta ke pasaran luar.
    Landasan kereta api di antara Tapah Road dengan Teluk Intan bermula di Stesen Kereta Api Tapah Road dan berakhir di Stesen Wharf (Pelabuhan) Teluk Anson (sekarang Teluk Intan). Pada peringkat awal kontrak pembinaan landasan Tapah Road-Teluk Intan telah dibatalkan perancangan kerana halangan-halangan bentuk muka bumi di antara kedua-dua tempat berkenaan. Bagaimanapun dua orang jurutera Perak State Railway iaitu Spence Moss (Jurutera Penasihat Keretapi) dan Jurutera Tempatan Keretapi T. Scott Gardner telah mengambil anisiatif untuk meneruskan pembinaannya.
    Kerja-kerja pembinaan landasan keretapi ini telah menghadapi banyak kesulitan kerana sebuah jambatan terpaksa dibina bagi merentasi Sungai Bidor. Akhirnya pada tahun 1893 jalan keretapi Tapah Road dan Teluk Intan telah berjaya disiapkan. Pada 6 September 1893 landasan kereta api ini siap untuk digunakan. Landasan keretapi Teluk Anson dan Tapah Road telah dibuka secara rasmi untuk laluan jentera tersebut pada 18 Mei 1893. Upacara ini telah dirasmikan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Cecil Clementi, Residen Perak, Sir Frank Swettenham, Penguasa Hilir Perak dan Pegawai Kanan Keretapi, pembesar-pembesar negeri serta para jemputan yang lain. Sempena dengan perasmian landasan keretapi diantara Teluk Anson dan Tapah Road ini, satu upacara khas memasang penghubung terakhir di jambatan Bidor diadakan sebagai tanda perasmiannya. Kemudian pada 18 Mei 1895 stesen keretapi telah dibuka iaitu Stesen Tapah Road. Stesen ini telah dirasmikan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Cecil Clementi Smith. Satu acara yang gilang-gemilang telah diadakan sempena perasmian stesen berkenaan. Turut hadir di Majlis Perasmian itu ialah Sir Frank Swettenham, Residen Perak ketika itu.
    anjang laluan kereta api untuk landasan Tapah Road ke Teluk Anson adalah sepanjang 29.1km. Berikut adalah serba sedikit catatan tentang stesen dan perhentian di landasan ini. Stesen Tapah Road (0.0km). Merupakan stesen utama untuk menuju ke Ipoh mahupun Kuala Lumpur. Perhentian Changkat Petai (5.5km). Hanyalah sebuah perhentian kecil. Stesen Degong (10.4km). Sebuah Stesen Tanpa Kuncikait. Asalnya mempunyai sebuah platform sepanjang 424 kaki di sebelah kiri landasan dan mempunyai gegelung sepanjang 1371 kaki. Stesen Chikus (13.0km). Merupakan sebuah stesen biasa (Non - block station). Stesen Sungai Tukang Sidin (16.6km). Merupakan sebuah Stesen Blok (Stesen Tanpa Kuncikait). Mempunyai platform untuk tren naik sepanjang 300 kaki dan platform untuk tren turun juga sepanjang 300 kaki. Mempunyai gegelung sepanjang 1033 kaki yang dapat menampung 41 unit gerabak. Ada juga yang melaporkan panjang gegelung di stesen ini adalah 1320 kaki. Perhentian Permatang (19.0km). Sebuah perhentian yang dilengkapi dengan tempat menjual tiket. Stesen Sungai Kerawai (22.2km). Sebuah stesen biasa (Non - Block Station). Stesen Bandar Teluk Anson (26.8km). Sebuah stesen yang dilengkapi dengan tempat menjual tiket. Mempunyai platform sepanjang 386 kaki di sebelah kanan landasan. Stesen Waf (Perlabuhan) Teluk Anson (29.1km). Adalah sebuah Stesen Blok (Stesen Tanpa Kuncikait). Mempunyai platform untuk tren naik sepanjang 245 kaki dan platform untuk tren turun juga sepanjang 245 kaki. Mempunyai gegelung sepanjang 771 kaki yang dapat menampung 30 unit gerabak. Di waf ini pernah terdapat kemudahan untuk menyimpan lokomotif, sebuah turntable, tempat memeriksa gerabak dan koc serta tempat memunggah barang-barang pukal. Terdapat juga jambatan penimbang dengan kapasiti maksimum 20 tan.

Комментарии • 37

  • @muhammadzairulhanafizaini4483
    @muhammadzairulhanafizaini4483 9 месяцев назад +2

    masa saya kecik pernah lihat kereta api lalu di teluk intan..terutama kereta api yang bawa buah sawit tu...skarang hanya tinggal kenangan

  • @zainalzainal3369
    @zainalzainal3369 4 месяца назад +1

    Pernah 2 kali tgk keretapi lalu bersebelahan tm teluk intan masa sekolah di teluk intan tahun 90 an dahulu

  • @hoymunghin4292
    @hoymunghin4292 3 года назад +3

    Saya dan kawan2 selalu bermain di kawasan tersebut semasa kecil.

  • @joshaidishahuri2097
    @joshaidishahuri2097 2 года назад +2

    tempat monteng.. kikikikik..sebelahnye ade rest house..lln(tnb)..terkenangkan tiap cerok pekan TI..roti canei koboi pdg speedy

  • @gingerteddy618
    @gingerteddy618 5 лет назад +12

    I feel nostalgic.
    Feel sad the preservation of Teluk Intan historical sites is poor.

  • @ienayusuf6175
    @ienayusuf6175 9 месяцев назад +1

    Lagi satu mak saya ada cerita tadi yang arwah onyang saya ada meniaga di sekitar station keretapi degong sekitar 60an 70an , time tu mak saya kecik lagi . Sedihnya sebab saya tak dapat nak naik train ni 😔

  • @GaGa-zn5cz
    @GaGa-zn5cz Год назад +1

    Kembalikan kereta api balik teluk Intan org masa DTG ini blh IGT balik zaman dahulu

  • @annoffc_1238
    @annoffc_1238 Год назад +1

    puluhan tahun dahulu ketika masih kecil...saya pernah menaiki keretapi dari kampong chikus ke pekan telok intan..paling saya suka ialah melalui gertak atau jenbatan yg merintasi sg perak utk ke pekan...

    • @ZaireeyKhairuddin
      @ZaireeyKhairuddin  Год назад

      Kenangan lalu yang tiada lagi

    • @annoffc_1238
      @annoffc_1238 Год назад +1

      minggu lepas 19/2 saya pulang ke telok intan...suasana tak mcm dulu..yg mana makanan nya sedap2 dan murah2 belaka...

    • @ienayusuf6175
      @ienayusuf6175 9 месяцев назад

      Boleh tahu tak bila last keretapi tu beroperasi ? Sebab masa saya kecik dah takda dah

  • @miorzahidzawber5782
    @miorzahidzawber5782 3 года назад +3

    Sepatut nya bangunan station dikekalkan sebagai bahan sejarah, ini yg tinggal gate saje...

  • @nasirramli8658
    @nasirramli8658 6 лет назад +19

    Itulah masalahnya.. Mentang2 Landasan Berkembar dan Elektrik Locomotif sudah diperkenalkan, mengapa tidak dimajukan terus Stesyen begini.. Bukan kah perkhidmatan LOCOMOTIVE DIESEL masih lagi digunakan.. Biarlah KTMB telah berubah wajah dengan Train2 Letrik, tak kan lah Locomotif Disel tidak layak lagi mengambil atau menurunkan Penumpang di stesyen2 begini.. Naya wehhh disebabkan penggunaan Train2 moden ni.. LOCOMOTIF DISEL ni Moyang saya yang punya sejak zaman MALAYAN RAILWAY tahun 1942 lagi..

    • @nasirramli8658
      @nasirramli8658 6 лет назад +10

      Kerajaan rejim dulu sememangnya tidak pandai memajukan Industri Pengangkutan .. apatah lagi menambahkan EKONOMI !! Bijak membazir dan KLEPTOKRASI senyap2..

    • @MrMatwey89
      @MrMatwey89 6 лет назад +5

      betol tu tuan...syg sribu kali syg...ni la sejarah yg amat berharga dn juga dpt kemudahan yg pernah ada disini...rugi sgt2 rase

    • @didinfriends7826
      @didinfriends7826 5 лет назад +6

      Sepatutnya walau telah menggunakan ets di sebelah utara tetapi perkhidmatan train y menggunakan lokomotif tidak sepatutnya dihentikan..masih ramai yang berharap dgn prkhmatan train lokomotif tu dan juga sbg mnghrgai zaman dahulu prkhmtan nie dperkenalkan

    • @Zack-et9wj
      @Zack-et9wj 4 года назад +5

      Aku nak ktmb bukak balik
      Seremban-Port Dickson
      Tampin-Kota Melaka

    • @syedputra5955
      @syedputra5955 3 года назад +1

      I think priority was motorcars and highways. Otherwise we can use ktmb to singapore tanjung pagar in vity centre but politicians all gave it away. Melaka-tampin-KL should be revive.

  • @zany9219
    @zany9219 5 лет назад +5

    Tq for video

  • @deghihderaman3572
    @deghihderaman3572 3 года назад +3

    Stesen Keretapi Niyor lg Lejen..

  • @ienayusuf6175
    @ienayusuf6175 9 месяцев назад +1

    Ada yang tahu tak stesen keretapi chikus ? Last operasi bila ye ? Sebab saya lahir 1999 . Balik kampung tak nampak dah

  • @rozairiismail3548
    @rozairiismail3548 Год назад +1

    Klau nk tguk ril kete api lame cari kg Esso teluk intan ad lgi tapi xpanjang dh ad berape² rumah je ad

  • @emi9440
    @emi9440 2 года назад +1

    Sekarang punya keretapi harapan besar je nk lalu pun takut , semua nya jauh2 duit kena keluar je,penat je org dulu2 buat, akhirnya diroboh je

  • @babu2009ut
    @babu2009ut 6 лет назад +8

    Sub titles in red is difficult to read

  • @emi9440
    @emi9440 Год назад +1

    Sedih tgok benda2 lama ,semua dah kabur dalam buku,padahal Mmg kita punya sendri.yg kerajaan dlu tau ,buat baru buat baru,yg ada sekarang pun lg serabut tengok.

  • @tajolazhar4965
    @tajolazhar4965 4 года назад +3

    Apa yg ada lagi sejarah bandar tintan.... Habis... Tempat.. Di jual nya kat cina... Skrang baru sbok nak cari blik.... Tpat sjarah...

    • @latifamohdputeh7150
      @latifamohdputeh7150 4 года назад +2

      Sama le dng stesen keretapi malim nawar semua tinggal kenangan.😔😔😔

  • @seanmusicianinklang2411
    @seanmusicianinklang2411 3 года назад +1

    Di manakah saya boleh dapatkan peta Jaringan Keretapi 1950 itu?

  • @aimfiqs3526
    @aimfiqs3526 6 месяцев назад +1

    Pandangan shj mengingat kembali masa Islam . iaitu bersama2 ayah dan ibu keTeluk lntan the 60an lantaran bercuti sekolah kerumah kakak yg suaminya anggota polis di T lkenangan Islam yg tetapi ingat Sejarah tu iaitu Kali th 18.....ke Perak