Sifat orang beriman- sentiasa merendah diri walaupun di atas kebenaran.

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 19 ноя 2024
  • Sambungan tadabbur surah Saba’ ayat 25
    Kamu tak akan ditanya tentang dosa kami. Siapa yang bercakap ni? Nabi SAW. Tengok sifat orang beriman, sentiasa merendah diri seolah-olah dia berdosa. Dan bila bercakap dengan orang kafir, orang beriman cakap apa? وَلا نُسئلُ عَمّا تَعمَلونَ dan kami tidak akan ditanya tentang apa yang kamu lakukan. Orang beriman tak cakap dosa kamu, tetapi sangat beradab dengan cakap ‘apa yang kamu lakukan’.
    Bila kita berdakwah, jangan menghukum orang. Rendahkan diri kita walaupun kita tak bersalah, kita dalam kebenaran. Supaya lembut hati musuh.
    Tengok ayat surah Saba’ ayat 25 ini. Nabi buat dosa ke? Nabi dalam kebatilan ke? Tidak. Tapi kenapa Nabi cakap قُل لّا تُسئلونَ عَمّا أَجرَمنا
    “Katakanlah: “Kamu tidak akan ditanya (bertanggung jawab) tentang dosa yang kami perbuat”
    Allah nak mengajar kita bila nak berdakwah, kita nak hati musuh kita lembut bukan hati musuh kita panas. Sekiranya kita cakap kita asyik nak menang, orang lagi lah tak nak dengar.
    Seperti ayat 24 sebelum ini
    وَإِنّا أَو إِيّاكُم لَعَلىٰ هُدًى أَو في ضَلٰلٍ مُّبينٍ
    dan sesungguhnya kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
    Sama ada kami ATAU kamu dalam petunjuk atau sesat. Sama ada kami salah atau kamu betul. Sama ada kami betul atau kamu salah. Malangnya ada sebahagian masyarakat yang selalu kata dia sahaja yang betul, orang lain salah.
    Maka, kita mengaku sahaja kita bersalah walaupun yang sebenarnya kita tak salah. Kalau kepada musuh, kita cakap umum.
    Tengok kalimah أَجرَمنا dalam ayat 25. Fiil madhi (telah berlaku). Manakala kalimah تَعمَلونَ fiil mudhari’ (sedang atau sentiasa). Tengok bahasa al-Quran. Kita mengaku bersalah walaupun kita betul. Dan untuk kita, kita guna fiil madhi أَجرَمنا (kami telah buat dosa). Tetapi untuk musuh kita cakap secara umum تَعمَلونَ (mungkin kamu buat dan mungkin kamu tak buat).
    Untungnya kita belajar tadabbur. Kita tak rasa kita ni bagus sangat, sentiasa betul. Dan kita tak menghukum orang lain.
    Ada kisah dalam صُلْحُ الحديبية. Kalimah صُلْحُ bermaksud perjanjian. Hudaibiyah pula merujuk kepada tempat perjanjian. Ianya berlaku pada 6 Hijrah. Nabi SAW nak buat umrah pada 6 Hijrah tetapi dihalang oleh Musyrikin Mekah. Maka terjadilah perjanjian Hudaibiyah. Antara isi perjanjian itu adalah kalau orang Madinah pergi ke Mekah, orang Mekah tak perlu hantar balik ke Madinah. Kalau orang Mekah pergi ke Madinah, orang Islam di Madinah wajib hantar balik orang Mekah tersebut. Nampak adil ke berat sebelah? Berat sebelah sampai sahabat Umar al Khattab bantah. Umar seorang yang tegas. Umar menegur Nabi, “Kenapa kita memberi kehinaan pada agama kita? Kenapa kita mengalah sedangkan kita di atas kebenaran dan orang Musyrikin Mekah dalam kebatilan? Lihat, apa jawapan Nabi SAW. Nabi jawab kepada Umar dengan tenang. “Sesungguhnya aku Rasulullah dan aku tidak akan derhaka kepada Allah dan aku yakin Dia (Allah) akan tolong aku.”
    Apa makna Rasulullah? Utusan Allah.
    Lebih kurang dengan ayat yang kita tadabbur surah Saba’ ayat 25. Biarlah kita mengalah untuk maslahat dakwah. Dan dengan sebab perjanjian inilah (Perjanjian Hudaibiyah) berlakunya pembukaan Kota Mekah pada tahun 8 Hijrah. Mengalah bukan bererti kalah. Dan bila orang Madinah pergi ke Mekah dan tak dihantar balik, ada faedah tak? Dia boleh berdakwah dengan bebas di Mekah. Sebab dalam perjanjian tak boleh berlaku peperangan. Jadi orang Madinah pergi ke Mekah dapat berdakwah dan beri maklumat. Ini menunjukkan Nabi seorang yang berfikiran panjang.

Комментарии •