Popia Sira Sambal dan sos popia biasa yang sedap !
HTML-код
- Опубликовано: 8 ноя 2024
- Baru-baru ni viral cara tanam taugeh sediri di rumah. So kak ita pun cuba tanam sendiri taugeh. Mungkin ada yang tanya ok ke? haha.. ok kalau nak rasa macam mana cara tanam taugeh. Tapi kalau setakat nak buat me goreng beli je lah 50 sen dari kita nak tunggu 3 hari hihi. Lagi pun taugeh banyak susah simpan ia cepat lecuh. Tapi untuk dapat pengalaman baru.. ia satu yang fun lagi -lagi dalam musim PKP ni. Tak salah mencuba!. Taugeh ni lebih rangup dari yang dijual di kedai atau pasar.
Cara tanam mudah je.. cari je apa-apa bekas yang berlubang macam tapis ke atau kukus pun boleh, lapik kain atau towel nipis untuk serap air dan tempat taugeh tu tumbuh. Siram 3 kali sehari dan simpan di tempat gelap yang tiada cahaya matahari. Mudah je kan.. Boleh lah kalau nak cuba !
Dah banyak taugeh ni nak buat apa?
kak ita buat popia dengan sambal popia atau popia ni juga boleh di sira sambal.. yummy!
Jom ikut kalakan proses memasak.
POPIA
Bahan kisar
4 ulas bawang merah
2 ulasbawang putih
1 sudu besar udang kering
1 mangkuk taugeh
1 batang lobak merah ~ di sagat halus
biji kecil sengkuang ~ racik halus
Daun kucai
Kulit popia secukupnya
cara masak rujuk video
untuk lekatkan kulit popia tu letak sedikit tepung andum bacuh dengan sedikit air untuk jadikan gum
Bahan sos
untuk bahan sos ni boleh bahagi 2
satu bahagian untuk sos dan satu bahagian boleh buat sira popia
Bahan kisar
20 tangkai cili kering ~ rendam lembut
4 ulasbawang putih
bahan perisa
gula melaka
gula pasir
1 sudu besar cuka
garam dan serbuk perasa
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
sedikit kicap manis
ambil 1/2 bahagian bahan kisar dan tumis dengan sedikit minyak.
kalau tak nak tumis dengan minyak, buat kaedah rebus
masukkan air dalam kuali, biar didih kemudian masukkan bahan kisar yang 1/2 bahagian tadi dan rebus hingga masak
Kemudian masukkan lah gula melaka, cuka, gula , garam dan serbuk perisa
masukkan sos cili, sos tiram, cuka dan sedikit kicap jika suka
jika suka kuah cair , lebihkan air. Jika suka pekat boleh letak sedikit bancuhan tepung jagung
ikut lah suka macam mana ikut selera masing-masing
sos ni boleh lah makan dengan popia ni nanti. nak makan dengan keropok lekor pun boleh
Ok ! baki 1/2 bahagian cili boleh buat popia sira pedas
POPIA SIRA
Popia yang sudah di goreng
1/2 bahagian cili
panaskan sedikit minyak
tumis hingga garing
Masukkan gula dalam 8-10 sudu besar, gula biar lebih untuk bagi kilat cili kita, macam caramel lah.
masukkan perisa, garam dan serbuk perasa
biar dia masak sampai berbuih
tambur 1 sudu bijan
biarkan sedikit suam ~ jangan panas nanti popia lembik. Jangan tersejuk kuah akan keras atau beku
Bila suam siralah popia, jarakkan lepas sira supaya dia tak melekat-lekat. Dah sejuk sikit boleh lah di hidangkan..
Sedap ni buat untuk berbuka puasa petang nanti
#stayathome
#selamatberpuasa
#uadahberbukapuasa
Suka sangat cara editing, tenang,
bersih, kemas. video macam ni saya lagi suka tengok. tak cakap pun dah faham dan tenang
Masya Allah. Channel Kak Ita dah upgrade lah. Dah ala² Li Ziqi. Saya suka sangat. Tenang je. Tahniah kak ita. Terima kasih kerana tak jemu berkongsi ilmu dengan kami. 😊😊😊
Follow puan dr blog lg...ke fb...dan ke sini...
Sgt suka cra kerja..tatarias dapur...tips masakan..dan of cours..gambr dan video video yg cntik dr puan Azlita..
Semoga Aĺlah sentiasa murahkan dan luaskan rezeki puan untuk perkongsian resepi dan tip masakan selama puan bekarya☺☺☺
Masha'Allah. Terbaiklah kak. Terima kasih banyak2 kerana berkongsi resipi membuat popiah dan ilmu menanam taugeh. BarakAllahu fiiki.
Video macam ni lah yg saya cari selama ini. Saya juga subscriber LiZiqi. Melihat video Ita menjadikan saya teringat video LiZiqi. Syabas! kekalkan gaya ini. Ita dgn keunikan Ita, LiZiqi dgn keunikanya. You have her way of presenting your video. Less talk more action. Salute. Semoga Allah kurniakan rezeki yg baik kpd Ita. 🌸💝💞🌸
Btl tu...dgn bunyi burung2...suka sgt..saya knl kak ita dulu bru tahu psl LiZiqi
Sedapnya 👍🏼👍🏿👍👍🏼👍🏿👍🤓🌶🍅
Suka sgt dgn pembuatan video chanel ni. Terbaiiikk.
Nuril Amin Alhamdulillah terima kasih ya ☺️
@@AzlitaAzizMasamManis sama sama😘
Nak makanan yg bersih dan halal tentu ambik masa dan hasil nya memuaskan.💕
Aku suka suasana dapur macam nie bersih teratur .. Time pKP nie jelah boleh spent time lama2 kat dapur best aje kalau jadi suri rumah sepenuh masa ..nak2 tak yah risau nak cari duit hari2
😊 Ur preparation look like korean style. The way u fried eggs. 👀👀👀🥚. Very nice keep it up.
SIAP TANAM TAUGEH LAGI!
PERGGHHHHH first time aku tgok video masakan youtuber Malaysia camni!
terbaik! done subscribe!
T kasih Ita saya suka lihat video masak popia ni semoga Allah beri keberkatan dlm rezeki Ita. Tapi video ni akan lebih perfect jika dpt dngr suara Ita for every step. T kasih sekali lagi.
Saya lbih suka kalau video yg ada suara. Klu x ada suara pn blh tulis bahan n cara2nya. Lbih jelas n senang nk follow
Ya Allah murahnye rezeki ☺️ sb share resepi yg elok dan sedap2 ni..insyaAllah..😊 semoga Allah murahkan rezeki puan.. 😊saya tgok puan dri zaman saya uni masa blog2 dulu lagi.. 😊😊
Kalau bole apa yg masak.. Bahan2 bgtau garam ke gula ke.
So aesthetic ❤️😍
Kak ita, 1 hari nanti boleh tak buat tutorial buat taugeh tu in details?
Cantiknyaaa suasana and cara editing!!! keep it upp tau
Prob set semua cntik. Tenang habis
😊😊😊 V e r y n i c e 😊😊😊
S
Cantiknya video 😍
Terima kasih atas perkongsian ini.
ummi hadir...wahh sedapnya popia sambal.sll bln puasa beli je ni xpenah bt hiii😊👍👍👍
Memerlukan banyak kesabaran, mulai dengan menanam taugeh 🥺🥺🥺, berapa lama taugeh tu nak tumbuh...saya tabik lah Puan Azlita, saya tak ada kesabaran begitu...
Sedapnya, dah lama tak mkn popia sira
powerr la kak ..... terima kasih kak kongsii🥰
Adehhh kak ita. Knape la tanam toge pun lawa2 propsnya. Sya ska tau tgk ❤️❤️❤️
Tqvm share resipi popia sira ni. Fav sya. Blh try versi akak plak nt 😍😍😍
Assalam..minat sgt dgn channel akak..boleh tak akak buat video cara buat kuih peneram..
Salam, blh tnya, serbuk bhn perisa tu homemade ye, klu beli, mcmne nk dptkn..
Amazing...
Bijan tu kena sangai dulu x? ke masuk je gitu?
Owh...sambal sira lain,sambal cicah lain
Assalamualaikum puan,sy bru sja tgk video puan.Memang menarik.Adakah puan seorg pakar masakan
Azizah Mohd Husin tak lah 😅suri rumah je 😅
Azizah Mohd Husin Waalaikumussalam, terima kasih 😍
@@AzlitaAzizMasamManis sama² kasih...😊
Asalamualaikum hjh. Ada tips tak macam mana nak buat agar popia yang disira sos kekal rangup dan tidak menjadi lembik selepas di sira. Terima kasih hjh dan saya enjoy cooking video hjh.
Zaiton Binti Yahaya kena tunggu popia betul2 sejuk sebelum di sira
Jgn letak air semasa masak bhn sira
Cukup sekadar air utk blend bhn sahaja
Pasti paste utk sira tu tidak terlalu panas masa sira, dia dah suam sikit baru sira
Just teguran.. Better tulis apa yg dimasukkan bahan bagi memudahkan lagi pemahaman
Serbok perisa apa yg puan guna , TQ
15:38 😋😋😋
Sis Ita,kalau buat taugeh kasar..guna kacang apa?
Terima kasih
Wajib guna Kain guni ke? Kalu takde nak guna apa?
kain tuala nipis pu boleh
@@AzlitaAzizMasamManis salam puan, seronok tengok cara pusn masak, saya follow dari blog juga 😁..nak tanya apa nama alas yg putih merah tu ( masa gulung popia).?
Sambal kena bh sejuk dulu ka
Sabar je lah time bulan pose ni
Sekurang kurangnya tulis la bahan2
Tgk description please.
Btul tu ,tulis bahan yg d ltk
😘😘👍
Kenapa tak tulis resepinya
Tgk kat description box,dia ada tulis semua
Di kedai tauge mahal sgt ke....😩😩😩
Bersih n halal. Muslim taulah..