Kek Marble Yang Lembap | Moist Marble Cake
HTML-код
- Опубликовано: 6 янв 2025
- Kek yang sentiasa menjadi pilihan ramai sejak zaman-berzaman iaitu kek marble. Kek marble cukup mudah disediakan dengan gabungan rasa vanila dan coklat dengan corak marble di bahagian dalam kek. Dalam resepi ini, saya menggunakan Buttercup yang dalam tub untuk versi jimat dan menambahkan susu penuh krim, susu pekat manis dan serbuk badam untuk menambah rasa sedap dan lemak pada kek. Tekstur kek sangat lembap walaupun tanpa menggunakan mentega tulen dan tidak mudah berderai ketika dipotong walaupun kek masih suam. Memang sesuai dijadikan sajian minum petang bersama keluarga ataupun dijadikan sebagai buah tangan.
Selamat mencuba!
Saiz Hidangan : 1 biji kek bersaiz 8x8 inci
BAHAN-BAHAN:
300 gram Buttercup/marjerin/mentega bergaram (lembutkan) | 1 & 1/4 cawan
150 gram gula halus/gula kastor | 3/4 cawan
6 biji telur gred A (suhu bilik)
80 gram susu pekat manis | 4 sudu besar
16 gram serbuk badam | 2 sudu besar (optional)
3 sudu teh esen vanila
292 gram tepung gandum | 2 & 1/3 cawan
16 gram tepung jagung | 2 sudu besar
6 gram baking powder | 2 sudu teh
75 ml susu penuh krim | 1/3 cawan
15 gram serbuk koko | 3 sudu besar
SUHU MEMBAKAR : 170℃ | 335℉ selama 55 minit, atau sehingga lidi pencucuk bersih jika dicucuk pada tengah kek. Bakar pada rak kedua dari bawah menggunakan api atas bawah. Ketuhar dipanaskan dahulu selama 15 minit.
==============================================================================
[ENGLISH]
This divine butter cake is one of most popular cake that one will never get bored of eating. This easy to make marble cake is so delicious and moist and scrumptiously flavored with chocolate and vanilla. The characteristic of this cake is the swirled pattern that resembles marble, achieved by lightly blending plain and chocolate batter. In this recipe, I used Buttercup in the tub and I added sweetened condensed milk, full cream milk and almond ground for additional flavors. The cake is moist and not crumbly even when you slice it while the cake is still warm. This cake is fantastic for your tea time with your family or as a gift.
Happy baking!
Yields : 1 of an 8 x 8 inches cake
INGREDIENTS:
300 grams Buttercup/margarine/softened salted butter | 1 & 1/4 cups
150 grams fine sugar/caster sugar | 3/4 cup
6 large eggs (room temperature)
3 tsp vanilla essence
16 grams almond ground | 2 tbsp
80 grams sweetened condensed milk | 4 tbsp
292 grams all purpose flour | 2 & 1/3 cups
16 grams corn flour | 2 tbsp
6 grams baking powder | 2 tsp
75 ml full cream milk | 1/3 cup
15 grams cocoa powder | 3 tbsp
BAKING TEMPERATURE : 170℃ | 335℉ for 55 minutes, or until inserted skewer at cake center comes out clean. Bake at second from bottom rack, top & bottom heat mode. Oven is preheated for 15 minutes.
===========================================================================
My Channel link 👇👇
/ @thebutterybites
My Cooking Channel👇👇
/ @lynshomelicious11
Visit my websites 👇👇
thelynalina.bl...
thebutterybite...
Instagram 👇👇
/ lyns_homelicious
Video Editor : In Shot (inshotapp.com/...)
============================================================================
Music
Music by Ikson :
Tender Wind (purchased version)(ikson.bandcamp...)
River (purchased version)(ikson.bandcamp...)
Explore (purchased version)(ikson.bandcamp...)
#marblecake
#resepikekmarblesukatancawan
#kekmarblemarjerinpelangi
#resepikekmarblemoist
#resepikekmarblecoklat
#resepikekmarjerin
#buttercake
#marblecakesukatancawan
#marblecakerecipe
#marblecakedesign
#howtomakemarbleswirls
#thebutterybites
Thank you very much for sharing this cake recipe this is my favorite forever and ever 💗
Most welcome. I hope you like my recipe😁
I like your recipe this is very special thank you very much have a wonderful day.
Sedap sangat la
Tq🥰
Salam dik...thank you share resepi...nampak sedap cake ni
Waalaikumsalam..sama2, semoga bermanfaat & selamat mencuba ya 😃❤️
Saya suka resepi kek yg ringkas dan mudah dihasilkan seperti kek marble ini.
Terima kasih sis 😍😃
Wah enak banget tuh pasti lembut dimulut
Monggo dicoba ya 😄😁
Wow...
Looks absolutely delicious, definitely giving it a go 😋😋
Thank you so much!😍😃
Blh tahan bapa lama kek marble nie... In shaa Allah nk try bt nnt nmpk sedap☺️tema kaseh berkongsi ilmu 😉
Dalam 4 hari suhu bilik. Nak bagi kek tak kering, semasa kek suam wrap dengan aluminum foil ya. Selamat mencuba!😃
@@TheButteryBitesmaaf tanya. Klu wrap masa suam nanti x bercendawan ke. Klu nak frozenkan terus boleh ke? Mohon tunjuk ajar
Wow sedap kek merble ni sis .😋😋😋 Mudah dan ramai peminatnya 👍👍👍😘😘😘
Kalau tak berapa rajin tapi nak makan kek mmg sy suka buat kek ni je sis Ummi.hehe😁
use almond flour will delicious?
use cupcakes do is OK
please reply me OK thanks
almond flour added some nutty flavor in the cake, it's optional, you can bake it as cupcakes too if you like
👍👍🌺
Sis use Planta MarJeriN
Boleh .
please reply me OK thanks
yes u can
salam sis
i mean TUAng 1/3 AduNaN KE DaLam ManGKuK is how Many gram
please reply me OK thanks
Wsalam..owh ok..sis ingat yg mana😅 ..anggaran 350 gm adunan
salam , saya dah buat dan dia jadi kering , bahagian atas terkoyak. puan rasa saya tersilap bahagian mana ya ?? atau ada cadangan untuk jadikan dia lembab ?
Wsalam, maaf lambat reply, Kalau bahagian atas retak dan kering kemungkinan suhu oven agak tinggi, jadi bahagian luarnya masak lebih cepat. Mungkin boleh turunkan sedikit suhu oven dan bakar kek pada rak bawah. Jangan buka penutup oven untuk 30 -35 minit pertama supaya suhu oven tak berubah. Kalau bahagian atas kek sudah kecoklatan, tapi bahagian dalam kek masih belum masak. tutup permukaan kek dengan aluminum foil dan bakar sehingga kek masak sepenuhnya.
hi sis. Can i reduce the eggs to 5
Hi this recipe requires 6 eggs ya
Sedapnya marble kek ...tp kalau xda tepung jagung xjejas ka?
Boleh juga kalau nak ganti tepung jagung dengan tepung gandum, sukatan sama 2 sudu besar. Tp kalau ada tpg jagung kek lebih ringan
@@TheButteryBites owh..tq penjelasan. Nnti nak cuba
@@nooreidahdzulfain7596 sama2, happy baking!😃
Boleh pakai french butter?
Boleh, cake akan lebih rich
MABLE cake
1/3 about how many gram.
please reply me OK thanks
you mean the milk amount in grams? use 75 gm for this recipe 😃
Salam Sis. Nak tanya. Kek ni kalau nak tahan lama macam mana? Masuk chiller boleh ke?
Wsalam..yup, boleh simpan kat chiller tahan sebulan..tp kene wrap la dgn aluminum foil atau simpan dlm bekas bertutup. Bila nak makan, boleh kukus/ bakar dlm 10-15 minit gitu suhu 150°C, pastikan balut dgn aluminum foil masa kukus/bakar ya
@@TheButteryBites sis kalau x de oven or pengukus. Boleh ke biar je thaw dekat luar 2 hours b4 makan?
Kak kalau ad telo gred b cm ne
Boleh pakai gred B juga, perlu tambah 30 ml (2 sudu besar) susu lagi
Salam sis, serbuk badam tu apa fungsinyer ye? Klu xder xder pe?
Wsalam, nak bagi rasa lemak pada kek, kalau xde boleh abaikan ya
Kek ni manis sgt tak? Nk cuba buat..sy suka lemak masin n xmanis sgt.
Hi, kek ni tak terlalu manis sis, sederhana je. Selamat mencuba!😃
Sis sebelum bakar tu kena panaskan oven dulu ke, suhu brape?
Ye betul, suhu sama seperti suhu bakar ya, boleh refer di description
Salam Sis. Kalau guna self rising flour instead of tepung gandum boleh ke? Lepas tu nak tanya apa fungsi tepung jagung?
wsalam..boleh, skip baking powder ya. Fungsi tepung jagung tu nak bagi tekstur kek lebih halus, macam pakai tepung kek