Guru Indonesia TERKEJUT Ada Sekolah Dalam Hospital Di Malaysia !!

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 5 июл 2024
  • ►DON'T FORGET TO SUBSCRIBE FOR MORE VIDEOS
    ►PLEASE LEAVE A THUMBS UP AND COMMENT DOWN BELOW
    - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
    Email : jendral_sastra@yahoo.co.id
    Visit my Instagram : @jendral_sastra_
    Visit my twitter : @jendralsastra
    This video was made for an entertainment purpose only.
    This video was made based on one of the requests from all of you.
    Please support my channel by pressing subscribe, like and leave some positive comments.
    Thank You #aboutsastra #reactionvideo #SekolahDalamHospital

Комментарии • 369

  • @farahzzzfz
    @farahzzzfz 26 дней назад +119

    Saya cikgu tudung merah tu😊saya bangga jadi cikgu sekolah dalam hospital❤2014-now

  • @zarulsr20detify
    @zarulsr20detify 27 дней назад +427

    Dalam penjara pun ada sekolah ...itu yang kdg2 duduk dlm penjara tapi SPM(SIJIL PELAJARAN MALAYSIA)dpt 10A...

    • @Nasiorm
      @Nasiorm 26 дней назад +48

      Ni betul

    • @mujibsaniah1134
      @mujibsaniah1134 26 дней назад +80

      Terbaik Malaysia ..
      Rakyat d dahulu kan..
      Biar dlm penjara biar d hospital tetap dapat pendidikan..👍👌

    • @mencintaimuseumurhidupku..9605
      @mencintaimuseumurhidupku..9605 26 дней назад +104

      Ade banduan dapat ambik degree kt penjara...bkn sesuatu yg mudah

    • @melatiputih1204
      @melatiputih1204 26 дней назад +23

      ​@@mencintaimuseumurhidupku..9605
      benar tu....

    • @miaqiranran1877
      @miaqiranran1877 26 дней назад +24

      Betul👍🏻

  • @ilmaramril9034
    @ilmaramril9034 26 дней назад +208

    'Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan' Malaysiaku ... Alhamdulillah.

  • @masterQ1987
    @masterQ1987 26 дней назад +73

    Untuk makluman cikgu sastra..saya salah seorang pelajar SPM yang mengambil ujian di dalam sekolah tahanan juvana Sekolah Henry Gurney telok mas Melaka hukum 4 tahun tetapi cuma 2 tahun kerana lulus 6A dan di panggil sambung belajar di politeknik jadi saya di bebaskan bersyarat dan saya menjadi tahanan pertama yang di panggil sambung belajar dari Henry Gurney sejak ia di tubuhkan 😐

    • @zarinamohamedsaid9899
      @zarinamohamedsaid9899 22 дня назад +11

      Alhamdulillah dan Tahniah anakanda. Semoga terus cemerlang membina hidup baru ke arah kebaikan.

    • @zauyahhitec
      @zauyahhitec 22 дня назад +10

      Awak mmg insan terpilih. Terus berbakti utk agama dan masyarakat.

    • @arinamy6168
      @arinamy6168 21 день назад +5

      Tahniah2 terbaik 🎉🎉

    • @sarradesign8148
      @sarradesign8148 16 дней назад +6

      Tahniah..semoga anda terus maju dan dipermudahkan segala urusan

    • @mohdismailrodzi4049
      @mohdismailrodzi4049 15 дней назад +4

      Tahniah. Semoga menjadi rakyat yg berjasa....

  • @waniearabella5693
    @waniearabella5693 26 дней назад +35

    Benar sastra... Anak saya pernah masuk wad 21 hari di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan.. Dan sepanjang di hospital, dia juga turut pergi ke sekolah.. Banyak aktiviti yang dia join.. Ada aktiviti seni, matematik, muzik.. Alhamdulillah tak terasa 21 hari walau duduk di hospital... Those teachers in that video yang ajar anak saya.. I knew them... Kelas setiap hari Isnin hinggq Jumaat ada 2 sesi pagi dan petang.. Pagi dari jam 10 pagi - 12.30 pagi.. Petang pula jam 2.30 petang - 4.30 ptg.. Alhamdulillah sangat membantu anak2 yang sakit untuk kembali bersemangat untuk terus sihat bila dapat berkumpul dengan kawan2..
    Terima kasih Kementerian Pelajaran Malaysia kerana menyediakan sekolah dalam hospital (SDH).... ❤️❤️

  • @user-cj8rj6vo1s
    @user-cj8rj6vo1s 26 дней назад +34

    Inilah Malaysiaku,senyap dan memberi pelayanan terbaik untuk rakyat. Bersyukurlah kita.❤❤❤

  • @pojiat-tatawi4316
    @pojiat-tatawi4316 26 дней назад +125

    Di malaysia pendidikan itu satu keutamaan.utk menjadi negara maju,maka rakyatnya harus berilmu.sebab itu rata² org malaysia IQnya tinggi dan fikirannya cerdas.

    • @wonderful4507
      @wonderful4507 26 дней назад +5

      Indonesia pun ada rakyatnya yg pandai serta IQ tinggi tp sistem pendidikan kurang perihatin terutama bagi anak miskin yang perlu biaya kerna anak2 dan remaja2 itu ada yg pintar..kasian mereka bantu lah mereka..

    • @gitamura
      @gitamura 26 дней назад +1

      Jgn lah bahas pasal IQ dekat sini... Dekat page2 atau youtuber Konoha xpe lah 😂😂...

  • @arizarose7264
    @arizarose7264 26 дней назад +83

    Bukan dalam hospital aje ada sekolah ,penjara dimalaysia pun ada juga sekolah...

  • @NoraLiza-qh7iw
    @NoraLiza-qh7iw 25 дней назад +9

    Anak saudara saya punya penyakit leukimia dan tidak dpt hadir ke sekolah selama 2 tahun.Dia terpaksa duduk di hospital selama berbulan-bulan.Selama itu dia hadir di Sekolah Dalam Hospital.Selepas rawatan dan boleh ke sekolah, beliau telah jadi murid terbaik dalam kelasnya.Walau baru darjah 4 tapi sgt bagus bertutur dalsm bahasa inggeris.Terima kasih pd guru2 di Sekolah Dalam Hospital.

  • @linnorain3249
    @linnorain3249 26 дней назад +148

    Sepupu saya guru dan mengajar di Hospital Ampang dan dia gembira dpt mengajar n menyantuni anak2 yg sakit di dlm wad.

  • @chemunahjusoh2355
    @chemunahjusoh2355 26 дней назад +26

    Pendidikan adalah wajib di malaysia...dimana ada kehidupan,di situ ada pendidikan

  • @nuuuura011
    @nuuuura011 26 дней назад +34

    Ilmu , Agama dan Adab Itu sangat penting.....

  • @norazmem.n5752
    @norazmem.n5752 26 дней назад +34

    Anak saya pernah ambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika diserang penyakit denggi. Anak saya terpaksa ambil peperiksaan dikatil hospital dgn diawasi oleh pegawai jabatan pelajaran.

  • @ambanganheightskenangahome2450
    @ambanganheightskenangahome2450 26 дней назад +28

    MALAYSIA ADALAH NEGARA YG MENJALANKAN ISLAM SEDAYA UPAYA BERDASARKAN AL QURAN DAN HADIS DEMI RAKYAT DAN BANGSNYA.

  • @Redmi9A-iz2in
    @Redmi9A-iz2in 26 дней назад +46

    Lihatlah wahai rakyat Indonesia bertapa pentingnya pelajaran kepada kami rakyat Malaysia.Seharusnya Indonesia juga mampu melakukan.Yang penting rakyat mahu belajar .Tak kira macam mana pun kondisinya.Ingatlah ilmu yang bermanfaat akan menjaga kita sampai akhir hayat .

    • @macmillone8711
      @macmillone8711 26 дней назад +1

      @@Redmi9A-iz2in Dia orang pandai belajar ilmu hitam. Jangan main² dengan Konoha mahir santet orang seperti di dalam tv tu tau ! 🤭☺️

  • @eimzarrazmie147
    @eimzarrazmie147 26 дней назад +27

    Memperlihatkan bahwa Malaysia mengutamakan pendidikan dari segala hal... Kerana pelajar adalah pemimpin masa depan negara..

  • @rohanarahim4327
    @rohanarahim4327 26 дней назад +36

    Alhamdulillah.. nikmat mna lagi yg ingin kita dustakan... segala puji kpd Allah Yg Maha Pemurah lgi Maha Penyayang.. aamiin

  • @Arbakan81
    @Arbakan81 27 дней назад +86

    Penubuhan Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya pada 26 Julai 2011 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.

  • @muliatimukri4182
    @muliatimukri4182 26 дней назад +36

    Syabas Msia menjadikan pembelajaran itu sbg satu terapi dlm proses penyembuhan anak2.

  • @HarithWorld-jy8ze
    @HarithWorld-jy8ze 26 дней назад +17

    SIKAP RAKYAT DAN KEMAJUAN NEGARA BERGANTUNG KEPADA PENDIDIKAN RAKYATNYA,

  • @faridahabubakar9443
    @faridahabubakar9443 26 дней назад +37

    Bukn shj sek di hospital.......msia juga sediakn guru untuk narapidana (pelajar), di penjara . .agr pljr yg dpenjara tdk ketinggalan pljrn..

  • @saeffareez3337
    @saeffareez3337 26 дней назад +64

    Salam Ma'al Hijrah 1446H-2024M
    to All Muslim Ummah 🙏

  • @kinjimbo6916
    @kinjimbo6916 27 дней назад +51

    terima kasih kerana mereact negara kita secara profesional dan positif semoga negara anda juga akan bertambah maju macam kita di malaysia salam hormat❤dr malaysia

    • @agusta66
      @agusta66 26 дней назад +2

      Kita bisa maju bersama sekira pemerintah berkuliborasi sesama bukan melihat perbedaan.

  • @norainiraof5232
    @norainiraof5232 26 дней назад +18

    Assalamualaikum Cikgu bertiga.. Dgn video yg Cikgu bertiga reaction ini.. buatkan saya amat² bersyukur menjadi seorang rakyat Malaysia🇲🇾🤲🏻.. Allhamdulillah terima kasih Allah❤

  • @fauzy243
    @fauzy243 26 дней назад +32

    Sekolah dalam hospital adalah satu inisiatif kementerian pelajaran Malaysia fan kementerian kesihatan Malaysia bagi mengatasi keciciran murid yg ketinggalan sesi persekolahan apabila menerima rawatan utk tempoh yg lama atau sering kena berulang ke hospital..

  • @maswidayubintiabubakar6300
    @maswidayubintiabubakar6300 26 дней назад +83

    Alhamdulillah..... Anak saya pernah admitted di HUKM hampir sebulan... Ada cikgu yang datang secara bersemuka di katil ward. Semua cikgu baik2 dan lembut . Ada gambar kenangan dgn cikgu tapi nama cikgu saya dah lupa.... Terima Kasih semua cikgu di HUKM...

    • @faridahahmad2036
      @faridahahmad2036 26 дней назад +7

      Hospital Universitu Kebangssan Malaysia memang terbaik. Anak sayan pernah menjalanni pembedahan mata disana. Doktor2 pakarnya sangat efficiency dan professional.

  • @DonJA57
    @DonJA57 26 дней назад +27

    Cikgu, di Mlysia juga disediakan kemudahan sekolah tadika khas utk anak2 di peimis2 dimana ibu/ bapa mreka bertugas..

  • @haslindamohamadsaad9433
    @haslindamohamadsaad9433 27 дней назад +124

    Di Malaysia jika ibu bapa tidak sekolahkan anak boleh dipenjarakan. Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dikenakan yuran. Ibu bapa akan bayar yuran PIBG.

    • @fatimahmatzain9337
      @fatimahmatzain9337 26 дней назад +9

      Yuran peperiksaan SPM saja yg tak dikenakan.

    • @LizBaha
      @LizBaha 26 дней назад +6

      Betul tu

    • @mencintaimuseumurhidupku..9605
      @mencintaimuseumurhidupku..9605 26 дней назад +6

      Yuran pibg untuk sekolah rendah rm 30 untuk setahun sekolah menengah rm135 untuk 1 tahun

    • @LizBaha
      @LizBaha 26 дней назад +4

      ​@@fatimahmatzain9337 yuran SPM kena bayar kan..

    • @nuuuura011
      @nuuuura011 26 дней назад +2

      Yaaa betul

  • @ibnuudin230
    @ibnuudin230 26 дней назад +14

    Begitulah kerajaan Malaysia mementingkan pelajaran perlu disalurkan kpd rakyat²nya. Ibu bapa boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa jika didapati mereka tidak menyekolahkan anak² mereka. Di dlm agama islam juga mementingkan pelajaran, maka dgn itu org² Malaysia mmg benar² dahagakan ilmu pelajaran

  • @afsahamin5864
    @afsahamin5864 26 дней назад +21

    Inilh Malaysia.angkasa sdh didatangi apa lagi yg tidak mustahil. Demi kemajuan negara rakyat dan pemimpin tetap bersatukn. Utk benar2 mencapai negara maju pendidikan paling utama.

  • @ZailaniAbdulRahman-zt8fs
    @ZailaniAbdulRahman-zt8fs 26 дней назад +19

    Alhamdulillah.. Didoakan semoga semua pelajar cepat sembuh dan sentiasa dlm perlindungan Allah Swt dan jd pelajar yg pintar suatu hr nt.. Aamiin ya robbal allamin.

  • @haslindamohamadsaad9433
    @haslindamohamadsaad9433 27 дней назад +48

    Assalammualaikum & selamat pagi cikgu2. Malaysia juga ada Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (untuk anak2 gelandangan) di Chow Kit. Semua hospital di Malaysia ada sekolah (untuk anak2 yang sakit kritikal).

  • @kunang_kunang7779
    @kunang_kunang7779 26 дней назад +56

    Di Malaysia juga ada sekolah untuk anak2 yg salah asuhan. Saperti yg ada masalah akhlak, lari dari rumah dll. Selain akademik, diajar kemahiran utk hidup, pembentukan sahsiah dll

  • @arboboi9402
    @arboboi9402 26 дней назад +15

    Hospital Selayang di Selangor tu kelilingnya banyak sekolah. Tp dlm hospital pun ada Sekolah Dalam Hospital.

  • @madnajabshakrani2048
    @madnajabshakrani2048 27 дней назад +31

    betul cikgu ..anak saudara saya bila warded akan ada cikgu yang mengajar .hospital serdang

  • @zulhishamrazali7702
    @zulhishamrazali7702 26 дней назад +8

    Anak yang sakit buah pinggang tu anak saudara saya. Terima kasih kepada KPM dan KKM kerana menyediakan Sekolah Dalam Hospital. Anak saya tu dah meninggal seumur 13 tahun. Al fatihah.

    • @fadzilhamid8415
      @fadzilhamid8415 26 дней назад +2

      Innalillahhh.....😢😢😢

    • @ruziahabdullatib6322
      @ruziahabdullatib6322 26 дней назад

      Innalillahhiwainnailaihirojiuunn.... Allahhuakhbar....sedihnya lah tuan... bila anak saudara tuan ini meninggal? Alfatihah untuk anak comel ini...😢

    • @isnaisna1885
      @isnaisna1885 26 дней назад

      Innalillahi wa inna ilaihi raji’un
      Al-Fatihah ma'a Shalawat...

    • @faizalsuparman6138
      @faizalsuparman6138 26 дней назад

      Innalillah...

  • @drsidek-9125
    @drsidek-9125 26 дней назад +18

    Hari ini 1 Muharam 1446H= 7 Jul 2024 ialah cuti umum di Malaysia

  • @Naz_inrshm
    @Naz_inrshm 26 дней назад +17

    Langkah ini menunjukkan msia mengambil berat tentang kepentingan pendidikan kpd anak2 di msia. Inisiatif seumpama ini telah ada sejak awal tahun 1990an. Kini dilancarkan dengan rasminya pada 26 Julai 2011. Konsep ini jg diamalkan oleh beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia.

  • @saeffareez3337
    @saeffareez3337 26 дней назад +39

    Selawat & Salam keatas jujungan Besar Nabi Muhammad SAW 💗
    Allahumma Solli Aalaa Sayyiidina Muhammad 💗
    Waalaa Aalii Sayyiidina Muhammad💗

  • @husainabaziz5692
    @husainabaziz5692 26 дней назад +19

    Assalamualaikum semua
    Ada sekolah dalam hospital.
    Alhamdulillah
    Thank you Allah for everything
    Semoga Allah Subhanahu Wata'ala merahmati dan memberkati segala amalan dan kebaikan cikgu-cikgu tersebut..Aamiin
    Salam hormat buat semua dimana jua anda berada dari Rawang Selangor
    🇲🇾❤ 🇮🇩

  • @user-zo3pe2if1s
    @user-zo3pe2if1s 27 дней назад +55

    Semasa sya sekolah rendah thn 70an terdapat klinik utk rawatan gigi@kecemasan....sehingga skrg masih ujud

    • @nuts1755
      @nuts1755 26 дней назад +3

      bilik paling ngeri heheh

  • @nurshaaishah7044
    @nurshaaishah7044 26 дней назад +23

    Lama dah benda nih. Kalau ada peperiksaan besar maka peperiksaan itu akan dijalankan di hospital juga.
    Malah di penjara juvana juga di sana ada "sekolah" untuk mereka. Mereka juga mendapat keputusan pepe
    riksaan yang sangat baik serta bisa menyambung study di universiti.
    (Cikgu2 boleh cari di utube dan respon)
    Ketika di hospital juga, bila sampai tarikh Hari Kanak2 Sedunia maka wad kanak2 akan meriah dihadiri NGO dan orang ramai yang mahu meraikan kanak2 sakit. Bermacam hadiah dibawa untuk diberikan kepada kanak2 tersebut. Malah di satu sudut ward kanak2 memang akan ada tempat bermain dan belajar untuk mereka.

  • @Ahseel-lx7gw
    @Ahseel-lx7gw 27 дней назад +87

    Aku bersyukur bisa numpang hidup di bumi malaysia yg bertuah ini

    • @husainabaziz5692
      @husainabaziz5692 27 дней назад +14

      Alhamdulillah

    • @abdaziznordin5595
      @abdaziznordin5595 26 дней назад +11

      Assalam,
      Kerja baik baik demi kehidupan diri dan keluarga bahagia.Kami tak kisah kerana rezeki bkn untuk diri kita seorang tapi Allah melihat bagaimana rezeki yg diberi diagihkan sesama hambanya.

    • @puteribalqis8898
      @puteribalqis8898 26 дней назад +3

      alhamdulillah.

    • @rohanitahir8738
      @rohanitahir8738 26 дней назад +2

      Alhamdulillah. Maka bersyukurlah.

    • @abumahput5408
      @abumahput5408 24 дня назад

      Terima kasih ❤

  • @samadhamid-nd8xf
    @samadhamid-nd8xf 26 дней назад +7

    Assalam, utk makluman anak saya ambil sijil pelajaran malaysia (s.p.m) diatas katil hospital, semuanya gratis Alhamdulilah dia lulus dengan baik, terimakasih guru2 & kakitangan hospital, Alhamdulilah anak saya telah sihat & bekerja sebagai arkited semuga dia dapat menyumbang kembali kepada ugama bangsa & negara malaysia, aamin.

    • @yanasarkiman9697
      @yanasarkiman9697 25 дней назад

      sama dengan anak saudara suami saya, dia mengalami kecelakaan. 2 bulan duduk hospital.Spm di hospital Alhamdulillah lulus dengan cemerlang.

  • @nordinmohdsaleh4532
    @nordinmohdsaleh4532 26 дней назад +8

    Itulah faktanya pemerintah malaysia amat peduli ambil berat tentang pelajaran pendidikan buat warga malaysia

  • @yuslilihashim6437
    @yuslilihashim6437 26 дней назад +9

    Ooo..sy org Malaysia pun X tahu Ada sekolah dlm hospital. yg sy tahu klu pesakit Ada dlm hospital klu Ada exam dorg boleh ambik exam dlm hospital. Tp alhamdullilah dgn adanya sekolah dlm Hospital maka pelajar2 yg sedang mendpt rawatan Masih boleh menimba ilmu.

    • @zakhir9521
      @zakhir9521 26 дней назад +1

      memang dah lama dah ada,Kalau Rajin2 Pergi la cuba masuk Hospital Selayang..😊

  • @Ladyzuely
    @Ladyzuely 26 дней назад +2

    Di Malaysia ada beberapa sekolah khas lain selain Sekolah Dalam Hospital. Kami juga ada
    1. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih untuk anak gelandangan
    2. Sekolah Hendry Gurney utk remaja dalam tahanan pemulihan akhlak (utk lelaki)
    3. Sekolah Seri Putri - sekolag pemulihan akhlak utk perempuan
    4. Sekolah Pendidikan Khas menempatkan anak istimewa
    5. Sekolah Pendalaman mrupakan sekolah kerajaan yg bertempat di pedalaman

  • @ahmadhairulhairul4577
    @ahmadhairulhairul4577 26 дней назад +11

    inI lah Malaysia pelajaran ttp diutamakn ....sakit bukan alasan tdk dapt pendidikan....

    • @user-zh7xv2kg8b
      @user-zh7xv2kg8b 26 дней назад +2

      SANGAT BETUL TU ...! ALHAMDULILLAH...NEGARAKU MALAYSIA...DIBERKATI OLEH ALLAH TA' ALAA..!
      AAMIIN...YA RABBAL ALAAMIIN..!!!

  • @cadiqramcad14
    @cadiqramcad14 26 дней назад +12

    Mau maju harus berfikir di luar nalar demi membantu anak bangsa😉

  • @samsuzanasamsudin549
    @samsuzanasamsudin549 26 дней назад +6

    Sekolah dlm pusat Pemulihan (dadah) sekolah dlm pusat Pemulihan akhlak(juvana), sekolah anak autism, sekolah dlm hospital(kanser) semua ada kerana kerajaan Malaysia percaya ada akhlak rakyat harus di didik & Pelajaran itu wajib.. Ada satu kisah ibu ambik SPM pada umur 50an supaya boleh menginspirasi kan anak muda.. Jadi apa alasan kitak tidak mahu belajar..?anak sy ada anak autism sy mesti hantar anak Walaupun hanya pilihan Pemulihan dlm Komuniti tp kerajaan Malaysia berik elaun 300 ringgit sebulan.. Anak2 Indonesia Di sempadan Sarawak Indonesia juga diberi elaun 150 ringgit xkira Walaupun bukan warganegara mereka tetap diberi.. & boleh pilih datang ke sekolah Malaysia atau sekolah bawah kerajaan Indonesia..

  • @gadiskampung250
    @gadiskampung250 26 дней назад +8

    Anak saya pun pernah admitted hospital serdang 2 minggu...ada playground ,ada toys untuk kanak2 ,ada buku2 dan ada juga guru2 yang mengajar anak saya...dah lama la benda ni ...bukan benda baru....anak saya dulu masuk hospital masa umur 6tahun,masa tu dah ada guru yang ajar ....sekarang anak saya dah 14 tahuh...

  • @mrl3mb3n98
    @mrl3mb3n98 26 дней назад +8

    KAMI JUGA MENGHITUNG HARI.. MENUNGGU CIKGU² BERTIGA HADIR KE BUMI BERTUAH MALAYSIA.. SEMOGA DIBERKAHI SELALU DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN..Aaamiinnn

    • @sitinor9130
      @sitinor9130 26 дней назад +1

      Hari ini Cikgu Sastra dan Cikgu Tika sudah sampai Malaysia, otw ke Trengganu.

  • @AsmahYacob-kr4ny
    @AsmahYacob-kr4ny 26 дней назад +9

    Dulu sebelum ADA sekolah dlm hospital Jika pesakit menduduki peperiksaan dibospital Banyak perkara terpaksa diuruskan oleh perawat, menyediakan pesakit, bilik peperiksaan dan lain sebagai.sekarang diuruskan oleh pihak guru.

  • @serienai
    @serienai 26 дней назад +13

    Pendidikan ASAS Kemajuan dan Kemakmuran.
    Negara yang menuju kepada kemajuan akan terus berusaha mendidik rakyat supaya tidak berfikiran "KUNO - HA".
    Pendidikan ASAS kemajuan & Kemakmuran.
    ❤U🇲🇾

  • @suree4581
    @suree4581 26 дней назад +7

    Bila ada sesi belajar pesakit masuk hoapital dan di pemjara supaya tidak buang masa masa diusia muda mereka.

  • @norarzerisaharum8339
    @norarzerisaharum8339 26 дней назад +9

    Salam Maal Hijrah 1446H. Semoga kalian diberkati oleh Allah SWT selalu n dilindungi kesihatan hendaknya ❤

  • @hasnahharon6514
    @hasnahharon6514 26 дней назад +9

    Sepattnye negara anda mencontohi perkara yg baik yg dlakukn pemerentah mlaysia..utamakn pendidikn, pembelaran, supay raayatnye hidup berilmu..boleh brfikir, cerdas..boleh mmbezakn yg baik, dan buruk..

  • @jerseyjames9478
    @jerseyjames9478 26 дней назад +5

    Cikgu, paling best ialah Klinik pergigian akan datang ke sekolah setahun sekali untuk checkup & rawatan murid2.
    Dan semestinya free of charge 😇 Dulu saya tak rasa Bersyukur sangat, sekarang suda dewasa Dan tahu kos rawatan gigi di klinik Swasta buat saya nak balik ke zaman sekolah 😅

  • @arrushdinaismail8803
    @arrushdinaismail8803 26 дней назад +7

    Betul..6 thn yg lepas, anak saya juga pernah keluar masuk hospital..dan seminggu di hospital, anak boleh masuk sekolah hospital. Walaupun sakit menunggu treatment, boleh belajar di bilik sekolah yang disediakan

  • @asyrafyap110
    @asyrafyap110 27 дней назад +12

    Welcome to malaysia cikgu 🥳🎉🎊
    Semoga di permudah kan segala urusan & selamat sampai ke tempat tujuan 🤲

  • @ummiwalid980
    @ummiwalid980 27 дней назад +11

    Ya di balai polis di balai Bomba Ada sekitar YG ramai penduduk NYA sekolah2 Dasar di sediakn untuk mereka ya walau di dalam penjara sekali pun di sedia Kan pendidikan Hingga UNIVERSITY❤ 🇲🇾👍👍👍👍👍 Tika mereka keluar menjadi Manusia yakin diri jati diri mereka di bentuk kembali normal ❤🇲🇾

  • @marsha5674
    @marsha5674 26 дней назад +3

    Kakak sya pernah juga bersekolah dì hospital dan mengambil peperiksaan SPM di hospital seberang jaya pulau pinang. Ruangan kelas yg sempurna disediakan di hospital dan diajar oleh guru guru yg terlatih dari jabatan pendidikan Malaysia

  • @amyje1534
    @amyje1534 26 дней назад +3

    pelajaran adalah paling utama disini.amat penting dimalaysia.demi melahirkan jenerasi yg cerdik,pandai dan pintar

  • @oneantero5865
    @oneantero5865 26 дней назад +14

    Pendidikkan No.1 di Malaysia…👍

  • @timuncino
    @timuncino 26 дней назад +4

    Iye benar ada sekolah dlm hospital. Sgt bermanfaat utk kanak2 yg terpaksa admit lama di hospital. Anak sy asthma selalu admit HUSM Kelantan slps bebrapa hari sihat cikgu2 bertugas di HUSM Kelantan akn dtg mengajar

  • @alisonmcchin
    @alisonmcchin 26 дней назад +4

    Salam Maal Hijrah 1446 buat semua. Semoga terus maju jaya, dirahmati dan diberkati usia kita semua. Aamiin.

  • @srisazreena3821
    @srisazreena3821 26 дней назад +9

    utk makluman
    SLE itu penyakit Lupus
    Lupus, technically known as systemic lupus erythematosus, is an autoimmune disease in which the body's immune system mistakenly attacks healthy tissue in many parts of the body. Symptoms vary among people and may be mild to severe.
    thanks to pakcik google

  • @uzmaa33
    @uzmaa33 16 дней назад

    Melihat video² dr RUclipsr indo buat sy sedar begitu banyak kemudahan yg disediakan di Malaysia. Love u Malaysia ku ❤

  • @norianirais4500
    @norianirais4500 26 дней назад +6

    Beberapa tahun dulu saya ada dengar di berita , bahawa jika anak2 yang umur sepatutnya bersekolah tapi tidak bersekolah maka ibubapa atau penjaga akan diambil tindakan undang2. Saya tak pasti adakah peraturan tersebut masih berjalan hingga kini.

  • @sabaryunus3538
    @sabaryunus3538 26 дней назад +3

    Malaysia sgt pentingkan pelajaran dlm apa keadaan apa pn..kerajaan senantiasa membantu

  • @arikitokki4352
    @arikitokki4352 27 дней назад +15

    Salam pagi buat cikgu2 semua..

  • @Nunanyuaks
    @Nunanyuaks 23 дня назад +1

    Ibu saudara saya juga dulu masa kecil sakit buah pinggang.. akhirnya skrng dia menjadi jururawat di Kuala Lumpur

  • @user-ff9is2vh5b
    @user-ff9is2vh5b 22 дня назад

    Saya sendiri orang Malaysia(Sabah)pun barusan hari ini tahu di Malaysia ada sekolah dalam hospital! Saya betul2 berasa amat bangga! Itulah negara 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 ⭐⭐⭐⭐⭐!
    Yg. amat saya begitu bangga doktor wanitanya berhijab! 👍👍👍

  • @umarrr96
    @umarrr96 9 дней назад

    Sama ank saya pun pernah merasai pengalaman sekolah di hospital biarpun tak lama anak suka Dan seronok macam2 aktiviti di sediakan tahniah hospital Tuanku Jaafar kerana menyediakan kemudahan sedemikian❤❤❤

  • @azizahazizah3891
    @azizahazizah3891 25 дней назад

    Salam,anak sy sakit dan d Thn wad pd hari sekolah dlm 7 hari...selama 7 hari cikgu akan dtg untuk mengajar dr katil ke katil..sy bersyukur sgt...tq cikgu2...❤

  • @anbens2235
    @anbens2235 20 дней назад

    2010-12 anak lelaki saya berusia 7thn bila terpaksa di masukkan ke wad, dia akan ke sekolah di hospital..Alhamdulillah wlpun sekadar mewarna Dan membaca tapi cukup melepaskan rindu belajar di sekolah..

  • @yuzrulyunus9819
    @yuzrulyunus9819 26 дней назад +14

    Pesalah2 bawah umur (juvana), masih perlu belajar di penjara. Sekolah Henry Gurney.

  • @sham5530
    @sham5530 24 дня назад

    Keadilan sosial!! Aku setuju sgt2! biarpun sakit anak2 tidak harus putus mendapat Pendidikan. 👍 👍

  • @johanamansor1352
    @johanamansor1352 26 дней назад +2

    Alhamdulillah semoga yang baik menjadi inspirasi dalam memajukan anak bangsa😊,salam trio

  • @enanana-hv3bi
    @enanana-hv3bi 18 дней назад

    Tahun 2022 , anak sy msk pediatric di HKL. Sempat mndpt pelajran dlm ward wpun anak sy warded selama 6 hr. Alhamdullilah...

  • @PesanDariHati1492
    @PesanDariHati1492 26 дней назад +1

    Moga pemerintah di Indonesia mengutamakan pendidikan buat seluruh rakyatnya....

  • @nurdianaabdulrahman8881
    @nurdianaabdulrahman8881 27 дней назад +8

    Assalamualaikum,lihat bahasa melayu wajib termasuk bahasa english seperti kata sesetengah youtuber indo,bahasa melayu tidak digunakan dgn baik di malaysia

    • @LizBaha
      @LizBaha 26 дней назад +8

      Bahasa Melayu wajib digunakan dlm semua urusan surat menyurat dan dokumen kerajaan kecuali dokumen yg berkaitan dgn perundangan ada kelonggaran. Netizen Indo ni tahunya menghujat je tak tahu yg sebenarnya.

  • @RohayaYahaya
    @RohayaYahaya 26 дней назад +6

    Rasanya dah lama ada sekolah dalam hospital.

  • @ayinpisah2723
    @ayinpisah2723 24 дня назад

    Terbaik Negeri Sembelan Mantappp Seremban Melaysia Maju Jaya.

  • @mohdthefoodhunter686
    @mohdthefoodhunter686 25 дней назад +1

    Itu lah pergorbanan Seorang guru demi mendidik anak2 Malaysia..

  • @azizarahim74
    @azizarahim74 26 дней назад +5

    Salam Ma'al Hijrah 1446H to you guys 🫰🏻

  • @RosliniCheMin-qk7rn
    @RosliniCheMin-qk7rn 25 дней назад +1

    Berpengalaman ‘masuk penjara’ untuk mengajar calon peperiksaan STPM.

  • @syamelmohds_
    @syamelmohds_ 26 дней назад +4

    Bila mahu datang terengganu ?? Pengen ketemu kalian 🥹🥹

  • @shanonezwaamran1699
    @shanonezwaamran1699 25 дней назад

    Di Malaysia memang tegas dalam pelajaran. Kalian pun boleh.

  • @NoraLiza-qh7iw
    @NoraLiza-qh7iw 25 дней назад

    Ye benar.Anak saya 10 hari masuk ward di Hospital Ampang tak pernah di abaikan dari sekolah.Setiap hari diberi tugasan oleh guru2 yg terlatih.Selain itu remaja2 yg ditahan di Sekolah Henry Gurney iaitu sekolah utk kanak2 dan remaja2 nakal juga ada sekolah.Baru ini ada pelajar Henry Gurney juga dapat 10A dalam SPM.😍😍

  • @user-yc2do2qb8t
    @user-yc2do2qb8t 26 дней назад +3

    Assalamualaikum cikgu sastera Aziz tika happy weekend guys
    Demi anak bangsa guru tetap berkorban cikgu

  • @marybelare394
    @marybelare394 26 дней назад +1

    Yes, itu memang benar. Our hospital also have a nice Sekolah Dalam Hospital. It has its own building and dedicated teachers. They work hand in hand with the wards, drs, nurses.

  • @fairusabdrahman749
    @fairusabdrahman749 26 дней назад +4

    Dalam sekolah rendah juga ada clinic kesihatan gigi

  • @zurinahashim1334
    @zurinahashim1334 26 дней назад +2

    Assalamualaikumwbt.selamat tahun baru hijrah.selamat datang ke pantai timur & cuti2 Malaysia🎉🎉🎉

  • @kidafidd2964
    @kidafidd2964 26 дней назад +4

    Murid sakit yg harus mengambil peperiksaan besar boleh mengambil peperiksaan di hospital di mana Lembaga Peperiksaan menyediakn guru pengawas peperiksaan di hospital. Tempoh waktu mereka menjalani peperiksaan juga flexible mengikut tahap kesihatan dan kemampuan mereka.

  • @norhafiza3258
    @norhafiza3258 24 дня назад +1

    Pembukaan yg meriahh!!!!!!🎉🎉🎉🎉🎉 "About sastra!" Yeayyyyyyyyyyyy!! 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻

  • @jalalkhaizi4197
    @jalalkhaizi4197 26 дней назад +2

    Assalamualaikum..... Cikgu2 dan Semua....
    Welcome back to Malaysia 🇲🇾 Cikgu2 Sastra, Ajis n Tika 🤗🫰🇲🇾🤝🇮🇩

  • @jooann55
    @jooann55 26 дней назад

    Pelajaran itu adalah priority utama bagi masa depan sesebuah negara ..iq harus di bentuk dari kecil..itulah kami d Malaysia 😊

  • @hawaahmad8238
    @hawaahmad8238 26 дней назад

    Anak saya jugak pernah mengambil peperiksaan SPM dihospital kerana sakit demam denggi. Lulus dgn cemerlang. Ke university dan sekarang anak saya adalah seorang guru di international school di Singapore. Alhamdulillah .. rezeki nya kerana diberi peluang seperti anak2 sihat semasa peperiksaan dijalankan dahulu.

  • @AzmanExploreLearn
    @AzmanExploreLearn 26 дней назад

    Membangunkan Pendidikan Rakyat itu amat penting. Masa depan negara. Udah jadi policy utama negara malah dari merdeka lagi. Sekarang sudah lebih dari sepuluh Sekolah Hospital.