Kek Alunan Kasih | kek orang lama & pelbagai tips membuat kek

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 4 окт 2024
  • Bismillahirrahmanirrahim,
    Hari ini saya akan kongsikan satu lagi resipi kek orang dulu-dulu iaitu Kek Alunan Kasih atau pun ada yang menyebutnya sebagai Kek Ombak Rindu.
    Resipi Kek Alunan Kasih ini lebih kurang sama seperti kek marble juga. Bezanya ialah ianya ada 3 lapisan warna yang dipisahkan pula oleh lapisan nipis serbuk koko.
    Saya pernah kongsikan resipi ini dalam majalah Aroma bulan Februari tahun 2016 dulu. Tetapi ada sedikit ralat dalam cetakan bahan di situ iaitu sukatan tepung tidak tersenarai. Jadi saya akan betulkan semula dalam video ini.
    //Bahasa Malaysia
    ………………………………………………………………
    Kek Alunan Kasih (8 x 8 in)
    📷 Surianti_Kitchen
    Bahan-bahan :
    250 gm mentega bergaram
    180 gm gula kastor (¾ cawan)
    5 biji telur saiz besar (gred A atau B)
    250 g tepung naik sendiri
    50 ml susu cair (¼ cawan)
    1 sudu kecil esen vanilla
    2 sudu besar serbuk koko
    Pewarna hijau, kuning dan merah jambu
    //English
    ………………………………………………………………
    Topo Map Love Cake (8 x 8 in)
    📷 Surianti_Kitchen
    Ingredients:
    250 gm salted butter
    180 gm caster sugar (¾ cup)
    5 large eggs (grade A or B)
    250 g of self-rising flour
    50 ml evaporated milk (¼ cup)
    1 teaspoon of vanilla essence
    2 tablespoons of cocoa powder
    Green, yellow and pink food coloring
    #jendeladapursurianti #bananacake #cake #sedap #yummy #foodblogger #foodphotography #food #cookingismytherapy #bakedwithlove #keksurianti #suriantikitchen

Комментарии • 62

  • @RosnaniZainalAbidin-y5p
    @RosnaniZainalAbidin-y5p 9 дней назад +1

    T.kasih puan resepi yg menarik dan nampak sedap.muga dmurahkan rezeki puan

  • @haslinahasri3599
    @haslinahasri3599 15 дней назад +3

    Waa'laikumusalam Puan Surianti. Lama menghilang,selalu tunggu hadir nya menu dari channel Surianti Kitchen. Terima kasih berkongsi cara mmbuat kek yg sedap ni. Semoga terus maju channel Surianti Kitchen.👍♥️🤗.

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  14 дней назад +2

      Baru-baru ni sibuk sikit dengan urusan seharian😁 Alhamdulillah, terima kasih puan Haslina singgah & selalu support channel Surianti Kitchen❤️

  • @tigerganeral5109
    @tigerganeral5109 14 дней назад +1

    Alhamdulillah Surianti Kitchen❤❤❤🎉🎉🎉

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  14 дней назад +1

      Alhamdulillah , terima kasih singgah & support Surianti Kitchen😊

  • @DapurBiru
    @DapurBiru 14 дней назад +1

    Terbaik resepi ❤

  • @hamsiahmisha
    @hamsiahmisha 13 дней назад +1

    Cantik kek nya, tkasih resepi 👍

  • @normalaismail274
    @normalaismail274 5 дней назад

    Terimakasih puan, saya sudah cuba buat Alhamdullilah, sungguh2 sgt cantik kejadiannye,terimakasih skali lagi puan🥰

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  4 дня назад

      Alhamdulillah, terima kasih sudi mencuba😍😍

    • @normalaismail274
      @normalaismail274 4 дня назад

      terimakasih pada puan sudi berkongsi resepi🥰

  • @dapurmahen
    @dapurmahen 13 дней назад +1

    Lembut dan cantik sekali cakenya ka

  • @buuimi6710
    @buuimi6710 13 дней назад

    Kue yg enak gurih mpuk mantap lezat bun

  • @norsaniabubakar5302
    @norsaniabubakar5302 12 дней назад

    Cantik sy suka tgk

  • @norsimahali-re3mb
    @norsimahali-re3mb 13 дней назад

    Selera dan cantik keknye. Terima kasih puan.

  • @normalaismail274
    @normalaismail274 10 дней назад

    Salam puan, sungguh cantik kejadian keknye, mintak halal ye resepi ye.terimakaseh puan😊

  • @sabariahtuzzara9774
    @sabariahtuzzara9774 13 дней назад

    Alhamdulillahh....terima kasih puan

  • @sarimahsawal2565
    @sarimahsawal2565 15 дней назад

    Cantik kek sis.terima kasih berkongsi resepi 😊

  • @azharabdullah7234
    @azharabdullah7234 11 дней назад

    Impressive, tq

  • @julianashahir2327
    @julianashahir2327 13 дней назад

    Waalaikumsalam.sedapnya,yea lama puan Surianti tak buat video
    Lepas nak suruh puan Surianti buat popia basah yg sedqp.kulitnya n sambal❤

  • @DapurSuriAti
    @DapurSuriAti 14 дней назад

    Cantiknya corak kek

  • @AlimahASamad
    @AlimahASamad 12 дней назад

    Terima kasih ilmu mu😊

  • @letlaptv
    @letlaptv 14 дней назад

    Kok cantik bgt cakenya pngen rasalah

  • @ZuhdiAnimation
    @ZuhdiAnimation 12 дней назад

    Mantap 😊

  • @Serimanis3061
    @Serimanis3061 13 дней назад

    Puan, Masyaallah., sangat-sangat menarik kejadiannya, saya suka resepi kuih-muih dan kek lama, nostalgia. Dan satu soalan, jika boleh dikukus boleh tak? Terima kasih,

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  9 дней назад +1

      Boleh cuba kukus, tapi hasilnya tak jadi macam kek. Lebih kepada tekstur apam.

  • @rafinahsulaiman5973
    @rafinahsulaiman5973 13 дней назад

    Saya suka kek mohon share ye😮

  • @norhafizah7924
    @norhafizah7924 13 дней назад

    Sis, kongsikan kek tnpa telur utk anak2 yg alergic telur.

  • @syafirasyafira682
    @syafirasyafira682 14 дней назад

    Terima ksih utk resepi,susu cair sejat boleh ganti susu full cream ke sis.

  • @sitizaleha3560
    @sitizaleha3560 14 дней назад

    ❤❤❤

  • @kiryusento8944
    @kiryusento8944 14 дней назад

  • @Liza-tu9qc
    @Liza-tu9qc 14 дней назад

    Blh tmbah ovalette kann

  • @rozita-ed4vj
    @rozita-ed4vj 14 дней назад

    Puan pasti ke sebuku butter tu seberat 250 gram?

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  14 дней назад +2

      Ya, saya gunakan butter Lurpak yang memang beratnya 250 g. Saya dah timbang semua bahan sebelum buat kek. Pada bungkusan pun dah ada beratnya tertulis juga. Kenapa pula tak pasti ?
      Ada butter brand lain yang 1 buku hanya beratnya 200 g iaitu President, berat 227 g : Anchor jenis unsalted, berat 500 g : La Belle. (Sekadar menyebut beberapa jenama)

    • @rozita-ed4vj
      @rozita-ed4vj 10 дней назад

      Ok. Sya terima penjelasan ini. Tp masa siaran video adakah puan menunjukan jenama butter dan di description pun tidak dinyatakn...... Oleh sbb itu lah sya bertanya

    • @SuriantiKitchen
      @SuriantiKitchen  9 дней назад

      Memang dalam video saya tak boleh sebut jenama butter, sebab ini bukan paid review dari jenama tersebut. Hanya kalau “paid review” baru lah saya akan sebutkan jenama.

    • @rozita-ed4vj
      @rozita-ed4vj 9 дней назад

      Itu saja yg menjadikn saya sedikit confius. Tq

  • @tipah6369
    @tipah6369 14 дней назад

    boleh kah ganti degan susu kotak segar UHT?