Proton INSPIRA: Apa Yang Korang Perlu Tahu? | EvoMalaysia.com
HTML-код
- Опубликовано: 11 окт 2024
- EvoMalaysia.com | By Nazz Abdullah (Season 02 | Episod 31)
Inspira Call : 012-708 0600
Inspira Part 02: • Proton INSPIRA: Berbal...
🚗 DashCam Kereta yg Saya Guna:
DDPAI Mola N3 ➔ invol.co/cl2qzho
🔭 Tripod Camera Murah:
Ulanzi MT-16 ➔ shp.ee/n6xtzun
💡 Lampu Studio Budget RM69 sahaja:
Ulanzi U-Bright ➔ shp.ee/7z7r54e
📷 Camera yg Saya Guna:
GoPro Hero9 ➔ shp.ee/8j7wtae
DJI Pocket 2 ➔ shp.ee/jvwiqve
Sony ZV-1 ➔ shp.ee/wjrwduw
⌚️ Jam G-Shock Saya:
➔ shp.ee/5siir56
🎤 Wireless Microphone yg Saya Guna:
➔ shp.ee/qyf4hf6
💻 Laptop Yang Saya Guna:
➔ shp.ee/jsjc92n
__________________________________________________
❤️ Follow Instagram :
/ nazz.abdullah.official
❤️ Email : nazzabdullah.production@gmail.com
__________________________________________________
➔ SUBSCRIBE Channel Team saya:
Thomas: bit.ly/2Uv7aPD
Alex: / stmrock
Rachel: / @rachelchaan
Thana's Krishnan : / thanakrishnan
Sree : / sreesivagurunathandriv...
Hp Tan : / hptan93
TJ: / emac1090
Steven: bit.ly/2IlwuVi
Chu Yang: / chuyang
Bengtures : / bengtures
Chris Wee : / chrisweeautomotive
Bro Kon : / konwailuen
Bobby Ang : / bobbyangmalaysia
#Inspira_0127080600
ruclips.net/video/0HfpvpoLkyU/видео.html 👍🏼🙊
Cer buat vid if proton perdana /accord tu berbaloi ke tak?
Mantap brader nazz review keta inspira ni…. Sy pun rancang nak cari inspira 2nd untuk keta kedua… Inspira mmg dabest… jujur cakap, handling pun syok, jalan jauh apatah lagi..hehe… sbab sy pernah ada pengalaman bawa keta proton inspira ni, selama 5-6tahun sebelum ni masa tu proton inspira sebagai kereta peronda polis… but now MPV polis dah tukar ke H.Cvc, feel sy mcm kenot go la ngan H.Cvc ni. Xbest. hahaha…😜😜😜😜 #jangankecam #sayatakkuat
Bangg, lepas video miker ni. . Bukak kt mudah. . Harga inspira semua atas 30-40k bangggg. . Aduhhhh 😂😂 kalo yg bawah 29k pn , tu pn yg 1.8 punya n standard habis. . N tahun 2012 kebawah bang. . Tahun 2013 ke atas semua 30k ke atas bang 😂😂😆😆
Saya pakai inspira 2011 manual kereta ni memang sedap bila atas highway dari segi pickup memang rasa bukan kereta proton biasa. Bila tukar ekzos kuat feel dia boleh lah ala2 evoX hahaha. Btw siapa2 nak beli inspira ni memang berbaloi sparepart byk n harga dia murah. so tak perlu takut2 nak beli kereta ni n x yah malu lah sbb brand proton sbb korg boleh convert apa. Apa tngu lagi beli je.
Untuk kete segmen C, memang murah
Tunggu duit
Kenapa nk malu dgn brand proton? Kalo aku convert pakai bodykit evo tp tetap pakai badge Proton...
@@Delita22 saya pernah nampak satu Inspira area Shamelin, body Lancer. Lencana Proton
hina sangat ke pakai proton ye? sampai nk tukar?
Ramainya hatter inspira nie. Sokay la asal korang berpuas hati dengan apa korang pakai. Lancer ke inspira ke. Pakai je laa. Makeup cantik2. Buat elok2. Sendiri nak tgk hari2. Korang bayar korang suka.
Saya pengguna mini dn bmw . Inspira ni dah 7 tahun pakai , kereta ringan yang teramat lasak berbanding conti dan licik untuk jalan malaysia . thx to paddle shift . Jenis bawak kereta kelam kabut dan huru hara mcm baru lepas curi kereta sepanjang pakai ha3... Satu problem , spring pemegang handle belah passanger suka tercabut . thats all . Kereta plg berbaloi plus handsome gila dalam dia besar teramat 🥰 speaker sedap sgt2 .. parking or uturn pun senang sgt sebab pulas stering dia ada banyak . Meh aku ajar cmne nk men paddle , drop gear smpai ketat (belah kiri) , perah minyak smpi dekat rpm 6 , lepas minyak sambil tambah gear (belah kanan) dan cepat2 tekan minyak balik . Lama2 cuba dah kena sweet spot dia akan sentap badan tengkuk semua mmg best .. And lagi satu lengkapkan lagi balance belah depan dgn balancing bar Ultra Racing rm100 sebab belakang dah ok sgt . Boleh cornering jln kecik dgn sgt laju or test genting mmg melekat and power terhenjut2 👍
Tuan, tanya sikit, gearbox ok ka,kalau lenjan? saya dgr cerita gearbox kalau lenjan utk kereta ni akan cpt rosak kereta ni bunyi x menyenangkan..btl ke?
CVT org ckp amat manja skali kalau cara pemanduan agak ekstrem
Munzir Rafik bro..time shift gear seeloknya memang kena lepas minyak tak mcm manual ? atau terus tekan je ?
Mohd Fuad Daud xpasti tuan fuad , bunyi yang bagaimana tu ?
afiff shuib lepas mcm manual . tambah gear and cpt2 tekan minyak blk . baru ada sentak2 mcm manual hehe
Aku beli model Inspira 2.0 cvt, harga 43K tahun 2012, kt used car Sg.Besi, setakat ni xde problem langsung, pakai dari 2016, maintenance jimat, enjin stok, berat sikit tp kt highway laju je..pakai bodykit evo10, bulan2 baru 540. Kete ni cantik, org suka pandang kete ni walaupun x laju, tp mmg design dia cantik. Berlambak kt used car, cari la yg elok
Downpatment letak berapa? Bulanan berapa tahun?
@@zulkeflidong aku trade in Myvi 2009, loan 7 thn je, kalau ko tau Kelab Lumba Kuda kt The Mines tu, situ banyak Inspira, yang stock pekak pun ada, yg dah tarok bodykit pun ada. Kalau tgk harga semasa, bersepah yg bawah 30k. Bln2 baru 400++, tp ko kena hati2 beli yg ada bodykit ni, kita tak tau condition dia sblm ni. Mcm aku, aku beli yang stock, mileage bwh 70k, aku pow tokey used car tu bodykit evo10, foc je..pandai2 la ko ejas, sblm dpt kete, dia pasang bodykit siap cat..Masa tu dua hari sblm raya, mmg puashati lah.
Sebelum covid 19 ni ada plan jugak,nak ambil inspira .letgo persona habis bayar tu...dah jadi gini..tak berani pulak rasa.
@@zulkeflidong Ko tgu habis Covid lah, tp kat situ mmg rambang mata tgk kereta, beribu2 kat lot tu, sehari suntuk kat situ pon tak puas.
Sorry mencelah, mencari jugak inspira cnvert evo ni, bg pendapat bro, 1.8 dgn 2.0 lari jauh x consumption minyak dia..
Sebab tu Proton Inspira punya tagline:
"Smart Guys Get It"
Orang bijak yang membelinya.
Terbaik. dah dekat 9 tahun pakai inspira. bulan ni last bayar bank. Alhamdulillah. xde apa problem setakat ini. baru tau en Nazz ni youtuber terkenal. kalau tau sy dah ambil gambar dengan en nazz n wife masa ambil azia untuk wife hujung tahun lepas.
Saya salah seorang yg dah beli inspira second yg dah siap upgrade exterior evo. Jujur cakap ini pembelian berbaloi sebab setakat 2 tahun pakai masih zero breakdown. Paling penting kereta ni sedap dan spare part murah beb. Dah le kereta tahan lasak.
Terbaik bro..insyaallah sikit masa lg sy nk sapu sebijik gak..tgk review pun sume positif nmpk nya..inspira pun inspira jnji berbaloi
@@musali2983 sy pn rs nk sambar inspira jgk.. tp klu bleh nk cari taun yg baru..
Isteri sy belikan inspira 2.0 full spec utk ayah dia. Sy tanya kenapa, sbb sy rasa proton kuat makan minyak. Dia kata peminat kereta akan beli inspira. Dia suruh sy try handing dulu. Puas hati dan sememangnya nak terus memandu. Kami hampir2 nak jual kereta ni sbb baru je abis bayar bulan feb lalu. Lepas tgk review ni, kami buat keputusan utk tak jadi jual. Thanks bro Naz.
Tahun berapa tu? Color? Nk jual kt saya? 😁
@@NazzAbdullah 2011 June. Kaler merah. Hahaha itu hadiah hari jadi utk bapa mertua sy. Skrg sy amik alih kereta tu sbb bapa mertua sy dah retired. Semua urusan outstation sy pakai inspira sbb comfort driving. Sy tak pandai sgt bab kereta tapi tak sangka isteri sy pandai pilih kereta. Dia test drive byk kereta H and T finally between Chevrolet Cruze dan Inspira finally dia pilih Inspira. Alhamdulilah dah 9 tahun. No major problem. Btw bro you are doing great job. Mgkn ini petunjuk dari Allah supaya saya simpan Inspira tu. Hahaha. May Allah bless you kawan.
@@mohamedshiraz4671 haha masuk angin keluar asap la jawapannya😁.
Nazz Abdullah amboii dah berminta sangat dah ni..haha
MOHAMED SHIRAZ ye inspira ni org2 yg dengki je yg akan cakap buruk tentang nye😂
Saya beli Inspira 2.0 P pada tahun 2013 sebab rebadged dan value for money. Sepanjang 7 tahun tu, cuma tukar 2 absorbers belakang, air-cond compressor & radiator motor je.
Gian nak tukar ke X70, tapi masih lagi enjoy Inspira ni.
Alan Nui saya inspira 2014. Malang tak berbau eksiden total lost tahun lepas. Skrang layan x70. Kalau tak total lost aritu masih lagi memandu inspira.
azriharis Asalkan semua selamat tu syukur dah. Tahniah kerana ada X70 baharu.
Alan Nui alhamdulillah selamat. Tapi rindu nak lenjan inspira. Banyak berjasa kereta tu.
Encik, inspira 2.0 encik, dari segi bahan bakar, contoh minyak full tank berape n boley pergi sejauh mane???.. Contoh start from kedah hingga Negeri mana.. Klau inspira full tank... Sya minat inspira
Tolong recomend workshop yg tahu repair inspira TQ 🙏🏼🙏🏼🙏🏼
Kereta inspira ni adalah antara model Proton yg ramai orang minat dan dalam jangkauan mampu milik untuk c-segmen used car.
My opinion based on driving Inspira,
-In terms of handling sgt best, rasa melekat waktu high speed dan selekoh.
-NVH, noise biasa sahaja, V&H ok dan selesa (Inspira mostly standard guna Rim 16 ye!)
-Performance - rasa pecutan agak perlahan sbb body berat. Top speed tak pernah cuba, tapi logically dgn power to weight ratio, 180~200km/h not an issue.
Cuma concern
- Harga spare part mungkin tinggi sbb dr japan. (Owner yg sebenar mungkin boleh perbetulkan jika silap). Tapi apepun, kereta ni adalah c-segmen, tak boleh compare dgn b-segment.
- Safety - hanya ada dua airbag dan tiada ESC. Lancer GT range tahun 2010~2015 pun sama.
- CVT untuk kereta hampir sepuluh tahun. Kena prepare some backup financial untuk maintenance.
Terbaik nazz!.. buktikan pada orang yang malas membaca tentang inspira ni dan labelkan kereta ni inspura-pura atau engine campro
Dah dekat 2 tahun pakai Inspira 1.8m. Maintenance takda masalah. Biasalah untuk kereta tahun 2011 sebab wear n tear. Pemanduan selesa. Engine performance pun syok. Sparepart bersepah. Not much modification, korang upgrade piping dan buat wideband tuning jerr dah cukup untuk merasa power engine 4B ni. Tapi nak lagi power bersepah turbo kit RA (ralliart) boleh pasang. Banyak bengkel2 pakar boleh buat. Cuma Asyuk tak asyukk jerr laa nak layan. Overall driving experience utk C-segment not bad dgn market harga sekarang. Since my family peminat mitsu. We owned triton dan grandis. Sangat berbaloi. Inspira ni kira mcm WIRA juga market nye nanti dimasa akan datang. Ramai org cari.
Itu sudah pasti.kahkah.tgu market mcm wira.
@@meyhaqim9090 wira org cari bole jumpa sbb keluaran 800k. Inspira? Jgn skrg melepas, lain kali pun melepas. Hahaha..
Ini adalah kereta yg terbaek sy pakai. Sy antara yg terawal pakai November 2010. 2.0cc pakai sampai 5 tahun langsung tak pernah rosak. Cuma gatai tukar pakai rim 18, rim sekali bengkok. Minyak paling jimat. Service sc ikut time. Kalau ada peluang nak pakai balik
sumpah best inspira..aku pkai warna oren dh tukar semua masuk mitsubishi..x caye tngoklh kt ig aku @ahmadahpai..kereta dalam sumpah mewah n kete sport gila...takat nk kejar subaru wrx tu tutup mata je..body dia sumpah cantik gile..aku rasa klau pkai tuk 10 tahun lagi pon still x nmpk cm kete lama sbb diakn dh xde keluaran lgi kn..beli lh gais smpai dh xde jual kt kedai lagi..lps tu kite jadikan inspira ni mcm rxz mkin lama mkin naik harga dia😂🤣
Alhamdulillah ak pakai original Inspira dan ak tak convert pon . Dan alhamdulillah juga disebab kan ak ta beli Lancer ak mampu pakai kereta dan juga mampu memiliki sebuah rumah sebab aku fikir panjang untuk Mase depan ak . Kereta keluar kedai je harga da jatuh bro . Kepada pengguna ori Lancer ak nasihat kan jage la tutur bahasa . Sebab care korang menghina tu tersangat lah kurang didikan . Kereta ta bwak masuk kubur pon . Ingat la ALLAh . Ak doa kan pade yang menghina tu agar korang dimurahkan rezeki dan ingat kekayaan bukan sahaja nikmat tetapi sebuah ujian yg Allah berikan .
Nice one Bro.Haha pengguna lancer baru nak up memang style cam tu bro.Biasa la nak tunjuk sangat diorang kaya huhu.Yg diorang maki hamun pon jenama Malaysia jugak huhu.Sedih tengok orang Malaysia perangai camtu
Bagus lah ada yang fikir macam ni. Dari sibuk nak pakai lancer last2 bulan2 bayar parak. Then berhutang, mak aih malu 7 keturunan oi ada baka biar pape asal bergaya ni.
Terbaik bro... Support jenama tempatan, dari yg dok menghina tu, entah ade ke idok kereta tu
inspira mngaku lancer kire ok xde isu sgt....cer tnye budak pkai lancer...nk x ngaku inspira....??hahaha
Aku penguna inspira..dan berkawan dgn penguna lancer..so far takda pun yang mengutuk inspira..pelik juga..siap bagi aku bodypart RA murah2 lagi..yang mengutuk cuma dlm comment youtube shj..
Alhamdulillah tq bro Nazz, ngam2 keluar video pasal inspira ni.. dua tiga bulan ni asyik duk usya kete ni la kt mudah..nk tahu pasal problem bagai xde pulak kawan,family, jiran yg pakai.. rase nak ambil yg 1.8 manual.. baru SYIOK BRKANJO😆. ade rezeki lebih masuk turbo. Haha
Saya pun sama baru baru ni nak cari kete ni jugak haha
Nazz, rebranding ada juga kekurangan dia. Saya pemilik kereta Mitsubishi Lancer GT, yang dilancarkan sekitar hujung tahun 2008. Setahun lebih kemudian Proton lancarkan Inspira sebagai pengganti model Proton Waja mereka.
Oleh kerana harga jualan Inspira low spec 1.8 dan high spec 2.0 , sekitar RM76K ~ RM90K, jadi ia telah menjejaskan nilai pasaran (resale value) Mitsubishi Lancer GT. Yang 1.8 itu memang sangat jarang dalam pasaran Malaysia, yang banyak memang 2.0.
Dan juga jualan Lancer GT oleh dua pengimport besar Malaysia iaitu Target Orion dan yang official Mitsubishi Motors Malaysia (ada hubungan DRB-Hicom) terus terjejas dan merosot kerana perbezaan harga.
Steady Inspira!. 2 tahun lepas, bini saya hadiahkan sebiji Inspira kat ayah dia. mula2 nak bg kereta baru, tp ayah nak yang ni jugak .maklumlah pencen Polis. Sebelum pencen pun duk kat dept transport IPK. Hari2 duk lenjan Inspira Polis. tu yang teringin habis kat keta ni. so far, prestasi mmg berbaloi. tak byk problem.
Nice explanation. and yes. Inspira is a good car and less problem exclude wear and tear. Maintenance is not expensive. only the thing my view is seat is not really comfort.
Enjin 4b11 ni mmg sng nak jaga.
Cuma inspira ni klu beli, harga resale value drop sgt la klu compare dgn lancer gt. Klu beli pkai la puas2. Nak jual ssh harga jatuh mendadak. Sedap mmg sedap la. Enjin 2.0 kot.
Overall ok je.
Tq nazz review pasal inspira..guys aku pemilik inspira..aku beli baru..1st batch..2010...sgt2 berbaloi...model aku 1.8cvt..sape yg mnt manual ade jgk...tp aku dh tukar engine 2.0..sebab engine kong..maklumla mileage dh 400k....sgt puas ati...nk cr brg2 lance inspira bnyk..yg convert ke evo 10 pon dh ade...korang jgn fikir2..beli jer...aku xkn jual inspira..sebab kete idaman aku lancer evo 10..dpt inspira pon dh jd la bro....
1.8 pun enjin mivec ke? Maintenan mahal tak? Dngr kata drive shaf sebelah rm4k. Betul ke
Fuel consumption okay ke? Pernah buat kiraan manual? And dgr cerita minyak hitam 4.2L, betul ke?
@@nurasyrafmupin1645 yer bro...model lancer gt and inspira..code engine 4b...1.8 4b10..hahaha...xla 4k...2nd kiri kanan 500...baru sebelah dlm 1.2k..sy pakai halfcut jer
@@faridasyraf minyak jimat bro..sy pakai wira before ni..full tank blk penang speed avg 160 180 half tank jer...yup mnyk itam mmg 4.2L...
insuran roadtax 1.8 & 2.0.. mahal tak?
Sebagai pengguna inspira 2.0 premium..sy setuju dgn nazz..mmg xde prob sgt
Saya berminat nak angkat satu cuma bab maintanent tu berapa eh
Model inspira lgi baik dri lancer sbb proton dh r&d cooling systm gearbox, suspension systm, dan air intake.
better ambik first batch tahun 2010-2012, batch tu mmng full barang mitsu..after batch 2012 dh campur barang CKD bro...huhu
Sy bekas pengguna inspira...mmg terbaik...handling superb...enjin mantap...chassis reinforcement terbaik...
Review terbaik bro. Hampir 10 tahun lepas hampir terbeli inspira, tapi put off by:
1. CVT dia terlampau meneran
2. Tak ada stability control. Safety feature wajib bagi aku.
time tu civic altis pun xde... antara yg mula esc kereta bwh 100k adalah preve.. 2012
@@NazzAbdullah betul bro, tak silap masa tu Kia Forte, Hyundai elantra je ada. Zaman tu kereta2 Korea mula offer value and safety for money. Tapi ride and handling depa buat hilang selera. Lols
Betul tu zaman dato syed ramai yang respect tahap progress proton yang memberangsangkan.
Tahniah kerana pernah bertugas dalam keluarga Proton.
Tapi zaman tu dh zaman kejatuhan proton kan sebelum masa drb hicom takeover jatuh teruk proton.
Mantap la delivery Abg Nazz! Kebanyakan point memang tepat. Inspira manual 1.8 2011 2nd hand saya dh angkat 2 tahun lepas. Sekadar ni, masalah yg saya hadapi ialah
1. Bunyi injin kadang2 rasa kasar ala2 mengaum, mungkin sebab bunyi MIVEC memang macam tu
2. Bunyi angin dr pintu kuat esp bila bawa 100+, mungkin sbb getah pintu dh keras akibat berusia tapi bukan masalah besar
3. Clutch pump atas kong sehari sebelum Tahun Baru Cina. Terpaksa guna Proton Waja mak saya utk balik kampung. Bawa gi foreman baiki, foreman cuba aftermarket part tapi x solve issue. Kena pakai part ori, RM600 untuk tukar.
Other than that, memang saya puas hati dengan apa yg saya bayar. Injin memang lasak. Gearbox manual so x banyak karenah CVT so maintenance xlah gila sangat. Tayar 17 inci bukan tukar setiap bulan. Minyak makan kuat sikit, mungkin sebab bunyi kerap kali meracuni minda tapi kalau bawa secara berdisiplin x menjadi masalah. Bawa long distance memang selesa berbanding Iswara 1.3 lama saya. Memang sesuai untuk orang muda seperti saya.
utk bunyi engine yg kasar tu, cuba tuan gantikan minyak hitam yg lebih berquality, kadang kadang kita pakai fully synthetic pun, dia tak ngam dgn engine kita. saya cadangkan Jenama Chemlube Ester type engine oil, atau LiquiMoly engine Oil
@@rimbunankhazanah9475 tq bro... Bro ni byk pengalaman ttg teknikel kereta.. 🙏🏽🙏🏽👍🏽
Kau pakai minyak enjin brand JTX ke ? Based dari member2 pakai Inspira 2.0, diorang biasa pakai Shell HX8 fully, Petronas 3000SE . Takde problem pasal bunyi .
Kalau ada pakai brand JTX, mohon bertaubat .
Kat ofis ada beberapa buah. Bunyi tayar sangat kuat dalam kabin. Cvt gearbox selalu overheat, tengah drive laju2 keluar notification terus speed cut off jadi 80kmh. Boot space agak limited, 2 beg tarik je dah penuh sbb depth dia agak cetek.
kena hantar major service tu
ambe dah pakai 1 tahun dah..inspira 1.8 (M)....ketagih kaki bila naik kreta ni...nak² lagi jumpa dekat lpt..standard top 220km/h...belum rapat lagi tekan
tahun 2011 ke bang ? boleh share tak fuel consumption dengan ragam kereta ? terpikir nak angkat 1.8 M ni😅
@@al.aminnnmyk mmg parak bang mne ii kete kalo sampao 220kmh😂😂
Walaupun saya xde kete sendiri, sy pernah drive inspira pakcik saya. Memang rasa dia sebijik dgn evo 10. Betul yg abg nazz bagitau, kete enjin mivec dgn harga vios memang berbaloi. Good content abg nazz 👍
Saya dah pakai Inspira 2.0 dari 2012. Sekarang dah sampai 350k perjalanan. Xpernah ada mslh y bangang2. Asal pandai jaga.
Sama bro. Saya dh pakai dari 2012 2.0p. Sampai skrng puas hati
minyak macam mana bro ?
dah 9 tahun pakai..xde problem..normal service biasa je..break pad asal pun ok lg..quality terbaik
Sebagai pemilik kereta inspira 1.8 manual tahun 2011, sudah guna lebih dua tahun, tiada masalah besar. Berbaloi untuk dibeli oleh sesiapa yang mencari kereta segmen c transmisi manual dalam harga rm30k-40k.
Enjin dia memng mivec ke?
Kalau full tank penuh berapa range dia boleh pergi dekat tripmeter ? Kalau average reading tu tak perlu .
Dalam bandar : . . . .km ?
Lebuhraya : . . . .km ?(speed 110-130km/h)
Terima kasih
Park
Dgr cerita minyak hitam 4.2L. Betul ke? Mcm mana dgn maintenance? Ada pernah rosak tak? Berapa fuel consumption?
Asyraf Nur yes, cover enjin je logo proton
Bapak saya beli keta tu jugk 1.8 auto pada thn 2011 hingga skrg ni masihh okey lagi
Assalamualaikum. Saya nak kongsi sikit pengalaman pandu proton inspira. Terkejut masa pandu kelajuan mencecah 160km/jam dan masih kekal stabil , lebih stabil rasanya berbanding pandu proton saga mencapai kelajuan 140km/jam dah rasa gegaran dan sedikit rasa layangan pandu saga saya tu, bahaya jangan laju-laju ye.
Pengalaman pandu inspira tu ialah perjalanan pergi dan balik laluan lebuhraya KL-Melaka.
Lagi satu saya suka inspira dia ada auto-run wiper, masa hujan turun dia boleh detect dan wiper auto-run wiping berkadar dengan kuantiti hujan, bila takda air hujan dia pon stop.
Saiz ruang dalaman but belakang agak besar, memuaskan untuk kereta pada segmennya. Tempat duduk depan dan belakang juga semua rasa selesa Alhamdulillah.
Pengalaman diberi izin pandu kereta kakak ipar huhu.
Kos petrol je diluar tahap kemampuan saya haha, 2.0 cc kan.
Hi bro.. Lama x nampak bro.. Huhu.. Tq for sharing 😉❤️🙏🏽
cc dgn berat pun dah jauh beza mcm mna nk stabil.
Ada je saya bro nazz dan sis adibah, cuma lama tak komen je, tergamam tengok subscriber nazz abdullah dah 200k++ alhamdulillah.
Memang betul petrol dah murah sekarang. Syukur lebih puas isinya 😆
Saya baru je beli inspira 2.0 dah convert body fq400 bulan 2 tahun ni.Mula2 ingat nak beli honda fd. Bila fikir blk,acrually dlm masa 10 tahun lg tentu halfcut evo x akan banyak dan masa tu boleh la tukar engine evo x.Dari segi pickup memang best sebab body tak besar mana.Kalu masuk karak hgwy atau genting, guna paddle shift mmg layan.Paling laju pun saya pernah bawa 180 km,dah tak berani sbb takut.Cornering pun stabil.Nanti lepas mco ni,nak tukar tayar sbb tak confident ngan tayar yg ada sekarang.Dari segi minyak ,kalu jln jauh,minyak ok je.cuma dlm bandar kuat sikit. Keta ni saya banyak guna utk jln jauh dan outstation. Mungkin nanti saya akan tune or remap blk ecu utk dpatkan pickup lagi best or hilangkan cut off yg ada.
Aizam Daud bolt on turbo 😎
Ingat dulu nak buat juga bolt on turbo tapi gearbox cvt tak berapa kuat utk tahan turbo.better tggu half cut evo x.sekarang ni mahal lg dlm 40k ke 50k.
Bang @Nazz Abdullah macam tau2 saya nak beli inspira..mmng memang kebetulan video nih di update. Niat + target dari bulan 1 nak beli inspira pada awal bulan nih..skrg nih terbantut akibat corona 😂
slalu aku skip tapi ini xskip lansung..rasa semangat jer nk dpt inspira nih
Jiran saya ada jgk varian 1.8E warna merah sama mcm dalam gambar tu. Tapi MANUAL dan sekarang dah dibiar jerr sampai tayar pancit. Sbb dah ada kereta baru Myvi.
Tanyakan jiran bos kalau dia nak jual hehe
saya slh sorg owner inspira 2.0 cvt...pakai kete ni sejak 2013...sgt puas hati dan berbaloi..problem takde sgt, sekadar wear and tear je, sama mcm mane2 kete...mileage dah clock 278xxx km...
Tq.. 👍🏽😉
ada jugak minat nak ambil inspira covert evo 2.0 2nd hand dulu, banyak saya mencari research sana sini dekat 2 bulan jugak . bapak ok sbb dia cakap kalau x dapat spare part bole je masuk evo punya barang
cuma kau tahan x nak bayar (spare part , x ada warranty, minyak , road tax& insurance) kereta 2.0 mahal sikit maintanance
sbb nak pakai dekat bandar minyak kurang jimat tapi kalau long distance lari memang power
please3 , tolong check Gearbox kalau nak beli kereta
gearbox rosak bulan2 nak kena bayar + nak beli gearbox baru.. matilanak..
Last2 ambil la bezza baru x payah fikir rosak (5 tahun warranty sudah pasti) tu yg mak nak sangat.. redah je la
Dh pakai inspira nak masuk 7 tahun, beli baru tahun 2013, variant 1.8 MT. So far sekali je major problem masa 2016 clutch slave pump pecah dlm gearbox. So tukar one set master & slave pump terus elok smpi sekarang. Keter mmg sgt sedap long distance, body x rasa berat, sesuai ntuk town driving & highway. Acceleration agak laju for normal sedan. High speed cruise 160/170kmh pn no problem. Top speed penah dpt 215kmh.
Spare part keta ni mudah kew x boss??
@@mohdamirul1550 spare part banyak je, pakai barang mitsubishi. Kedai2 spare part biasa pn ada je part ntuk inspira ni.
Berapa kos buat masa major problem tu bos. Minyak ok tak kalau daily drive..?
Tumpang tanya boss, engine inspira 1.8 guna mivec gak ke?
Saya dah book 2011 Inspira 2.0 semalam di auto world sungai besi... Dah test drive bagai... 😋 Tak sabar nak bawa balik! Ni 🚙 pertama saya!
berapa RM bos OTR?
On the road brape? Loan ke macam mane? Berapa tahun n berapa sebulan? Sori banyak soklan
Tahniah abg, doakan saya pun dapat ambik first car hujung tahun ni.
Congrats bro ! Got mine already from there
@@Royy_al RM 35 000 (body dah convert evo).
Inspira ni sebenarnya byk je kat jlnraya tapi byk owner dh convert ke bodykit lancer..salah satu cara nk tau kereta tu inspira tgk logo proton kat cermin tingkap
Oh patut la PROTON Inspira tak banyak kat atas jalan, rupanya semua body part Proton Inspira sudah tukar ke Evo X punya body part.... hm nak try la test power dan handling Proton Inspira Evo ni.......itupun kalau saya mampu milik la sebab saya selalu guna Perodua Viva 850 standard bolt-on turbo untuk pi kerja saja....kacau enjin je body work saya tidak kacau
Saya punya Inspura 2.0 9.5 thn umurnya Hoi tak ada madaalah pernah pandu dkat 200 km/ jam.No oroblem
Saya sekalu memandu 160 ke 180 km/ jam.semuanta OK percayalah
Banyak typo kau ni, ape msalah kau?? Screen fon retak??
Ya Allah Nazz!!! Terima kasih sebab buat vidoe pasal Inspira. Dah lama mengidam nak pakai tapi malangnya slip gaji tak layak. Buat masa ni terpaksa pinjam Waja milik ayah untuk lepas gian. Target 2018 dapat merasa tapi hampa. Harap2 tahun mendatang dapat merasa Inspira.
sape yg dislike tu tanda bkn anak malaysia....misti anak bangla atau Nepal....sbb dia tak sokong....tpi bagi sya...sya sokong 100%
betol tu..ank rohingya yg dislike tu..
Yup, inspira mmg keta terbaek. Perform dan kurang ragam. Or boleh kata takde ragam, as long as service korang jaga. Setakat pecut atas highway 150km/h tu steady. Sedapppp oi.
Saya dah booking Inspira.. harap2 lulus la...
Tak sabar nak pandu
setuju 100% !! tapi sayang skali aku pegi jual inspira tu sbb bini merengek nak pakai 7 seater..tgk2 kena pkp, ha padan ngan muka keta baru dok tersadai je x berjalan hahah
Bleh beli balik bang, inspira bawah rm35K condition tiptop...kalau dduk sbelah type R , org ingat tu Evo 10😆
Aku keje runner usedcar...performance dia mmg tip top..kalau kena dengan owner yg pandai jaga...😂😂
Selalu aku lejan kalau nak amik inspira dari kl-sban...180 ok lagi...
Preve penah try tak? Cer bg pendapat sikit pasal preve
Pengalaman bawa proton wira sdan1.6 blik dr kota bharu jln gua musang main corner 110-115 kmh ttap xgoyang..
# MITSUB HANDLE
Salah tu nazz minyak cvt die hampir 5 botol ...mnyk enjin 4ltr lebih...dan 1 lg fuel filter die berbeza...break pad die pun lain..itu je yg beze selain dri kit luaran die..
Kos mentanan..tinggi skit la,penyakit kurang,minyak pun jimat skit la,tp x boley lwn jimat produa la..hehe
inspira abg saya guna kereta ni..betul kata nazz inspira banyak ada di jalan tapi mereka kebanyakkan tukar bumper wajah evo10 macam abg saya tu la..di akui imbangan kereta inspira dengan original evo inspira lebih bagus sedap dengan suntikkan imbangan kereta diperbuat oleh lotus..nak cari inspira wajah original hanya orang perempun dan pakci je dapat kita lihat wajah inspira asli orang muda dah ubah jadi evo dah..
Hadi Bronet Hadi ak xtukor pn pape pn,standard itu indah hahaha...cume tukar sport rim je
@@mojojojo4440 ok la tu..awak pakai kereta proton inspra ...ok tak kereta ni ada masaalah tak setakat ni..proton inspra tu abg sulong saya pakainya..kereta awak dah tukar rim tu kira tak standard dah lah hehehe...saya hanya mampu kereta nissan cc1.5 2017 je lah Syukur..Inspra ni cc besar nak ada trubo jenuh pada saya nak gunanya..😎
Hadi Bronet Hadi Alhamdulillah stakat ni xde meragam lg...kne jaga minyak hitam, minyak cvt n peka kt penjagaan part2 lain yg mana kne ganti ikut mileage (kdg2 ak main agak je milage nk tukar parts tu). Almera ok ap,selesa jgk, roadtax mampu bayar n jarang jgk dgr meragamnyer tu...mne ade turbo boss,yg turbo evo x je, 1.8 & 2.0 xde tebo
@@mojojojo4440 terbukti kete insprat memang terbaik gitu.. terbaiklah👍👍👍😎 inspira abg saya ada trubo agaknya dia masuk la tu habis rupa evo10 dia buatnya.. yang pasti saya bawa imbangan inspra memang sedap bila memandu imbangannya sedap lembut macam akan sedikit toyota patutlah pun suntikan lotus tu...pada saya bawa kereta sendiri lagi sedap (nissan) walaupun ringan bodaynye 😁😁 boleh lenjan.. kereta orang susah nak cuba betul betul tu pun dapat lima kali je bawanya nak jumpa dia ni pun payah..tapi memang cun la evo 10 saya lebih suka evo4 rupanya bentuk cun pada saya la 😁
Hadi Bronet Hadi part bro kate lembut tu mmg ye,tp bg saya suspensi lembut ni cm xbest sket laa sbb rase cm xmantap bile drive huhu
Ptutlh polis pkai inspira,, best perfomance, tiptop,, jrg ada problem
Bang Nazz lpsni,, buat psal preve pliss,, (adik inspira)
Planning nak beli Mitsubishi Lancer second hand, tapi semalam terfikir pulak nak beli Inspira sebab murah. Tapi still ragu2. Buka RUclips keluar suggestion video bro pulak. Video baru upload pulak tu 😅
Angkat Inspira sahaja , lancer payah Mahal kalau rosak . Inspira laju pun laju . Bole convert . Sedap lenjan .
Klau bukan kerana video ni, aku masih dlm dilema nak pilih kreta 2nd mana sbg kreta pertama aku...tahun depan mgkin tercapai hajat ni 😄...thanks abg nazz utk video ni
Problem 1.8mt manual, clutch pump nak repair kena sedia dlm 3k. Tapi kalau benda lain, mmg xda masalah. Sesuai utk bawa keluarga kecil. Leg room utk kerusi belakang dan depan cukup besar. FC ikut cara memandu. Cuma kalau dlm gear 1, gna ron95, rasa semput2 (jerking) sikit. Terpaksa sll tekan clutch..
glissem pump dia duduk dlm ke?
Opposite Direction ye dkt gearbox😓
Saya dah pakai inspira 3 tahun , beli second tahun 2k17 , selama saya pakai tak pernah ade masalah just tukar belting je , minyak tayah ckp jimat 👍🏻 even saya dah pakai kereta lain. Inspira saya tetap suka 🥰
jaquim zarif berapa k bro harga?? Dan beli mana?
hilmi amir time tu 30k beli dngn org je
jaquim zarif uish 30k beli 2017 dah murah sgt tu broo.. road tax dgn insurance berapa bro
hilmi amir rezki alhamdulilah , roadtax 2.0 dlm 3ratus lbih insurans sya amik 3rd party je jimat skit total x smpi 1k pon
Sy like sbgai slh seorg pgguna lancer. Enjin inspira sama jgk dgn lancer. Sdp cruise kt highway cuma bising sket dlm kabin.
Tuan boleh tak buat 1 cerita mengenai generasi mitsubishi lancer evolution yang pertama sehingga lah ke generasi yang ke sepuluh,agar peminat Motorsports pemilik mitsubishi faham dengan keupayaan dan kehebatan setiap generasi ini tq.
Channel donut media ade buat tpi mat salleh laa
Aku guna inspira 2011, 2.0p.. so aku boleh katakan handling dia best tapi tak sebest satria neo sbb inspira more to comfort so kalau jalan jauh inspira lagi selesa and lagi satu inspira ni quite stable stakat 130kmh kt highway tu rasa mcm 90kmh je 🤣
Akhirnya terjawab juga persoalan yang bermain dalam fikiran saya selama ni pasal perbezaan antara inspira & lancer. Hahahaaa.. Tq bang nazz, terbaik information.😁👍🏻👍🏻
Kalau ada duit, confirm sy beli convert jadi evo10.🤤
Aku ingat lg masa tu mitsubishi counter balik slogan proton tu. Smart guy, buy original 🤣🤣
Dulu aku QC KLB dekat sijangkang..buat inspection dekat PDI area..memang di akui inspira memang sangat susah untuk jumpa defect..
Aku bli inspira dri 2011 smpai la hri ni x prnah rosak apa pn kcuali hose aircond dia je yng prnah bocor slain dri tu msi ok lgi la alhamdulillah
Enjin 1.8 mivec juga ke?
@@nurasyrafmupin1645 ye 1.8 semiauto
Cvt
gara2 video ni, cnfrm inspira market meletop nanti!! aq dh submit loan, tp ngam2 kne PKP.. ni kalau tangguh2, cnfrm x de stock..
Sebab apa proton inspira tak banyak komplen? Sebab dna mitsubishi💪
Mantap bro
Wira pun sama🤙🤙
tahan minyak ke
Fakta Menarik;
Proton Inspira merupakan trade-for-trade blueprint between Proton dengan Mitsubishi.
Proton bagi blueprint Proton Exora dengan Mitsubishi kerana Mitsubishi langsung tak ada rekaan bagi MPV pada tahun 2008.
Exora ke grandis dulu
So grandis tu proton punye design ke???
@@firashmohd3126 edisi 2010 grandis rujukan grandis 2003; walau bagaimanapun, blueprint untuk Proton Exora digunakan oleh Mitsubishi sebagai rujukan utama.
Ini betul ke info ini? Ada link untuk bukti?
@@amad1087 en.wikipedia.org/wiki/Proton_Inspira
Perenggan pertama "Overview", bos.
dan ada juga video interview CEO Datuk Zainal Abidin tentang benda ni.
Dapat juga Inspira 2024 kereta memang mantap
jgn ckp org beli inspira sbb xmmpu ble lancer ori..sya ada kwn kereta pakai honda prelude tpi restore suda hbis 20k..klo 20 k tu dia deposit kereta bru suda boleh dpt kereta apa u fikir.. org xsmestinya yg mampu nak beli kereta yg ori, tpi minat tu yg penting..
aku geram nak beli inspira ni..doa kan aku geng
Amin ... 💪🏼
Aku baru je duk tengok2 video inspira ni semalam hari ni ko dah keluar video nazz..terbaikk ex sa proton..sama lah kita..kipidup bro
Inspira 2012 smpai 2021 engine still steady tanpa buat ape ii cume rear arm die dh berkeruk ii bunyi..ape ii pon inspira sgt memuaskan👍
trnampk inspira kuning yg nazz scroll tu,listed price 29.5k...skali ote 38k..apak dier hihihi
I watched this video back in 2020, back when I was a first-year student in university. Fast forward to 2024, this is my first car. Beside the price does not hurt my pocket as a fresh grad, I still get a pretty cool car. Previous owner has taken care the car very well, despite some minor flaw (you can't expect a 100% perfect used car). Dear Nazz Abdullah, thanks for the inspiring video. #hidupbangsa4b11
Assalam. Betul kata abg nazz ni berbaloi beli inspira. Inspira ni satu2 nya kereta yg jarang2 sgt msuk bengkel. Pakcik sy pkai inspira ni. Dia kata cuma jaga wear&tear saja. Bab msalah besar2 takde. Kreta tahun 2013 sampai skang pakcik masih pakai lgi. Inspira ni berbaloi b40 mcm kita yg nak bergaya amik la inspira ni. Sangat2 berbaloi. Trust me 🥰
Maintenance agak2 brapa kos ya bos
inspira ni kereta segmen C. ye harga 2nd murah. just korang jangan expect jimat minyak macam kereta segmen B.
l0kei tulaa,lg pn tekan sket pegi,tekan sket pegi...haihhh dugaan pakai inspira ni
untung la tekan sikit pegi tekan sikit pegi. sy tekan sikit pegi tekan sikit lgi pegi cri stesen mnyak.
Sham Musa yup, itula pengerasnyer bile xdisiplin bile tekan minyak slalu gi stesen. Tp kdg2 jela nk lenjannyer tu,parok poket
Mojo jojo bkan msalah x displin bla dah start usik sana sini nk sdap tekan punya psl itula jdinya. mjur myak ron100 tgh murah.
Yup.siapa yg da biasa bawak myvi laju. Once dia pakai 2000cc memang terasa gila minyak mcm air pergi dia. Hahaha.
Kereta Proton yang saya paling suka. Kalau dalam warna hitam paling best.
Kereta Proton kedua yang saya suka ialah Proton Perdana
Setuju.. atas nasihat pomen sy angkat inspira sbb mls pk hutang slepas excident total lost alza bln 1 aritu.. alhamdulillah so far mmg terbaik.. tegap lagi.. binaan plastik dashbord dia pon xda pecah2 waktu bukak, masih solid..
Penyakit belum smpai tu..alza dgn inspira berbeza sgt tu..
Alza ngan inspira mna satu ok bos..
@@justinusmian9728 keduanya ok..segment car berbeza..part wear and tear berbeza harga..sebagai contoh,mounting alza rm350,mounting inspira rm1300..belting alza rm38 tak perlu tukar tensioner n pulley, belting inspira rm rm1350 termasuk tukar tensioner, pulley..belum cerita yg pakai gearbox manual lagi, kena spend atleast 3-4k untuk tukar clutch plate n pump..
Malaysia car plus dngn japanese car ni memang terbaik...90% japanese feel...
Pengetahuan yang luas dan jelas 👊🏻👍🏻 tak macam satu channel tu dapat kete tahu perah je pastu kata syok
Toyota 86 = Subaru Brz,Scion FR-S
Mitsubishi Xpander = Nissan Livina
Inspira = Lancer
Senanya banyak je lagi kereta rebadge ni . Hanya inspira je paling banyak terima kutukan. Sebab apa? Brand proton . Yang hina pun melayu yang berfikiran cetek sedangkan orang luar puji dengan effort yang ada dalam rebadge ni . Sampai bila melayu nak maju kalau pemikiran macamni? . Bro it's 2020 . Matang la sikit.
Yup.. Ak pon xfhm mentaliti rkyt melesye.. Sedangkan kete ni the good one and value for money.. Tp ade gak saling merendahkan orang, haihh
org kite mmg tak lari dr sikap busuk hati..mmg dr dulu sifat dengki tu membuak buak..mgkin diorg ade msalah hati..kite beli je ikot kmmpuan..abaikan je otak2 org yg bodoh hina kereta rebadge ni..diorg lg hina drpd babi
Heloo budak moron.. rojak local part brand capayam jaguh kampung xsama dgn branded car.kau dgn gang kau kt sama shoksnsdirilh kau org dpt menilai level kau ss tahap gaban🤣
@@ahmadkamal5723 hah ni sorang busuk hati
@@ahmadkamal5723 Aduh riak lah budak kamal ni pun...Baru lancer evo... Kau pi cermin laa diri tu tgk siapa yg shok sendiri dlm komen...Kau setakat evo standart pekak tk payah bangga sangat...Silap haribulan owner yg kereta rojak2 tu jgk yg tolong kau nanti..
byk dan selalu je nampak Proton INSPIRA kt jalan raya tu kereta peronda polis..haha
Dulu masa mula2 keje 2014, nak beli.. tp x jadi sbb beli preve ahha.. sbb safety preve lagi tggi masa tu
Dulu aku pakai kereta ni sebab kena menganjing dengan member aq beli evo 10 terus..baru diam wolf wolf wolf tu.
Saya baru beli inspira 2.0 5 bulan lepas, serious berbaloi..
adrian navin klo kne yg ok mmg berbaloi👍🏻
berapa bro beli?? kalau beli yang dah convert dalam 2+k tu okey ke??
Sy pakai inspira first batch. Cbu unit. Mmg bagus elok je sampai skrg.
Proton inspira.. sgt syok layan corner dan paddle shift yg padu berbanding preve punya...tapi malangnya bila sekali accident dlm inspira sbb lost control, terbuka hati nak cari kereta yg ada ESC. Sekarang bahagia dgn preve (6 tahun ownership)
Inspira tiada ESC kah?
Kereta tergelincir sebab nk elak orng ke?.
Alhamdulillah nazz, saya dah pasang angan2 memiliki proton inspira 2.0 sewaktu di zaman politeknik tahun 2010,selepas 9 tahun, bulan 8 2019 sehari sebelum raya haji Allah kabulkan angan2 saya untk memilikinya walaupun second hand.. Mmg best driver inspira ni.. Dan saya berniat nk bg kt anak saya inspira ni bila anak saya dh besar naty.. InshaAllah
Kos maintenance mcm mana bro,ada mcm waja x?
@@iskandarzulkarnain17 alhamdulillah walaupon kereta umur 9 tahun, setakat driveshaft, lower arm tu perkara biasa.. To enjin dan gearbox smooth cm keta baru...
fc dia mcm mane bang?
@@mohamadzaid2590 maaf fc tuh apa? Hahaha
@@syahfif penggunaan minyak
Ya betul bro ckp kamilah semua yang buat proton inspira ni. Reka bentuk enjin dll sama tu
Ramai x pandang sebab nama PROTON, sedangkan Road handling proton lotus masa tu mmg yg terbaik...
Mcm biasa la orang kita nih malu dgn Jenama sendiri
Boss,Saya minat juga dgn keta inspirasi taming sari ni,skg market price second bape,,mohon Bantu,,minat betul dgn keta ni.tyvm Boss
@@kucingkucomel3700 harga sec kedai start dari 26k smpai 3+k ori lancer gt 4+k sampai 5+k
Tahun lepas susah nak nampak inspira . Lepas vid ni keluar setiap minggu nampak inspira . Penangan padu betul . Agaknya memang betullah inspira ni kebal penyakit major . Otw angkat satu hihi .
Angkat je bang biaqpi cakap orang.
Inspira harga vios.. tp waktu itu vios dugong laku teruk sebab utama minyak jimat dan maintenance rendah..
Harga baru vios dlm rm89k paling mahal pon.. memang harga inspira..
Kalau sekarang, dugong masih tinggi permintaan.. inspira yg gbx CVT pickup macam kurang sikit walaupon enjin 2.0 liter mivec.. inspira 1.8 manual paling cun.. sy kenal sorang sahaja kawan yg pakai, memang puas hati katanya..
Huhu kuat racun dia harini 😂 dan kalau nak beli tu belilah yg Inspira standard atau convert Lancer Evo asalkan bodypart dia x guna fiber murah dan ecu dia bekas kena remap/rechip. Ini adalah utk long term user
Cerita la pasal DRB HICOM.. sejarahnya
Up
Sokong
wow!! video 10 tahun lepas simpan lagi ye Nazz...k.rin kagum hehe...keep it up!