Agama Sesat Ahmadi: Terperangkap Dalam Kultus Kejahilan

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 4 июн 2024
  • Sesungguhnya kemunculan ajaran sesat bukan sesuatu fenomena yang baharu. Bahkan ia telah wujud sejak dahulu lagi zaman berzaman sehingga hari ini. Doktrin-doktrin seperti mendakwa diri sebagai tuhan atau wakil tuhan, nabi terakhir, dan juga mendakwa diri sebagai Imam al-Mahdi, merupakan doktrin yang sudah diulang-siar berkali-kali dalam sejarah. Hanya nama kapalnya yang berbeza; dari ajaran sesat Ayah Pin, Haji Kahar, Tuhan Harun, Milah Abraham, Suhaimi SiHulk, dan yang terkini agama sesat Ahmadi, semuanya melakukan pendustaan dan pembohongan berulang terhadap agama suci Islam.
    Terdapat hadis yang menjelaskan akan muncul pada akhir zaman, dajjalun wa kazzabun. Maksud dajjalun adalah ramainya dajjal-dajjal, yang menutup dan menyembunyikan kebenaran. Dajjalun di sini bukan merujuk kepada Al-Masih Al-Dajjal, namun merujuk kepada manusia yang banyak melakukan pendustaan dan pembohongan kepada agama. Maksud ini selari dengan kazzabun yang merujuk kepada penipuan dan pendustaan.
    Nabi SAW bersabda maksudnya: “Akan datang pada akhir zaman (kemunculan) dajjal-dajjal para pendusta. Mereka akan datang kepada kamu dengan ucapan yang tidak pernah kamu dengar. Bahkan ayah-ayah kamu juga tidak pernah mendengarnya. Maka jauhilah mereka. Mereka tidak akan menyesatkan mahupun mendatangkan fitnah kepada kamu semua.” - (Hadis Riwayat Muslim)
    Berdasarkan hadis ini, sekiranya kita mendapati sesuatu yang diungkapkan adalah bertentang dengan al-Quran, hadis, ijma’ dan qiyas, maka tinggalkan dan jauhilah mereka supaya kita tidak tersesat dan menyesatkan. Agak dijangkakan juga, dengan adanya platform media sosial zaman ini, golongan jahil murakkab dan dajjal-dajjal kazzabun, semakin teruja untuk berkongsi kejahilan dan pendustaan mereka, hingga melahirkan kultus kejahilan.

Комментарии • 22

  • @Frankenwiddy
    @Frankenwiddy Месяц назад +4

    Paling seram, dalam komen2 ni pun ada pengikut2 ajaran sesat..

  • @yati762mm
    @yati762mm Месяц назад

    Terbaek!

  • @yabangkhalifahasb321
    @yabangkhalifahasb321 Месяц назад +2

    Ko tak payahlah nak membongak kat sini........Ahmadi2 melayu SESAT MUTAWASHITAH aku yg fatwakan.......

    • @ahmadbukharialmahdi
      @ahmadbukharialmahdi Месяц назад

      Wei yabang kenapa Naim Mokhtar tak naikkan kau jadi mufti je ye? Tak pun bagi hang tauliah ke.. ke sebab bagi dia hang pun sesat😂😂😂

  • @nusantara82
    @nusantara82 Месяц назад

    sape plok pengasas ahmadi ni? macam2

  • @bussunsns
    @bussunsns Месяц назад +1

    Cuba ustaz lawan hujah utama mereka iaitu wasiat nabi. Kenapa perlu memfitnah

  • @nawiabdullah7437
    @nawiabdullah7437 Месяц назад +1

    Mengapa kamu ingat semua agama baharu itu "sesat"?????? Semua agama tak ada bukti pon datang dari Tuhan?????

  • @bussunsns
    @bussunsns Месяц назад +1

    Agama Ahmadi tetap benar. Kaji lah wahai manusia

    • @ahmadjdk154
      @ahmadjdk154 Месяц назад

      Ayah pin akan cakap benda sama bodoh😂😂😂😂 ajaran kerajaan langit itu benar😂😂😂

    • @EZRUL
      @EZRUL 6 дней назад

      Ya..memang bnar..
      Bnar² sesat dan mnyesatkan..
      Inilah dajjal kecil yg bijak menghasut,menipu dan membahalolkan diri sendri..
      Ilmu tak ada tapi sdang mengklaim seauatu yg bsar sambil salahkan org lain..
      Padahal diri sndri yg jahil hingga mudah ditipu anak enggris..
      Pegi ngaji dulu lah jgn membangsatkan diri pada bahalol² yg mengklaim 0..
      Ko tak ada ilmu memanf jadi mngsa lah..

  • @wasiatnabiterakhir
    @wasiatnabiterakhir Месяц назад

    Isi kandungan yang tidak benar berbaur fitnah, mohon pihak youtube mengeluarkan content seperti ini dalam channel dhomir.Terima kasih

    • @thersydahmad
      @thersydahmad Месяц назад

      Sama-sama.

    • @hayumpinni1095
      @hayumpinni1095 Месяц назад +1

      apa yang fitnah,,,,dan apa yang tidak benar,,,,???

    • @yabangkhalifahasb321
      @yabangkhalifahasb321 Месяц назад +1

      Kalau dah minum air pele begini jawapan yg dorang bawa,oi Ahmadi semua kalian kalau tak puasa hati boleh jumpa aku di mana2,kalian aku fatwakan SESAT MUTAWASHITAH

    • @KamalPanjang-dl6ww
      @KamalPanjang-dl6ww Месяц назад +1

      Aik fitnah...cuba terangkan..ia mcerita ttng puak ajaran sesat.yg ko panas napa

    • @pgnazi
      @pgnazi Месяц назад

      ​@@KamalPanjang-dl6wwpanas sbb dia salah sorang ahli al ahmadi. Tengok nama dia dah boleh agak