Ernie Zakri - Astana |

Поделиться
HTML-код

Комментарии •

  • @zaimyusoff
    @zaimyusoff 8 месяцев назад +237

    *BEDAH ASTANA KARYA ERNIE ZAKRI*
    _oleh Za'im Yusoff_
    1. Apabila Astana disahkan Ernie Zakri sebagai sebuah kesinambungan Ku Bersuara, paling tidak hal ini boleh dilihat daripada dua segi. Satu, penerusan semangat melawan kezaliman ke atas diri persona. Kedua, pelengkap kepada naratif Ku Bersuara tetapi melalui POV (sudut pandang) yang berlainan tetapi selari dari segi jeda masa. Apabila digabungkan kedua-dua segi ini, Astana adalah suara mereka yang bersama berjuang dengan persona yang dizalimi yang berasal dari Ku Bersuara.
    2. Suara mereka itu merujuk kepada suara penyelamat bagi insan yang dizalimi. Seperti suara seorang rakan yang berjuang bersama-sama rakannya yang lain untuk keluar dari kezaliman yang mungkar.
    3. Dalam kes Astana, hal ini diterjemahkan menerusi semangat "berdua terus berjuang" oleh para rakan dalam kalangan peminat Ernie Zakri yang tegar lagi kental bersuara melalui #JusticeForErnie dalam insiden separuh akhir muzik-muzik ke-38 yang kecoh di awalnya. Alhamdulillah, hakikatnya kita berjaya mencipta #Astana Cinta apabila lagu ini layak ke #AJL38. Tahniah!
    4. Suara teman seperjuangan sebegitu juga boleh juga dilihat sebagai sosok guru yang membimbing anak muridnya keluar dari belenggu derita nan duka. Dari sudut ini, jika hati kita sentiasa disenandungkan dengan semangat para anbiya; kita juga boleh melihat sosok pesona rakan seperjuangan atau guru pembimbing ini seperti kelakunya Nabi Muhammad solla Allahu 'alaihi wa aalihi wassalam menyelamatkan para sahabat yang dahulu pekat dalam kezulmatan kufar; baik dari akidah yang salah seperti kejadian Saidina Umar al-Khatab mahupun penindasan yang parah seperti kejadian Saidina Bilal bin Rabah - radhiya Allahu 'anhuma.
    Verse 1:
    Engkau yang mekar dalam belukar
    Namun dunia yang ingkar
    Kau ku memetik di saat getir
    Meninggalkan onak
    5. Astana bermula dengan bunyi persis semboyan, seiring dengan tabiat rakan seperjuangan atau guru pembimbing yang berikar setia lalu mengisytiharkan - "Kau tidak bersendirian dalam perjuangan menentang kezaliman ini". Mengapa? Kerana engkau begitu berharga (Engkau yang mekar), meskipun engkau lahir dalam kehidupan yang tidak begitu membantu malah membantut (dalam belukar) ataupun dalam persekitaran yang toksid (Namun dunia yang ingkar) yang sentiasa mahu melawan perjuanganmu.
    6. Dalam keadaan sedemikian mencabarlah, rakan seperjuangan atau guru pembimbing ini melihatmu dan membawamu keluar bersama dengannya (Kau ku memetik) untuk meninggalkan suasana terperuk yang memburuk itu (di saat getir, meninggalkan onak).
    7. Di sini menarik, terdapat bunyi jari-jari dipetik sekali gus mengukuhkan hal yang ingin ditegaskan di sini adalah perbuatan "memetik" yang menjadi titik ubah (turning point) kepada pesona yang dizalimi untuk mula keluar dan membina dunia yang lebih segar apabila "dipetik" oleh rakan seperjuangan atau guru pembimbing.
    8. Kata "onak" mengingatkan kita akan peribahasa mahsyur, 'pisang emas di luar, onak duri di dalam' yang sebenarnya senada dengan naratif Ku Bersuara dan Astana yang mana peribahasa itu bermaksud tutur kata yang manis tetapi berisi tipu muslihat.
    9. Masihkah kita ingat akan bait Ku Bersuara, (Dijanjikan mahligai cinta / Terkaburi belaian manja / Yang ku sangka tenang / Rupanya tersimpan rahsia) - di mana cerita janji manis ini diimbau semula dalam Astana melalui (Rangkai katanya / Meracun jiwa / Jangan sekali kau dengar) lantas menguatkan lagi keterkaitan antara kedua-dua lagu ini seperti yang ditegaskan Ernie sedari awal.
    Pre-Chorus:
    Haruskah kita yang tempuhi beban
    Berteman penyesalan
    Sedarlah dirimu halakan tuju
    Ke arah sebenarmu
    10. Apabila melawan kezaliman, perjuangan itu tidak mudah bahkan susah dan payah, lalu fitrah manusia pasti merasa penat dan lelah yang mungkin menimbulkan persoalan pada diri yang berjuang seperti (Haruskah kita yang tempuhi beban / berteman penyesalan).
    11. Tetapi kepenatan ini tidak harus begitu dilayan sebaliknya harus segera diberikan peringatan seperti (Sedarlah dirimu / halakan tuju / ke arah sebenarmu) agar objektif perjuangan terus difokus agar masa depan lebih lurus lagi terurus.
    Chorus:
    Genggamlah tanganku
    Kan ku bawa dirimu
    Tinggalkan dunia yang rapuh
    Kau dan aku
    Hapuskan ragumu
    Junam mimpi mimpiku
    Mencipta astana cinta
    Kau dan aku
    12. Korus Astana sebetulnya membawa penafsiran yang langsung yakni rakan seperjuangan atau guru pembimbing itu mengajak persona yang dizalimi untuk bersama-sama dengannya seia sekata dalam menatang perjuangan.
    13. (Tinggalkan dunia yang rapuh) dalam erti kata lain menuju 'dunia lain' yang lebih kukuh - boleh bermaksud berhijrah dari dunia toksid ke dunia lebih baik lagi produktif atau dalam konteks Islam, menuju ke objektif akhirat yang lebih kukuh lagi abadi. Bermakna perjuangan yang bersandarkan kebenaran sebagaimana menurut titah perintahNya yang akan membawa ke dunia baru yang jauh lebih terjamin seraya benar-benar diingin.
    14. (Hapuskan Ragumu) dalam erti kata kukuhkan ikatan iman dan kepercayaan bahawa perjuangan ini benar bahawa di akhir yang kita jejak adalah astana cinta yang kau dan aku sama-sama cipta (Mencipta Astana Cinta / Kau Dan Aku).
    15. Memandangkan Astana adalah ejaan lain bagi Istana, lalu bait ini senada dengan lagu lagenda Rahim Maarof berjudul Istana Menanti yang merujuk kepada istana di dalam syurga mengisyaratkan destinasi akhir perjuangan yang teramat bernilai.
    16. Dari segi lain, bait Astana Cinta menjawab bait Ku Bersuara bagi bait (Dijanjikan Mahligai Cinta). Secara teks, mahligai dan astana/istana adalah serupa yakni kediaman para raja dan kaum kerabat. Tetapi jika didalami lagi, astana/istana khusus untuk kediaman raja atau kepala negara sahaja berbanding mahligai yang turut juga mencakupi kaum kerabat diraja. Di sini, ada beza yang halus tingkat destinasi yang ingin diketengahkan Astana seraya menjadikan Astana amat teliti mengarangi bunga-bunga bahasa liriknya.
    17. Ada satu bait dalam korus ini yang agak bermasalah jika dipandang selapis iaitu (Junam mimpi-mimpiku). Tetapi jika kita renung dan tenung, konsep kata mimpi boleh membawa isyarat mimpi sebagai impian juga mimpi sebagai hal yang bertentangan dengan realiti yakni angan-angan yang kemungkinan besar tidak kesampaian.
    18. Dalam konteks lagu Astana, saya berpandangan (Junam mimpi-mimpiku) dengan terjemahan rasmi Inggerisnya, (Destroy all my dreams) adalah dimaksudkan dengan angan-angan yang tidak kesampaian. Dalam erti kata lain, rakan seperjuangan atau guru pembimbing mahukan persona yang dizalimi itu sama-sama merealisasikan segala impian mereka bukan sebagai angan-angan, bukan sebagai mimpi sebaliknya menjadikan impian mereka sebagai suatu realiti yang berjaya digenggami!
    Verse 2 :
    Rangkai katanya
    Meracun jiwa
    Jangan sekali kau dengar
    Jangan kau resah
    Ku akan hadir
    Berdua terus berjuang
    19. Verse 2 menegaskan dengan lebih berkesan lagi akan keterkaitan Ku Bersuara dengan Astana. Bukan sekadar bait (Rangkai katanya / Meracun jiwa / Jangan sekali kau dengar) menjawab bait Ku Bersuara (Dijanjikan mahligai cinta / Terkaburi belaian manja / Yang ku sangka tenang / Rupanya tersimpan rahsia) tetapi juga bait (Jangan kau resah / Ku akan hadir / Berdua terus berjuangan) adalah turut merupakan balasan kepada (Resah jiwa diperguna / Aku tersedar jaga dari lena)! Simply connected with brilliance!
    20. Bait (Jangan sekali kau dengar) merujuk kepada kata-kata musuh baik yang manis penuh muslihat atau pahit penuh hasad. Dalam konteks keimanan, kata-kata itu termasuklah bisikan manusia juga jin yang mencakupi syaitan dan iblis juga - minal jinnati wannas.
    Bridge:
    Bebaskanlah dirimu
    Dengarkan aku
    Ku bawa lihat dunia
    Dari sudut mataku
    21. Kemuncak Astana menurut saya adalah pada Bridge yang menganjurkan kekebasan di akhir di mana sudut pandang persona dizalimi bertukar menuruti sudut pandang rakan seperjuangan atau guru pembimbing. Di sini kita memahami, Ernie dan para pengkarya Astana memberitahu dunia - dahulu Ku Bersuara, hari ini roh perjuangan itu harus menurut sudut pandang yang lebih cerlang lagi benar dalam Astana.
    22. Moga Astana ada rezekinya di #AJL38 nanti! Mari kita doakan. Ameen.
    _Sekian._
    _Selesai 9.53pm; 25 Disember 2023_
    _Tulisan Za'im Yusoff_

    • @ernienators_updated
      @ernienators_updated  8 месяцев назад +25

      Kita lurve!❤️

    • @MOHAMMADRAZLANSYAHSABRAN
      @MOHAMMADRAZLANSYAHSABRAN 8 месяцев назад +20

      Well stated 🔥

    • @zaimyusoff
      @zaimyusoff 8 месяцев назад +30

      thank you pin! sebenarnya lama dah nak tulis, alhamdulillah baru sampai hajat tonight! syukurrrrrrrrrrr! :) moga Ernie menang #AJL38 tiada yang mustahil!@@ernienators_updated

    • @aiman4002
      @aiman4002 8 месяцев назад +17

      wahhh!! akhirnya abang zaim kembali 😭🫶🏻

    • @zaimyusoff
      @zaimyusoff 8 месяцев назад +20

      @@aiman4002 haha kemain menanti ya :') ni semangat ni nak bedah "Masing-Masing" pulak eh :D

  • @ia9665
    @ia9665 8 месяцев назад +91

    AJL nanti please ramai ramai undi persembahan terbaik. Kami kat dewan nanti line takde 😢

    • @MsFidde
      @MsFidde 8 месяцев назад +16

      Okeyyy!

    • @masjusjohn961
      @masjusjohn961 8 месяцев назад +11

      kann pelik nape kat dewan xde line nok…ada tpi sgt slowe dohh…

    • @madihaabdullah3249
      @madihaabdullah3249 8 месяцев назад +15

      Keluar dewan jap utk undi pastu masuk balik😁

    • @Iqbal-qx1zi
      @Iqbal-qx1zi 8 месяцев назад

      Rmai org kot...coverage kcau ​@@masjusjohn961

    • @adhhaidil
      @adhhaidil 8 месяцев назад +9

      Bayangkan ajl38 nanti ernie menang both vokal terbaik dgn persembahan terbaik. Mesti auto goosebumps kan sbb teringat ajl34?.

  • @user-vd6vn7tc1s
    @user-vd6vn7tc1s 8 месяцев назад +66

    Version SFMM pun dah trending , imagine big version final AJL confirm meledakkkk! We demand Ku Bersuara 2.0 !🎉🎉

    • @n5144
      @n5144 8 месяцев назад +7

      AJL tembak terussss🔥🔥🔥🔥

  • @dahlanzt1221
    @dahlanzt1221 8 месяцев назад +174

    Fans Ernie .. marilah kita berdoa agar lagu Astana mara ke A.J.L 38 esok .. semakin ramai yang mendoakan .. semakin hampir Astana Top 12 A.J.L 38 .. mudah mudahan 🙏🙂

  • @ErnieZakriVocalOfficial
    @ErnieZakriVocalOfficial 8 месяцев назад +28

    semoga Ernie dapat rehat yang secukupnya sebelum AJL, harap UMM kosongkan jadual Ernie 😫🫶🏻

    • @abgan_farhan6596
      @abgan_farhan6596 8 месяцев назад +9

      Yess, crucial time tu. Nak elak daripada apa ii perkara yang tidak diingini masa AJL

    • @aliefaiman4079
      @aliefaiman4079 8 месяцев назад +3

      Kakninie buat apa ekk kat Thailand?.... holidays atau kerja?

  • @danieyalalias
    @danieyalalias 8 месяцев назад +42

    who knows tiba tiba dekat ajl dia hit whistle note ke??? hshdhaha i really hope she do something that will explode malaysia. baru dorang sedar who is queen EZ

    • @MaherZainFansClub
      @MaherZainFansClub 8 месяцев назад +4

      Nothing is impossible.
      Hello, this is ERNIE ZAKRI lah! 🤩

    • @Creampuf113
      @Creampuf113 8 месяцев назад

      susah...x leh buat dah...x best...x strong mcm ky bersuara...terlalu ringan

  • @muhmadar98
    @muhmadar98 8 месяцев назад +67

    semoga astana AJL arrangement nya gah macam ku bersuara , harap ada la adlib gempak and dpt buka mata ramai lagi org Malaysia ni agar lebih mengenali ernie dan menghargai bakat beliau

  • @mixnianaaaa
    @mixnianaaaa 8 месяцев назад +31

    uishh gilak² belom AJL lagi dh trending😭😩😩 ni ernie tau tk ni?? klau tau mesti kak ninie happy

  • @ahmdsafuan
    @ahmdsafuan 8 месяцев назад +23

    Arghh nak tengok kak ninie tapi lepas AJL konsert tokti 🥹🥹 jenoh nak cekau duit 🤣

  • @muhmadar98
    @muhmadar98 8 месяцев назад +40

    this AJL memang nak aisha retno ngan ernie menang , aisha nak juara and persembahan terbaik , ernie nk no 2/3 (kalau arrangement nya makin gah) and ofc vokal terbaikkk

  • @KYD0433
    @KYD0433 8 месяцев назад +41

    Sgt kecewa jika bukan ernie yg nyanyi, sebab berakhirlah pencarian pun xlepas dulu. Semoga yg baik baik shj buat ernie dan astana

  • @ejenscoobyxfactor6019
    @ejenscoobyxfactor6019 8 месяцев назад +45

    AJL NI MINTA² ADA REZEKI QUEEN KITA. AAMIIN

  • @rahmatabdulrahman-ln6tb
    @rahmatabdulrahman-ln6tb 8 месяцев назад +25

    erni dan dato' siti ade kekuatan vokal tersendiri cuma aku boleh dgr ade persamaan antara figura2 ni bila menyanyi, rasa low note tu ckup, modulasi ckup dan smpi hat nk ke high note pon ckup...bunyi x kurg x lebih...nk tau vokal tu kurg ke lebih dgr betul2 kalo ada rasa gemersik tu mmg ckup...

  • @mfaiman_06
    @mfaiman_06 8 месяцев назад +72

    ramai yg nanti-nantikan performance ernie smpai boleh trending kt youtube ❤

    • @mixnianaaaa
      @mixnianaaaa 8 месяцев назад +7

      trmasuk hatters yg nak cri point untk menjatuhkan ernie🗿

    • @mfaiman_06
      @mfaiman_06 8 месяцев назад +8

      ​@@mixnianaaaa diorang dh xde point dh HAHAHAH skali ernie bgi chest part 😮

    • @mfaiman_06
      @mfaiman_06 8 месяцев назад +6

      ​​@@mixnianaaaa 2:45 ni chesty mix kan

  • @safuanjalil9196
    @safuanjalil9196 8 месяцев назад +44

    Okay guys kita da boleh expect lagi Astata ni ernie buat arrangemnt mcm ku bersuara untuk ajl 38!! Alhamdullilah syukur lagu ni memang layak ke AJL!

    • @masjusjohn961
      @masjusjohn961 8 месяцев назад +9

      lebih lgi ni..lagi grandd

  • @masjusjohn961
    @masjusjohn961 8 месяцев назад +55

    Wow trending wohh..x sedar nok..30 trending…jomm kita stream ramai2…cukupkan 1M….Maksudnya ramai yg tunggu perfomance ernie kannn

  • @princealif6610
    @princealif6610 8 месяцев назад +22

    SAYA XBOLEH NK MOVE ON DENGAR RUNS HIGH NOTE TU.. MEREMANG!!!!! DENGAR BANYK KALI PON XPUAS

  • @officialzeezoearief4007
    @officialzeezoearief4007 8 месяцев назад +106

    SUMPAH TEKNIK ACROBATIC SUARA DIA MMG BEST TEROKK!!! MEREMANG DGR… BKN SEKADAR SUARA TINGGI TP TEKNIK VOCAL DIA.. DAMN SO GOOD!!! ULANG 100 KALI…

  • @aydann8374
    @aydann8374 8 месяцев назад +66

    Tak tahu kenapa Aku happy sangat bila tngok Ernie sendiri yg nyanyi😭

    • @nabilamsyarzakir5061
      @nabilamsyarzakir5061 8 месяцев назад +15

      Sbb ni Ernie kot..She lyricist and composer..Aura Ernie dh meresap dalam lagu ni❤

  • @hazmimo8438
    @hazmimo8438 8 месяцев назад +26

    Ni baru lah lagu level AJL…biar juri pening kepala nak pilih siapa vokal terbaik & juara lagu nanti…Ziana Zain, Aina Abdul & Ernie nyanyi kat AJL 😱🔥

    • @strawberry1247
      @strawberry1247 8 месяцев назад +1

      marsha (DARAH) letak kat mana? 😂

    • @secretpeople71002
      @secretpeople71002 8 месяцев назад

      Ziana tu lagu duet... kna tgok la pasangan duet ziana tu ok ke x. Hmmmm... dia kena seimbang

    • @hijaudaun8059
      @hijaudaun8059 8 месяцев назад +4

      @@strawberry1247Let’s be realistic Marsha takde dynamics dalam vocal dia like EZ or AA plus lagu Darah tu tak vocally challenged for her. It just exhibiting her mix balance capability je. Aina being Aina with her ballad song. Ernie being Ernie with her R&B. This going to be sengut and fair fight for vocal terbaik like Ku Bersuara (R&B) and Sumpah (baad) sebab both of them dalam kategori forte utama masing2 bukan macam AJL37 di mana Korban (ballad) and Terus Hidup (ballad). Ballad memang bukan forte utama EZ, plus sheols baru recover dari pregnancy hormonal changes. Tak sabar weh serius. Dengan masing2 AA and EZ dapat bajet besar dari pokey sendiri and label sendiri (UMM for Ernie). Diorang akan repeat era Ku Bersuara and Sumpah. Sengit.
      Marsha kena bijak olah muzik to challenge her vocal kalau nak beat these 2

  • @yuyuma1012
    @yuyuma1012 8 месяцев назад +45

    Semoga lagu astana dapat no 1 AJL nanti aminnn
    Ernie zakri the best

  • @mkhambali_
    @mkhambali_ 8 месяцев назад +51

    Sebab tu peminat mahukan Ernie sendiri yang menyanyikan lagu ini
    Nyanyian yang sempurna ❤ . Tak sabar nak tengok Astana versi AJL 38 .
    Semoga urusan Ernie dan Team dipermudahkan . 🤲🏻

  • @hafizredza2204
    @hafizredza2204 8 месяцев назад +43

    Aku harap Sgt nanti persembahan ernie ada choir ramai ii, korg sendiri pun tahu kan kalau ernie nyanyi ada choir mcm mane vocal dia

    • @user-fg2kc8lp1r
      @user-fg2kc8lp1r 6 месяцев назад

      alhamdulillah kak ninie tunaikan permintaan fans nya 😍😍🔥

  • @azizahyusof6608
    @azizahyusof6608 8 месяцев назад +100

    Wow dah trending rupanya.Tahniah Ernie ke final ajl 38 ye.Memang ikhlas betul Ernie menyampaikn bait2 lagu astana ni dgn penuh makna dan berkesan dgn vokal yg sgt merdu dan padu.Moga Ernie terus sihat dan dpt membawakn lagu ini lebih meremang dihari final nnt dgn arrangement muzik yg lebih segar dan indah.

    • @masjusjohn961
      @masjusjohn961 8 месяцев назад +15

      jom stream lagi…trending 21 dah wehh x sangka…ramai tunggu perfomance ernie rupanyaa kann..

    • @aliefaiman4079
      @aliefaiman4079 8 месяцев назад +8

      Nak bagi lagi naik trending tu kena buat cane ekk?....kita xberapa paham youtube mcm mana

    • @lyricsvibes6259
      @lyricsvibes6259 8 месяцев назад

      ​@@aliefaiman4079kena selalu stream video ni dah realese dalam 3 hari dah cecah 46k & video artis yg lagi 1 tu dah realese baru 7.1k bukan nak compare siapa bagus siapa tidak tapi di sini kita nampak org ramai mmg tggu perfomance kak nini .

    • @muhmadar98
      @muhmadar98 8 месяцев назад

      ​@@aliefaiman4079usually banyak komen , slalu stream and xguna emoji

  • @zaraiimana
    @zaraiimana 8 месяцев назад +86

    Ernie ni power teknik vocal pun power tak menjerit2 yg menyakitkan telinga, cantik high note dia

    • @salnasdean3106
      @salnasdean3106 8 месяцев назад +11

      Stuju, x overdo

    • @hzqlkn7313
      @hzqlkn7313 8 месяцев назад +7

      Frr

    • @syiddiqinsuriadi249
      @syiddiqinsuriadi249 7 месяцев назад +5

      Saya rasa ernie akan fokus dekat vokal dan inshaallah boleh dapat
      ANUGERAH VOKAL TERBAIK

  • @iamzeezan7641
    @iamzeezan7641 8 месяцев назад +33

    Nak tengok ernie zakri pulak Juara Lagu, asyik asyik Aina Abdul ja..

  • @xoking0
    @xoking0 8 месяцев назад +29

    Macam dah lama Xtengok Ernie btl2 all out level insane mcm aku cinta dan ku bersuara

    • @user-fg2kc8lp1r
      @user-fg2kc8lp1r 6 месяцев назад

      ya lagu gundah tu last la pstu ajl37 ernie mcm tknk keluarkan semua hrp la malam ni ernie all out dan balas balik award dri ajl34 tu

  • @xdmzac8018
    @xdmzac8018 8 месяцев назад +39

    Ernienators kita menang!!! Kak Ninie sah ke #AJL38 bersama Astana ❤🎉

  • @sznlove7422
    @sznlove7422 8 месяцев назад +38

    Fokus pada reaksi wajah ernie utk setiap bait kata² dia lontarkan... amaze kan. ?..

  • @harris__
    @harris__ 8 месяцев назад +73

    Vocal power cam ni patutnya dh menang bnyk awards semoga tahun depan kemenangan berpihak kepada Ernie 💖

    • @masjusjohn961
      @masjusjohn961 8 месяцев назад +19

      Aminn..Semoga semua baik2 sahaja..Kemenangan adalah rezeki yg tuhan tentukan..harap ernie menang byk award…

    • @Percipitate643
      @Percipitate643 8 месяцев назад +19

      Dia dah pernah menang AJL n AIM for the best vocal.

    • @zulhilmizamry
      @zulhilmizamry 7 месяцев назад

      aamiin semoga ernie dapat any awards masa ajl38 nnti

  • @aamrockey
    @aamrockey 8 месяцев назад +31

    Ramai rindu Ernie Zakri and now dah 18 on trending!

  • @azizahyusof6608
    @azizahyusof6608 8 месяцев назад +19

    Utk tahun depan nk Ernie dan Syamel cipta lagu rock pulak.Mintak kerjasama Datuk Amy Search n Datuk Awie.Duet rock pun sgt best utk Ernie n Syamel.

    • @mdsaadhamdan4963
      @mdsaadhamdan4963 8 месяцев назад +1

      Kann..bg Dato' M.Nasir la buat. Baru padu..

  • @mrcommoner9596
    @mrcommoner9596 8 месяцев назад +34

    Perlu di ingatkan konsep final AJL adalah pemarkahan secara LIVE. Lagu yg dpt lagu Terbaik masa SFMM belum pasti ada tempat masa final AJL nnti. Masa final AJL nnti arrangement music sedikit berbeza dan 100% orchestra. Yg SFMM minus-one. Kekuatan lagu dah dinilai dari recording lagi, cuma mlm final nk tgk artis mana mampu deliver lagu dgn arrangement orchestra, kreativiti persembahan stage, penjiwaan/vocal penyanyi dan sambutan audience juga diambil kira.

  • @madihaabdullah3249
    @madihaabdullah3249 8 месяцев назад +42

    Dear Ernie, if by chance you're reading this, pls go all out utk AJL kali ni. Pls dptkan arranger yang pandai tonjolkan kelebihan penyanyi dan lagu, mcm Genervie or Aubrey. Semoga ada rezeki untuk Ernie di final nnt. Amin.

  • @masjusjohn961
    @masjusjohn961 8 месяцев назад +25

    Astana!!!!!! Fenomena ku bersuara 2.0 akan muncul kembali……..

  • @rusydanrosli1179
    @rusydanrosli1179 8 месяцев назад +14

    My idea is, butterfly concept. Part ernie improvise tu boleh bukak kepompng😂

    • @MsFidde
      @MsFidde 8 месяцев назад +5

      With powerful choir. Ok tak?

    • @Ameerrrrrrrrrrr
      @Ameerrrrrrrrrrr 8 месяцев назад +2

      ​​@@MsFiddechoir wajib ada

    • @mfaiman_06
      @mfaiman_06 8 месяцев назад +2

      klu genre R&B sesuai lah kalau ada choir, contoh mcm performance ku bersuara duluuu fuhhh padu ❤

  • @Ash-tn1ex
    @Ash-tn1ex 8 месяцев назад +33

    semoga Ernie diberi kesihatan yg baik masa AJL38. Dapat tebus apa yg perlu ditebus

  • @woogo1958
    @woogo1958 8 месяцев назад +34

    Klu bole like semua komen and keep streaming, komen jgn guna emoji...kekalkan kak ninie trending ernienators

  • @jouharitindapau9345
    @jouharitindapau9345 8 месяцев назад +23

    Malaysian ariana grande!! Go gurllll!!!!!

  • @mohamadfirdaus1423
    @mohamadfirdaus1423 8 месяцев назад +33

    #VOKAL TERBAIK🔥
    #JUARA AJL 38
    #JUARA DIHATI PENONTON

  • @shukrihamid9234
    @shukrihamid9234 8 месяцев назад +15

    Saya nak EZ atau AA menang vokal terbaik! Diorg best friend....sebarkan aura positif peminat!

  • @rifalwuchun4603
    @rifalwuchun4603 8 месяцев назад +45

    Pelapis yg harus dicontohi tak berlebihan yet versatile❤❤❤🎉🎉🎉

    • @Percipitate643
      @Percipitate643 8 месяцев назад +5

      Mcm x sesuai plk nk dipanggil pelapis. Bukan pelapis dah... Already an a-list singer

    • @babyyy317
      @babyyy317 8 месяцев назад +3

      More than that ❤❤❤

  • @sean3514
    @sean3514 8 месяцев назад +31

    Semoga Ernie dapat menebus apa yang perlu ditebus (Bak kata Ernie sendiri) Tak menang issokay yang penting tebus dekkkk no syatu lurvee

    • @mfaiman_06
      @mfaiman_06 8 месяцев назад +4

      cara ernie ckp sama mcm semangat ernie time lagu ku bersuara AJL 34, cant waittttt ❤

  • @hafiziz3453
    @hafiziz3453 8 месяцев назад +114

    She deserve to win. Strong woman. Even last minute baru dapat tau dia akan perform, still boleh perform dgn baik. Sikit pun xgoyang & profesional. Tak sabar2 nak tunggu AJL. Love u Ernie !

    • @masjusjohn961
      @masjusjohn961 8 месяцев назад +8

      kannn..x cukup praktis tu..tpi trending..tu kelebihan ernie

    • @ayisazwar_845
      @ayisazwar_845 7 месяцев назад

      ​@@masjusjohn961kan macam tk cukup warm up sbb dgr mix voice kak ninie cam BERAT lagi cam tk cukup warm up tapi still onzz

  • @henlo1765
    @henlo1765 8 месяцев назад +37

    Lagu ni ada vibe2 feel good, sassy2, bestnye tak sabar nak tgk arrangement AJL nanti

  • @MaherZainFansClub
    @MaherZainFansClub 8 месяцев назад +23

    Can you guys imagine the AJL performance nanti macamana.. I'm sure ada hint of 🦋🦋🦋🦋🦋

  • @jayrahimie6174
    @jayrahimie6174 8 месяцев назад +37

    Teknik nyanyian dia perggggggg..
    Ini la di katakan colour of voice

  • @komeradtomat4987
    @komeradtomat4987 8 месяцев назад +42

    Sentiasa tk mengecewakan seorang insan yg bernama Ernie Zakri...walaupun ada masalah yg melanda sebelum ni tapi beliau tetap tenang mempersembahkan lagu ni dengan sangat baik dan mantap sekali...all the best kak ninie n team Astana road to AJL...moga mendapat rebut kembali apa yg sepatutnya menjadi milikmu...insyaAllah ameen

  • @ejenscoobyxfactor6019
    @ejenscoobyxfactor6019 8 месяцев назад +30

    Ni baru SFMM dh trending,blum lagi AJL. HAISHHH..

    • @user-fg2kc8lp1r
      @user-fg2kc8lp1r 6 месяцев назад

      alhamdulillah dh msuk no 10 dh ajl punya tp tula si prime gi block sbb copyright 😭😭😭

  • @user-hm7uq7bn7y
    @user-hm7uq7bn7y 8 месяцев назад +28

    Entah knape. Pada org lain maybe lagu ni biasa2 je kot. Tp pd sy terasa lagu ni ada vibe JUARA. Sbb lirik n melody dia sangat positif, dia mcm suatu yg mencetus semangat dan kekuatan org yg tgh down, mengajak menggesa seseorang keluar dari suatu belenggu kezaliman. Haa gitteww.. hahah
    Dear erninators updated,
    Kalau terbaca komen ni nnt sampaikan kat erni ye, ikhlas dr sorang peminat. Semua tau, teknik vokal ernie dah terlalu cemerlang dan hampir xde kesilapan langsung. Ye la erni pon cikgu vokal kan. So if ada rezeki panjang umur sampai ke AJL38 nnt, sy suggest instead menyanyi dgn gaya yg nampak mcm terlalu teknikal, nak tgok ernie menyanyi enjoy santai mcm tgh bercerita atau berinteraksi dgn penonton tanpa menafikan kehebatan vokal ernie yg mmg tiptop. Bawakan kpd penonton spirit lagu tu dgn body language or mimik muka seolah-olah bawa cahaya yg menerangi kegelapan sesuai dgn tema lagu tu menarik seseorang keluar dari kegelapan. Kitorang peminat menantikan ernie nak buat perangai apa pulak utk ASTANA ni. Sebelum2 ni walaupun ada yg x menang, tp surprise ernie dlm setiap lagu yg ke final AJL selalunya memorable. Ok dah la, ingat nak komen sikit tp terpanjang pulak. Hahah 😂

  • @snmaismyname
    @snmaismyname 8 месяцев назад +41

    i voted for Aina (JMRI) but i loveee the fact that Ernie will also compete in AJL with Astana.... Kalau Aina ke Erni ke menang apa2 mmg puas hati sbb both sgt bagus... Tengok video ni meremang bulu romaku...suke attitute Ernie masa nyanyi lagu ni..swag abes! tahniah Ernie...pleaseeeee make a memorable persembahan nnti. so now i have 2 persembahan yang dinanti-nantikan in this AJL

  • @irfaniskandar849
    @irfaniskandar849 8 месяцев назад +49

    Lock vocal terbaik ajl38 🫶🏻🫶🏻

  • @galaksiviral
    @galaksiviral 8 месяцев назад +71

    kelebihan ernie zakri ialah lagu beliau banyak jenis memorable and peminat mudah ingat lirik & melodi. its not like a random melody with random lyric like a lot of singer nowadays.

    • @tiafatiera897
      @tiafatiera897 8 месяцев назад +14

      Yes. Setuju . Sekali dengar dh boleh ikot and ingat lirik dan melody.

    • @shahrulfadhliramli8710
      @shahrulfadhliramli8710 8 месяцев назад +2

      Same like lagu² hebat Queen AA

  • @rusydanrosli1179
    @rusydanrosli1179 8 месяцев назад +23

    Baru sfmm dah trending, cant imagine how ajl soon

    • @user-fg2kc8lp1r
      @user-fg2kc8lp1r 6 месяцев назад

      alhamdulillah dlm masa 20jam dh 56k view tk lama trending la tu InsyaAllah

  • @PORTTAPAW-ge2lm
    @PORTTAPAW-ge2lm 8 месяцев назад +48

    Erni nie bernyanyi dgn teknik yg betul....dia ada knowledged itu..bkn sdp dgr diri sndiri je...org lain dgr sdp....bukan terlalu over dan TERPALING...

    • @mimah12345
      @mimah12345 8 месяцев назад +2

      kan high note tinggi gak erni tp xrasa bingit pun.xd jerit mcm nak putus nafas

  • @akilkye6078
    @akilkye6078 8 месяцев назад +27

    Erni bole rangkul vokal terbaik dngn lgu astana.,jikalau sound sistem time AJL berlangsung tiada masalah spt AJL37 yg sebelumnya walaupun aina abdul ialah saingan ketat erni..dengan ini sahaja boleh dengar sebiji2 sebutan dia & teknik vokal dia yg super..

  • @user-tg8cs2mj9o
    @user-tg8cs2mj9o 8 месяцев назад +51

    wow sfmm pun dh trending kalau AJL lagi boom InsyaAllah ,
    Vokal terbaik utk kak ninie . ameeenn

  • @ftinvvv
    @ftinvvv 8 месяцев назад +37

    not Ernie performance for Astana trending 😂 Ku Bersuara 2.0 letss goo❤

  • @iamaizatmeen
    @iamaizatmeen 8 месяцев назад +20

    1:23 tu lampu putih kedip2 mcm AJL34 masa lagu Ku Bersuara ❤💓

  • @nh.d
    @nh.d 8 месяцев назад +27

    Ini dia baru bagi sikit belum keluar semua lagi ni ,saya pasti pentas akhir nanti Ernie akan bagi lebih lagi . Puas tengok performance ni dengan riak wajah dia macam Ernie lepaskan apa yg terpendam sebab lagu ni ada isu yang tersangkut apa pun tahniah Astana ke pentas akhir😊 .Mesti lagi gempak Ernie bagi😊

  • @nuraliah8463
    @nuraliah8463 8 месяцев назад +28

    tak sabar tunggu astana versi ajl

    • @n5144
      @n5144 8 месяцев назад +8

      Aduhh..tak sabar nak tengok Astana 3/3/2023

    • @iamaizatmeen
      @iamaizatmeen 8 месяцев назад +1

      ​@@n51443.3.2024😂

  • @harris__
    @harris__ 8 месяцев назад +36

    ASTANA layak ke AJL38 congrats Ernie zakri ✨

  • @mdsaadhamdan4963
    @mdsaadhamdan4963 8 месяцев назад +20

    Final nanti Ernie buat sikit tarian..sy rasa mmg gempak.sekadar cadangan..

  • @harris__
    @harris__ 8 месяцев назад +28

    Since ajl want unique song so bad here you go Astana 😊 now let her win this time

  • @sungchogue
    @sungchogue 8 месяцев назад +19

    trending no 30 guys congrats

  • @doublea9522
    @doublea9522 8 месяцев назад +99

    Vibe dia mcm ku bersuara sfmm dulu. Dgn konpidennya, attire putih tu, tapi yg ni version yg diupgrade mcm dlm cover aura tu. Moga ada rezeki ke ajl kak ninieee. Walau apa pun resultnya kami sentiasa igt kata-kata kak ninie, "karier saya adalah sebuah perjalanan, bkn pertandingan....." , keep producing masterpiece gurl 🔥🔥

    • @tatakae.shinri9004
      @tatakae.shinri9004 8 месяцев назад +4

      Ye ernie ada cakap Astana ni kesinambungan dari Ku Bersuara

  • @mhdherry9803
    @mhdherry9803 8 месяцев назад +21

    Bagi trending guyss

  • @ezrulhelmi2138
    @ezrulhelmi2138 8 месяцев назад +22

    Saya ada feeling lagu ni akan Juara AJL. Sebab ada kelainan dan ada something grand & wow dalam lagu ni.
    Vokal Terbaik - mungkin bersaing dengan Aina Abdul.
    Persembahan Terbaik - ada harapan, kalau busana menarik & ada pasukan koir nyanyi bersama. Lepas tu Syamel muncul di hujung lagu, dan Ernie cium tangan dia.

    • @ftinvvv
      @ftinvvv 8 месяцев назад +6

      asl syamel lak tu😂lagu ni actually mksd dia bersambung ku bersuara which is sbb abusive things and astana ni pulk dia lepas drpd benda tu

    • @MsFidde
      @MsFidde 8 месяцев назад +6

      Yes. Tak mustahil!!

    • @mfaiman_06
      @mfaiman_06 8 месяцев назад +6

      ​@@ftinvvv dia lepas dri semua tu and jumpa jalan penyelasaian iaitu SYAMEL 😂 maka tamatlah al kisah KU BERSUARA 😂

    • @muhamadsyahmiaimanbinmoham9964
      @muhamadsyahmiaimanbinmoham9964 8 месяцев назад +3

      @@mfaiman_06jangan lupa okay ada sambungan ASTANA…. AURA judulnya

  • @holysnap931
    @holysnap931 8 месяцев назад +65

    Ini adalah analisis aku ja ya. aku rasa lagu ni ada peluang utk dapat tempat top 3 di ajl atas beberapa faktor.
    1. Pemilihan juri sebelum ni lebih kepada memastikan top 3 merangkumi pelbagai genre.
    Kalau perasan lagu top 3 hasil jurian Dato Mokhzani,
    AJL37 : juara (terus hidup - ballad), naib juara (satu malam di temasik - hip hop), ketiga (anugerah terindah - pop, r&b, 90’s).
    AJL36 : juara (pelukan angkasa - rock alternatif, metal gothic), naib juara (cinta - pop, ballad), ketiga (mimpi - ballad)
    AJL35 : juara (gila - hiphop, rap), naib juara (semalam - ballad), ketiga (belenggu rindu - pop, etnik)
    Semua top 3 tiada yang genre yang exactly sama. Walaupun ada lagu yang aku rasa lagi layak pilihan juri (AJL37 - Mainan, Kembali Terang) (AJL36 - Intan Payung, Salahku, AEWO) (AJL35 - Gundah, Peluang Kedua, Eh).
    Lagu Astana kali ni memang consider ballad tapi melody dia tu more to RnB, pop instead of full ballad. Maybe disebabkan mesej yang disampaikan tu sounds ballad, that’s why ramai yang cakap lagu ni ballad sedangkan melody is RnB, Pop. So, ada possibility lagu ni diangkat as top 3 sebab melody yg berlainan compare to other songs.
    2. Kreativiti gubahan lagu persembahan di AJL.
    Aku rasa semua peminat Ernie tahu dan kenal yang Ernie mesti akan gubah lagu dia yang asal kepada sesuatu yang arrangement besar, start dari ku bersuara, gundah, boneka and korban. Ernie juga pernah bagitahu yang idea gubahan ni banyak diberikan oleh syamel. So, hopefully, Syamel, Ernie dan composer asal Astana ni dapatlah cipta gubahan yang “BESAR”, maybe orkestra campur sikit classical singing. Aku x tau lah. Tapi as long gubahan tu ada dan menarik, insyaAllah ada markah diberikan disitu.
    Kena ingat balik, Dato Mokhzani pernah cakap tiada pemarkahan lebih bagi yang compose lagu sendiri, cuma akan memberikan kelebihan dari segi penghayatan. View kat youtube, tonton, and other platform tidak diambil kira, hanya undian carta memberikan sedikit kelebihan. Selain tu, semua markah terletak pada melodi, kreativiti, lirik, dan plagiarism (Dato pernah sebut tentang plagiarism lagu 7 nasihat berbunyi seakan lagu-lagu dahulu menyebabkan kekalahan lagu padahal ramai orang target lag utu top 3).
    3. Lirik dan tema lagu yang bukan cliché.
    Yang ni memang totally pendapat aku. For me, tema lagu Astana ni sangat tidak cliché ya kawan2. Tema lagu ni tentang perjuangan diri, dan kalua kita aware situasi semasa SFMM38 haritu pun menunjukkan perjuangan Ernie untuk mendapatkan hak dia. Aku bukan cuba merendahkan lagu lain, tapi aku as ainations and ernienators sendiri berpendapat “JMRI dan lagu lain2” is too blant sebab lagu2 cinta-cintun ni memang sangat biasa dengar di telinga. Lagi satu, lagu Yonnyboii “Salahku” pun sangat best ya sebab tema lagu berkaitan mental disorder. So, quite sedihlah juri tidak mengambil kira tema sesuatu lagu itu. Sedangkan lagu itu merupakan bahasa, medium hantar mesej ataupun cara komunikasi. Xkanlah kita berkomunikasi tentang cinta ja kan. Okay habis merapu hihi.
    Tadi aku analisis dan bagitau kenapa Astana sepatutnya layak top 3. Sekarang ni aku mau bagitau yang Ernie ada peluang merangkumi vocal terbaik.
    1. Semua lagu Ernie yang dipertandingkan akan digubah untuk sounds lebih grand and besar gitu, so, ernie bolehlah tunjukkan extra vocal dalam gubahan.
    2. Fans Ernie mesti tahu yang Ernie masih dalam proses buat master yang mana tajuk master Ernie tu kalau ak x silap is “how do RnB singer warmup and showcase their vocals?”, so, disini ada peluang yg Ernie mungkin akan gunakan ilmu yang dia belajar tu dalam persembahan. For your information, every type of singer (different genre) has different techniques in warming up their vocals and singing. InsyaAllah, vocal yang Ernie lontarkan AJL38 lebih memukau berbanding yang sebelum ini.
    3. Ernie merupakan seorang pelajar yang berpengalaman menyanyikan classical song. So, even though kita jarang nampak Ernie guna classical singing technique baru2 ni. Tapi dengan latihan yang konsisten, InsyaAllah Ernie dapat kembalikan condition tekak macam yang dulu2 dengan bantuan muscle memory tekak Ernie.
    Okay, aku penat sudah menulis panjang2 ni. Tolong like sikit dan doakan perjalanan ku untuk menghadiri AJL kali ni dipermudahkan. Kita semangat ni. Maafkan jikalau ada yang tersakiti dengan penulisan ini.

    • @abgan_farhan6596
      @abgan_farhan6596 8 месяцев назад +10

      Betul! Anyone bole list down kan lagu ii yang mara ke AJL38 ni mengikut genre? Genre Pop R&B ada lagu apa je selain Astana?
      Tapi btw, aritu dato ada bagitau, why dalam list SFMM Astana termasuk dalam Ballad sebab lagu ii yang masuk dalam SFMM tu tak banyak genre berlainan (17 lagu adalah ballad). Thats why diorg tak asingkan lagu ii mengikut spesifik genre (hanya ada 3 kategori genre shj). And thats why juga Astana included in Balada list. Tapi hopefully in AJL , Astana akan di differentiate from Balada, which is major genre astana is Pop R&B.
      So peluang cerah utk spot top 3 amiin!

    • @holysnap931
      @holysnap931 8 месяцев назад +5

      @@abgan_farhan6596 ouh yaka.. betul juga, sebelum ni ajl ada tiga kategori utama, ballad, etnik n pop/rock

    • @abgan_farhan6596
      @abgan_farhan6596 8 месяцев назад +5

      @@holysnap931 aah yess, sebab kurang kepelbagaian dalam lagu ii yang mara ke semifinal and final.

    • @MaherZainFansClub
      @MaherZainFansClub 8 месяцев назад +6

      Analisis yang mantap...
      Tak sabar nak tengok live 3 Mac nanti ❤

    • @iamaizatmeen
      @iamaizatmeen 8 месяцев назад +7

      Markah Bahasa : 50%
      Markah Isi : 50%
      Jumlah : 100% ❤😂

  • @tholibulilmi7114
    @tholibulilmi7114 8 месяцев назад +36

    SHE FULL OF CHARACTER!! BEST GILAAAAA😭

  • @UtehEmpire
    @UtehEmpire 8 месяцев назад +20

    Ending dia.. gempak.. huhuhu..uuuhukkuhu.. 😂😂😂😂

  • @ijaniz
    @ijaniz 8 месяцев назад +40

    ASTANA kalau masuk AJL konfirm arrangement gah and power macam KU BERSUARA!!

  • @zaerazranariffin9537
    @zaerazranariffin9537 8 месяцев назад +29

    boleh tak nak lagu ni menang? such an anthem. penat dgn lagu-lagu sedih

    • @MsFidde
      @MsFidde 8 месяцев назад +10

      Same. AJL kena angkat lagu women empowerment macam ni dan bukan lagu cinta dan sedih2. My opinion la

    • @zaerazranariffin9537
      @zaerazranariffin9537 8 месяцев назад +6

      @@MsFidde not just women.. lagu ni sesuai dengan org resign dari bad company.. ajak org lain sekali dan tahu nikmatnya company lain.. mcm kes erni.. tukar label.. tup2 dapat album..lol

    • @MsFidde
      @MsFidde 8 месяцев назад +2

      @@zaerazranariffin9537 ye setuju2!

  • @shaa1599
    @shaa1599 8 месяцев назад +20

    Harap Ada Rezeki ke AJL petang ni aminn🤍

  • @hijaudaun8059
    @hijaudaun8059 8 месяцев назад +25

    Variety kot technique dia. Siap coloratura. Aku dah dari dulu mention. R&B memang makanan EZ bukan balada. Dia kalah on Korban sebab tak boleh show off vocal

    • @roszaidisupardi7922
      @roszaidisupardi7922 8 месяцев назад +6

      Betul tu. Kali ni makanan EZ

    • @MuhdHakim-bd3nf
      @MuhdHakim-bd3nf 8 месяцев назад +5

      Bukan staccato ke?

    • @mfaiman_06
      @mfaiman_06 8 месяцев назад +6

      ​@@MuhdHakim-bd3nf no, its coloratura

    • @mfaiman_06
      @mfaiman_06 8 месяцев назад +6

      kan, lagu ii yg bergenre r&b yg boleh tunjukkan vokal sebenar dia

    • @woogo1958
      @woogo1958 8 месяцев назад +1

      ​@@MuhdHakim-bd3nfsetahu sya staccato tu teknik yg ernie add kt hujung lagu Astana yang part kau dan aku hu hu hu hu tu staccato..sorry klu sy salah

  • @fauzipojie814
    @fauzipojie814 8 месяцев назад +32

    kak ninie ni antara yg juri akn tgk dulu dlm pnilaian...

  • @MaherZainFansClub
    @MaherZainFansClub 8 месяцев назад +46

    Rugi TV3 tak upload video² SFMM kat RUclips. Tengok dah trending video ni. Mantap Ernie.. I wish you all the best for AJL38.
    Tebus apa yang perlu ditebus!
    Astana kesinambungan Ku Bersuara.

    • @Creampuf113
      @Creampuf113 8 месяцев назад

      biasa je..xde yg menarikkk...bosan dh lama2

    • @MaherZainFansClub
      @MaherZainFansClub 8 месяцев назад

      @@Creampuf113 Ok?
      Leklu. Ni baru sfmm la.

    • @ezrul16
      @ezrul16 8 месяцев назад

      @@Creampuf113 Lebih baik dari penyanyi lain. Kalau kata bosan, yang lain lebih membosankan.

    • @insyiraaaaaaa
      @insyiraaaaaaa 7 месяцев назад

      TV3 tak kesahkan pun. Semua video AJL even yg trending pun depa dah padam. Yg tinggal just video full AJL je

    • @MaherZainFansClub
      @MaherZainFansClub 7 месяцев назад

      @@insyiraaaaaaa Video full AJL tahun lps pon xde kt YT

  • @rizman6053
    @rizman6053 8 месяцев назад +14

    Sedapnya.. ada je teknik2 yang belum pernah dengar dia buat dlm performance dia (mcm part last tu). Cuma satu je, hrp2 Ernie tak sebut “no no no” kat final. Ada sesetengah artis suka tambah mcm tu, kurang best sikit, tak mcm oh oh oh tp mcm English word no.

  • @fauzipojie814
    @fauzipojie814 8 месяцев назад +19

    sfmm pun dh power...final nt mcm mna la agaknya..curious sgguh...

  • @tatakae.shinri9004
    @tatakae.shinri9004 8 месяцев назад +20

    WAITTT IT TRENDINGGGGG😭😭❤️

  • @lindayunos2598
    @lindayunos2598 8 месяцев назад +56

    Goosebumpssss wehh.. semoga lagu ni jd juaraaaa AJL nnt..insyaAllah Aminn

  • @norshamshielaothman2583
    @norshamshielaothman2583 8 месяцев назад +38

    special btl la head voice ernie ni . sgt different dr artis lain penuh teknikal kdg x kedengaran lgsg dia tukar head - chest , chest - head . sedap sgt ni ernie

  • @muhammadhafizuddin2175
    @muhammadhafizuddin2175 8 месяцев назад +28

    sedap weh dia nyanyi 🥲

  • @SyahSyerin
    @SyahSyerin 8 месяцев назад +48

    Persembahan yang sangat mempesonakan dan baik, kombinasi warna busana yang dikenakan amat bermakna dan tersirat. Semoga berjaya dan dimudahkan segala urusan di peringkat akhir AJL nanti.

  • @syedahmadjaafar3762
    @syedahmadjaafar3762 8 месяцев назад +24

    Teknik kawalansuara n vokal Erni mmg awesome. Syg lagu Syamel x mampu ke Final AJL. Namun tahniah Erni

  • @amad0303
    @amad0303 8 месяцев назад +13

    Aku suka erni bermula lagu misteri, ku bersuara, gundah, korban… tp lagu ni aku x brp tahu…

    • @ErnieZakriVocalOfficial
      @ErnieZakriVocalOfficial 8 месяцев назад +10

      lagu ni memang takde promo sangat, boleh kira pakai jari berapa kali je Ernie nyanyi live 😅

  • @zulhilmizamry
    @zulhilmizamry 7 месяцев назад +26

    semoga Ernie Zakri mendapat apa2 sahaja awards di AJL38, but i hope boleh dapat vocal terbaik 💗😘

  • @noynizam3827
    @noynizam3827 8 месяцев назад +44

    Artis keluaran RTM memg padu2..minat ernie dari awal kemunculan lgi..menang bintang RTM dgn lagu aisyah kau teristimewa😍😍😍😍

    • @nurzurlan8528
      @nurzurlan8528 8 месяцев назад +11

      Sangat2 setuju...Erni Zakri Juara Bintang RTM 2009

  • @holysnap931
    @holysnap931 8 месяцев назад +17

    tadi ada ainations yg cakap buruk psal ernie. aku sebagai fans ernie dn aina rasa sangat jengkel kepada makhluk sedemikian yg mmbanding2kn kebolehan dn kehebatan mereka. cubalah jadi matang dalam hidup. kau sendiri pun x suka kalau mak kau bandingkan kau dgn anak jiran sebelah. so berhentilah tulis komen yg kau sendiri pun tahu komen tu akan menyakiti perasaan sesetengah pihak. walaupun aku setuju dgn pendapat mu tapi aku x pun terlintas mau tulis komen yg sebegini. if you don't like it, just keep it to yourself.
    btw, jangan pandang rendah dengan ernie ya. ingat, dulu sfmm ku bersuara ernie pun quite weak juga. tpi mlm ajl tu, ernie power kebabom. kalau mlm tu aina x buat kes baju berdarah tu, ak rasa tenggelam ja aina masa tu. semua org ckp psl ernie kut smpai trending kt youtube.
    ingat jangan riak sgt. kalau Allah uji aina utk sakit mlm tu, mmg x all out lah. tapi semoga dijauhkanlah, bukan aku berniat nak doakan aina sakit, aku just nak ingatkan semua bnda tu boleh brlaku atas izin Allah. sekian terima kasih.

    • @anakrosman
      @anakrosman 8 месяцев назад +4

      kat mana kat mana

    • @holysnap931
      @holysnap931 8 месяцев назад +4

      @@anakrosman dia padam dh

    • @MsFidde
      @MsFidde 8 месяцев назад +8

      Ernie is in her own league. Nyamuk & langau je yang cuba influence orang lain utk pandang rendah ke Ernie.

    • @noor-ml7gp
      @noor-ml7gp 8 месяцев назад +12

      Org mcm ni dia insecure. Kalau betul rasa penyanyi tu hebat, kenapa rasa nak tergugat dgn org lain? Honestly saya lebih gemar Ernie berbanding artis pujaan dia . Tentu sy ada sbb tersendiri dan itu hak saya, telinga saya. Jadi sbb saya penggemar karya Ernie, sy follow perkembangan dia je. Buat apa nak sibuk ke artis lain kan... Hati pun senang. No negativity. Simple

    • @fitrialep
      @fitrialep 8 месяцев назад

      Betul ke dia ainations, jgn sapu semua babi
      Takkan dia je tak suka ernie and aina, terus judge semua ainations cam tu haishhhh

  • @muhdaidil8988
    @muhdaidil8988 8 месяцев назад +39

    Sama sama doakan segalanya dipermudahkan untuk ernie and team, semoga vokal terbaik berada dlm gengamannya semula, aamiin🔥

  • @ahmadsyukriahmad
    @ahmadsyukriahmad 8 месяцев назад +47

    Tebus segala yang perlu ditebus Ernie 🙌🏻

  • @ijaniz
    @ijaniz 8 месяцев назад +26

    50K views
    #15 Trending!
    The one and only persembahan SFMM yg mempunyai views terbanyak dan trending! (fans acc pulak tu) 🤪

    • @mfaiman_06
      @mfaiman_06 8 месяцев назад +8

      kan, proud gila dgn ernienators skrg ❤

  • @lielalalielo6469
    @lielalalielo6469 8 месяцев назад +98

    lagu ni kekuatannya pada melody&arrangements. unique&fresh blend with ernie's colourful voice+perfect vocal technique..for me this Genre: Ernie . she's the music🥲 she's something different..im so proud🇲🇾 semoga ada yg membuka mata untuk menghargai bakat penyanyi&komposer2 ini suatu hari nanti inshaallaah..

    • @muhmadar98
      @muhmadar98 8 месяцев назад +14

      harap sangat astana AJL nnti arrangement nya segah ku bersuara AJL, insyaallah kalini bole menang sebab bukan juri tah pape

    • @lielalalielo6469
      @lielalalielo6469 8 месяцев назад +11

      ​@@muhmadar98insyaallaah kalau ada rezeki ameen..thankyou so much for the kind words☺️

    • @azizahsharif9284
      @azizahsharif9284 8 месяцев назад +4

      Kemerduan suara seseorang penyanyi adalah berbeza. Ada kelebihan masing2

  • @safuanjalil9196
    @safuanjalil9196 8 месяцев назад +32

    2:45 weh sumpah x expect ernie tarik mcm ni lain sikit dari yg asal. Sumpah lurve teroks 😭😭😭😭😍😍😍

    • @muhmadar98
      @muhmadar98 8 месяцев назад +5

      time ku bersuara AJL ernie ada wat muka gitu

    • @tatakae.shinri9004
      @tatakae.shinri9004 8 месяцев назад +3

      @@muhmadar98noo,maksud dia for lagu astana ni,kalau ku bersuara tu dh tau🤭

    • @zahinzakaria4395
      @zahinzakaria4395 8 месяцев назад +3

      Perasan jugak lain dia tarik… and nice teruk

    • @tatakae.shinri9004
      @tatakae.shinri9004 8 месяцев назад +3

      @@zahinzakaria4395 masa dia live kat rtm tu pun ada dia tarik mcm kat sfmm ni,tapi kat rtm tu lebih strong lagi mixed voice dia

    • @iraf_cte238
      @iraf_cte238 8 месяцев назад +2

      Tpi yg kt rtm tu mcm terover high note nye.. Better yg ni

  • @roszaidisupardi7922
    @roszaidisupardi7922 8 месяцев назад +16

    Lain macam ehhhhh nators hehe. Dah trending 21 ..

  • @hafizredza2204
    @hafizredza2204 8 месяцев назад +16

    Perghh treanding

  • @chefzaichannel8499
    @chefzaichannel8499 8 месяцев назад +38

    Moga sangkut utk ke final ..lagu ni melodinya segar x boring dan bertenaga tambah lak suara Ernie yg sgt wowww klu juri pekak x taw la

    • @nabilamsyarzakir5061
      @nabilamsyarzakir5061 8 месяцев назад +9

      Alhamdulillah..sangkut2😂

    • @masjusjohn961
      @masjusjohn961 8 месяцев назад +1

      klu datuk syafinaz jadi juri bahagian vocal bolehh ni

  • @roslinawong4454
    @roslinawong4454 8 месяцев назад +40

    Antara penyanyi yang suara dia sangat sedap didengar macam air tenang yang mengalir. DIVA IN THE MAKING after Siti Nurhaliza 🥰

  • @sungchogue
    @sungchogue 8 месяцев назад +16

    trending 16 guys

  • @nurnajihahnasuha4802
    @nurnajihahnasuha4802 8 месяцев назад +25

    Clean betul transition 😭😭😭😭😭😭🤍🤍🤍🤍🤍