Syahid Akhirat: Tragedi Nahas Helikopter TLDM

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 8 сен 2024
  • Tragedi terbaru nahas melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, sangat mendukacitakan rakyat Malaysia. Bagi ahli keluarga yang terlibat nahas ini sudah tentu akan dihadapi dengan kesabaran, berserah diri, tawakal dan percaya sepenuhnya bahawa peristiwa ini adalah qada dan qadar Tuhan. Sebaliknya, bagi orang yang tidak beriman, peristiwa ini akan direspon dengan emosi, menyalahkan pihak lain dan akhirnya tidak terima suratan takdir yang menghendaki peristiwa berkenaan.
    Sudah tentu pelbagai kejadian dan peristiwa di muka bumi ini tidak dapat diukur dengan pertimbangan akal semata-mata. Pendekatan materialistik hanyalah sebagai alat bantu untuk memahami kuasa yang lebih besar, yang tidak dapat dijangkau oleh tangan dan akal manusia. Tragedi nahas ini menjadi contoh terbaik bahawa kekuasaan dan keupayaan manusia ini hanya lah secubit saja di hadapan Allah.
    Hanya berserah dan tawakal kepada Allah yang boleh kita lakukan sekarang ini kerana Allah sahaja zat yang Maha Mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita esok dan masa hadapan. Ini ditegaskan di dalam firman Allah yang bermaksud;
    “Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.” - (Surah Luqman ayat 34)

Комментарии • 1