ORKESTRA CINA SMK SERI KELEDANG 2024 SABTU 27 hb 7 2024

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 12 сен 2024
  • Persatuan Orkestra Cina SMK Seri Keledang ditubuhkan pada tahun 2001. Pada masa awal penubuhannya, persatuan ini hanya mempunyai instrumen-instrumen yang asas seperti seruling dan erhu. Jumlah ahli adalah kurang daripada 30 orang. Tempat untuk menjalankan latihan juga berada dalam keadaan yang kurang elok. Walau bagaimanapun, dengan adanya sokongan daripada pengetua Lee Peng Chong, guru penasihat Har Yook Choon, dan jurulatih persatuan orkestra cina Encik Lim Soon Huat ,prestasi persatuan orkestra cina telah meningkat secara beransur-ansur. Selama ini, orkestra cina telah menjadi salah satu aktiviti kokurikulum sekolah yang penting dan mempunyai kira-kira 150 orang ahli. Guru penasihat kini ialah Datin Foong Ngat Keok, Pn. Lam Chee Kum, Cik Wong Choy Fin, Pn. Areymalah A/P S. Mathiaparanam, Pn. Choong Lee Wah dan Pn. Siti Nor Ashikin Binti Norkin. Cik Kok Sing Yee telah menjadi jurulatih persatuan orkestra cina sejak tahun 2007 sehingga kini.

Комментарии •