Hiking ke Bukit Broga, Semenyih Melalui Trail Baru Tanpa Tol & Free Parking

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 8 фев 2025
  • Hari ni, my daughter ajak hiking tk Bukit Broga di Semenyih. Kami decide untuk menggunakan trail baru yang disediakan oleh gomen. Trail ini tak perlu bayar parking & tak perlu bayar untuk masuk ke trail. Ianya adalah trail alternatif kepada trail yang asal.
    Trail asal terletak sebelum simpang masuk ke trail baru - boleh parking dekat kawasan kelapa sawit. Pada asalnya ,trail ini juga percuma - tiada parking fee dan tiada charge untuk masuk. Namun, selepas beberapa lama, mereka mula mengenakan parking fee, dan kemudian mengenakan charge untuk masuk ke trail. Ramai pengunjung mula menyuarakan rasa sedih. Oleh itu, maka muncul trail baru yang tidak perlu bayar parking dan tidak perlu bayar fee masuk ke trail ini.
    Ini antara 10 perkara yg saya pelajari dari trail baru ni.
    -
    1. Parking FREE, tapi parking area tak besar sebab parking dekat bahu jalan kecil. (ada dlm video gambar tempat parking)
    2. Mencanak climb all the way 😅 - masuk trail je terus mencanak tak hingat..
    3. Dia akan bertembung dgn trail ber ‘tol’ dekat dgn pintu gerbang Bukit Broga.
    AWAS:
    i. Jgn terpedaya dengan signboard ke Bukit Broga depan kedai Aunty selepas pintu gerbang tu. just jalan terus, jgn masuk melalui kedai aunty tu.
    ii. Jgn terpengaruh dgn kata kata macam ancaman seperti trail yg curam dan trail tu pun kena bayar permit.. 😅
    4. Ada pagar berduri - kena jaga jaga sbb saya nampak ada pagar berduri, 2 tempat.. sebelah kiri.. arah naik..
    5. Ada dua (2) jenis trail sepanjang trail -
    i. yg pertama berkanopi, sejuk saja.. pokok pokok banyak.
    ii. yg kedua, open area.. ada pokok pokok lalang sahaja sehinggalah ke puncak.. jadi kalau mula pendakian agak lambat dan juga masa turun nanti.. akan panas.. eloklah memakai topi, baju tgn panjang.. dan bawa air yg cukup.
    6. Bukit Broga ada tiga (3) puncak - okay dari trail baru ni akan terus sampai ke puncak ke-2. Nanti ada signage berapa meter lagi utk sampai ke puncak ke-3. puncak ke-1 dia terletak sebelah kiri.. dan kita tidak melalui puncak ke-11 ini.
    7. View yg cantik ada sepanjang pendakian.. boleh pilih mana mana yg sesuai dan kurang sibuk.
    Di puncak ke-2 ada dua view yg cantik. sebelah dari pendakian dan juga dari sebelah satu lagi.
    8. Puncak ke-3 - Ada dua laluan boleh digunakan apabila sudah dekat dengan puncak. Saya cadangkan guna laluan sebelah kanan.. kerana ianya lebih mudah dari laluan yg terus dan berkanopi, sbb ada 2 batu besar yg kena panjat dan perlu menggunakan tali. Tidak berapa sesuai yg tidak mampu.
    9. Banyak Batu-batu besar yg menarik utk dipanjat. Tapi AWAS sebab ada batu-batu yg curam disebaliknya. jadi berhati hati yer… batu di puncak ke-3 nampak macam lebar dan selamat, tapi mesti berhati hati juga yer.
    10. Kenapa saya guna trail baru ni yg tidak ber’tol’?
    Boleh tolong jawabkan untuk saya 😅
    -
    Apa apa pun, berhati hati dlm apa jua aktiviti outdoor utk kita mencari kesihatan.

Комментарии • 10

  • @aizamahanimozi4645
    @aizamahanimozi4645 5 месяцев назад

    Cantik shots dlm video ni🎉

  • @Yukihira_Ali
    @Yukihira_Ali Год назад +1

    Life goals saya ni weekend hiking dngn pasangan. 🤭😊

    • @MSopianHassan
      @MSopianHassan  Год назад +1

      All the best.. tgk ramalan cuaca juga.. better bawa salinan pakaian.. baju, seluar dan kasut.

  • @Jan-bl3fr
    @Jan-bl3fr 8 месяцев назад

    kalau nak guna waze pergi tempat masuk tu kena type location apa? sebab sabtu saya nak pi hiking dekat broga jugak😅

  • @Khaziq_117
    @Khaziq_117 7 месяцев назад

    Assalamualaikum nk tanya
    Naik Bukit Broga ni perlu permit tak???

  • @syifaa3312
    @syifaa3312 9 месяцев назад

    Sekarang ada tol juge ke?

    • @MSopianHassan
      @MSopianHassan  8 месяцев назад

      Not sure.. lama sudah tak pergi sana..

  • @ratusulaman4247
    @ratusulaman4247 8 месяцев назад

    Perlu permit x?

  • @fantank8558
    @fantank8558 Год назад

    Kalau ikut sawit yg bayar kan.....paking