Sidang kalam satu gerakan cabang wahabi mesir. Mereka juga cari duit dan upah . Mereka hentam wahabi to aspi tid ask Po arah. A DD as beber aspa tokoh wah as bi di indonesia y yang lebih sudu d asri kuah sup. Muncul 2 orang se to askat ini yang pu Rda topura bukan wahabi. C as Rda hujahn ya as ala wahabi. Sering iftifar dan ycap tamjid. Lulusan mesir ini boleh jadi guru bahasa arab dan guru fardhu ain. Tdpi mereka campur urusan oaranormal uslam dan tarekat tempatan dan indonesia. Mereka menyerang guru berlesen tarekat seperti Buya Razi dan Dr jahidm seeta Dr Saari. Mereka serang ahlu akademik yang jadi guru tarekat dan hakikat. Mereka:-serang paranormal yang ada pusat rawatan islam. . Tujuannya mengahancurkan. Merrka tak serang tokoh wahabi dan dukun santet. Tujusn pertama dapat kimusen u tube sambil jual buku dxn kutip deema sumbangan. . Ada nor Berus dzn ada syabudin dari jeram selangir. Heram itu banyak bugis dan ladang kelapa sawit. . Mereka bukan pegawai agama... M Ed nyer az ng carà wah as bi d asn inbu at asimiyah itu buruk. .mereka tzk suka guru leoasan pondok dan guru. T arekat. Ystaz udrus d asri trengganu mahir isu dan uasul fekah.. Rora Po pensyarah wahabi lemah daya cipta fahaman fekah. Dia macam baru keluar dari hutan. Poeng to as huannya cetek to aspi penuh keyakuan. Dia kata khilaf itu boleh. Po ad as hal ulama m aslaysia sudah 100 t azhun tulis h asl hukum itu. Dia tak baca.. Ger ask asn m Ed nyerang mursyid tarekat to az ng berlesen ad aslah ger ask asn c as b asng wahabi juga.
Saya mendengar kuliah ini berkali kali dalam masa beberapa tahun ini kerana ia sangat penting untuk menangkis batiniah. Saya hampir 8 tahun belajar dalam kelas kerohanian sebegini. Senang kata, syahadahnya tiada apa2 cuma Allah yg wujud. Wahdatul wujud. Alhamdulillah, Allah bukakan minda saya yg pernah taksub kepada guru "mursyid" yg dianggap wali...kasyaf on dan off. Balik semula kepada ajaran Nabi SAW.
Alhamdulillah. Terima kasih IKRAM Selangor dan Sidang Kalam kerana menganjurkan wacana ilmiah oleh Ustaz Noor Deros perihal Nur Muhammad kepada orang awam. Semoga kita semua terpelihara dengan aqidah yang haq menurut yang dikehendaki Allah SWT dan yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah.
Sy awam t.kasih bnyk2 penjelasan perjuangan UND. Memandai ummat. Moga und terus kekal hidayah di bantu Allah.aamiin.ada sumbangan ustz pd ummat di malaysia. T.kasih ustz ND...
Cerita (Al-Qaşaş):56 - Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.Cerita (Al-Qaşaş):69 - Dan Tuhanmu mengetahui apa yang disembunyikan (dalam) dada mereka dan apa yang mereka nyatakan.
Inilah akal jika tidak dipandu dengan wahyu. Asal dari satu kebatilan menjadi 2 kebatilan dan seterusnya. Gali 1 lubang dan gali lubang lain untuk tutup kebatilan yang sebelumnya. Sesat habis manusia duduk sibuk dalam kitaran menggali lubang. Alhamdulillah untuk Islam, Al Quran, Sunnah Nabi SAW dan mereka yang mempertahankannya dan menyebarkannya kepada masyarakat.
Sebetulnya dia ini tujukan hal konsep Nur Muhammad terhadap seorang ustad dari seberang cuba dengar ulas balas dari Ustad itu yg menafikan bahawa fahaman Nur Muhammad binlah dari majusi.graduan dari AL Azhar juga sepatutnya dicurigai krn dilihat lebeh banyak memecah keharmonian umat Islam sejagat
Nur Muhammad, Muhammad, Ahmad adalah perkara yang berbeza. Nur Muhammad yang bererti cahaya yang terpuji, Muhammad yang bererti yang terpuji dan Ahmad sangat terpuji
Assalamualaikum Terima kasih atas penjelasan UND yang menarik ini.. Semoga kita semua dijauhi dari "penunggang2 Dajjal" bathiniah yang sesat ini.. Teruskan dakwah UND..👍🙏
1:32:58 Ya! Sangat betul👍 Namun sebaliknya pula saya akan cabar orang atau puak2 tu yang kata; 'sifat 20 adalah falsafah Aristotle!' Puak2 ni jangan risau sebab suka sangat mengugut dengan hari akhirat! Jadi! Oleh sebab di dunia ini mereka tak dapat buktikan atau tunjukkan kitab atau buku-buku Aristotle yang menulis tentang sifat 20!!! Maka di akhirat nanti saya akan buru orang atau puak-puak ni supaya mereka tunjukkan di hadapan Allah SWT kitab atau buku Aristotle yang mereka maksudkan itu. Yang sebenarnya orang atau puak² yang anti sifat 20 tu hanyalah orang² yang termakan racun... Disebabkan puak mereka ada kaedah sendiri dalam ilmu tauhid jadi kaedah siapa sahaja yang bertentangan dengan kaedah mereka, Mereka akan lebel dengan falsafah & air acak bagai. Ada seorang agamawan yang ada title bagai & nak jadi versatile bagai tu; saya pernah dengar dia berkata; "..meraikan produk kesarjanaan..." Mendengarnya! Saya jadi terlopong😱. Agama! Produk sarjana!!!? Owh! Patutlah nak bersaing produk! Sebab agama adalah produk sarjana? Produk sarjana kepala hotak dia!!! Saya tahulah perkataan 'produk' itu ada konteksnya!!! Tapi relitinya dia dah jadikan 'agama' seperti poduk kosmetik yang bersaing dipasaran. Agama bukan lagi penyatuan tapi persaingan; jenama siapakah yang paling laku dan meraih keuntungan yang paling banyak!!!. Kepala hotak sarjana bagai dia biul!!!
[Part 2] Sebenarnya dari segi Ustaz Noor Deros ‘mengecop’ seseorang dengan kategori ahli "bathin"[batin] itupun sudah mengkonotasikan kelemahan besar! Batin apa yang tuan ustaz Noor Deros maksudkan? Ahli silat? Ahli dukun?[atau ahli ma'rifat kepada Allah SWT?]. Belajar rahsia-rahsia Allah SWT tidak sama dengan belajar ilmu psikologi, sosiologi, matematik, fizik, sejarah, ilmu sibernetik, dan sebagainya. Tidak sama!!! Cabarannya terlalu banyak! Sebab itu baik dari segi akhlak dan pendekatan, sangat berbeda antara seorang "Ahli Sufi" dengan seorang "Profesor Akademik." Sangat berbeza!!! Saya [mungkin?]seorang pemegang gelar Ph.D dalam bidang psikologi dengan 'pointer' pencapaian akademik mencapai 3.98; tetapi, jika diukur dari segi "beramal soleh" saya tertinggal berjuta-juta batu[kilometer]jauh di belakang berbanding orang-orang kampung saya malahan oleh budak hingusan di tepi-tepi jalan. Kerana apa? Ada mungkin di dalam hati saya perasaan tidak ikhlas sehingga saya tidak bersungguh-sungguh tunduk kepada Allah SWT kerana mungkin dengan gelar "Ph.D" dengan pointer "3.98"itu menjadi hijab antara saya dengan Allah SWT, saya "tersangkut"[tidak tembus-tembus?] kerana masalah-masalah hati[?]saya sendiri. Bukankah orang bijak pandai pernah menyindir dengan berkata, “The heart has reasons that reason doesn’t understand.”Kalau tidak silap al-Ghazali juga pernah membicarakan soal-soal hati ini di dalam bukunya “The Wonder of the Heart”[kalau tidak silap saya]. Jadi, kalau tidak "tembus" kenapa salahkan kedua-dua ilmu yang sangat suci dan murni - ilmu Ma'rifatullah dan Nur Muhammad itu?! Jangan ukur kedua-dua ilmu ini dengan otak anda, tetapi ukurlah dengan hati dan "penghayatan" anda. Otak akan pecah dan tidak berfungsi sama sekali memikirkan rahsia-rahsia Allah dan kebesaran-kebesaran Allah SWT. Nabi Musa sendiri pengsan! Apatah lagi saya dengan tuan Ustaz. Saya [mungkin?]ahli akademik kerana pernah mengajar di pelbagai sekolah dan pusat pengajian tinggi tempatan selama hampir 35 tahun sebelum bersara. Saya memang agak "sikit" faham bidang akademik. Ilmu berkaitan akademik adalah bersangkutan BESAR dengan kemampuan dan kapasiti OTAK! Berkaitan dengan short-term memory, long-term memeory,olafactory memory, sensual memory, photographic memory yang mana dapat disimpulkan melalui apa yang saya panggil sebagai "Cross-boundary Intelligence" untuk mengingat dan memikir semula fakta demi fakta [dan anda]terjemahkan semula di dalam bentuk peperiksaan untuk mendapatkan markah yang banyak supaya kononnya, cemerlang!! Pengadil terakhir anda adalah "profesor" anda. Ilmu berkaitan keTuhanan adalah sangat berbeda kerana di samping berpandukan Al-Qur’an dan Hadis yang sahih, adalah berkaitan BESAR dengan keikhlasan HATI! Allah memerhati dalaman kamu[seperti niat!]kamu. Justeru itu terdapat dalil yang menyatakan "Qolbu mu'miini Baitullah," [dan ditambah] dengan dalil "Al-insaanu sirri wal-zhoohiru wal-baathinu abdi"[silakan tuan Ustaz perbetulkan saya yaa, sebab saya bukan berpendidikan agama; saya hanya "orang bawahan" bidang psikologi yang mana di kala masuk alam persaraan sekarang ini, bagaikan kanak-kanak kecil mentekuni semula agama Islam dan juga ilmu perbandingan agama]. Ilmu berkaitan keTuhanan akan terpenuhi melalui hubungan[?]hamba dengan Khaliknya yang semestilah "sentiasa akrab-mesra" dan "sentiasa ikhlas"[tetapi bukanlah satu jaminan kerana semuanya adalah kurnia dan kuasa Allah]. Allah SWT sentiasa saja mengintip anda. Kerana "Pengadil" terakhir anda adalah "Tuhan Rabbul Jalil" Yang Maha Adil. Tuhan tidak boleh dan tidak bisa sama sekali disogokkan dengan JUMLAH jutaan wang ringgit, hadiah longgokan emas dan sumbangan taraf sosial seperti pangkat dan darajat. Masalah agama dan keTuhanan ini wahai Ustaz Noor Deros yang saya sangat hormati, kalaulah boleh ia diumpamakan [kerana sekadar untuk MUDAH memahami!], antara hamba dengan Khaliknya [menurut kata orang bijak pandai];kita ini sebagai hamba Allah, adalah seolah-olah seperti ikan mencari air, sedangkan ikan di dalam air[?], perut ikan dipenuhi air, namun ikan[?]masih tidak yakin dan tidak percaya ia sedang berada di dalam air, malahan menyalahkan air sebagai jahat, 'berkabut', beracun, sesat dan menyesatkan. Mana bisa begitu!? Namun ustaz Noor Deros yang saya hormati, para bijak pandai pernah juga memberikan harapan dengan menyatakan bahawasanya [kita!]sebagai seorang hamba Allah itu kalau sabar dan ikhlas, gunung tertinggi mana sekalipun di dunia ini tetap akan berada di bawah telapak kaki kita juga, kalau kita sudah berada di atas puncaknya. Ustaz faham maksud saya, bukan? Untuk mendaki sesebuah gunung itu, jangan kita 'salahi' segala ranting dan pokok-pokok, batu-batu, lobang-lobang, tebing curam, laluan berliku dengan "rugged terrain"nya yang menghalang kita[itu adalah semuanya -cabaran!], tetapi gunakanlah otak dan hati kita, "wisdom" kita untuk terus memanjat ke atas. Bukankah orang bijak pandai mengatakan "Wisdom denotes the pursuing of the best ends by the best means"[?]. Manalah boleh, kita tidak pandai menari, kita salahkan lantai kononnya jongkang jongkit, bukankah tidak bijaksana berkeadaan begitu. Bukankah begitu wahai Ustaz?
Kenapa perkara ini berlaku kerana ada orang yang sengaja tak nak mengubah sistem pendidikan sebab takut orang melayu jadi cerdik nanti tidak dapat sokongan dari orang melayu, kebanyakan tarikat yang percaya Nur Muhammad mengatakan orang melayu hebat seperti Kristian di Eropah meletakkan bangsa Eropah lebih hebat dari bangsa lain dan juga agama Yahudi yang meletakkan bangsa Yahudi lebih hebat dari bangsa lain sudah sampai masanya kita betul sistem pendidikan di negara Malaysia
org kita tak minat kalau makrifat berpandu kan quran dan hadis...yg dia org minat yg ajaib yg terbang yg jauh lari dari al quran... yg boleh hilang sini timbul kat sana...tahap2 superman haaa....yg cam tu dia org minat lahhh
Setuju!!!.. semua dah diasimilisikan drpd ajaran nenek moyang... Yg syok tu, boleh pulak tu depa percaya.. padahal dlm quran dah terang2 Allah berfirman Muhammad adalah manusia biasa..Al isra 93, alkahfi 110..
Mungkin Lebih baik Ikram buat seminar atau kuliah bagaimana kita nak makrifat kepada Allah dengan cara yang sebenarnya. Sebab dewasa ni ramai saudara kita yang mula sedar untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mengenaliNya. Dan adalah mustahil untuk kita mengenal Allah sebab Allah itu bukan seperti yang kita fikir kan.
Bagaimana kita hendak bermakrifat,sedangkan kita sendiri menolak Nur Muhammad adalah mkluk pertama ... Kedua mngetahui asal Muasal kejadian diri kita .. itulah fahaman yg dibawa oleh para para wali Allah
Stakat ini... Ketahuilah bahwa telah ku kabarkan pada mu sedikit dari ilmu ttg rahsia... Dan pasti disosial media bukanlah tmpatnya. Maka kamu jalanilah spiritual mu sebagai mukmin muslim yg beriman dan bertaqwa
[Part 8] Ustaz era pasca-moden seperti Muhammad Noor Deros ini tunggu sahajalah saat "kehancuran"nya kerana dilaknat oleh Allah SWT. Kerana apa? Terdapat dua[2]perkara yang gagal difahami oleh orang-orang Islam golongan Muntada khususnya di Malaysia; [1] Ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma'rifatullah ini adalah ilmu-ilmu bagi "Rahsia-rahsia Allah" adalah ilmu para aulia-Allah. Ilmu aulia-Allah adalah ilmu yang berasal daripada Nabi Muhammad SAW. [2] Ilmu Ma'rifatullah dan ilmu Nur Muhammad ini ditafsirkannya secara "hurufiah" dan dimaknai oleh Ustaz Noor Deros dengan "tafsiran-tafsiran"nya sendiri mengikut lunas-lunas "faham sekularism" melalui [kononnya!] kertas-kertas akademik hasilannya. Ilmu sekularisma Ustaz Noor Deros[saya katakan begini sebab beliau(Ustaz Noor Deros!) suka menggunakan akal-logiknya semata-mata]di dalam memahamkan [ilmu Ma'rifatullah dan ilmu Nur Muhammad]sama sekali TIDAK BOLEH MENEMBUSI ILMU-ILMU ALLAH SWT. "Logic, while a useful thinking tool," kata Profesor Dr.Micheal Hewitt-Gleeson, "is only a tiny part of thinking." Dengar itu wahai Ustaz Noor Deros? [Logic is only a tiny part of thinking!]. Mana bisa, mana boleh logik akal dapat "menangkap" ilmu-ilmu rahsia Allah SWT," kerana ia adalah hanya satu alat berfikir yang penting, tetapi, tidak ada kreativiti, maknanya sangat lemah! Maka itu, Nabi Musa pengsan! Justeru itu, barangkali tujuan Ustaz Noor Deros ingin masuk surga[dan ia sangat baik!]; tetapi, tujuan murni para Arifbillah ialah ingin melihat wajah Tuhan mereka, bertemu dengan Tuhan mereka! Bukankah itu sangat berbeda wahai Ustaz Noor Deros! Jadi, bukan Ustaz Dr.Arrazi yang mabuk, tetapi Ustaz Noor Deros sebenarnyalah yang sangat mabuk. Mabuk kerana mempelajari dan mendalami rahsia-rahsia ilmu Allah SWT, saya fikir, lebih baik daripada mabuk berkaitan hal-hal keduniaan wahai Ustaz Noor Deros? Pujian manusia dengan pujian hasil dari rahmatullah wahai Ustaz Noor Deros, mana satu yang lebih baik?! Kenapa Ustaz Noor Deros saya katakan mabuk keduniaan? Sebab, apabila Ustaz Noor Deros sudah berani menyalahkan, sudah berani menselisih-fahamkan, sudah berani menyerang yang secara konotasinya menyesatkan ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma'rifatullah seperti mana yang diajarkan oleh Tuan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari melalui kitabnya "Kanzul Makrifatullah" dan berani Ustaz Noor Deros "menyerang" ulama-ulama besar[yang walaupun bukan maksum!], tetapi merupakan sufi-sufi besar seperti misalnya ibn-Arabi, al-Jilli, al-Hallaj, al-Madani, dan al-Junaid[hanya menyebut segelintir mereka ini], maknanya, baik secara langsung atau tidak langsung, anda telah juga menyesatkan satu figura yang agung di sisi Allah, Tuan Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani, Sultanul-Aulia. Maknanya secara tersirat, Ustaz Noor Deros juga telah mengecop "sesat" ke atas dahi yang suci Nabi Muhammad SAW.
Golongan cam ko la tunggu dilaknat Allah.. kesian...org mcm ko la Allah byk cela.. org yg zalim..selalu rase diri tu yg tertinggi, terpaling hebat.. sebijik mcm pemikiran syaitan.. org bgtau kebenaran, tp sbb dah terpaku dlm kotak pemikiran, org lain pulak diajaknya.. org macam kamu la sgt bahaya sbb cepat sgt mengkafirkan org, melaknat org n sampai tahap bunuh org seagama pon ko berani.. ko lah munafik penunggang agama yg tak sedar dipengaruhi syaitan!
UND, golongan pengikut Arius itu bukan saki-baki orang Islam kerana walaupun mereka tidak menyamakan Isa a.s. dengan Tuhan Bapa, mereka tetap menganggap Isa memiliki sifat ilahiyyah - "divine but subordinate to God the Father" . Wakil fahaman teologi Arius zaman moden ini ialah kumpulan Jehovah Witness (Saksi Yehowa). Dalam fahaman Jehovah Witness, Isa (Yesus) itu Malaikat yang tercipta. Lebih tinggi maqamnya daripada orang biasa, tapi tetap subordinate kepada Tuhan Bapa (God the Father).
Nur itu roh dan muhammad itu nana bagi roh.. awal2 makhluk yg allah jadikan nur muhammad.. sebelum daripada itu dikatakan azali.. allah itu bukannya sifat allah itu nana bagi zat. Zat itu dirinya dan sifat itu kelakuannya (roh atau nur muhamad )
Orang tarekat selalu kata kita yg tak bertarikat nie tak paham,tak mrngaji,tak penah rasa dan tak alami sendiri.Depa kata kita cakap kosong sembang kosong.Tak tahu apa dan tak paham apa sebab kita nie kulit.Tak di bimbing guru mursyid.Kita nie depa anggap tidak beradab..Nor derus penghasut !ok stop! Sekarang nak bg taw geng tarekat yang percaya nur muhammad,wahdahtul wujud,qutub dan bla2..jgn syok sendiri.Nor derus sebenarnya bukan tulis kitab kritik angpa geng tarekat.Dia pon kutib kalam ulamak.Imam Al ghazali dan imam Abu hasan Asyaari menolak dogma,doktrin,idea,teori tarekat seperti itu.Sepatutnya golongan tarekat nie lontarkan pertanyaan kepada dua imam tersebut.Tanya imam ghazali dan imam Abu hasan Asyaari ada guru mursyid ka tidak? Imam ghazali penah rasa ka tidak.Tuju soalan kepada dua imam ini br betol bukan kpd nor derus..lepas tu boleh kita beza keilmuan geng tarikat dengan imam ghazali..lps tu geng tarikat boleh kot berambus klaim Ahli sunnah wal jamaah! Jgn klaim Aswaja..buat aliran mazhab baru...saya cadangkan nama Ahli tarekat wal jamaah.
Ahli aklak wal jamak wal jemaah luruskan kedudukàn batang tubuh.lurus pertuturan perbuatan,sempurnakan Segala janji .apa guna kelentong tentang diri bila apa di ajarkan kepada kanak kanak Kita lupa.lurus tidak ada ,berpura menipu, mmembazir .renunglah.apa guna perkara ini tak selesai.dok sembang diri .semua tulisan mati Yang mengarang tiada Yang menbaca Masih bernafas.this rhetorics has and will enduringly create this enduring contraversy.look into your I AND SEE you will find a demiurge that you have created but are you aware that you live and die in every moment of you temporal life.
bukan org tarikat yg kata. tapi kata tuhan, org yg beriman apabila mendengar nama tuhanya, maka gementar jiwanya.. ini akal ke rasa?. bab iman pun belum mengerti ke?.ini rukun pertama iman. percaya sampai gementar jiwanya. rasul ketika turun dari gua hira selepas wahyu pertama menggigil atau tidak?. ttg nur muhammad ini jelas di ayat surah annur ayat 35. pentunjuk itu tetap dari ALLAH, sebab adanya nur muhammad.manusia dpt kenal tuhan kerna kata2 tuhan tidak berbunyi , bermula dan berakhir kerna jelas tuhan bukan mahluk. bukan nur muhammad itu hakikat petunjuk. tapi ayat itu terangkan tth nur yg berlapis. dan hakikat nur itu hanya dari ALLAH. contoh.. bila lihat bulan waktu malam, manusia kata itu cahaya bulan. betul ke tu?. bukan , itu cahaya matahari. namun tiada manusia yg berkata org yg berkata cahaya bulan itu sesat. senang lihat ' cahaya bulan' atau cahaya matahari?.begitulah perumpamaan hidayah ALLAH.
Sayangnya menurut Ahli dan didukung Syaikh Al-Azhar bahwa Salafi kontemporer itu bukan Hambaliyah, maka Salafi kontremporer itu termasuk Ahlussunnah dari jenis yang tdk diketahui.
Hati hati dengan lidah dan telinga ... jika ianya benar taape jika ianya fitnah akhirat sangat berat bagi yang bercakap berunsur fitnah ... lebih lebih lagi fitnah ini ditujukan khusus kepada ahli sufi . Sedangkan ahli sufi tak pernah dengar pun tentang apa yang anda kaitkan fitnah anda dengan mereka kerana setahu saya wahdatul wujud itu fahaman martabst tujuh bukannya ahli sufi ... jika ternyats anda memfitnah ahli sufi ... tuan tuan semuan bersegeralah bertaubat. Sebelum hari hisab sedangkan lidah dan telinga kita akan dihisab kelak jika ianya adalah tidak benar tentang tuduhan kamu itu kepada Ahli sufi. NAUZUBILLAHIMINZAALIK.
Tuan, Luaskan akal yang sihat dengan menganalisa dan tidak memandang sebagai " fitnah yang sangat berat" .. Apa yang diperbincangkan adalah satu perbahasan keilmuan dan berasas dan sihat untuk kita menerimanya dan seterusnya membuat perbandingan dari pihak lain yang membincangkan isu yang sama ataupun meneliti akta-fakta pro batiniah/sufi/"makam tertinggi" mempertahankan fahaman "nur muhammad". InsyaAllah jangan takut menggunakan kebijaksanaan akal demi mencari yang benar dan jangan mematikan akal dengan mengatakan ini fitnah...ini wahabi...ini salafi....ini tidak berguru....
Kalau lihat video2 ND ni banyak dia suka komen ustaz2 yg memberi ceramah sesuatu ilmu sedangkan dia sendiri tak menyampaikan ilmu yg ada pada dirinya. Dia juga komen ustaz2 dari luar negara yg aku rasa ilmu dia org jauh lebih dalam dlm pengajian mereka. ND sendiri tak ada ilmu makrifat tapi suka memperlekehkan ilmu tersebut. Pada fikiran peminat ND adakah itu benar. Nama video dia makrifat sidang kalam tp jalan makrifat dia kelaut nak bukti itu ini dsbnya. Kamu fikir2 lah sendiri
Saya sangat curious bagaimana dengan penerimaan konsep Nur Muhammad ini boleh bermula? Apakah ia sudah ada di zaman keemasan Islam di bawah Daulah Ummayah, Daulah Abbasiyah, Daulah Osmaniah? Apakah konsep ini diterima oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz? Sultan Salahudin Al Ayubi? Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah ia disebarkan oleh para Imam mazhab? Imam hadith? Imam-imam mujtahid zaman daulah terdahulu? Apakah konsep ini baru sahaja bermula sepertimana bermulanya kefahaman yang disebarkan oleh Muhammad ibn Abdul Wahab dan anak muridnya?
Baru je. Konsep ajaran hakikat Muhammadiah/nur Muhammad/wahdah al-wujud/martabat tujuh/7 dragon balls tu tiada pun di zaman para sahabat, tabiin, atbaut tabiin, para imam mazhab, zaman abul hassan al-asyari, zaman sultan Muhammad Ali Fateh & lain² yg saudara sebutkan tu. Yg claim, sandarkan & tempelkan kpd nama² yg saudara sebutkan tu ada lah.
Orang kita dulu main ngaji je. Lagi pun ilmu hadis tak menyerlah di Alam Melayu. Itu bersepah ikut fahaman batil. Hakikat Muhammadiah ni pun asal daripada ilmu kalam yang merosakkan akidah Islam. Kebanyakan Kitab Ulama Muktabar Ahlus Sunnah yang membantah fahaman Ibnu Arabi tak diterjemah maka umat Islam ramai yang tak tahu tentang kebatilan Hakikat Muhammadiyah yang berselindung atas nama tasawuf.
Dalam Kitab Fadhail Sahabat karya Imam Ahmad dah ada riwayat Nur Nabi Muhammad SAW dan Nur Saidina Ali r.a. Di sini boleh tahu siapa yang mula sebar fahaman Nur Muhammad makhluk sesat ni !
Kata Ahmad Laksamana “Tak payah mengaji, sir tajalli datang sendiri” iii) Ilmu ini daripada datuknya dan datuknya pula belajar ilmu ini daripada Tok Kenali dan juga Tok Kemuning. Pusaka daripada moyangnya Raden Warjono.
geng2 pemalaih semayang ja yg nak sangat jalan mudah dalam Islam ni..main niat saja, main yakin saja...amalan satu pun takbuat,semayang jumaat tuang..lepaih tu mengelupoq lebih bila kena tegoq, nak suruh ugama tu ikut hangpa punya pemalaih....baca la kat komen2 bawah ni byk yg mengelupoq...
Ini huraian pandangan dia....pandangan org lain ....lain pulak...... Yg penting aq percaya nur muhammad..... Ada jgk manusia zaman skrg ni bertuhankan hadis dan dalil......sedangkan hadis dan dalil itu sebagai salah satu jln utk sampai kepada allah s.w.t
@@nazrulnaz5887 alamak. .tang tu pun xpaham. .wali hang x ajar ke?. .sunnah tu perkataan umum. .untuk lebih spesifik sunnah bahagian percakapan nabi. .dipanggil hadis. .
@@nazrulnaz5887 apa hang ingat sunnah ni pakai jubah serban saja??. .klu disitu ukurannya hang kena ingat. .abu jahal abu lahab pon pkai jubah serban jga. .bhkan lebih tebal dri tok syeikh tarikat hang. .wkwkwk
Jikalau nabi Isa atau iman Mahdi yg di tunggu saperti dalam cerita kebanyakan ustaz yg saya dengar. Apa kah ustaz percaya Nur muhammad ada pada mereka?Saya dapati dalam perjalanan saya ada org yg nk percaya buat berbagai hal untuk tujuan itu. Jika ustaz sendiri tidak ada pengalaman sendiri dari hal Nur Muhammad bagaimana ia muncul ke atas diri individu tertentu bagaimana ustaz boleh menerangkan secara pasti.ustaz pernah di siksa sampai tuhan ustaz datang atau tidak?maaf lh yer.saya ini peminat yg mencari pasti jer.satu lagi soalan saya untuk ustaz. Bagaimana Nur Muhammad akan terujub pada manusia tertentu atau saperti inkirnasi.jalan mana ia Nur Muhammad masuk ke dalam ujub org yg terpilih itu. Mohon pencerahan dari ustaz
[Part 11] Adalah sangat jelas ulama-ulama di hampir keseluruhan pelusuk Alam Melayu adalah para pengamal dan penyampai malahan “berpegang teguh” kepada ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma’rifatullah. Mereka belajar daripada seorang guru mursyid dengan gelar Gauts az-Zaman al-Waliy Qutb al-Akwan asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Karim as-Samman al-Madani[2] (al-Hasani al-Qadiri al-Quraisyi. Mereka ini adalah golongan ulama bangsa Melayu mantan murid kepada al-Madani yang [juga!]terdiri daripada wali-wali Allah yang bergelar Qutb misalnya; Qutb Zaman Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari Qutb Maktum Syeikh Abul Abbas Ahmad at-Tijani (pendiri tarekat Tijani) Qutb Syeikh Abdus Samad al-Palimbani Qutb Syeikh Abdul Wahab Bugis Qutb Syeikh Abdurrahman Mishri al-Jawi/al-Batawi Qutb Syeikh Dawud al-Fathani Sekarang kita nak tanya Tuan Syeikh kita Ustaz Muhammad Noor Deros yang sudah “mabuk” dengan puji-pujian ini apa taraf kewaliannya berbanding Wali-Wali Qutb yang juga semuanya ulama Melayu di Kepulauan Melayu@Alam Melayu? Saya fikir sudah sampai masanya yang sangat tepat “Tuan Syeikh Muhammad Noor Deros” membuat introspeksi diri dan kembali kepada landasan Islam yang sebenar-benarnya dan tidak lagi meneruskan faham Muktazillahnya yang boleh membawa “fitnah terbesar”[!] kerana boleh mengelirukan golongan Muntadi[golongan orang awam biasa]di Malaysia ini mahupun di Indonesia. Setakat hafal hadis, hafal Al-Qur’an[yang sebenarnya memang bagus!]adalah tidak mencukupi kerana orang-orang Kafir juga boleh berbuat seperti Tuan Syeikh Muhammad Noor Deros ini. Saya fikir kerana penguasaan bahasa Inggeris yang cukup baik, saya sarankan Ustaz Noor Deros pergilah mempertahankan kesucian agama Islam dengan berdebat dengan orang-orang Evangelis Kristian seperti Christian Prince, David the Broken Wood[David Wood], Robert Spencer, Jay Smith, Abdul Fadhi, dan Sam Shamoun daripada Ustaz Noor Deros membuang masa dengan “Faham Muktazillah” yang bertanggungjawab menghancurkan agama Islam dari dalam[!]. Kerana bagi saya, bukan golongan Evangelis Kristian seperti tersebut di atas yang menghancur-lumatkan agama Islam dan perpaduan kaum Muslimin-muslimat sekelian, tetapi orang seperti Ustaz Noor Deros inilah [sekiranya dibiarkan!]yang akan nanti menjadi “time-bomb” yang sebenarnya menjadi “gunting di dalam lipatan” bagi membunuh perkembangan dan kreativiti agama Islam yang suci-murni itu. Kerana apa? Faham sekularism yang bergantung sepenuhnya kepada “dalil-dalil akademik” dan “akal logik” tidak sama sekali boleh mendasari ketinggian ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma’rifatullah. Logik akal tidak boleh mencapai maqom-maqom Arifbillah tertentu bagi menuju keagungan dan kesucian Tuhan selain daripada bimbingan guru-guru yang mursyid melalui amalan-amalan khusus tertentu. Jangan mudah keliru! Jangan kerana disebabkan Ustaz Noor Deros bergaul dan berguru dengan Dukun-dukun Santet [para pengamalaI lmu kebatinan hitam/syaitan!]yang katanya kebal-kebal dan bisa terbang kesana-kemari dan boleh ghaib tanpa kesan, lalu Ustaz Noor Deros membuat suatu “generalisasi” menyamakan mereka dengan golongan para Arifbillah. Tidak begitu! Dari segi kebal sekalipun, orang yang memakai benda seperti “rantai babi” pun dikatakan orang, kebal juga! Jadi, Ustaz Noor Deros jangan terkeliru apabila membuat perbandingan di antara “istidraj” para Dukun-dukun santet dengan “karamoh” para aulia-Allah, lalu Ustaz Noor Deros membuat generalisasi [terhadap aspek batin dan kebatinan]bahawa aulia-Allah itu sama seperti Dukun-dukun santet. Lantas Ustaz Noor Deros memperlekeh dan meremehkan karomah Allah. Ingat Ustaz Noor Deros. Tidak semua yang kuning berkilauan itu emas! Namun demikian, mesti ada satu yang tulin! Ingat itu. Sebagai suatu kesimpulan, kerana apabila anda kata ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma’rifatullah itu sebagai “sesat” sedangkan [sudah dijelas dan dibuktikan seperti di atas bahawa ia adalah ilmu para wali dan aulia-Allah!] yang diwarisi daripada Nabi Muhammad SAW [dan telah diajarkan oleh SYEIKH AL-MADANI salah seorang keturunan Nabi Muhammad SAW]kepada ulama-ulama Melayu - [seperti nama mereka disebutkan di atas] itulah petanda yang paling ketara bahawa Ustaz Noor Deros dan kawan-kawan yang sealiran dengan anda adalah sebenar-benarnya kumpulan - “Muktazillah” pasca-moden! Saya fikir Ustaz Noor Deros istighfarlah banyak-banyak dan kembalilah kepada pegangan ulama-ulama dan Wali-wali Qutb orang Melayu yang sentiasa mengikut Sunnah Rasulullah SAW sejak agama Islam bertapak di Kepulauan Nusantara dan Alam Melayu dari dulu sehingga kini! Belum tentu sekarang ini Universiti Medinah dan Universiti Al-Ahzar mengajarkan ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma’rifatullah ‘semurni’ dan ‘setepat’ ajaran ulama-ulama Melayu [bermula lebih aktif paling kurang 300 tahun yang lalu!] disebabkan Wahhabi[?]dan Salafi[?]sedang [mungkin?] lebih berpengaruh di kedua-dua buah universiti itu. Justeru, para siswazah lulusan di kedua-dua buah universiti itu yang kemudiannya pulang ke tanah Alam Melayu sebagai kelompok ustaz pasca-moden tidak berpeluang mendalaminya. Kalau anda percaya mahupun tidak percaya, lihatlah apa yang telah terjadi di kota Makkah dan kota Madinah sekarang ini. Hampir semua ramalan yang terdapat di dalam hadis-hadis Rasulullah SAW telahpun hampir terjawab dan terpenuhi. W’alam. 30/03/2023; 03:03 a.m.
Patutla geng tariphat ni mudah terhasut..sbb bnyak nak kena baca dan fikir...bgi mereka hormat tok sheikh lebih utama dri ilmu...sbb tu aku pelik kawan2 aku geng malifat dan sufi ni duk update g jumpa sheikh cerok mna ntah..duduk pondok buruk..imej mcm org gila..zuhud la kot bgi mereka
Kalau dgr sebelah pihak kita akan kata betul..mcm politik juga.dengar keduanya kita akan dapat menilai sebaiknya..hadis dia pakai tidak lebihkan rasullullah saw bermaksud baginda tidak mahu seperti nabi Isa as yang mana pengikut anggap nabi Isa as sbagai tuhan.memuji baginda saw sebagai penghulu sekalian roh Dan penyelamat kita diakhirat kelak tak salah.siapa kah penyelamat kita diakhirat kelak?.nur Muhammad tiada? Bagaimana Adam as bole bersyahadah pada Allah Dan muhd sedangkan muhd belom turun lagi..begitu juga nabi Ibrahim as ingin termasuk dalam umat muhd..apa yang kita x nampak tapi para rasul nampak?
Ni masalah puak2 kau guna akal pegi fikir soalan pelik2 yg mana pengetahuan tu urusan Allah tp korg sibuk duk buat teori itu ini, akhirnya merapu rapu. UND dah terang dan tunjuk dgn fakta tp masih nak pusing?
@@ShadowBlades6194jika ko org yang benar beragama bukan ikutan Sila semak betul2 dalil kedua pihak.ilmu je ditulis.rahsia tidak ditulis.ada didalam alquran.sebab itu golongan hadis akui mereka x mahir tafsir alquran sperti kata Dr maza.pengakuan ada dlm Salah satu RUclips Dr Maza sendiri.
Syabas satu garapan dan kajian yg banyak dari Ustz Noor Derus. Tetapi tetap hanya satu versi pandangan dan rumusan dari pendapat dari pelbagai kitab dan penulisan. Boleh kita simpulkan beliau adalah pengkaji yang rajin dan kuat berusaha utk mencari kelemahan dan kepincangan dari sudut pendapat dan kefahaman beliau. Hanya satu versi atau satu lapisan ilmu shj. Ya ada yg benar dan ada yg samar² lagi. Bab sanad, ijazah dan persambungan rantaian ilmu dari org² soleh dia tolak nampaknya. Bab Waliyullah dan kredibiliti Ulamak beliau tolak beliau anggap kegelincirian ilmuan. Mana perginya kebaikan dan kebenaran Pendapat Ulamak yg dikreditkan...tiada..hanya memetikkan sesuatu yg sesuatu dirasakan dan terkeluar dari Al Quran & Sunnah. Jika salah tuntas pemahaman pengikut yg jahil itu kita sokong tiada pertikaian tetapi menyalah tuntas ulamak saya kira kurang wajar...Siapa Ustaz Noor Derus? Apa authority beliau? Apakah beliau hanya dapat authoritas Umum atau lantikan dan kuasa utk menghujat Ulamak?
Kalau wahabi pun dia dtg dgn quran dan sunnah dan kitab para ulama kajian kajian yg bertulis serta artikel academic… bukan dari mimpi borak kosong mat lipat
@@Masakcooking98 Mereka yang tak suka Ustaz Noor Derus sebab UND bongkar kesesatan Hakikat Muhammadiyah. Jadi mereka kaki Matlipat yang tak berpelajaran tinggi ni tak boleh terima kenyataan.
[Part 7] Saya pernah mengkritik Ustaz Dr.Arrazi kerana kritikannya terhadap Dr.Zakir Naik yang mana saya fikir, kurang tepat!. Namun saya menyokong dan mendukung [100%]Ustaz Dr.Arrazi dalam bab ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma'rifatullah kalau ia berlandaskan ajaran ulama seperti mana yang diajarkan oleh Tuan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari melalui kitabnya “Kanzul Ma’rifat.” SAYA FIKIR, kalaulah "benar" Ustaz Muhammad Noor Deros [memang jelas!]mengingkari bahawa wujudnya ilmu "Nur Muhammad" dan ilmu "Ma'rifatullah" serta Ustaz ini menolak adanya aulia-aulia Allah[kerana sering kali dia ini nampak jelas sangat mempertikaikan wALI-aLLAH dan membuat gurauan lucu terhadap wali-wali Allah], maka pada pendapat saya Ustaz Noor Deros sudah meletakkan dirinya sebagai "Sesat" dan sangat “menyesatkan." JUSTERU, SEBENARNYA BUKAN DR.ARRAZY HASYIM YANG BANYAK INGKAR KEPADA ULAMA, TETAPI SEBENARNYA USTAZ MUHAMMAD NOOR DEROS LAH YANG SERING KALI “MENYESATKAN” ULAMA-ULAMA!!! Ustaz Muhammad Noor Deros[Ustaz Noor Deros], duduk di maqom mana, adakah di Muntadi, Muntada atau Muntaha? Anda tidak faham, tetapi berpura-pura faham dengan memperlekeh dan meremehkan ilmu Ma'rifatullah dan ilmu Nur Muhammad, tunggu sajalah Laknat Allah ke atas diri anda!!! Dalam soal berkaitan ilmu Nur Muhammad, Ustaz Dr. Arrazy Hashim [sekiranya ia belajar mendalaminya daripada ulama-ulama pesantren di Kampung Kalampaian, Martapura, Kalimantan, Indonesia], insya-Allah Ustaz Dr.Arrazi di dalam lingkungan yang benar! Kenapa saya bercakap demikian? Kerana ulama-ulama di Kampung Kalampaian itu adalah ulama-ulama pewaris ilmu Ma'rifatullah dan ilmu Nur Muhammad daripada ajaran Tuan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari yang cukup terkenal dengan kitabnya yang berjudul "Kanzul Ma'rifat” itu. Kalaulah Ustaz Dr. Arrazi belajar ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma'rifatullah daripada guru-guru yang lain[selain daripada!]ajaran Tuan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari, saya tidak berani komen panjang lebar. Sebab saya tidak tahu. Dari segi ilmu Nur Muhammad ini Dr.Arrazi tidak banyak yang ingkar kepada ulama, tetapi, berselisih faham dengan para ulama[mungkin!]ada. Itu perkara biasa! Asalkan jangan sampai sesat-menyesatkan antara satu sama lain. Kerana ilmu Ma'rifatullah dan ilmu Nur Muhammad ini adalah cabang ilmu yang terlalu tinggi. Sebenarnya, jarang diceritakan atau diajarkan [secara bebas seperti di universiti-universiti atau di kuliah-kuliah awam tertentu [kerana ia] adalah “ilmu yang terkhusus", ilmu berkaitan keTuhanan yang cukup tinggi, jadi untuk ilmu ini diajarkan dan disebarluas mestilah dengan cara-cara yang khusus juga! Tidakkanlah ilmu Allah yang suci murni diajarkan di "tandas-tandas awam," betul tidak? Fahamkah Ustaz Noor Deros apa yang saya maksudkan? Kerana 'level' ilmu ini cukup tinggi dan SUKAR DIFAHAMI DENGAN AKAL FIKIR LOGIK bagi orang-orang biasa, kerana ia boleh menjadikan seseorang awam tertentu boleh "sesat" kerana kedua-duanya adalah ilmu berkaitan "rahsia-rahsia KeTuhanan", rahsia alam Malakut dan rahsia alam Jabarut. Orang dengan ijazah Ph.D. sekalipun, akan dipandang biasa-biasa saja oleh Allah SWT. Tidak semudah itu! Ia kurniaan Allah SWT. Melainkan kalau seseorang hamba Allah itu bertaqwa. Ingat, rahsia hidayah bukan atas kuasa pada Nabi-nabi, tetapi rahsia Allah SWT. Jadi, gelar PhD. bukan satu jaminan seseorang itu faham dengan ilmu Makrifatullah mahupun ilmu Nur Muhammad ini. Tidak begitu! Ia kurniaan Allah SWT. Justeru, kalau anda mengumpamakan belajar ilmu "rahsia-rahsia Allah" sama dengan belajar ilmu fizik, psikologi, sejarah, dan sebagainya yang anda adili melalui kertas-kertas akademik, adalah salah [dan anda tetap selama-lamanya salah!]sampai bila-bila!. Maka itu, sebagai buktinya, Ustaz seperti Noor Deros berkata ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma’rifatullah adalah ilmu yang “sesat.” Kerana bagi anda, kalau tidak logik, kalau tidak ada dalil bersifat akademik yang menyokong, maka ia ilmu yang salah, ilmu yang sesat! Kalau saya uji anda [Ustaz Noor Deros] dengan pertanyaan-pertanyaan yang tidak logik dan kemungkinan akan mengelirukan anda, tetapi pada hakikatnya benar; bagaimana? Katakanlah dalam bab persucian atau istinja. Kalau Ustaz Noor Deros berak dan kencing, cukupkah bagi anda dengan hanya membaca doa masuk tandas atau doa selepas “bercebuk”[?]dan lepas itu, selesai!? Itu istinja anak-anak kecil namanya wahai Ustaz Noor Derus! Cukup memadaikah begitu? Najis anda itu anda buang dimana, dalam mangkuk tandas? Pada air? Pada lubang tanah? Pada angin? Kesemuanya itu adalah makhluk Tuhan! Lalu, dimana harus Ustaz Noor Deros membuang najis anda? Di udara? Pun udara itu juga makhluk Tuhan. Jadi, dimana anda membuang najis anda? Ia suatu kenyataan [persoalan!]yang sangat mengelirukan, bukan? Kerana kalau anda tidak tahu rahsianya, anda sudahpun melempari [setiap hari!]Zat Allah SWT dengan “najis-najis” anda. Akan jadi laknatullah lah anda. Nauzubillah! Maka itu anda berkata ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma’riafatullah adalah ilmu yang “sesat.” Orang tidak pandai menari, dia fikir lantai jongkang jongkit, begitulah keadaan yang boleh digambarkan terhadap perilaku Ustaz Noor Deros. Saya yakin 100%, kalau Ustaz Noor Deros faham dengan maksud saya di dalam bab persucian atau istinja ini, sudah pasti Ustaz Noor Deros akan “membenarkan” ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma’rifatullah itu. Kalau tidak, selama itulah anda akan melemparkan najis-najis anda[nauzubillah!] kepada Zat SWT, Zat Wajibul-wujud! Jadi, bagaimana? Mengelirukan, bukan? Orang yang tidak belajar, tidak faham dan tidak menghayati memang keliru! Adat orang belajar, kalau suatu benda itu tidak susah sekalipun dia akan kata susah kalau tidak memahami, walaupun [ia] sangat mudah! Justeru, wahai Ustaz Noor Deros, walaupun anda seorang pemegang pelbagai gelar “Ph.D” namun gelar-gelar tertentu keduniaan itu jelas tidak membantu mengenal diri anda dan Tuhan anda. Jelasnya, gelar Ph.D tidak dapat sama sekali mendekatkan diri anda kepada Tuhan[walaupun mungkin boleh membantu]. Kerana masih terlalu banyak lagi perkara-perkara berkaitan ilmu keTuhanan atau “rahsia-rahsia Allah” yang masih anda kurang fahami kerana anda tidak menghayati dan tidak belajar [apatah lagi]kalau hati anda terlalu sibuk ingin menyesatkan hamba-hamba Allah yang lain ! Bayangkanlah, malahan Wali-wali Allah pun menjadi bahan ketawaan dan gurauan anda. Saya fikir anda tersalah memilih guru-guru tarekat anda. Kerana apa yang anda katakan mengenai ahli sufi, ahli tarekat mahupun Wali-Allah adalah jauh sama sekali daripada apa yang saya maksudkan. Sebagai contoh, Ustaz Noor Deros sendiri yang [sudah terlalu tinggi ilmunya]hanya berupaya menggunakan logik!], tetapi, tidak sama sekali dapat memahaminya kerana Ustaz Noor Deros hanya memaknainya melalui logik akalnya semata-mata, tetapi tidak anda "menghayati"nya, TIDAK BERGURU KEPADA SEORANG GURU YANG MURSYID untuk membimbingi anda seperti misalnya, apa makna Tauhidul Af'al, Tauhidul Asma, Tauhidus Sifat dan Tauhidul Zat itu. Semuanya gagal difahami oleh Ustaz Noor Deros, walhal ilmu logik Ustaz Noor Deros sudah terlalu tinggi! Sesungguhnya, Ustaz Noor Deros tidak belajar daripada kebijaksanaan cerita Nabi Musa yang ingin melihat wajah Tuhan. Dan Nabi Musa pengsan! Kalau sudah, kenapa Ustaz Noor Deros tidak menghayatinya? Agaknya, siapa yang tinggi ilmunya dan ketaqwaannya, Nabi Musa kah [atau] Ustaz Noor Deros?
Siapa dia Tn Sheikh Muhammad Arsyad al Benjari? Ulama di iktiraf dunia lslam ke? Pernah di undang atau mengajar rincian lslam, Quran dan Hadiths, di mana2 universiti? Ada kumpulan2 fatwa dia yg telah di cetak bukukan di jadikan bahan rujukan pengkaji2 lslam? Jika tiada, dia hanya Sheikh kabir pada pengikut kecil nya sahaja. Islam itu mudah; kembali lah pada Quran dan Sunnah. Tdk di sebut dalam Quran atau pun hadith2 tentang makrifat.
Saudara, mohon kawali adab dan akhlak Islam. Tidak di ajar Rasul (saw) mengata kesat dan keji. Jika beza pendapat, berlapang dada. Buat kajian dan pembacaan lagi.
@@marizannor5606 Mudah bercakap kembali kepada Qur'an dan Sunnah. Mudah, sangat mudah? Tetapi, adakah anda seorang peneliti yang tekun? KERANA TELAH TERBUKTI, saya fikir sudah sebelas[11]Bahagian (Part 1 - Part 11]telah saya peruntukkan untuk menjelaskan bukan hanya ketokohan Tuan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari, tetapi juga, termasuklah saya juga sempat menyebutkan sebahagian nama para ulama-ulama Melayu di Kepulauan Nusantara ini dan termasuklah guru mereka al-Madani. Kenapa anda tanya lagi? Sayang sekali, anda sebagai seorang yang terpelajar dengan gelar Ph.D yang berjela-jela banyaknya dan anda mengajar di puluhan universiti, tetapi tidak pula anda 'faham' [atau terbaca!]apa yang saya telah kemukakan. Anda butakah? Atau anda berpura-pura buta? Sebab apa? Kerana, kecualilah kalau anda seorang yang tidak berilmu dan buta, kerana apa, dengan pertanyaan anda ini fahamlah saya bahawa anda sebenarnya "buta sejarah" dan "buta mata hati" sehingga bukan saja tidak pernah kenal dengan tokoh-tokoh Islam di Alam Melayu malahan anda bertanya: "Siapa dia Tn Sheikh Muhammad Arsyad al Benjari? Ulama di iktiraf dunia lslam ke? Pernah di undang atau mengajar rincian lslam, Quran dan Hadiths, di mana2 universiti?" SAYA SAMA SEKALI TIDAK FIKIR ANDA SEORANG YANG BUTA MATA HATI DAN TIDAK BERILMU. NAMUN KENAPA ANDA BERTANYA SEOLAH-OLAH BUTA SEJARAH TENTANG ULAMA-ULAMA YANG TELAH MENGAJAR DAN MENDIDIK DATUK-NENEK-MOYANG ANDA SATU KETIKA DAHULU? jadi,sangat jelas, anda berpura-pura TIDAK TAHU DAN BERPURA-PURA bertanya siapa dia Tuan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dan rakan-rakan yang seperguruan dengannya. Kerana, kalau anda masih bertanya, maknanya, anda tidak baca keseluruhan {Part 1 - Part 11}daripada teks saya. Maknanya, anda tidak teliti atau membaca secara melompat-lompat kerana anda rasa sudah pandai. Inikah ciri-ciri orang yang dikatakan seorang berilmu?
@@marizannor5606 adakah anda [atau guru anda:Ustaz Noor Deros!] berani "mengecop-sesatkan" para ahli sufi, Wali-wali Allah dan ulama-ulama terdahulu itu memperlihatkan bahawa anda seorang yang terkawal adabnya dan anda berakhlak Islamik?
Inilah kritikan yang baik. Mana yang baik teruskan, mana yang kurang kita perbaiki dan beri lebih hebat. Semoga berjaya Sidang kalam dan UND.
Sidang kalam satu gerakan cabang wahabi mesir. Mereka juga cari duit dan upah . Mereka hentam wahabi to aspi tid ask Po arah. A DD as beber aspa tokoh wah as bi di indonesia y yang lebih sudu d asri kuah sup. Muncul 2 orang se to askat ini yang pu Rda topura bukan wahabi. C as Rda hujahn ya as ala wahabi. Sering iftifar dan ycap tamjid. Lulusan mesir ini boleh jadi guru bahasa arab dan guru fardhu ain. Tdpi mereka campur urusan oaranormal uslam dan tarekat tempatan dan indonesia. Mereka menyerang guru berlesen tarekat seperti Buya Razi dan Dr jahidm seeta Dr Saari. Mereka serang ahlu akademik yang jadi guru tarekat dan hakikat. Mereka:-serang paranormal yang ada pusat rawatan islam. . Tujuannya mengahancurkan. Merrka tak serang tokoh wahabi dan dukun santet. Tujusn pertama dapat kimusen u tube sambil jual buku dxn kutip deema sumbangan. . Ada nor Berus dzn ada syabudin dari jeram selangir. Heram itu banyak bugis dan ladang kelapa sawit. . Mereka bukan pegawai agama... M Ed nyer az ng carà wah as bi d asn inbu at asimiyah itu buruk. .mereka tzk suka guru leoasan pondok dan guru. T arekat. Ystaz udrus d asri trengganu mahir isu dan uasul fekah.. Rora Po pensyarah wahabi lemah daya cipta fahaman fekah. Dia macam baru keluar dari hutan. Poeng to as huannya cetek to aspi penuh keyakuan. Dia kata khilaf itu boleh. Po ad as hal ulama m aslaysia sudah 100 t azhun tulis h asl hukum itu. Dia tak baca.. Ger ask asn m Ed nyerang mursyid tarekat to az ng berlesen ad aslah ger ask asn c as b asng wahabi juga.
Semoga Allah pelihara UND. Pembongkaran satu rahsia yang kebanyakan org tiada pernah tahu atau menyangka
Terima kasih Ikram Selangor dan Ustaz Nor Derus diatas pembentangan serta penjelasan mengenai tajuk yang diutarakan
Saya mendengar kuliah ini berkali kali dalam masa beberapa tahun ini kerana ia sangat penting untuk menangkis batiniah. Saya hampir 8 tahun belajar dalam kelas kerohanian sebegini. Senang kata, syahadahnya tiada apa2 cuma Allah yg wujud. Wahdatul wujud. Alhamdulillah, Allah bukakan minda saya yg pernah taksub kepada guru "mursyid" yg dianggap wali...kasyaf on dan off. Balik semula kepada ajaran Nabi SAW.
Alhamdulillah. Terima kasih IKRAM Selangor dan Sidang Kalam kerana menganjurkan wacana ilmiah oleh Ustaz Noor Deros perihal Nur Muhammad kepada orang awam. Semoga kita semua terpelihara dengan aqidah yang haq menurut yang dikehendaki Allah SWT dan yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah.
Sy awam t.kasih bnyk2 penjelasan perjuangan UND. Memandai ummat. Moga und terus kekal hidayah di bantu Allah.aamiin.ada sumbangan ustz pd ummat di malaysia.
T.kasih ustz ND...
Semoga Allah permudahkan segala urusan dan perjuangan UND dan SK.... Aaminn
Cerita (Al-Qaşaş):56 - Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.Cerita (Al-Qaşaş):69 - Dan Tuhanmu mengetahui apa yang disembunyikan (dalam) dada mereka dan apa yang mereka nyatakan.
Alhamdullillah Aamiin Aamiin Aamiin Terima kasih Ustadz, penerangan yang jelas dan mantap. Salam dari Singapura.
bila dengar Ustaz Noor Deros buat pembentangan pasal ni teringat plak pd tokoh As syahid Syeikh Ehsan Ilahir Zahir..beliau lantang bersuara pasal ni
Salam kamu pandai bahasa pakistan ke?
Allah nak Islam kan seluruh Alam , mudah bagi Allah..
Inilah akal jika tidak dipandu dengan wahyu. Asal dari satu kebatilan menjadi 2 kebatilan dan seterusnya. Gali 1 lubang dan gali lubang lain untuk tutup kebatilan yang sebelumnya. Sesat habis manusia duduk sibuk dalam kitaran menggali lubang. Alhamdulillah untuk Islam, Al Quran, Sunnah Nabi SAW dan mereka yang mempertahankannya dan menyebarkannya kepada masyarakat.
Alhamdulillah...jelas dan terang penjelasan ini..teruskan perjuangan ustaz..
Terlondeh Abes sufi matlipat syiah.. terima kasih ustaz dan yg berkenaan.. 👍
Apa merepek ni . Syiah dan sufi berbeza.
Sebetulnya dia ini tujukan hal konsep Nur Muhammad terhadap seorang ustad dari seberang cuba dengar ulas balas dari Ustad itu yg menafikan bahawa fahaman Nur Muhammad binlah dari majusi.graduan dari AL Azhar juga sepatutnya dicurigai krn dilihat lebeh banyak memecah keharmonian umat Islam sejagat
Nur Muhammad, Muhammad, Ahmad adalah perkara yang berbeza. Nur Muhammad yang bererti cahaya yang terpuji, Muhammad yang bererti yang terpuji dan Ahmad sangat terpuji
Assalamualaikum
Terima kasih atas penjelasan UND yang menarik ini..
Semoga kita semua dijauhi dari "penunggang2 Dajjal" bathiniah yang sesat ini..
Teruskan dakwah UND..👍🙏
t kasih pencerahan yg baik
MashAllah, Semoga Allah berikan ustaz Norderus kekuatan utk membuka semua amalan2 kurafat yg sudah sangat karut di tanah nusantara.
terima kasih ustaz noor deros , semoga kita semua mendapt redha Allah Swt , Aamin
Diakui UND pakar dalam bidang ini.Semoga dia dapat petunjuk dalam semua perkara
Terima kaseh..
Alhamdulillah.
Syabas kerana berani tambil menyatakan kebenaran meski ramai yg mengecam dan mencaci-hina.
Cerita diri Allah Muhammad..
very good info..
Hari Kiamat (Al-Wāqi`ah):22 - Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli,Ţāhā:28 - supaya mereka mengerti perkataanku,
ex geng hakikat angkat tgn sikit🙋🏻♂️🙋🏻♂️
Matlipat boleh join?
@@faizfaiz965 matlipat yg aras tinggi je boleh. cacing2 dok tepi.
Ex gang
Ex pentakjub cerita wali hadir ✌🏼
Ikram=ProMedia Tajdid
1:32:58
Ya! Sangat betul👍
Namun sebaliknya pula saya akan cabar orang atau puak2 tu yang kata; 'sifat 20 adalah falsafah Aristotle!'
Puak2 ni jangan risau sebab suka sangat mengugut dengan hari akhirat!
Jadi! Oleh sebab di dunia ini mereka tak dapat buktikan atau tunjukkan kitab atau buku-buku Aristotle yang menulis tentang sifat 20!!!
Maka di akhirat nanti saya akan buru orang atau puak-puak ni supaya mereka tunjukkan di hadapan Allah SWT kitab atau buku Aristotle yang mereka maksudkan itu.
Yang sebenarnya orang atau puak² yang anti sifat 20 tu hanyalah orang² yang termakan racun...
Disebabkan puak mereka ada kaedah sendiri dalam ilmu tauhid jadi kaedah siapa sahaja yang bertentangan dengan kaedah mereka,
Mereka akan lebel dengan falsafah & air acak bagai.
Ada seorang agamawan yang ada title bagai & nak jadi versatile bagai tu; saya pernah dengar dia berkata;
"..meraikan produk kesarjanaan..."
Mendengarnya! Saya jadi terlopong😱.
Agama! Produk sarjana!!!?
Owh! Patutlah nak bersaing produk!
Sebab agama adalah produk sarjana?
Produk sarjana kepala hotak dia!!!
Saya tahulah perkataan 'produk' itu ada konteksnya!!!
Tapi relitinya dia dah jadikan 'agama' seperti poduk kosmetik yang bersaing dipasaran.
Agama bukan lagi penyatuan tapi persaingan; jenama siapakah yang paling laku dan meraih keuntungan yang paling banyak!!!.
Kepala hotak sarjana bagai dia biul!!!
[Part 2] Sebenarnya dari segi Ustaz Noor Deros ‘mengecop’ seseorang dengan kategori ahli "bathin"[batin] itupun sudah mengkonotasikan kelemahan besar! Batin apa yang tuan ustaz Noor Deros maksudkan? Ahli silat? Ahli dukun?[atau ahli ma'rifat kepada Allah SWT?]. Belajar rahsia-rahsia Allah SWT tidak sama dengan belajar ilmu psikologi, sosiologi, matematik, fizik, sejarah, ilmu sibernetik, dan sebagainya. Tidak sama!!! Cabarannya terlalu banyak! Sebab itu baik dari segi akhlak dan pendekatan, sangat berbeda antara seorang "Ahli Sufi" dengan seorang "Profesor Akademik." Sangat berbeza!!! Saya [mungkin?]seorang pemegang gelar Ph.D dalam bidang psikologi dengan 'pointer' pencapaian akademik mencapai 3.98; tetapi, jika diukur dari segi "beramal soleh" saya tertinggal berjuta-juta batu[kilometer]jauh di belakang berbanding orang-orang kampung saya malahan oleh budak hingusan di tepi-tepi jalan. Kerana apa? Ada mungkin di dalam hati saya perasaan tidak ikhlas sehingga saya tidak bersungguh-sungguh tunduk kepada Allah SWT kerana mungkin dengan gelar "Ph.D" dengan pointer "3.98"itu menjadi hijab antara saya dengan Allah SWT, saya "tersangkut"[tidak tembus-tembus?] kerana masalah-masalah hati[?]saya sendiri. Bukankah orang bijak pandai pernah menyindir dengan berkata, “The heart has reasons that reason doesn’t understand.”Kalau tidak silap al-Ghazali juga pernah membicarakan soal-soal hati ini di dalam bukunya “The Wonder of the Heart”[kalau tidak silap saya]. Jadi, kalau tidak "tembus" kenapa salahkan kedua-dua ilmu yang sangat suci dan murni - ilmu Ma'rifatullah dan Nur Muhammad itu?! Jangan ukur kedua-dua ilmu ini dengan otak anda, tetapi ukurlah dengan hati dan "penghayatan" anda. Otak akan pecah dan tidak berfungsi sama sekali memikirkan rahsia-rahsia Allah dan kebesaran-kebesaran Allah SWT. Nabi Musa sendiri pengsan! Apatah lagi saya dengan tuan Ustaz. Saya [mungkin?]ahli akademik kerana pernah mengajar di pelbagai sekolah dan pusat pengajian tinggi tempatan selama hampir 35 tahun sebelum bersara. Saya memang agak "sikit" faham bidang akademik. Ilmu berkaitan akademik adalah bersangkutan BESAR dengan kemampuan dan kapasiti OTAK! Berkaitan dengan short-term memory, long-term memeory,olafactory memory, sensual memory, photographic memory yang mana dapat disimpulkan melalui apa yang saya panggil sebagai "Cross-boundary Intelligence" untuk mengingat dan memikir semula fakta demi fakta [dan anda]terjemahkan semula di dalam bentuk peperiksaan untuk mendapatkan markah yang banyak supaya kononnya, cemerlang!! Pengadil terakhir anda adalah "profesor" anda. Ilmu berkaitan keTuhanan adalah sangat berbeda kerana di samping berpandukan Al-Qur’an dan Hadis yang sahih, adalah berkaitan BESAR dengan keikhlasan HATI! Allah memerhati dalaman kamu[seperti niat!]kamu. Justeru itu terdapat dalil yang menyatakan "Qolbu mu'miini Baitullah," [dan ditambah] dengan dalil "Al-insaanu sirri wal-zhoohiru wal-baathinu abdi"[silakan tuan Ustaz perbetulkan saya yaa, sebab saya bukan berpendidikan agama; saya hanya "orang bawahan" bidang psikologi yang mana di kala masuk alam persaraan sekarang ini, bagaikan kanak-kanak kecil mentekuni semula agama Islam dan juga ilmu perbandingan agama]. Ilmu berkaitan keTuhanan akan terpenuhi melalui hubungan[?]hamba dengan Khaliknya yang semestilah "sentiasa akrab-mesra" dan "sentiasa ikhlas"[tetapi bukanlah satu jaminan kerana semuanya adalah kurnia dan kuasa Allah]. Allah SWT sentiasa saja mengintip anda. Kerana "Pengadil" terakhir anda adalah "Tuhan Rabbul Jalil" Yang Maha Adil. Tuhan tidak boleh dan tidak bisa sama sekali disogokkan dengan JUMLAH jutaan wang ringgit, hadiah longgokan emas dan sumbangan taraf sosial seperti pangkat dan darajat. Masalah agama dan keTuhanan ini wahai Ustaz Noor Deros yang saya sangat hormati, kalaulah boleh ia diumpamakan [kerana sekadar untuk MUDAH memahami!], antara hamba dengan Khaliknya [menurut kata orang bijak pandai];kita ini sebagai hamba Allah, adalah seolah-olah seperti ikan mencari air, sedangkan ikan di dalam air[?], perut ikan dipenuhi air, namun ikan[?]masih tidak yakin dan tidak percaya ia sedang berada di dalam air, malahan menyalahkan air sebagai jahat, 'berkabut', beracun, sesat dan menyesatkan. Mana bisa begitu!? Namun ustaz Noor Deros yang saya hormati, para bijak pandai pernah juga memberikan harapan dengan menyatakan bahawasanya [kita!]sebagai seorang hamba Allah itu kalau sabar dan ikhlas, gunung tertinggi mana sekalipun di dunia ini tetap akan berada di bawah telapak kaki kita juga, kalau kita sudah berada di atas puncaknya. Ustaz faham maksud saya, bukan? Untuk mendaki sesebuah gunung itu, jangan kita 'salahi' segala ranting dan pokok-pokok, batu-batu, lobang-lobang, tebing curam, laluan berliku dengan "rugged terrain"nya yang menghalang kita[itu adalah semuanya -cabaran!], tetapi gunakanlah otak dan hati kita, "wisdom" kita untuk terus memanjat ke atas. Bukankah orang bijak pandai mengatakan "Wisdom denotes the pursuing of the best ends by the best means"[?]. Manalah boleh, kita tidak pandai menari, kita salahkan lantai kononnya jongkang jongkit, bukankah tidak bijaksana berkeadaan begitu. Bukankah begitu wahai Ustaz?
Huraian utk mereka yg belajar tak abis done
Mohon UND berdebat dengan team pro nur muhammad. Nak dengar hujah mereka makam wali sangat.
Slm mahabba ustz.Tq untk explaination Nur MhMd ini.Tambah ilmu dlm perjlnn mncari .Yg ustz deny, mnjadi an acception for me.Lagi bnyk ustz cuba selami dan mncari ke'salah'an2, lgi kebenaran muncul.Alhamdulillah, ustaz teruskn.
Gerak Dan diam Allah...
YG MATI JASAD,,YG HIDUP RUH...JIKA ALLAH BERI HIDAYAH MUDAH UTK DI FAHAMI.."AKAN TERJAGA DARI MIMPI APABILA MATI"
Kenapa perkara ini berlaku kerana ada orang yang sengaja tak nak mengubah sistem pendidikan sebab takut orang melayu jadi cerdik nanti tidak dapat sokongan dari orang melayu, kebanyakan tarikat yang percaya Nur Muhammad mengatakan orang melayu hebat seperti Kristian di Eropah meletakkan bangsa Eropah lebih hebat dari bangsa lain dan juga agama Yahudi yang meletakkan bangsa Yahudi lebih hebat dari bangsa lain sudah sampai masanya kita betul sistem pendidikan di negara Malaysia
Kataknlah Wahai muhammad roh itu satu daripada rasia2 alam tuhan yg Ghaib..
Minit 2:27..plot2tertentu ditukar utk disesuaikan dengan umat mlayu muslim...
pencerahan terbaikk ustaz..
Jangan nak samakan Konsep Nur Muhammad dengan Kristian yang menuhankan nabi Isa itulah fitnah yang disebarkan
Mohon Sidang Kalam tulis buku-buku, masyarakat nak tahu hujah2
Di jadikan berbedza2 agama utk kita kenali....
minit 7:39 terbukti dengan viralnya ajaran sihulk.sekarang ni.
org kita tak minat kalau makrifat berpandu kan quran dan hadis...yg dia org minat yg ajaib yg terbang yg jauh lari dari al quran... yg boleh hilang sini timbul kat sana...tahap2 superman haaa....yg cam tu dia org minat lahhh
Kelakar ... tapi itu lah kenyataan nya 😂
Sbb sejarah alam melayu ini sendiri. Ajaran nenek moyang yg telah dijenamakan dgn islam, padahal tiada nas.
Semuanya mcm hindu dan budha lah ade magic ....😁
Setuju!!!.. semua dah diasimilisikan drpd ajaran nenek moyang... Yg syok tu, boleh pulak tu depa percaya.. padahal dlm quran dah terang2 Allah berfirman Muhammad adalah manusia biasa..Al isra 93, alkahfi 110..
Mungkin Lebih baik Ikram buat seminar atau kuliah bagaimana kita nak makrifat kepada Allah dengan cara yang sebenarnya. Sebab dewasa ni ramai saudara kita yang mula sedar untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mengenaliNya. Dan adalah mustahil untuk kita mengenal Allah sebab Allah itu bukan seperti yang kita fikir kan.
Betul tu
Hadir kuliah live makrifat aswj ustaz noor setiap sabtu malam di fb dan youtube
Bagaimana kita hendak bermakrifat,sedangkan kita sendiri menolak Nur Muhammad adalah mkluk pertama ... Kedua mngetahui asal Muasal kejadian diri kita .. itulah fahaman yg dibawa oleh para para wali Allah
Mantap
Utk pengetahuan SK Futuhat Makkiah sudah ada terjemahannya boleh didapati di Shopee.
Tapi tk pasti terjemahan indo.atau B.M.
Stakat ini... Ketahuilah bahwa telah ku kabarkan pada mu sedikit dari ilmu ttg rahsia... Dan pasti disosial media bukanlah tmpatnya. Maka kamu jalanilah spiritual mu sebagai mukmin muslim yg beriman dan bertaqwa
[Part 8] Ustaz era pasca-moden seperti Muhammad Noor Deros ini tunggu sahajalah saat "kehancuran"nya kerana dilaknat oleh Allah SWT. Kerana apa? Terdapat dua[2]perkara yang gagal difahami oleh orang-orang Islam golongan Muntada khususnya di Malaysia; [1] Ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma'rifatullah ini adalah ilmu-ilmu bagi "Rahsia-rahsia Allah" adalah ilmu para aulia-Allah. Ilmu aulia-Allah adalah ilmu yang berasal daripada Nabi Muhammad SAW. [2] Ilmu Ma'rifatullah dan ilmu Nur Muhammad ini ditafsirkannya secara "hurufiah" dan dimaknai oleh Ustaz Noor Deros dengan "tafsiran-tafsiran"nya sendiri mengikut lunas-lunas "faham sekularism" melalui [kononnya!] kertas-kertas akademik hasilannya. Ilmu sekularisma Ustaz Noor Deros[saya katakan begini sebab beliau(Ustaz Noor Deros!) suka menggunakan akal-logiknya semata-mata]di dalam memahamkan [ilmu Ma'rifatullah dan ilmu Nur Muhammad]sama sekali TIDAK BOLEH MENEMBUSI ILMU-ILMU ALLAH SWT. "Logic, while a useful thinking tool," kata Profesor Dr.Micheal Hewitt-Gleeson, "is only a tiny part of thinking." Dengar itu wahai Ustaz Noor Deros? [Logic is only a tiny part of thinking!]. Mana bisa, mana boleh logik akal dapat "menangkap" ilmu-ilmu rahsia Allah SWT," kerana ia adalah hanya satu alat berfikir yang penting, tetapi, tidak ada kreativiti, maknanya sangat lemah! Maka itu, Nabi Musa pengsan! Justeru itu, barangkali tujuan Ustaz Noor Deros ingin masuk surga[dan ia sangat baik!]; tetapi, tujuan murni para Arifbillah ialah ingin melihat wajah Tuhan mereka, bertemu dengan Tuhan mereka! Bukankah itu sangat berbeda wahai Ustaz Noor Deros! Jadi, bukan Ustaz Dr.Arrazi yang mabuk, tetapi Ustaz Noor Deros sebenarnyalah yang sangat mabuk. Mabuk kerana mempelajari dan mendalami rahsia-rahsia ilmu Allah SWT, saya fikir, lebih baik daripada mabuk berkaitan hal-hal keduniaan wahai Ustaz Noor Deros? Pujian manusia dengan pujian hasil dari rahmatullah wahai Ustaz Noor Deros, mana satu yang lebih baik?! Kenapa Ustaz Noor Deros saya katakan mabuk keduniaan? Sebab, apabila Ustaz Noor Deros sudah berani menyalahkan, sudah berani menselisih-fahamkan, sudah berani menyerang yang secara konotasinya menyesatkan ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma'rifatullah seperti mana yang diajarkan oleh Tuan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari melalui kitabnya "Kanzul Makrifatullah" dan berani Ustaz Noor Deros "menyerang" ulama-ulama besar[yang walaupun bukan maksum!], tetapi merupakan sufi-sufi besar seperti misalnya ibn-Arabi, al-Jilli, al-Hallaj, al-Madani, dan al-Junaid[hanya menyebut segelintir mereka ini], maknanya, baik secara langsung atau tidak langsung, anda telah juga menyesatkan satu figura yang agung di sisi Allah, Tuan Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani, Sultanul-Aulia. Maknanya secara tersirat, Ustaz Noor Deros juga telah mengecop "sesat" ke atas dahi yang suci Nabi Muhammad SAW.
Golongan cam ko la tunggu dilaknat Allah.. kesian...org mcm ko la Allah byk cela.. org yg zalim..selalu rase diri tu yg tertinggi, terpaling hebat.. sebijik mcm pemikiran syaitan.. org bgtau kebenaran, tp sbb dah terpaku dlm kotak pemikiran, org lain pulak diajaknya.. org macam kamu la sgt bahaya sbb cepat sgt mengkafirkan org, melaknat org n sampai tahap bunuh org seagama pon ko berani.. ko lah munafik penunggang agama yg tak sedar dipengaruhi syaitan!
SOALAN:..SIAPA KAH MUHAMMAD RAHMATAN LIL AALAMIIN???..SETELAH ALAM DI CIPTA,BAGAIMANA MANUSIA SEBELUM NABI SAW BOLEH MENDAPAT RAHMAT,???..
Paham ini dah lama menyebar di indonesia dan malaysia
adakah nahs dari hadist yang shoheh penjelasan tentang nur muhammad saw?
Ustaz klu berkesampatan mntak buat podcast untuk ceramah2 ustaz
Join kuliah memandaikan ummat. 🇲🇨
ustaz boleh share slide tak?
Sudah dikongsi di page facebook Sidang Kalam.
Ahli sufi yang bawa islam di rantau ini.
UND, golongan pengikut Arius itu bukan saki-baki orang Islam kerana walaupun mereka tidak menyamakan Isa a.s. dengan Tuhan Bapa, mereka tetap menganggap Isa memiliki sifat ilahiyyah - "divine but subordinate to God the Father" . Wakil fahaman teologi Arius zaman moden ini ialah kumpulan Jehovah Witness (Saksi Yehowa). Dalam fahaman Jehovah Witness, Isa (Yesus) itu Malaikat yang tercipta. Lebih tinggi maqamnya daripada orang biasa, tapi tetap subordinate kepada Tuhan Bapa (God the Father).
Nur itu roh dan muhammad itu nana bagi roh.. awal2 makhluk yg allah jadikan nur muhammad.. sebelum daripada itu dikatakan azali.. allah itu bukannya sifat allah itu nana bagi zat. Zat itu dirinya dan sifat itu kelakuannya (roh atau nur muhamad )
Aii. .Allah sebut dlm quran makhluk pertama yg dicipta adalah qalam(pena). .
Orang tarekat selalu kata kita yg tak bertarikat nie tak paham,tak mrngaji,tak penah rasa dan tak alami sendiri.Depa kata kita cakap kosong sembang kosong.Tak tahu apa dan tak paham apa sebab kita nie kulit.Tak di bimbing guru mursyid.Kita nie depa anggap tidak beradab..Nor derus penghasut !ok stop! Sekarang nak bg taw geng tarekat yang percaya nur muhammad,wahdahtul wujud,qutub dan bla2..jgn syok sendiri.Nor derus sebenarnya bukan tulis kitab kritik angpa geng tarekat.Dia pon kutib kalam ulamak.Imam Al ghazali dan imam Abu hasan Asyaari menolak dogma,doktrin,idea,teori tarekat seperti itu.Sepatutnya golongan tarekat nie lontarkan pertanyaan kepada dua imam tersebut.Tanya imam ghazali dan imam Abu hasan Asyaari ada guru mursyid ka tidak? Imam ghazali penah rasa ka tidak.Tuju soalan kepada dua imam ini br betol bukan kpd nor derus..lepas tu boleh kita beza keilmuan geng tarikat dengan imam ghazali..lps tu geng tarikat boleh kot berambus klaim Ahli sunnah wal jamaah! Jgn klaim Aswaja..buat aliran mazhab baru...saya cadangkan nama Ahli tarekat wal jamaah.
Kebijaksanaan, ilmu dan akhlak seseorang itu boleh dinilai melalui pertuturan dan penulisan mereka.
@@papercurrencyisascam3015 kesesatan,pembohongan,tipu daya juga boleh di nilai dari percakapan dan penulisan mereka..setuju!
Ya btol bos!!!
Ahli aklak wal jamak wal jemaah luruskan kedudukàn batang tubuh.lurus pertuturan perbuatan,sempurnakan Segala janji .apa guna kelentong tentang diri bila apa di ajarkan kepada kanak kanak Kita lupa.lurus tidak ada ,berpura menipu, mmembazir .renunglah.apa guna perkara ini tak selesai.dok sembang diri .semua tulisan mati Yang mengarang tiada Yang menbaca Masih bernafas.this rhetorics has and will enduringly create this enduring contraversy.look into your I AND SEE you will find a demiurge that you have created but are you aware that you live and die in every moment of you temporal life.
bukan org tarikat yg kata. tapi kata tuhan, org yg beriman apabila mendengar nama tuhanya, maka gementar jiwanya.. ini akal ke rasa?. bab iman pun belum mengerti ke?.ini rukun pertama iman. percaya sampai gementar jiwanya. rasul ketika turun dari gua hira selepas wahyu pertama menggigil atau tidak?. ttg nur muhammad ini jelas di ayat surah annur ayat 35. pentunjuk itu tetap dari ALLAH, sebab adanya nur muhammad.manusia dpt kenal tuhan kerna kata2 tuhan tidak berbunyi , bermula dan berakhir kerna jelas tuhan bukan mahluk. bukan nur muhammad itu hakikat petunjuk. tapi ayat itu terangkan tth nur yg berlapis. dan hakikat nur itu hanya dari ALLAH. contoh.. bila lihat bulan waktu malam, manusia kata itu cahaya bulan. betul ke tu?. bukan , itu cahaya matahari. namun tiada manusia yg berkata org yg berkata cahaya bulan itu sesat. senang lihat ' cahaya bulan' atau cahaya matahari?.begitulah perumpamaan hidayah ALLAH.
Sayangnya menurut Ahli dan didukung Syaikh Al-Azhar bahwa Salafi kontemporer itu bukan Hambaliyah, maka Salafi kontremporer itu termasuk Ahlussunnah dari jenis yang tdk diketahui.
Terima kasih ustaz
TAKBIR ALLAH AKBAR
Ketahuilah olehmu wahai tuan nor derus ..pada sisi wajah tuhan mu 25 cahaya rasulnya
Dan cahya yg mula dicipta adalah cahaya nabi muhammad saw
Nur itu adalah"AKU"
Maka ketahui nama "AKU"..... ATAUPUN "AKU" BERNAMA..............?????
kenapa 25?
Hati hati dengan lidah dan telinga ... jika ianya benar taape jika ianya fitnah akhirat sangat berat bagi yang bercakap berunsur fitnah ... lebih lebih lagi fitnah ini ditujukan khusus kepada ahli sufi . Sedangkan ahli sufi tak pernah dengar pun tentang apa yang anda kaitkan fitnah anda dengan mereka kerana setahu saya wahdatul wujud itu fahaman martabst tujuh bukannya ahli sufi ... jika ternyats anda memfitnah ahli sufi ... tuan tuan semuan bersegeralah bertaubat. Sebelum hari hisab sedangkan lidah dan telinga kita akan dihisab kelak jika ianya adalah tidak benar tentang tuduhan kamu itu kepada Ahli sufi. NAUZUBILLAHIMINZAALIK.
Tuan, Luaskan akal yang sihat dengan menganalisa dan tidak memandang sebagai " fitnah yang sangat berat" .. Apa yang diperbincangkan adalah satu perbahasan keilmuan dan berasas dan sihat untuk kita menerimanya dan seterusnya membuat perbandingan dari pihak lain yang membincangkan isu yang sama ataupun meneliti akta-fakta pro batiniah/sufi/"makam tertinggi" mempertahankan fahaman "nur muhammad". InsyaAllah jangan takut menggunakan kebijaksanaan akal demi mencari yang benar dan jangan mematikan akal dengan mengatakan ini fitnah...ini wahabi...ini salafi....ini tidak berguru....
" wisest of man will understand......repitition of history will always stand..." azwin..
Cuba terangkan apa itu roh adakah roh itu wujud dan roh itu apa
Di dunia kita merasa ini jalan yang benar ingatlah ada 72 golongan yang salah hanya satu golongan sahaja yang diredhai Allah SWT hati hati
Ini ust singapor ye?
Kalau lihat video2 ND ni banyak dia suka komen ustaz2 yg memberi ceramah sesuatu ilmu sedangkan dia sendiri tak menyampaikan ilmu yg ada pada dirinya. Dia juga komen ustaz2 dari luar negara yg aku rasa ilmu dia org jauh lebih dalam dlm pengajian mereka. ND sendiri tak ada ilmu makrifat tapi suka memperlekehkan ilmu tersebut. Pada fikiran peminat ND adakah itu benar. Nama video dia makrifat sidang kalam tp jalan makrifat dia kelaut nak bukti itu ini dsbnya. Kamu fikir2 lah sendiri
Ok2
Jumhur Wali Allah sepakat tentang Nur Muhammad..
Mana wali dpt buat kesimpulan mengenai nur muhamad? Mimpi?
SLM...SYARIAT TAK DAPAT MENJELASKAN DGN TEPAT "MUHAMMAD RAHMATAN LIL AALAMIIN"??
Saya sangat curious bagaimana dengan penerimaan konsep Nur Muhammad ini boleh bermula? Apakah ia sudah ada di zaman keemasan Islam di bawah Daulah Ummayah, Daulah Abbasiyah, Daulah Osmaniah? Apakah konsep ini diterima oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz? Sultan Salahudin Al Ayubi? Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah ia disebarkan oleh para Imam mazhab? Imam hadith? Imam-imam mujtahid zaman daulah terdahulu? Apakah konsep ini baru sahaja bermula sepertimana bermulanya kefahaman yang disebarkan oleh Muhammad ibn Abdul Wahab dan anak muridnya?
Baru je. Konsep ajaran hakikat Muhammadiah/nur Muhammad/wahdah al-wujud/martabat tujuh/7 dragon balls tu tiada pun di zaman para sahabat, tabiin, atbaut tabiin, para imam mazhab, zaman abul hassan al-asyari, zaman sultan Muhammad Ali Fateh & lain² yg saudara sebutkan tu.
Yg claim, sandarkan & tempelkan kpd nama² yg saudara sebutkan tu ada lah.
malang nasib mereka mengikuti guru guru sesat....
Lagi malang bagi nasib mereka jika tidak mula berfikir dan berubah....
Orang kita dulu main ngaji je.
Lagi pun ilmu hadis tak menyerlah di Alam Melayu.
Itu bersepah ikut fahaman batil.
Hakikat Muhammadiah ni pun asal daripada ilmu kalam yang merosakkan akidah Islam.
Kebanyakan Kitab Ulama Muktabar Ahlus Sunnah yang membantah fahaman Ibnu Arabi tak diterjemah maka umat Islam ramai yang tak tahu tentang kebatilan Hakikat Muhammadiyah yang berselindung atas nama tasawuf.
Dalam Kitab Fadhail Sahabat karya Imam Ahmad dah ada riwayat Nur Nabi Muhammad SAW dan Nur Saidina Ali r.a.
Di sini boleh tahu siapa yang mula sebar fahaman Nur Muhammad makhluk sesat ni !
@@faizfaiz965 Ada rujukan tak hujah2 anda? Kalau tiada rujukan, sekadar andai-andaian itu bukan cara Islam.
TAK SEMUA SPOREAN SETUJU DGN NOOR DERUS...HANYA GUNAKAN AKAL SEMATA 👈
Kata Ahmad Laksamana “Tak payah mengaji, sir tajalli datang sendiri”
iii) Ilmu ini daripada datuknya dan datuknya pula belajar ilmu ini daripada Tok Kenali dan juga Tok Kemuning. Pusaka daripada moyangnya Raden Warjono.
Imlu Allah Maha Luas Derus...
So?. .ada masalah?
Ilmu Allah luas, ilmu manusia terbatas.. Kalau sampai fikir zat Allah tu mcm mn ya??
Ini kerana aku melihat kamu salah satu yg ingin cari kebenaran ttg cahaya muhammad
Hakikat Insan..
Salam semua...
Kesimpulannya Atuknya drp Plato... Abahnya drp Syiah Ismailiah...
👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻
Banyak betul video iklan masa aku tengok ceramah ni 😆😆
Iklan disertai logo selipar yg sgt digemari oleh para pengikut ajaran matlipat/tarikat.
Betul tu... Ni forum nk cari makan yg betulnya...
@@muhasabahdiri722 😏
itula pasal
Sorry to say
Ramainya ustaz skrg ni
geng2 pemalaih semayang ja yg nak sangat jalan mudah dalam Islam ni..main niat saja, main yakin saja...amalan satu pun takbuat,semayang jumaat tuang..lepaih tu mengelupoq lebih bila kena tegoq, nak suruh ugama tu ikut hangpa punya pemalaih....baca la kat komen2 bawah ni byk yg mengelupoq...
Molek dibincang dlm majlis ahli2nya atas sesuatu isu.
Idea ianya dikaji dri semua sumber.
boleh sy dptkan slide?
Boleh ambil di page facebook Sidang Kalam.
Ini huraian pandangan dia....pandangan org lain ....lain pulak......
Yg penting aq percaya nur muhammad.....
Ada jgk manusia zaman skrg ni bertuhankan hadis dan dalil......sedangkan hadis dan dalil itu sebagai salah satu jln utk sampai kepada allah s.w.t
Nabi yg suruh pegang dalil quran dan hadis. .skrg ko nk kata apa??
@@untabelang426 bkn bertuhankan dalil hadis .....ko nk kata apa
@@untabelang426 nabi kata alquran dan sunnah nabi jew......tang mana ada dalil hadis.....skrg ko nk ckp ape
@@nazrulnaz5887 alamak. .tang tu pun xpaham. .wali hang x ajar ke?. .sunnah tu perkataan umum. .untuk lebih spesifik sunnah bahagian percakapan nabi. .dipanggil hadis. .
@@nazrulnaz5887 apa hang ingat sunnah ni pakai jubah serban saja??. .klu disitu ukurannya hang kena ingat. .abu jahal abu lahab pon pkai jubah serban jga. .bhkan lebih tebal dri tok syeikh tarikat hang. .wkwkwk
Buat andaian sendiri si Deros ini....!
Kan ada kisah nabi khidir yg bunuh seorang budak...bkn ambil sifat allah tapi ada keizinan kerna ada ilmu laduni yg bisa tahu takdir
Jikalau nabi Isa atau iman Mahdi yg di tunggu saperti dalam cerita kebanyakan ustaz yg saya dengar. Apa kah ustaz percaya Nur muhammad ada pada mereka?Saya dapati dalam perjalanan saya ada org yg nk percaya buat berbagai hal untuk tujuan itu. Jika ustaz sendiri tidak ada pengalaman sendiri dari hal Nur Muhammad bagaimana ia muncul ke atas diri individu tertentu bagaimana ustaz boleh menerangkan secara pasti.ustaz pernah di siksa sampai tuhan ustaz datang atau tidak?maaf lh yer.saya ini peminat yg mencari pasti jer.satu lagi soalan saya untuk ustaz. Bagaimana Nur Muhammad akan terujub pada manusia tertentu atau saperti inkirnasi.jalan mana ia Nur Muhammad masuk ke dalam ujub org yg terpilih itu. Mohon pencerahan dari ustaz
Apa punya soalan daaaa... Xpaham la ayat ko pawang oiii..😢
[Part 11] Adalah sangat jelas ulama-ulama di hampir keseluruhan pelusuk Alam Melayu adalah para pengamal dan penyampai malahan “berpegang teguh” kepada ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma’rifatullah. Mereka belajar daripada seorang guru mursyid dengan gelar Gauts az-Zaman al-Waliy Qutb al-Akwan asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Karim as-Samman al-Madani[2] (al-Hasani al-Qadiri al-Quraisyi. Mereka ini adalah golongan ulama bangsa Melayu mantan murid kepada al-Madani yang [juga!]terdiri daripada wali-wali Allah yang bergelar Qutb misalnya; Qutb Zaman Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari Qutb Maktum Syeikh Abul Abbas Ahmad at-Tijani (pendiri tarekat Tijani) Qutb Syeikh Abdus Samad al-Palimbani Qutb Syeikh Abdul Wahab Bugis Qutb Syeikh Abdurrahman Mishri al-Jawi/al-Batawi Qutb Syeikh Dawud al-Fathani Sekarang kita nak tanya Tuan Syeikh kita Ustaz Muhammad Noor Deros yang sudah “mabuk” dengan puji-pujian ini apa taraf kewaliannya berbanding Wali-Wali Qutb yang juga semuanya ulama Melayu di Kepulauan Melayu@Alam Melayu? Saya fikir sudah sampai masanya yang sangat tepat “Tuan Syeikh Muhammad Noor Deros” membuat introspeksi diri dan kembali kepada landasan Islam yang sebenar-benarnya dan tidak lagi meneruskan faham Muktazillahnya yang boleh membawa “fitnah terbesar”[!] kerana boleh mengelirukan golongan Muntadi[golongan orang awam biasa]di Malaysia ini mahupun di Indonesia. Setakat hafal hadis, hafal Al-Qur’an[yang sebenarnya memang bagus!]adalah tidak mencukupi kerana orang-orang Kafir juga boleh berbuat seperti Tuan Syeikh Muhammad Noor Deros ini. Saya fikir kerana penguasaan bahasa Inggeris yang cukup baik, saya sarankan Ustaz Noor Deros pergilah mempertahankan kesucian agama Islam dengan berdebat dengan orang-orang Evangelis Kristian seperti Christian Prince, David the Broken Wood[David Wood], Robert Spencer, Jay Smith, Abdul Fadhi, dan Sam Shamoun daripada Ustaz Noor Deros membuang masa dengan “Faham Muktazillah” yang bertanggungjawab menghancurkan agama Islam dari dalam[!]. Kerana bagi saya, bukan golongan Evangelis Kristian seperti tersebut di atas yang menghancur-lumatkan agama Islam dan perpaduan kaum Muslimin-muslimat sekelian, tetapi orang seperti Ustaz Noor Deros inilah [sekiranya dibiarkan!]yang akan nanti menjadi “time-bomb” yang sebenarnya menjadi “gunting di dalam lipatan” bagi membunuh perkembangan dan kreativiti agama Islam yang suci-murni itu. Kerana apa? Faham sekularism yang bergantung sepenuhnya kepada “dalil-dalil akademik” dan “akal logik” tidak sama sekali boleh mendasari ketinggian ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma’rifatullah. Logik akal tidak boleh mencapai maqom-maqom Arifbillah tertentu bagi menuju keagungan dan kesucian Tuhan selain daripada bimbingan guru-guru yang mursyid melalui amalan-amalan khusus tertentu. Jangan mudah keliru! Jangan kerana disebabkan Ustaz Noor Deros bergaul dan berguru dengan Dukun-dukun Santet [para pengamalaI lmu kebatinan hitam/syaitan!]yang katanya kebal-kebal dan bisa terbang kesana-kemari dan boleh ghaib tanpa kesan, lalu Ustaz Noor Deros membuat suatu “generalisasi” menyamakan mereka dengan golongan para Arifbillah. Tidak begitu! Dari segi kebal sekalipun, orang yang memakai benda seperti “rantai babi” pun dikatakan orang, kebal juga! Jadi, Ustaz Noor Deros jangan terkeliru apabila membuat perbandingan di antara “istidraj” para Dukun-dukun santet dengan “karamoh” para aulia-Allah, lalu Ustaz Noor Deros membuat generalisasi [terhadap aspek batin dan kebatinan]bahawa aulia-Allah itu sama seperti Dukun-dukun santet. Lantas Ustaz Noor Deros memperlekeh dan meremehkan karomah Allah. Ingat Ustaz Noor Deros. Tidak semua yang kuning berkilauan itu emas! Namun demikian, mesti ada satu yang tulin! Ingat itu. Sebagai suatu kesimpulan, kerana apabila anda kata ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma’rifatullah itu sebagai “sesat” sedangkan [sudah dijelas dan dibuktikan seperti di atas bahawa ia adalah ilmu para wali dan aulia-Allah!] yang diwarisi daripada Nabi Muhammad SAW [dan telah diajarkan oleh SYEIKH AL-MADANI salah seorang keturunan Nabi Muhammad SAW]kepada ulama-ulama Melayu - [seperti nama mereka disebutkan di atas] itulah petanda yang paling ketara bahawa Ustaz Noor Deros dan kawan-kawan yang sealiran dengan anda adalah sebenar-benarnya kumpulan - “Muktazillah” pasca-moden! Saya fikir Ustaz Noor Deros istighfarlah banyak-banyak dan kembalilah kepada pegangan ulama-ulama dan Wali-wali Qutb orang Melayu yang sentiasa mengikut Sunnah Rasulullah SAW sejak agama Islam bertapak di Kepulauan Nusantara dan Alam Melayu dari dulu sehingga kini! Belum tentu sekarang ini Universiti Medinah dan Universiti Al-Ahzar mengajarkan ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma’rifatullah ‘semurni’ dan ‘setepat’ ajaran ulama-ulama Melayu [bermula lebih aktif paling kurang 300 tahun yang lalu!] disebabkan Wahhabi[?]dan Salafi[?]sedang [mungkin?] lebih berpengaruh di kedua-dua buah universiti itu. Justeru, para siswazah lulusan di kedua-dua buah universiti itu yang kemudiannya pulang ke tanah Alam Melayu sebagai kelompok ustaz pasca-moden tidak berpeluang mendalaminya. Kalau anda percaya mahupun tidak percaya, lihatlah apa yang telah terjadi di kota Makkah dan kota Madinah sekarang ini. Hampir semua ramalan yang terdapat di dalam hadis-hadis Rasulullah SAW telahpun hampir terjawab dan terpenuhi. W’alam.
30/03/2023; 03:03 a.m.
Patutla geng tariphat ni mudah terhasut..sbb bnyak nak kena baca dan fikir...bgi mereka hormat tok sheikh lebih utama dri ilmu...sbb tu aku pelik kawan2 aku geng malifat dan sufi ni duk update g jumpa sheikh cerok mna ntah..duduk pondok buruk..imej mcm org gila..zuhud la kot bgi mereka
Kalau dgr sebelah pihak kita akan kata betul..mcm politik juga.dengar keduanya kita akan dapat menilai sebaiknya..hadis dia pakai tidak lebihkan rasullullah saw bermaksud baginda tidak mahu seperti nabi Isa as yang mana pengikut anggap nabi Isa as sbagai tuhan.memuji baginda saw sebagai penghulu sekalian roh Dan penyelamat kita diakhirat kelak tak salah.siapa kah penyelamat kita diakhirat kelak?.nur Muhammad tiada? Bagaimana Adam as bole bersyahadah pada Allah Dan muhd sedangkan muhd belom turun lagi..begitu juga nabi Ibrahim as ingin termasuk dalam umat muhd..apa yang kita x nampak tapi para rasul nampak?
Hadith nurmuhammad tuu palsu...x kan x tau kot??ppffttttttr
Nabi Adam bersyahadah? Minta dalil Dan rujukkan.
Ni masalah puak2 kau guna akal pegi fikir soalan pelik2 yg mana pengetahuan tu urusan Allah tp korg sibuk duk buat teori itu ini, akhirnya merapu rapu. UND dah terang dan tunjuk dgn fakta tp masih nak pusing?
@@KINNSYARIKIN kalimah syahadah tu sapa mengucap dlu?xkan ko x Tau?
@@ShadowBlades6194jika ko org yang benar beragama bukan ikutan Sila semak betul2 dalil kedua pihak.ilmu je ditulis.rahsia tidak ditulis.ada didalam alquran.sebab itu golongan hadis akui mereka x mahir tafsir alquran sperti kata Dr maza.pengakuan ada dlm Salah satu RUclips Dr Maza sendiri.
Orang awam tak faham kalau penerangan mcm ni..
Salamualaikum
Syabas satu garapan dan kajian yg banyak dari Ustz Noor Derus.
Tetapi tetap hanya satu versi pandangan dan rumusan dari pendapat dari pelbagai kitab dan penulisan.
Boleh kita simpulkan beliau adalah pengkaji yang rajin dan kuat berusaha utk mencari kelemahan dan kepincangan dari sudut pendapat dan kefahaman beliau. Hanya satu versi atau satu lapisan ilmu shj. Ya ada yg benar dan ada yg samar² lagi.
Bab sanad, ijazah dan persambungan rantaian ilmu dari org² soleh dia tolak nampaknya.
Bab Waliyullah dan kredibiliti Ulamak beliau tolak beliau anggap kegelincirian ilmuan.
Mana perginya kebaikan dan kebenaran Pendapat Ulamak yg dikreditkan...tiada..hanya memetikkan sesuatu yg sesuatu dirasakan dan terkeluar dari Al Quran & Sunnah. Jika salah tuntas pemahaman pengikut yg jahil itu kita sokong tiada pertikaian tetapi menyalah tuntas ulamak saya kira kurang wajar...Siapa Ustaz Noor Derus?
Apa authority beliau? Apakah beliau hanya dapat authoritas Umum atau lantikan dan kuasa utk menghujat Ulamak?
Kau yg tak perlu, org lain perlu.. yg mengeliru tu kau.. abaikan sudah kalau keliru
Ini maksudnya utk mengingatkan umat, jangan sampai terjerumus kepada paham bathil.
Alhamdulliah para asatizah penegak sunnah Rasulluah SAW , semoga Allah SWT merahmati kalian 🤲
Tak perlu la cerita lama2 cerita hal org nak buat apa..
Ustadz ini itak ade meripat turasul
Bila seorang wahabi bercerita tentang agama...
Bila orang Maklipat Tak Berpelajaran Tinggi dalam Bidang Agama nak berkokok !
@@wows898 kihkihkih
Ni lah dia puak2 sakit wahabi
Kalau wahabi pun dia dtg dgn quran dan sunnah dan kitab para ulama kajian kajian yg bertulis serta artikel academic… bukan dari mimpi borak kosong mat lipat
@@Masakcooking98
Mereka yang tak suka Ustaz Noor Derus sebab UND bongkar kesesatan Hakikat Muhammadiyah.
Jadi mereka kaki Matlipat yang tak berpelajaran tinggi ni tak boleh terima kenyataan.
[Part 7] Saya pernah mengkritik Ustaz Dr.Arrazi kerana kritikannya terhadap Dr.Zakir Naik yang mana saya fikir, kurang tepat!. Namun saya menyokong dan mendukung [100%]Ustaz Dr.Arrazi dalam bab ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma'rifatullah kalau ia berlandaskan ajaran ulama seperti mana yang diajarkan oleh Tuan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari melalui kitabnya “Kanzul Ma’rifat.” SAYA FIKIR, kalaulah "benar" Ustaz Muhammad Noor Deros [memang jelas!]mengingkari bahawa wujudnya ilmu "Nur Muhammad" dan ilmu "Ma'rifatullah" serta Ustaz ini menolak adanya aulia-aulia Allah[kerana sering kali dia ini nampak jelas sangat mempertikaikan wALI-aLLAH dan membuat gurauan lucu terhadap wali-wali Allah], maka pada pendapat saya Ustaz Noor Deros sudah meletakkan dirinya sebagai "Sesat" dan sangat “menyesatkan." JUSTERU, SEBENARNYA BUKAN DR.ARRAZY HASYIM YANG BANYAK INGKAR KEPADA ULAMA, TETAPI SEBENARNYA USTAZ MUHAMMAD NOOR DEROS LAH YANG SERING KALI “MENYESATKAN” ULAMA-ULAMA!!! Ustaz Muhammad Noor Deros[Ustaz Noor Deros], duduk di maqom mana, adakah di Muntadi, Muntada atau Muntaha? Anda tidak faham, tetapi berpura-pura faham dengan memperlekeh dan meremehkan ilmu Ma'rifatullah dan ilmu Nur Muhammad, tunggu sajalah Laknat Allah ke atas diri anda!!! Dalam soal berkaitan ilmu Nur Muhammad, Ustaz Dr. Arrazy Hashim [sekiranya ia belajar mendalaminya daripada ulama-ulama pesantren di Kampung Kalampaian, Martapura, Kalimantan, Indonesia], insya-Allah Ustaz Dr.Arrazi di dalam lingkungan yang benar! Kenapa saya bercakap demikian? Kerana ulama-ulama di Kampung Kalampaian itu adalah ulama-ulama pewaris ilmu Ma'rifatullah dan ilmu Nur Muhammad daripada ajaran Tuan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari yang cukup terkenal dengan kitabnya yang berjudul "Kanzul Ma'rifat” itu. Kalaulah Ustaz Dr. Arrazi belajar ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma'rifatullah daripada guru-guru yang lain[selain daripada!]ajaran Tuan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari, saya tidak berani komen panjang lebar. Sebab saya tidak tahu. Dari segi ilmu Nur Muhammad ini Dr.Arrazi tidak banyak yang ingkar kepada ulama, tetapi, berselisih faham dengan para ulama[mungkin!]ada. Itu perkara biasa! Asalkan jangan sampai sesat-menyesatkan antara satu sama lain. Kerana ilmu Ma'rifatullah dan ilmu Nur Muhammad ini adalah cabang ilmu yang terlalu tinggi. Sebenarnya, jarang diceritakan atau diajarkan [secara bebas seperti di universiti-universiti atau di kuliah-kuliah awam tertentu [kerana ia] adalah “ilmu yang terkhusus", ilmu berkaitan keTuhanan yang cukup tinggi, jadi untuk ilmu ini diajarkan dan disebarluas mestilah dengan cara-cara yang khusus juga! Tidakkanlah ilmu Allah yang suci murni diajarkan di "tandas-tandas awam," betul tidak? Fahamkah Ustaz Noor Deros apa yang saya maksudkan? Kerana 'level' ilmu ini cukup tinggi dan SUKAR DIFAHAMI DENGAN AKAL FIKIR LOGIK bagi orang-orang biasa, kerana ia boleh menjadikan seseorang awam tertentu boleh "sesat" kerana kedua-duanya adalah ilmu berkaitan "rahsia-rahsia KeTuhanan", rahsia alam Malakut dan rahsia alam Jabarut. Orang dengan ijazah Ph.D. sekalipun, akan dipandang biasa-biasa saja oleh Allah SWT. Tidak semudah itu! Ia kurniaan Allah SWT. Melainkan kalau seseorang hamba Allah itu bertaqwa. Ingat, rahsia hidayah bukan atas kuasa pada Nabi-nabi, tetapi rahsia Allah SWT. Jadi, gelar PhD. bukan satu jaminan seseorang itu faham dengan ilmu Makrifatullah mahupun ilmu Nur Muhammad ini. Tidak begitu! Ia kurniaan Allah SWT. Justeru, kalau anda mengumpamakan belajar ilmu "rahsia-rahsia Allah" sama dengan belajar ilmu fizik, psikologi, sejarah, dan sebagainya yang anda adili melalui kertas-kertas akademik, adalah salah [dan anda tetap selama-lamanya salah!]sampai bila-bila!. Maka itu, sebagai buktinya, Ustaz seperti Noor Deros berkata ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma’rifatullah adalah ilmu yang “sesat.” Kerana bagi anda, kalau tidak logik, kalau tidak ada dalil bersifat akademik yang menyokong, maka ia ilmu yang salah, ilmu yang sesat! Kalau saya uji anda [Ustaz Noor Deros] dengan pertanyaan-pertanyaan yang tidak logik dan kemungkinan akan mengelirukan anda, tetapi pada hakikatnya benar; bagaimana? Katakanlah dalam bab persucian atau istinja. Kalau Ustaz Noor Deros berak dan kencing, cukupkah bagi anda dengan hanya membaca doa masuk tandas atau doa selepas “bercebuk”[?]dan lepas itu, selesai!? Itu istinja anak-anak kecil namanya wahai Ustaz Noor Derus! Cukup memadaikah begitu? Najis anda itu anda buang dimana, dalam mangkuk tandas? Pada air? Pada lubang tanah? Pada angin? Kesemuanya itu adalah makhluk Tuhan! Lalu, dimana harus Ustaz Noor Deros membuang najis anda? Di udara? Pun udara itu juga makhluk Tuhan. Jadi, dimana anda membuang najis anda? Ia suatu kenyataan [persoalan!]yang sangat mengelirukan, bukan? Kerana kalau anda tidak tahu rahsianya, anda sudahpun melempari [setiap hari!]Zat Allah SWT dengan “najis-najis” anda. Akan jadi laknatullah lah anda. Nauzubillah! Maka itu anda berkata ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma’riafatullah adalah ilmu yang “sesat.” Orang tidak pandai menari, dia fikir lantai jongkang jongkit, begitulah keadaan yang boleh digambarkan terhadap perilaku Ustaz Noor Deros. Saya yakin 100%, kalau Ustaz Noor Deros faham dengan maksud saya di dalam bab persucian atau istinja ini, sudah pasti Ustaz Noor Deros akan “membenarkan” ilmu Nur Muhammad dan ilmu Ma’rifatullah itu. Kalau tidak, selama itulah anda akan melemparkan najis-najis anda[nauzubillah!] kepada Zat SWT, Zat Wajibul-wujud! Jadi, bagaimana? Mengelirukan, bukan? Orang yang tidak belajar, tidak faham dan tidak menghayati memang keliru! Adat orang belajar, kalau suatu benda itu tidak susah sekalipun dia akan kata susah kalau tidak memahami, walaupun [ia] sangat mudah! Justeru, wahai Ustaz Noor Deros, walaupun anda seorang pemegang pelbagai gelar “Ph.D” namun gelar-gelar tertentu keduniaan itu jelas tidak membantu mengenal diri anda dan Tuhan anda. Jelasnya, gelar Ph.D tidak dapat sama sekali mendekatkan diri anda kepada Tuhan[walaupun mungkin boleh membantu]. Kerana masih terlalu banyak lagi perkara-perkara berkaitan ilmu keTuhanan atau “rahsia-rahsia Allah” yang masih anda kurang fahami kerana anda tidak menghayati dan tidak belajar [apatah lagi]kalau hati anda terlalu sibuk ingin menyesatkan hamba-hamba Allah yang lain ! Bayangkanlah, malahan Wali-wali Allah pun menjadi bahan ketawaan dan gurauan anda. Saya fikir anda tersalah memilih guru-guru tarekat anda. Kerana apa yang anda katakan mengenai ahli sufi, ahli tarekat mahupun Wali-Allah adalah jauh sama sekali daripada apa yang saya maksudkan. Sebagai contoh, Ustaz Noor Deros sendiri yang [sudah terlalu tinggi ilmunya]hanya berupaya menggunakan logik!], tetapi, tidak sama sekali dapat memahaminya kerana Ustaz Noor Deros hanya memaknainya melalui logik akalnya semata-mata, tetapi tidak anda "menghayati"nya, TIDAK BERGURU KEPADA SEORANG GURU YANG MURSYID untuk membimbingi anda seperti misalnya, apa makna Tauhidul Af'al, Tauhidul Asma, Tauhidus Sifat dan Tauhidul Zat itu. Semuanya gagal difahami oleh Ustaz Noor Deros, walhal ilmu logik Ustaz Noor Deros sudah terlalu tinggi! Sesungguhnya, Ustaz Noor Deros tidak belajar daripada kebijaksanaan cerita Nabi Musa yang ingin melihat wajah Tuhan. Dan Nabi Musa pengsan! Kalau sudah, kenapa Ustaz Noor Deros tidak menghayatinya? Agaknya, siapa yang tinggi ilmunya dan ketaqwaannya, Nabi Musa kah [atau] Ustaz Noor Deros?
Siapa dia Tn Sheikh Muhammad Arsyad al Benjari? Ulama di iktiraf dunia lslam ke? Pernah di undang atau mengajar rincian lslam, Quran dan Hadiths, di mana2 universiti? Ada kumpulan2 fatwa dia yg telah di cetak bukukan di jadikan bahan rujukan pengkaji2 lslam? Jika tiada, dia hanya Sheikh kabir pada pengikut kecil nya sahaja.
Islam itu mudah; kembali lah pada Quran dan Sunnah.
Tdk di sebut dalam Quran atau pun hadith2 tentang makrifat.
Saudara, mohon kawali adab dan akhlak Islam. Tidak di ajar Rasul (saw) mengata kesat dan keji. Jika beza pendapat, berlapang dada. Buat kajian dan pembacaan lagi.
@@marizannor5606 Mudah bercakap kembali kepada Qur'an dan Sunnah. Mudah, sangat mudah? Tetapi, adakah anda seorang peneliti yang tekun?
KERANA TELAH TERBUKTI, saya fikir sudah sebelas[11]Bahagian (Part 1 - Part 11]telah saya peruntukkan untuk menjelaskan bukan hanya ketokohan Tuan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari, tetapi juga, termasuklah saya juga sempat menyebutkan sebahagian nama para ulama-ulama Melayu di Kepulauan Nusantara ini dan termasuklah guru mereka al-Madani. Kenapa anda tanya lagi?
Sayang sekali, anda sebagai seorang yang terpelajar dengan gelar Ph.D yang berjela-jela banyaknya dan anda mengajar di puluhan universiti, tetapi tidak pula anda 'faham' [atau terbaca!]apa yang saya telah kemukakan. Anda butakah? Atau anda berpura-pura buta?
Sebab apa?
Kerana, kecualilah kalau anda seorang yang tidak berilmu dan buta, kerana apa, dengan pertanyaan anda ini fahamlah saya bahawa anda sebenarnya "buta sejarah" dan "buta mata hati" sehingga bukan saja tidak pernah kenal dengan tokoh-tokoh Islam di Alam Melayu malahan anda bertanya: "Siapa dia Tn Sheikh Muhammad Arsyad al Benjari? Ulama di iktiraf dunia lslam ke? Pernah di undang atau mengajar rincian lslam, Quran dan Hadiths, di mana2 universiti?"
SAYA SAMA SEKALI TIDAK FIKIR ANDA SEORANG YANG BUTA MATA HATI DAN TIDAK BERILMU. NAMUN KENAPA ANDA BERTANYA SEOLAH-OLAH BUTA SEJARAH TENTANG ULAMA-ULAMA YANG TELAH MENGAJAR DAN MENDIDIK DATUK-NENEK-MOYANG ANDA SATU KETIKA DAHULU?
jadi,sangat jelas, anda berpura-pura TIDAK TAHU DAN BERPURA-PURA bertanya siapa dia Tuan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dan rakan-rakan yang seperguruan dengannya.
Kerana, kalau anda masih bertanya, maknanya, anda tidak baca keseluruhan {Part 1 - Part 11}daripada teks saya. Maknanya, anda tidak teliti atau membaca secara melompat-lompat kerana anda rasa sudah pandai. Inikah ciri-ciri orang yang dikatakan seorang berilmu?
@@marizannor5606 adakah anda [atau guru anda:Ustaz Noor Deros!] berani "mengecop-sesatkan" para ahli sufi, Wali-wali Allah dan ulama-ulama terdahulu itu memperlihatkan bahawa anda seorang yang terkawal adabnya dan anda berakhlak Islamik?
@@eljumaidilbinahmad2464 bagaimana pula ulama dahulu yg mengecop sesatkan ibn arabi?adakah anda mengira mereka tidak berakhlak islamik?