Produk Kraf Jadi Punca Rezeki

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 6 сен 2024
  • Produk Kraf Jadi Punca Rezeki
    Laporan/video: Norshazila Ahmad / Syafiq Saleh (Selangor)
    KUALA KUBU BAHARU, 29 April (Malaysiaaktif) - Minat dalam bidang jahitan menjadi punca rezeki kepada usahawan produk kraf yang berasal dari Rasa, Kuala Kubu Baharu.
    Nur 'Azimah Zanhuri, 38, tidak mempunyai pelajaran formal dalam bidang jahitan, namun minatnya yang mendalam beliau mampu menjana pendapatan melalui jualan produk kraf.
    Antara produk kraf yang dihasilkan adalah kasut bayi, tanjak, barut, bedung, sampin, apron kanak-kanak dan lain-lain lagi.
    Azimah mula mendapat bimbingan dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) pada tahun 2021, dengan mengikuti kelas secara atas talian dan NADI banyak membimbing memperkenalkan produknya ke seluruh negara menerusi kaedah digital secara percuma.
    Jelasnya beliau pernah menjana pendapatan hampir RM 20,000 dalam tempoh tiga bulan setelah menerima banyak tempahan tanjak selepas menyertai pameran usahawan NADI sempena Kembara Riuh, yang diadakan di Fraser Valley Kuala Kubu Baharu anjuran Kementerian Komunikasi pada tahun 2023.
    #MalaysiaAktif
    #NADI
    #KualaKubuBharu
    #JaPenSelangor

Комментарии •