5 Trilion Meter Padu Sumber Air Bawah Tanah Di Seluruh Negara Dikenalpasti

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 2 окт 2017
  • 5 Trilion Meter Padu Sumber Air Bawah Tanah Di Seluruh Negara Dikenalpasti
    Jabatan Mineral dan Geosains sedang mengenal pasti sumber air bawah tanah di seluruh negara.
    Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Dr Hamim Samuri berkata ia bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sistem bekalan air sedia ada.
    Dianggarkan terdapat sebanyak lima trillion meter padu sumber air bawah tanah di seluruh negara ketika ini.
    Pasukan pakar katanya masih lagi melakukan kajian melibatkan beberapa perkara termasuk kadar pengeluaran air berkenaan.
    Ini kerana dikhuatiri berlebihan dan boleh membawa kepada beberapa permasalahan iaitu pemendapan tanah serta pencemaran air.

Комментарии •