Didenda RM600 Buat Laporan Palsu IC Hilang

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 4 окт 2017
  • Didenda RM600 Buat Laporan Palsu IC Hilang
    Seorang lelaki yang membuat laporan palsu berhubung kehilangan kad pengenalannya bagi mengelak bayaran denda sebanyak 300 ringgit, Mac lalu, dijatuhi hukuman dua kali ganda lebih tinggi daripada jumlah denda tersebut oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh.
    Tertuduh Nur Hakiki Abd Hakim, berusia 24 tahun, dijatuhi hukuman 600 ringgit itu selepas mengaku bersalah sejurus kertas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah dihadapan majistret Norina Maluddin.
    Pada 24 Mac lalu, tertuduh didakwa membuat laporan palsu mengatakan dia diragut, di Balai Polis Kandang sekitar jam 4 pagi.
    Tertuduh didakwa mengikut seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksima 2 ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.
    Terdahulu, prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Mohamad Azri Zakaria memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kekerapan kes berkenaan berlaku dalam negara.
    Majistret Norina menjatuhkan hukuman denda sebanyak 600 ringgit atau sebulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Комментарии • 1

  • @watiwati8702
    @watiwati8702 4 года назад +2

    Mahal sangat denda yang dikenakan.. Agak2 La ... Nma pun kecuaian.. Bukan sengaja...