NYARIS TERPERANGKAP DI KAMPUNG BUNIAN: HUTAN JENGKA 1987

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 10 сен 2024
  • #sesatdihutan #kampungbunian #kisahseram
    200 orang tentera darat dan udara serta anjing pengesan gagal menemui jejak kami
    3 April 1987
    Dari MPTI, JB menuju ke Bandar Pusat Jengka. Singgah di Segamat dengan menaiki bas. Semua ahli pengakap sesi 85/88 MPTI mengikuti perjalanan ini. Tujuan utama adalah kursus manik kayu iv. Tiba di Kem Mahkota, BPJ tepat pukul 9.00 malam. Kehadiran kami dari Johor, disambut dengan meriah pengakap dari Pahang daripada pasukan Kelana, Pemimpin-pemimpin Pengakap Pahang dan mereka menerima kedatangan kami seperti telah kenal begitu lama. Malam ini, kami dikehendaki tidur dulu di dataran kem itu, kerana kesuntukan masa untuk mendirikan khemah.
    Dari pagi hingga waktu Zohor, kami dikehendaki membersihkan kawasan khemah. Gabungan pengakap dua negeri yang berkumpul ini dibahagikan kepada 12 patrol. Aku termasuk dalam Patrol Tualang, yang terdiri daripada tiga teman dari MPTI iaitu Rosli Ismail, Abdul Razak Hussein dan Rizal Ghazali. Tiga pemimpin pengakap yang bergabung dalam patrol ini ialah Mohamad Jais Idrus, Zainal Abidin Hamzah, dan Hasnah Yus
    Kami mempelajari ilmu-ilmu pengakap seperti berkawat, membuat gajet, motivasi, teknik memasak di dalam hutan dan pelbagai kemahiran pengakap yang lain. Setiap malam kami tidur jam 2 - 4 pagi. Juru latih bagaikan tentera. Malam 7 April angin ribut melanda kawasan perkhemahan kami. Sebatang pokok yang besar (yang masih hijau) tumbang menghempap khemah di sebelah patrol kami. Khemah dan segala peralatan seperti beg, pinggan-mangkuk hancur dihempap pokok besar itu.Keadaan begitu huru- hara. Alhamdulillah tidak ada yang terkorban dalam kejadian jam 11.30 malam itu. Ketika mendengar pokok itu tumbang, kami semua lari lintang pukang meninggalkan tempat itu.
    8.00 pagi, kami diberi penerangan tentang tracking yang akan ditempuhi tengah hari ini. Jam 11.50 tengah hari kami mula memulakan pengembaraan ini. Semua patrol yang jumlahnya 12, dikehendaki mengembara mengikut tempat-tempat yang berlainan. Kami dibekalkan sekotak mancis, sekati beras, sekeping khemah, bawang merah, satu tin sardin. Kami difahamkan akan sampai di SK Jengka 10 pada jam 7.00 petang nanti.
    Perjalanan ini memang mencabar. Kami menempuh hutan yang penuh berduri, terutama duri rotan. Hutan ini pernah diambil balaknya mungkin 10 tahun lalu. Kami menyeberangi anak-anak sungai. Meskipun ini tiada rehatnya, namun setelah tiba magrib, kami belum menemui apa-apa. Sungguh aneh, kami tidak terjumpa bekas tapak kaki manusia. Seolah-olah kami telah mengembara di hutan Jengka ini seminggu lamanya!
    Rosli yang kami anggap ketua mengumumkan sesuatu yang menakutkan. "Kita telah sesat". Masing-masing terpinga-pinga. "Malam semakin hampir, lebih baik kita berkhemah di kawasan ini" Kami berpatah balik beberapa meter dari kawasan yang dipenuhi pokok buluh itu. Rosli membisikkan kepadaku "Aku tadi nampak seorang lelaki memakai baju Melayu macam cerita Hang Tuah kat pokok buluh tu" " Mungkin itu bayangan kau sahaja" Ujarku "Betul Som, tak kan kau tak percayakan aku" Aku meninggalkan Rosli, dan melihat Jais memanggil kami. "Aku dah jumpa tempat yang sesuai untuk kita berkhemah malam ni, tu ha tempat lapang tu"
    Rosli mengajak aku mencari kayu api untuk unggun api malam ini. Razak, Rizal, Jais, Zainal dan Hasnah membersihkan kawasan itu. Hasnah mula memasak, Jais mengingatkan supaya masak berjimat, kerana kami tidak tahu berapa hari pengembaraan ini akan berakhir.
    Di sekeliling kami penuh hutan. Tiada satu suara yang menunjukkan adanya manusia. Tidak ada suara dengungan motosikal yang mungkin tiga atau empat kilometer dari sini. Segala-galanya senyap dan sunyi sesunyinya.
    Kami telah sediakan kayu-kayu yang ditajamkan seperti bambu runcing. Tidak jauh dari sini, ada anak sungai yang jernih airnya. Kami gunakan air itu untuk minum, mandi dan memasak. Kami rasa, ada binatang buas yang sama-sama ingin meminum air itu. Malam ini kami bergilir-gilir berkawal. Tiba-tiba jam 11 malam, keadaan menjadi kecoh. Sekumpulan beruk di atas pokok...(tgok video)
    Hasnah seperti mengingati ibunya. Pasti ibu dan saudara maranya di luar sana sangat risau apabila Hasnah sesat bersama 6 pengakap lelaki yang belum tahu asal-usulnya.( Bayangkan kalau Hasnah itu anak anda, pasti anda menjadi gila memikirkannya). Yang mungkin menjadikan mereka tidak risau kerana adanya Jais dalam kumpulan kami. Jais itu adalah jiran Hasnah di Jerantut.
    Akhirnya pagi menjelma, dan kami lalui 9 April dengan selamat. Kami mengemas khemah dan peralatan yang ada. Kami mula meneruskan pengembaraan, dan yakin hari ini pasti kami akan keluar dari hutan Jengka ini. Perjalanan hari ini lebih mencabar. Rizal yang berada paling di belakang mendakwa, ada suara yang memanggilnya "Rizal, Rizal,...Rizal". Kami buat tak endah dengan dakwaan Rizal.
    Mata dan pandangan kami juga mula di pukau oleh fatamorgana. Pertama sekali, kami melihat satu puncak bukit yang seperti sedang dibangunkan. Kawasan itu ditambak dengan batu merah. Sambung tengok video aku nilah.

Комментарии • 113

  • @zainalhamzah4323
    @zainalhamzah4323 3 года назад +16

    Terimakasih cikgu mat som....saya salah seorang yg terlibat langsung dalam cerita ini...(zainal)...ha..ha..kenangan mengusik jiwa...ringkasan cerita memang begini, sudah cukup bagus ...namun jika ingin di ceritakan masih terlalu banyak lagi kisah yg tersembunyi dan misteri...apapun semuga cerita ini boleh dijadikan sebagai tauladan dan pedoman berguna untuk generasi muda dan seterusnya.

    • @matsom
      @matsom  3 года назад +4

      Tkasih SAHABAT SESESAT, kerana sudi menulis komen di video ini..

  • @rambus7254
    @rambus7254 4 месяца назад +1

    Tengok pengakap zaman tu 5 orang lelaki sorang perempuan rileks je. Zaman sekarang ni jangan harap la camtu

    • @matsom
      @matsom  4 месяца назад

      Kita ke mana2 membawa nama baik keluarga , Nama baik maktab dan profesion.... Tak terfikir yg bukan2...cuma masa tu terfikir bagaimana mak cikgu Hasnah di luar sana...kami anak lelaki mungkin tidaklah difikirkan risiko yg bukan2, mungkin risau diserang binatang buas saja....
      Bagi pendapat saya,
      Kemungkinan di luar sana (keluarga dan sdra mara) risaukan pengakap perempuan itu tetap ada...bayangkan seorang pengakap perempuan sesat bersama 6 pengakap lelaki...

  • @aimanlutfiehsem2540
    @aimanlutfiehsem2540 2 года назад +1

    saya msuk dari tiktok

    • @matsom
      @matsom  2 года назад

      Jutaan Terima Kasih Shiikah, penyampaian saya kurang menyeramkan, walaupun sebenarnya cerita benar kami menakutkan...kalaulah masa tu ada kamera video....dan ditambah cerita disampaikan oleh org yg bersuara power...Tentu video ini lebih menarik..saya rasa suara org yg mengekori kami itu , suara mahluk misteri hutan itu

  • @opporeno5f652
    @opporeno5f652 2 года назад +1

    Tepi tasik tu depan cemera tu cm daun ubi

    • @matsom
      @matsom  2 года назад

      Ubi hutan agaknya

  • @kirigayasensei4810
    @kirigayasensei4810 4 года назад +6

    Wau

  • @kirigayasensei4810
    @kirigayasensei4810 4 года назад +5

    Idola sye😍

  • @shahbudinsulaiman4071
    @shahbudinsulaiman4071 3 года назад +2

    Menarik juga ceritanya.

    • @matsom
      @matsom  3 года назад

      Tksih atas kunjungan Tuan Din ke channel saya

  • @amirajohari
    @amirajohari 3 года назад +1

    Baru dengar cerita Cik Som. Fuh kenangan sepanjang zaman.

    • @matsom
      @matsom  3 года назад +1

      Tkasih Mira, sudi mendengar.... kisah lama yg tinggal dlm lipatan sejarah Pengakap Negeri Pahang... masa dlm hutan ni mak ngko tak tau...Kalau tau, tak taulah mcmana risaunya dia. Kalau nenek, dia biasa cool saja

  • @taufan853
    @taufan853 3 года назад +3

    Terbaik orang lama bercerita....mjur muziknya sekejap.....alau tak hilang penghayatan...semoga saudara dan teman2nya berjaya didunia dan diakhirat aminnnnnn👍👍👍👍👍

    • @matsom
      @matsom  3 года назад

      Tkasih kerana sudi menonton TauFan...saya sbnrnya tak puashati dgn persembahan video ni...tapi dah terupload

  • @mia1961
    @mia1961 2 года назад +1

    saya hadir dari tiktok.. oh kem mahkota, ingatkan mana la tadi hutan jengka.. saya dulu camp kat sini jugak under PBSM tahun 1990.. so far takde apa2 yang pelik

    • @nabilahuda8284
      @nabilahuda8284 2 года назад +2

      Sama, baru je lalu dekat tiktok td😄

    • @matsom
      @matsom  2 года назад

      Selepas brlaku pristiwa kpd kami, kjaan Pahang mgambil lgkah2 ketat, supaya x brlaku pristiwa yg sama. Antaranya dilarang aktiviti pgembaraan ke kwsan sensitif yg dimaksudkan

    • @matsom
      @matsom  2 года назад

      Dlm masa itu ada 12 kumpulan, cuma kumpulan kami yg sesat. Jika benar kwsan itu kecil, mana perginya 200 org yg mncari kami? Kami sesat 10 km drp kem mahkota itu

    • @matsom
      @matsom  2 года назад

      Bersyukurlah sdra tidak berlaku apa2, mmg sejak 1987 itu, tak dgr lagi peristiwaa malang seperti yg telah kami lalui

    • @matsom
      @matsom  2 года назад

      Tkasih Nabila

  • @armlieychannel4950
    @armlieychannel4950 3 года назад +2

    Seronok dengar abg bercerita walaupun ia sebuah cerita pengalaman yg sedih....terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman ni,alhamdulillah...semuanya selamat

    • @matsom
      @matsom  3 года назад +1

      Tkasih kerana sudi menonton Armliey...Saya sebenarnya kurang puas hati dgn video ni...saya nak interview kawan2 saya tu...tp masing2 tak nak...kalau tak tentu jauh lebih menarik..katanya buat apa dikenang kisah lalu? hahaha

    • @armlieychannel4950
      @armlieychannel4950 3 года назад +1

      @@matsom sesat kat hutan ni kan bang,kdang² bukanlah sebab kita xjumpa jalan untuk keluar,tapi kita xdapat nak pergi ke arah yg kita nak tuju tu...ia berkait dengan alam mistik...sy pernah alami nya

    • @armlieychannel4950
      @armlieychannel4950 3 года назад

      @@matsom sy dah subscribe bang...

  • @hairulazan4320
    @hairulazan4320 3 года назад +4

    Assalamualaikum w.b.t....
    Terima kasih cikgu berkongsi..
    ...
    Bagi saya... Sebelum kita buat tracking di hutan..atau berkelah di sumur..sungai dan laut.....
    Kita perlu hormati dan ada ilmiah tentang hutan dan sebagainya....
    Jadi kita perlu belajar mengenali dan jati diri yang tinggi dan sentiasa berdoa semoga allah bantu dan permudahkan ..
    Sebab manusia akan diuji...dan kita perlu tahu alam ghaib dan menempatan itu ujud......
    Mereka pun makhluk allah juga..
    Jadi generasi sekarang kerana hormati dan jaga peradapan semasa di tempat tempat ini..
    Semoga kita istiqamah diri dan jiwa tegah.. terus maju...dan jangan mundur......dan hormati....
    Sekian wasalam..

    • @matsom
      @matsom  3 года назад +1

      Ketika kejadian ni kami mmg betul2 tak tau semua tu...Jurulatih pun pilih tempat yg mencabar spt itu tanpa dicheck kawasan itu dulu...

  • @-abcdefg-3980
    @-abcdefg-3980 3 года назад +2

    Cantik hasnah

    • @matsom
      @matsom  3 года назад

      Shakir kenal err dgn Cgu Hasnah..

  • @dinicaftariadini1243
    @dinicaftariadini1243 3 года назад +4

    Sedap jugak kisah benar ni

    • @matsom
      @matsom  3 года назад

      Sdra Sazali, cuma cara persembahan saya yg kurang..cerita dah benar. Tp sebenarnya saya sendiri tak puas hati dgn video ni. Saya mintak kawan2 saya bercerita dlm video ni..tp mereka tak nak

    • @dinicaftariadini1243
      @dinicaftariadini1243 3 года назад +1

      @@matsom dah kira oklah tu kisah benar mcm tu.... Jln cirta dia cantik.. yg paling Merinding dekat kpg tu lah dah dekat rupanya tasik.. nasip baik bunian tak ganggu tapi ramai org mungkin bunian tu tak berani

  • @Aziziizham
    @Aziziizham 2 года назад +1

    Tahun sy lahir tu, jengka 22 hadir,

    • @matsom
      @matsom  2 года назад +1

      Masya Allah... Tkasih Azizi, maknanya umur sdra skrg 35 ya

    • @Aziziizham
      @Aziziizham 2 года назад +1

      @@matsom Aah, 35 dh, sama2 😊

  • @azharabu6887
    @azharabu6887 3 года назад +3

    Saya anak Jengka satu Pahang masih terkenang peristiwa yang berlaku dulu ,, hutan ini berhampiran Jengka satu dan Jengka 10 kisah ini memang benar laku dulu ..

    • @matsom
      @matsom  3 года назад +1

      Allahu Akbar En Azhar...maaflah cerita ni ringkas drp cerita sebenar...
      Saya dah mencuba mengajak sahabat2 saya ni bercerita..tp masing2 menyepikan diri...yg suka bercerita pulak..sdra Rosli dah meninggal...hanya itu lah saja yg dapat saya paparkan sebagai antara sejarah pengakap Pahang masa tahun 80an

  • @Goodjob30-q3g
    @Goodjob30-q3g 3 года назад +3

    Salam...Seronok dgr cerita Tuan.
    Jengka 10 tu kg saya ,hari² saya lalu kem bandar pusat tu. Thn 87 tu saya berumur 11thn.

    • @matsom
      @matsom  3 года назад

      Masya Allah....Kalau tanya org2 tua..mesti mereka ingat ...sejak Puan Mazlen menetap di situ, ada tak dengar tentang misteri2 kawasan hutan tu?😂

  • @se7vensignvlog300
    @se7vensignvlog300 3 года назад +2

    1987.. saye skolah mnengah jngka pusat,..baru tingkatan 1.. skolah pon masa tu at as bukit keliling hutan...huhuhu..

    • @matsom
      @matsom  3 года назад +1

      Tp tak ada bunian mengacau kawan2 Black ya

    • @se7vensignvlog300
      @se7vensignvlog300 3 года назад

      bunian tu xde degr citer,..tpi histeria, Dan gangguan hantu jepun bekawat kt padang skolah tengah mlm tu de la kawan2 yg tinggal kt asrama citer...seerraam jgk..😂

  • @meabatrisyia2818
    @meabatrisyia2818 3 года назад

    Bestnya cikgu !!😍

    • @matsom
      @matsom  3 года назад +1

      Tkasih atas kunjungan Mea

  • @naga89keramat98
    @naga89keramat98 2 года назад +1

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh cikgu mat Salam kenal Salam persaudaraan sedunia US dari saya Kedah mai 👍🏻🇲🇾🤲🙏🥰

    • @matsom
      @matsom  2 года назад

      Waalaikumussalam Naga Keramat...Salam kenal, terima kasih banyak atas kunjungan ke channel youtubeku

  • @Mohdlobo681
    @Mohdlobo681 2 года назад +1

    Aku pengakap 2nd kk masa sekolah menengah kebangsaan Clifford Kuala Kangsar Perak...1988 🇲🇾

    • @matsom
      @matsom  2 года назад

      Jiwa pengakap biasanya kental dgn ujian apa pun. Semestinya sdr seorang yang hebat

  • @dinicaftariadini1243
    @dinicaftariadini1243 3 года назад +4

    Saya masa darjah satu pun ada jumpa pompuan tak tahu lah pompuan mne duduk bersolek atas batu pakai kebaya merah pakai payung. Lagi satu dlm tu ada pesta pulak. Sekarang baru terpikir pulak ape benda atas batu tinggi ada pompuan cantik

    • @matsom
      @matsom  3 года назад

      Kisah tu di mana Sazali? Adakah di Hutan Jengka juga...Nasib baik perempuan tu tak culik Sazali😂😂😂

    • @dinicaftariadini1243
      @dinicaftariadini1243 3 года назад +2

      @@matsom masa balik sekolah mat kan tepi jalan kpg kami ada batu2 besar ada pokok durian kira hutan lah..
      Nasip tak masuk hutan tu.
      Balik rumah bagitahu mak ada pesta ada byk lembu ada org buat niaga lagi. Igat nk pergi situ lagi nasip mak melarang mne ade pesta dlm hutan.
      Panjanglah ceritanya mat
      Budak2 kan matanya blh nampk

    • @matsom
      @matsom  3 года назад

      Real tu Sazali dah boleh buat video nihh...dah siap nanti beritau saya ya...rasa cerita tu mcm zaman Purba

    • @dinicaftariadini1243
      @dinicaftariadini1243 3 года назад +2

      @@matsom mmg la mat mcm zaman cita dlm p Ramli tu... Tu lah kan klu buat video cantik Zali tak pandai la nak cakap buat video klu mat blhlah hahaha.... Hairanlah pompuan mane duduk bersimpul atas tak takut jatuh kan batu tinggi lagi tajam mata memandang Zali masa balek sekolah.. yang lain 2 tu sibuk dgn aktivitinya ada yg Tarek lembu mcm2 lah.
      Mak ada pesan klu balik sekolah jgn menyimpang budak baikkan. Hahaha...
      Ok mat.. terima kasih
      Hairan2

  • @NonDigitalEntity42
    @NonDigitalEntity42 3 года назад +1

    Ejas buat movie...

    • @matsom
      @matsom  3 года назад

      Kubi Kuba...kena cari pelakon baru pulak...yg muda2 .. ni org asal semua dah tua dan ada yg dah arwah.. Cadanganmu sangat baik

  • @zaidhashim7132
    @zaidhashim7132 3 года назад +1

    Innalillahi wainailahi rajiun takziah kepada kawan nya Cikgu 🙏🙏🙏🙏

    • @matsom
      @matsom  3 года назад

      Beliau sakit buah pinggang..
      Tkasih...ucapan Sdra Zaid

  • @alqassam4209
    @alqassam4209 3 года назад +3

    Kalau x silap saya kem mahkota Jengka pusat di kawasan bukit di bandar Jengka pusat lama , selepas Petronas atau mungkin dn simpang utama nk ke bandar Jengka pusat lama dan yg terdapat cuma bank BSN dnn beberapa kedai ,waktu tu saya darjah 3,tp,perkhemahan ke bdr Jengka pada saya darjah 6,untuk menerima kad ahli pengakap seumur hidup,di kem mahkota,bersama unit-unit uniform yg lain,pandu puteri,st ambulans,puteri Islam, saat tu kalau x silap tiada lg kadet tentera,bomba dan polis,banyak yg lupa,kini umur menjangkau 43 tahun,amat sukar nk ingat,

    • @matsom
      @matsom  3 года назад

      Tkasih byk atas cerita saudara....ia Kem Mahkota byk nostalgia...
      Agak2 kem tu ada lagi tak ya skrg? Dan hutan2 itu masih adakah lagi?

    • @Goodjob30-q3g
      @Goodjob30-q3g 3 года назад +1

      @@matsom Masih ada hutan tu Tuan.

    • @matsom
      @matsom  3 года назад

      Tkasih Mazlen..teringin tengok kembali tempat tu...tp apakan daya ...masing2 dah tua dan ada yg dah mninggal. .reunion sesat hahaha

  • @bjplusplus1
    @bjplusplus1 3 года назад +3

    Harap2 selepas kejadian ini, sblm pgakap atau mana2 kumpulan penuntut masuk hutan, mrk diberi petua atau serba sedikit bekalan.

    • @matsom
      @matsom  3 года назад +1

      Sebenarnya byk lagi cerita yg kami nak ceritakan...tp tak tau nak cerita mcmana...peliknya tiga hari kami menemui tunggul kayu yg sama...dan 200 tentera termasuk tentera udara dan anjing pengesan gagal menemui kami pada hal hutan tu pun tak sebesar mana

    • @bjplusplus1
      @bjplusplus1 3 года назад

      @@matsom Ye lah, mgkin jk saya ketika itu seumur Tuan, dan masuk hutan saya juga akan mgalami perkara yg sama. Kecualilah kita bernasib baik mpunyai keluarga, teman, pak cik @ org kg yg mmg berpengalaman ke hutan, mgkin kita berkesempatan ambil serba sedikit sbg bekalan. Allah mpunyai hikmahnya utk saudara mgalami apa yg saudara telah alami.

  • @azmiabdulrahim8452
    @azmiabdulrahim8452 3 года назад +2

    Smua ksah bnar spa yg prnh trmsuk prk mpungn bunian

    • @matsom
      @matsom  3 года назад +1

      En Azmi org Jengka ya....

  • @naga89keramat98
    @naga89keramat98 2 года назад +1

    Dekat Rizal yang bawah tu rupa orang ke apa tu cikgu lain macam dia punya merelit cikgu saya adik-beradik saya ramai kat belah Pahang Jengka15 24 dan melarat ikut belah Raub ke Jerantut Mentakab. Muadzam. Tapi itulah rezeki tak ada lagi nak pergi berjalan ke belah tu.. semoga cikgu sihat selalu dan dinaikkan pangkat amin ya rabbal alamin

    • @matsom
      @matsom  2 года назад

      Ohh...patutlah masa keluar dari hutan tu , saya berbual dgn peneroka, dia ckp slang Kedah.
      Tentang gambar tu. Saya check dulu, mungkin Naga Keramat mata tidak berhijab...saya tak pnh nampak keganjilan dlm gambar2 tu sebelum ini

  • @abe0723
    @abe0723 3 года назад +1

    seronok dengar en bercerita kelakar.. nak rasa seram pun tak jd.. hahaha.

    • @matsom
      @matsom  3 года назад +1

      Tkasih Sdra Ahmad, sya sekadar nak berkongsi pengalaman..cerita sebenar..nak kata seram mmg seram, tp buat2 happy utk terus bersemangat cari jln keluar...cuma tertanya2 kenapa tak nampak pun kelibat 200 org tentera, polis hutan, dan penduduk yg mencari..katanya ada tentera udara, tp helikopter pun tak melintas atas kawasan kami hilang tu

  • @jkproduction2671
    @jkproduction2671 3 года назад +2

    1987....sekolah rendah lgi

    • @matsom
      @matsom  3 года назад

      Saya masa tu baru umur 21...skrg dah 55 ..Agak2 rasa umur JK skrg sekitar 37-39 tahun ya

  • @AbdulRazak-by5sp
    @AbdulRazak-by5sp 4 года назад +3

    Aku masih belum masuk mpti

    • @matsom
      @matsom  4 года назад +1

      Ni Razak mana pulak...kenalkan diri Tuan

    • @AbdulRazak-by5sp
      @AbdulRazak-by5sp 4 года назад

      @@matsom ha ha ha Yong peng lah

    • @matsom
      @matsom  4 года назад

      Ngko dah ada...ni tahun 1987

    • @AbdulRazak-by5sp
      @AbdulRazak-by5sp 4 года назад

      Aku masuk bulan 7,1987

  • @tokayahanis1610
    @tokayahanis1610 3 года назад +1

    Sesat dalam kumpulan lebih daripada sesat seorang diri

    • @matsom
      @matsom  3 года назад

      Kalau saya sesat sorang diri..mau jadi gila Tok...ramai2 pun dah stess dah

    • @tokayahanis1610
      @tokayahanis1610 3 года назад +1

      Hahahaha..ya2

  • @malikishak6227
    @malikishak6227 3 года назад +2

    Hutan jengka pahang dgn GUA KOTA GELANGGI,GUA SANDING,GUA BALAI & GUA2 DIGUNUNG SENYUM
    tempat2 ini angker dgn sejarah silam dimana gua kota gelanggi adalah tempat persembunyian pahlawan mat kilau dizaman dahulu.
    Ada hubungan dgn alam ghaib bunian..

    • @matsom
      @matsom  3 года назад +1

      Tuan Malik nampak begitu arif akan hal ini..saya tak pernah terfikir tentangnya..Cuma bagi saya hutan bukan tempat kita..jika kita masuk dgn ilmu yg kosong...inilah jadinya hahaha

    • @abbysams7386
      @abbysams7386 3 года назад +1

      Betol ker alam bunian NIH ade kt gua kota Gelanggi...

    • @Aziziizham
      @Aziziizham 2 года назад +1

      @@abbysams7386 kt gunung senyum pun ade,

    • @matsom
      @matsom  2 года назад

      Nama tempat pun seram tu. Tentu ada tu hehe

  • @zam-zamzambri5207
    @zam-zamzambri5207 3 года назад

    Kampung ku Jengka 10, 87 Aku darjah 6 masa tu..

  • @nasrulnasardin579
    @nasrulnasardin579 3 года назад +1

    Harimau banyak dulu hutan tu..

    • @matsom
      @matsom  3 года назад

      Memang nampak tapak kaki mereka...nasib baiklah kami tak kena terkam dgn harimau2 tu

  • @leetang6761
    @leetang6761 3 года назад

    wajah2 abg kakak senior ku..😁Mesti ke sana naik 'bluethunder' ..hihi

    • @matsom
      @matsom  3 года назад +1

      Gold Sniper...siapa tu...pengakap Pahang yaa

    • @leetang6761
      @leetang6761 3 года назад

      batch 86/88 mpti.. ✌😎

    • @matsom
      @matsom  3 года назад

      MasyaAllah ... Allahu Akbar...Kita daripada sati Semaian Subur...

  • @azharayup57
    @azharayup57 3 года назад +2

    masa saya student uitm kami ada kem perhutanan di jengka tapak uitm jengka. masa itu uitm belum lagi dibina. sebagai student teknologi perkayuan ini adalah silibus wajib. dipendekkan cerita group kami telah membawa hasil hutan balik ke shah alam. sebuah bas yg datang mengambil balik kami rosak kemudian datang lagi sebuah bas juga rosak sehingga datang bas ketiga baru boleh sampai ke shah alam. kami bertolak awal pagi tetapi disebabkan kerosakan bas sampai di shah alam pada malam hari. sepanjang berada di kem perhutanan itu aku memang x sedap hati

    • @matsom
      @matsom  3 года назад +1

      Hasil hutan....banyaknya...kami hanya kutip cendawan kuning, duri landak, dan bunga aneh pun rasa dah menyesal sangat... Azhar ...mungkin juga kawasan UITM tu antara kawasan yang kami lalui...sejak sesat tu pun kami tak pernah jejak ke sana lagi...

  • @naga89keramat98
    @naga89keramat98 2 года назад +1

    Yang pakai spec mata yang tak pakai topi tu nama apa.. sebab kalau rupa dia dengan saya ada iras-iras Sya. Gaya fesyen pakai reben.. sama macam saya 👍🏻🇲🇾🤲

    • @matsom
      @matsom  2 года назад

      Yang itu nama nya Razak...Oh...Tuan badan gempal2 mcm tu ya....kembar Tuan agaknya...kat dunia ni kan ada 7 orang yg serupa....m
      Razak sekarang guru besar di sebuah sekolah di Mersing. Saya pulak dah pencen. Baru dua bulan pencen....dah tua 56 tahun

  • @huaweix5793
    @huaweix5793 3 года назад +3

    Terbaik pengalaman cikgu...Semoga menjadi tatapan generasi akan datang...1987 saya berumur 12tahun...

    • @matsom
      @matsom  3 года назад +1

      Huawei X5, Tkasih sudi mendengar kisah benar saya..walaupun pjg sebenarnya cerita ini..tp itu saja yg mampu saya ceritakan

  • @saifulahmad4104
    @saifulahmad4104 3 года назад +2

    mau tak sesat....ganjil 7 orang....pantang larang.....8 orang ok gak.....

    • @matsom
      @matsom  3 года назад

      Dah takdir Tuan Saiful

  • @robertlee446
    @robertlee446 4 года назад +3

    Assalamualaikum, minta maaf ingin bertanya, rsenye dlu pernah dengar cerita ni, ade cikgu bercerita, nak minta kepastian
    Betul ke cikgu semua sesat sbb salah seorang kumpulan cikgu curi ayam hutan orang bunian kt situ? Lepas pulang ayam tu baru jumpa jalan keluar?

    • @matsom
      @matsom  4 года назад +1

      Kata2 mu itu paling banyak diperkatakan pada masa kejadian itu...sebenarnya tak tau siapa yg tangkap ayam tu sama ada jurulatih, kumpulan kelana, atau kumpulan pengakap yg ramai2 itu....Tp kami sendiri tidak melihat ayam kontreversi itu....Siapakah anda...tentu orang Jengka sendiri atau org Pahang barangkali? Saya ingatkan tidak ada orang yg mgikuti kisah ini. Sudah pasti umurmu antara 30-50 tahun

    • @matsom
      @matsom  4 года назад

      Waalaikumussalam...

  • @shamsuddinsham5208
    @shamsuddinsham5208 3 года назад +2

    tapi sesat di hutan mana ya?

    • @matsom
      @matsom  3 года назад +1

      Hutan Jengka En Samsudin. Skrg sebagiannya dah jadi bandar antaranya mungkin Uitm Jengka

    • @shamsuddinsham5208
      @shamsuddinsham5208 3 года назад +1

      @@matsom oh sekarang dah jadi bandar maju ada stadium tun razak,ada uitm jengka,..

    • @geedir7131
      @geedir7131 3 года назад +1

      Rumah sya dekat dgn uitm jka ni tuan..

    • @matsom
      @matsom  3 года назад

      Mungkinkah taman perumahan Gee Dir itu 33 tahun dulu hutan..saya tak dapat bayangkan...kerana lama sgt dah

  • @MiSsMia9209
    @MiSsMia9209 3 года назад +5

    Handsome kn abah saya si baju coklat tu🤭🤭🤭 8:20

    • @matsom
      @matsom  3 года назад +1

      Share ya....Saya dah pujuk byk kali ayah Mira tu, Tuan Zainal muncul dan bercerita dlm video ni, tapi dia tak nak...pemalu ekkk

  • @azrojero621
    @azrojero621 3 года назад +1

    Haaa dekat degan rumah saya tu mmg seram kem jengka tu hihi

    • @matsom
      @matsom  3 года назад

      Dah 33 tahun dah...seram lagi ke Azrol. Saya teringin sangat mengunjungi tempat2 tu...tp apakandaya kawan2 saya dah bawa haluan masing2.. Kalau nak ikut tgok pun mungkin Zainal je..tu pun dia sibuk 24 jam...betul tak @Zainal?