Banjir kilat alih tumpuan calon di Tanjong Karang

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 10 сен 2024
  • Banjir kilat yang melanda Tanjong Karang di Selangor awal pagi hari ini mengalihkan tumpuan kempen beberapa calon pilihan raya.
    Malaysiakini difahamkan ramai penjual di pasar basah Tanjong Karang turut terjejas teruk, dengan sekumpulan penjual ayam mengalami kerugian ribuan ringgit selepas ternakan mereka yang ditempatkan di pasar itu mati lemas.
    Susulan kejadian itu, beberapa calon dilihat melawat tebatan banjir dan rumah penduduk kampung yang terjejas antaranya calon Muda, Siti Rahayu Baharin dan calon BN, Habibah Mohd Yusof.

Комментарии • 169