[WACANA UMUM] Antara Taqdir Allah Dan Ujian-Nya Terhadap Manusia Di Dunia - Maulana Muhd Asri Yusoff

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 15 сен 2024

Комментарии • 1

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328  17 дней назад +2

    (Sambungan Nota dari tuangan "description)
    Kalaupun dapat anak yang cerdik, kita juga tidak terlepas dari ujian. Berapa ramai anak yang cerdik tapi jadi jahat. Jadi pencuri hebat!
    Semuanya menjadi ujian untuk kita, tentang bagaimana kita mendidik anak.
    Kita sebagai orang Islam mampu menjawab semua persoalan ini kerana jawapannya ada di dalam Al-Quran!
    Sesiapa yang lulus ujian di dunia ini, dia juga akan lulus ujian di akhirat nanti
    Jika seseorang membunuh dirinya, dia telah gagal di dunia ini lagi maka dia juga akan gagal di akhirat nanti.
    Hendaklah kita redha dengan takdir, qadha dan qadar Allah.
    Kita juga diajar supaya bersabar (dalam menghadapi ujian dari Allah)
    B. PENGAJARAN PENTING TENTANG "UJIAN" DARI SURAH AL-KAHFI
    PERENGGAN 1 - Ayat 1 hingga 8
    Muqaddimah:
    - Mengapa ada ujian di dunia ini? Ianya adalah untuk menguji siapa yang lebih baik amalannya.(Ayat 7)
    PERENGGAN 2: Ayat 9 hingga 31 (Ujian dalam keimanan)
    Kisah Ashabul Kahfi (pemuda-pemuda yang diuji di sudut keimanan).
    Pemerintah yang tidak Islam membunuh orang Islam.
    Ujian dalam keimanan adalah suatu perkara yang besar.
    Terkini di England, masjid dibakar.
    Pernah satu ketika di India, kerana kebencian terhadap orang Islam, orang dilondeh seluar untuk memeriksa sama ada bersunat atau tidak (Islam atau tidak) dan jika didapati bersunat, dia akan dibunuh.
    Ada yang menjadi pelarian seperti orang Rohingya yang berdepan dengan pemerintah yang zalim.
    Akibatnya mungkin ada yang murtad kerana tekanan. Ini semua adalah ujian dalam keimanan.
    Orang kafir juga diuji; mengapa mereka menzalimi manusia.
    Allah hendak uji nikmat akal yang Dia kurniakan kepada manusia. Adakah patut dan logik manusia diperlakukan seperti itu?
    Apakah salah mereka? Apakah dengan hanya berbeza agama mereka dibunuh (seperti yang berlaku di Bosnia dan Kemboja)?
    PERENGGAN 3 - Ayat 32 Hingga 59 (Ujian dalam lebih dan kurangnya harta)
    Kisah berkenaan dua tuan tanah, seorang miskin dan seorang lagi kaya.
    Hakikatnya, orang yang kaya akan diuji, yang miskin pun akan diuji!
    PERENGGAN 4 - Ayat 60 Hingga 82 (Ujian dalam banyak atau sedikitnya ilmu)
    Kisah Nabi Musa Dan Khidir
    Yang tersirat dari kisah ini:
    Di dunia ini ada orang yang alim dan ada orang yang jahil. Kedua-duanya akan diuji.
    Kita diberi akal, mengapa tidak mahu belajar, untuk mengelakkan amalan menjadi sia-sia.
    Nabi Musa keluar dari negaranya untuk mencari ilmu (mencari Khidir)
    Ini adalah ujian dalam menuntut ilmu.
    Nabi Musa yang tinggi ilmunya masih ingin belajar, apatah lagi kita orang biasa.
    Ada yang alim dalam ilmu syariat, tapi mungkin tidak dalam bidang lain.
    Sayugianya, kita hendaklah sentiasa terus belajar.
    Mungkin kerana kita memiliki ilmu yang tinggi, ada musuh yang ingin menghapuskan kita.
    Ingatlah, ini semua adalah ujian dari Allah.
    Manakalan, kurangnya ilmu pula menyebabkan kita dijajah; oleh itu kurangnya ilmu juga satu ujian.
    PERENGGAN 5 - Ayat 83 Hingga 102 (Ujian dengan kuasa)
    - Dzulqarnain (yang beriman dan direstui Allah) adalah orang yang berjaya dengan ujian kuasa.
    Ada berbagai ujian dalam "kekuasaan"
    Bagaimana bekas Perdana Menteri Bangladesh yang terpaksa melarikan diri sedangkan ayahnya (Syeikh Habibur Rahman) adalah pejuang kemerdekaan.
    Hilang kuasa juga adalah satu ujian.
    Begitu juga kisah Saddam Hussein yang dirampas kuasa dan dibunuh.
    Ada yang tidak berjaya dengan ujian kekuasaan.
    Ada manusia yang menggadai agama kerana kuasa. Semuanya adalah ujian.
    PERENGGAN 6: Ayat 103 Hingga 110 (Penutup)
    Mesej utama Surah Al-Kahfi.
    1. Perhiasan dunia yang kita kejar itu akan hancur dan ianya adalah ujian untuk kita.
    2. Ujian terhadap amalan manusia
    3. Ujian istiqamah dengan ajaran Tauhid.
    4. Ujian kemuliaan, banyak harta dan ramai ahli keluarga.
    Ada orang yang mempunyai ramai ramai, dan semuanya berjaya.
    Ada orang yang tiada seorang pun anak.
    Ada anak nak buat apa dengan anak?
    Dan yang tiada anak, nak buat apa dengan duit yang banyak?
    Orang lain habis duit untuk menanggung kehidupan anak-anak?
    Kita yang tiada anak, kenapa tidak ambil anak angkat dan membelanjakan harta untuk kejayaan anak angkat ini?
    Ada pula anak-anak yang menjadi yatim piatu.
    Apa peranan masyarakat terhadap anak-anak ini?
    5. Ujian terhadap mereka yang mempunyai kuasa.
    Jika diberi kuasa, apa yang dilakukan dengan kuasa terebut?
    Umar Bin Abd Aziz, tidak sampai lima tahun memerintah tetapi semua orang sebut baik tentang dia.
    Ada orang berkuasa tetapi dikenal sebagai diktator, 40 tahun memerintah, mengayakan diri sendiri. Kehidupan rakyat tidak meningkat.
    Ujian dalam bentuk "kekuasan" adalah kepada penguasa dan juga kepada rakyatnya.
    Kepada rakyat, kenapa tidak cuba ubah?
    Orang lain boleh merdeka, kenapa kita tidak?
    Semuanya adalah ujian dari Allah s.w.t.
    6. Manusia diseru untuk mengenepikan kecintaan terhadap dunia dan menerima ajaran Al-Quran yang menyeru kepada Tauhid & Aqidah tentang adanya Hari Kemudian
    C. KESIMPULAN DAN PENUTUP
    Takdir dan ujian Allah dalam kehidupan adalah dua perkara yang tidak akan lepas dari kehidupan manusia, sama ada Islam atau tidak, walau apa bangsa pun, semuanya tidak akan terlepas dari ujian.
    Kalau berjaya di akhirat, di duniapun sudah berjaya.
    Kalau gagal, di dunia gagal, di akhirat pun gagal.