Kursus Pra Perkahwinan yang sangat mencuit hati

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 12 сен 2024
  • Kursus Pra Perkahwinan yang dianjurkan khusus buat bakal pengantin bagi memenuhi syarat utama untuk melengkapkan syarat permohonan Nikah Kahwin. yang menariknya, kursus pra perkahwinan ini sangat seronok dengan celoteh dan penerangan oleh penceramah jemputan yang kebiasaannya dijemput khas dari pejabat agama negeri. Khas untuk anda, Kursus Pra-Perkahwinan buat bakal mempelai raja sehari.
    Perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai prosedur yang perlu kita ikuti dan fahami sebelum menjadi seorang suami isteri yang sah. Pelbagai tanggungjawab dan perkara perlu kita pikul setelah bergelar suami atau isteri.Atas sebab itu, jabatan agama mengadakan kursus perkahwinan ini untuk bakal-bakal suami atau isteri supaya dapatlah bakal-bakal suami atau isteri ini bersedia dan tahu akan tanggungjawab, dan tahu akan apa yang patut dan tidak patut dilakukan apabila sudah berkahwin kelak.
    Kursus kahwin ni taklah bosan seperti yang difikirkan kerana penceramah-penceramah yang dijemput sangat memahami keadaan peserta malah sering diselitkan dengan lawak jenaka dalam ceramah-ceramah berinfomasi yang disampaikan.
    Dalam berjenaka dan bergelak tawa sepanjang kursus, apa yang penting adalah isi kandungan yang cuba disampaikan kepada kita. Dalam kursus kahwin ini, kita juga akan diberitahu mengenai penceraian. Apa hak-hak yang kita akan perolehi sekiranya kita bercerai. Ramai yang tidak tahu hak mereka, dan itu menyebabkan mereka rasa tertindas. Dengan mengikuti kursus seperti inilah anda akan dapat tahu apakah yang patut dilakukan apabila sudah bercerai dan sebagainya.

Комментарии • 1