Asas Tarian Inang Melayu - Nyala Dance Theatre

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 6 сен 2024
  • TARIAN INANG
    Tarian Inang adalah versi moden bagi tari tradisional Mak Inang. Mak Inang merujuk kepada pengasuh (wanita) yang bekerja di istana. Tarian Inang dicipta pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sewaktu era pemerintahan Sultan Mahmud Syah.
    Tarian ini dipersembahkan di hadapan sultan semasa majlis keramaian. Tariannya sangat lemah gemalai (bersesuaian dengan sifat perempuan) dan mempunyai ciri-ciri yang sesuai ditarikan di istana.
    Tarian Inang ini pada asalnya ditarikan oleh perempuan sahaja tetapi sesuai dengan peredaran zaman dan tuntutan sebuah persembahan, ianya turut ditarikan berpasangan lelaki dan perempuan. Jumlah pasangan dalam sesebuah persembahan biasanya antara 4 hingga 6 pasangan, namun ianya juga boleh disesuaikan mengikut keluasan pentas. Jika dahulu tarian ini ditarikan di istana, namun sekarang ianya dipersembahkan di majlis-majlis keramaian dan perkahwinan rakyat jelata.
    Alat muzik yang digunakan untuk Tarian Inang ialah Gong, Akordian , Violin, Gendang dan Rebana. Tempo lagu Tarian Inang bercorak sederhana dan tidak perlahan seperti tarian Asli. Namun terdapat juga tempo lagu Inang yang pantas mengikut ciptaan dan kesesuain sesebuah lagu. Gerakan melenggang merupakan pergerakan paling dominan dalam tarian ini dengan gerakan kaki mengikut tempo kiraan pukulan rebana/gong.

Комментарии • 32

  • @kkomikz
    @kkomikz 2 года назад +14

    Ragam serang tepis 1:06
    Lenggang 1:06
    Ragam Petik bunga 1:36
    Lambung Angin 1:36
    Ragam jemput sudi 2:03
    Ragam tikam pusing malu 2:28
    Pusing Jaga 2:28
    Ragam Sendeng 3:19
    Ragam berhempas 3:43

  • @a.r.ahmadnusuklidinnasash8792
    @a.r.ahmadnusuklidinnasash8792 3 года назад +12

    SEMARAKKAN TERUS ADAT PUSAKE MELAYU. SALAM DARI MELAYU RIAU PEKANBARU

  • @suarimi590
    @suarimi590 3 года назад +5

    Terus menerus bagi sokongan padu Semoga sukses terus dipermudahkan segala nya terbaik Terima kasih

    • @nyaladancetheatre3502
      @nyaladancetheatre3502  3 года назад

      ✌️Terima Kasih ✌️ moga perkongsian ini mmbawa manfaat pd semua

  • @ihsanali0865
    @ihsanali0865 2 года назад +4

    Alhamdulillah ini adalah satu pembelajaran serta pengetahuan dan dengan penerangan sebegini amat berguna utk orang melayu sendiri memahami setiap gerak dan lenggok sememangnnya punyai erti yg menarik. Syabas 👏🏻👏🏻👏🏻👍🏻🤲🏻

  • @makcantik
    @makcantik 3 года назад +4

    Tahniah terima kasih untuk gerak asas tarian inang..

  • @terrenceongy3452
    @terrenceongy3452 3 года назад +4

    Terima Kasih Nyala Dance atas perkongsiannya 😍😍😍😍😍

  • @fatnyn1790
    @fatnyn1790 2 года назад

    pada banyak ii vid inang kt youtube ... ni palingg sukaaa😆😆tapi susah sbb bdan keras😢

  • @cbillyodyssey
    @cbillyodyssey 3 года назад +6

    Tuan, minta izin untuk guna/share kepada anak2 murid belajar tarian secara pdpr. Terima kasih atas perkongsian ilmu Tarian Inang.

    • @nyaladancetheatre3502
      @nyaladancetheatre3502  3 года назад +4

      Silakan mmg tujuannya utk dimanfaatkan pd sesiapa yg minat menguasai dan mendalami tarian ini. Moga bermanfaat ye utk semua

    • @cbillyodyssey
      @cbillyodyssey 3 года назад

      @@nyaladancetheatre3502 Terima kasih moga dimurahkan rezeki. Moga ada lagi video untuk tarian Zapin, Joget dan Asli.

    • @nyaladancetheatre3502
      @nyaladancetheatre3502  3 года назад +1

      @@cbillyodyssey inshallah akn mnyusul

    • @cbillyodyssey
      @cbillyodyssey 3 года назад

      @@nyaladancetheatre3502 Ya Allah amat2 bersyukur. Sebenarnya saya peminat tegar NDT sejak dulu. Terima kasih Tuan. Salam dari Kudat Sabah.

    • @nyaladancetheatre3502
      @nyaladancetheatre3502  3 года назад +1

      @@cbillyodyssey yeayyyy ✌️Terima Kasih ✌️ inshallah akan trus memperbaiki kualiti kami di masa akan dtg

  • @mat250
    @mat250 2 года назад +1

    Salam Nyala Dance,
    Beli ragi di kedai Nyonya,
    Singgah di pasar membeli kayu;
    Hajat di hati ingin bertanya,
    Adakah Nyala Dance mengajar tarian Melayu?

  • @kucingcat9385
    @kucingcat9385 3 года назад +3

    Rajin uplod malam2

  • @hartinipatoni9455
    @hartinipatoni9455 9 месяцев назад +1

    Boleh tau ini lagu yng mula mula tu lagu ap?

  • @Nikki-lm6rn
    @Nikki-lm6rn Месяц назад

    Kaki mana dlu ? Sma tangan mana dlu

  • @patriciajatapatricia4607
    @patriciajatapatricia4607 Год назад +1

    Nak tya ..bljar tarian ni kat mana

  • @akusukses829
    @akusukses829 2 года назад +1

    Mau ikut gabung dong jadi penari zapin 🤭

    • @nyaladancetheatre3502
      @nyaladancetheatre3502  2 года назад

      Bolehhhh

    • @akusukses829
      @akusukses829 2 года назад

      @@nyaladancetheatre3502 Saya di Indonesia tapi macam nak pergi ke nyala dance. Dimana nyala dance berada? Kuala lumpur kah?

    • @nyaladancetheatre3502
      @nyaladancetheatre3502  2 года назад

      @@akusukses829 iya di kl

    • @akusukses829
      @akusukses829 2 года назад

      @@nyaladancetheatre3502 ada kah nombor WhatsApp

  • @kingman6464
    @kingman6464 3 месяца назад

    Şiot arip bakri