Isu Seperti Siakap Mahal? Bolehkah Boikot? | Ustaz Badli Shah Alauddin
HTML-код
- Опубликовано: 5 фев 2025
- Ciapan dari Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk Mantap Kerjasama Rezeki Berganda pada 5 September 2019 Di Auditorium Angkasa, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya.
#boikot #siakapmahal #ustazbadlishah2021 #teamasik #pasukanasik
Alhamdulillah, dua-dua pihak ustaz bagi nasihat
Seorang rakan pernah beritahu saya bahawa antara strategi perniagaan sekarang ialah creating the needs (at least the need to try). Dia beri contoh minuman nescafe. Produser nescafe melaui iklannya berjaya mencipta keinginan pengguna untuk mencuba nescafe walau pun sebuk kopi campuran telah pun sedia ada dipasaran. Begitulah dengan steak menate, kopi starbuck, bubble tea, aiskrim baskin robbins dan macam-macam lagi. Kita ada pilihan, maka kenalah bijak memilih ikut kemampuan bukannya ikut perasaan.
Dalam maksud kata2 ustaz ni. dlm menegur dia menasihati kita sbg saudara Islam. supaya apa yg berlaku menjadi pengajaran buat kedua belah pihak. peniaga mungkin boleh perbaiki lagi menu agar ianya lebih jelas. pelanggan/pembeli jgn malu atau sombong utk bertanya lebih, biarlah org kata kita berkira atau tak cukup duit, sampai tanya terlalu detail. kdg2 atas rasa ego, kita pandang enteng semua perkara, bila dah terkena baru mengelabah monkey... 🙊
Terima kaseh ustadz Badli.. jelas dan faham..
BARAKA ALLAHU LAKUMA
USTAZ
DUIT KITA BARANG ORANG
SAHABATKU
SEHATI SEJIWA
Mahal sikit tidak mengapa tapi kalau dah terlampau mahal dari harga pasaran akan timbul pulak isu tidak competent untuk bersaing di dalam dunia kini yang mengamalkan konsep free market.
Masalah lain pulak yang akan timbul nanti.
Bukan mahal sikit,ini banyak2 mahal.
Sugeh Resort Janda Baik pun perlu berhati-hati di dalam perniagaan.
Jangan ada cost terselindung
Jangan ada penipuan dalam perniagaan.
Love u ust bad. Semoga panjang umur
Peniaga Islam mestilah telus,bertimbang rasa,tidak tamak,ikhlas dan sentiasa mengamalkan akad jual beli.
Kalau harga air kosong dan telor pun melampaui batas macamana?
Pihak berkuasa pun kenalah memainkan peranan juga.
Istilah boikot kalau keras bunyi nya,kita guna istilah yg lebih lembut bagi memberi pengajaran.
Kalau nak lebih baik,tanya dulu dan buat perkiraan harga terlebih dulu.
Kalau tidak ada tanda harga, bolih tanya.
Jgn main agak2 dan ambil lewa lebih2 lagi ada peniaga yg mengambil kesempatan sbb lama dah takda buisnese dan nak cari untung lebih.
Air kosong (mineral) kalau kat pulau mmg berharga jika nak murah minum air masin lah..
Kalau kat 711, 100ml harga dah 1.80 sen lg mahal tak ada nk kecoh pun
Apa2 pun ukur baju di badan sendiri.. akad dulu sebelum deal.. ikut SOP ajaran islam sudah tentu Selamat
Air kosong xpayahla dicaj kecuali air yg tlh dibotolkan spt air mineral atau air minuman(ro water) xrugipun kalau diberi percuma
@@Netviewer376 ko ni memang spesis bebal..air kosong ko ambik dkat mana?? Bukan ke tuhan sediakan utk semua makhluk... Ada tuhan suruh bayar?? Manusia ni je yg angkuh,rasa semua dia yg punya,dia yg kluarkan modal
...jadi kau takpayahla nk angkuh mcm setan ..air masin tu kalau kt johor pun berjual dkT singapore..singapore jual balik dkat johor..kau ingt free?? Walhal benda tu free...
@@Netviewer376 satu lagi air kosog dkat kampung aku yg felda ni,pulau jauh sekiian pun da 1.50 ..ada kedai jual 1.. jadi apa masalah smpai boleh jual mxm tu..knapa x selaras harga..?? Bagi kau org kaya,semua mudah..bagi org miskin org gila ,takkan semua nk berbayar..kalau semua manusia mcm kau ni lingkuplah sedunia ni
Saya suka perkataan ustaz...HAK MEMILIH. Jika anda mampu teruskan jika rasa anda tak mampu lebih baik tak perlu. Duit anda dan peniaga tak paksa atau letak pisau pun kat leher anda untuk membeli.
Benar ustaz..beli dgn muslim ..produk muslim mereka untung ..zakat dikenakan ..memperkasa ekonomi umat Islam keseluruhannya..terima kasih pencerahan ustaz
Alhamdulilah
Assalamualaikum ustz yg mlia smga Allah mcntai mlia kn klian
Dalam kes kat langkawi tu yg kena bukan 1 org maka lebih dari 1 org yg kena lps dengar dari pelancong tu tuan kedai main agak2 sahaja kilo ikan tersabut tidak timbang terlebih dahulu dan harga siap masak dekat situ ada
AllahhuAkbar.. Kalau dah terlampu harganya.. Membeban kan si pembeli rasa2 x patut.. Lagi Satu tu makanan jadi darah daging , apabila si pembeli tak reda dgn harga Dan si pe jual pula berterus terang dahulu harga sebenar lagi pun katanya ikan itu haya sebagai pameran sahaja kenape masih di jualnya
Setuju..
Ada dh jwpn balas dr restoran terbabit mengapa harganya jd sebegitu. Kedai dh bg tau sesiap. Tp pelanggan ni x tau la ngapa nk sgt cekik ikan yg mahal tu. Walhal ada je yg murah..
Bila dh abis mkn, keluo bil baru nk terbeliak tgk..
@@Kay_Nizam pelanggan tu dh bg kenyataan balas, tk betul penerangan peniaga tu. boleh cari dlm fb
@@fauziahb8108
_Saya Ada Terbaca_
Minit ke 2.04 , comel je adik tu melambai 👋☺
Anak buah sy tu
2:04
Saya gi langkawi byk kali dgn ahli keluarga besar. Mkn besar lagi.tapi kami bawak geng tukang masak kami. Puas mkn apa saje. Puas hati. Kat sana ...sea food terbaik
Meniaga tu janganlah sampai mencekik darah customer.. boleh ambil untung berlebihan, tp biarlah berpatutan.
Bro.. Ada faham x ceramah Ustat Bad. Hak memilih dah ada. Bayar zakat bagai..
Rasa mahal, jgn terus langgar nak beli.
Ko rase mahal x mampu..belah..ko bukan tau ape kos peniaga tu tanggung..apa matlamat perniagaan die..jadi bijak ckit..tak berkenan n x mampu..pilih org lain..jadi bijak ckit..nasihat pon x guna..bukan peniaga paksa beli..lain la kene tipu. Kite pembeli ni cakap2 suh peniaga kononnye berpatutan bukan peniaga peduli. Jadi bijak.
Marilah menuju kejayaan. Ukur baju dilengan sendiri. Jika rasa mahal, kita elakkan. Jika rasa baru dapat bonus dan ingin berbelanja besar, kita teruskan. Peniaga pula harus berlaku jujur dan jangan memberatkan timbang supaya halal hasil perniagaan. Sekian.
Terbaik utz
Perniagaan adalah mengenai persaingan dlm bentuk harga, kualiti, kuantiti dan perkhidmatan. Kebijaksanaan peniaga menawarkan barangan dan perkhidmatan mesti memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Kebijaksanaan pengguna memilih juga berperanan menentukan respon dan rumusan strategi peniaga. Akhir kata, pengguna lebih berkuasa dpd peniaga. Jadinya, alah membeli menang memakai.
Kalau saya gi Malaysia makan kat restaurant hawa dingin mahal pun puas hati dari makan kat warong seafood kena ketok sakit hati quality pun tak ada.
Sebab ..warong...menu dgn harga tiada rujukan...sedap mulut sebut.
#ubahlah ...wahai kdphnkk....buat undang dan akta menu...boleh baca .
Atau resit siap harga....ini kertas kosong.
#mcm negara ....buta huruf.
Sedangkan pendidikan bertaraf dunia.
#selepas ini ...gen y nz
Mintak sebut harga...tengok muka mamak ...kelam kabut.
hakikat..sebenarnya tk patut....ikan siakap mkn ribu2
#Alhamdulillah
Duit kita barang depa. Kita ada kuasa untuk memilih. Terpulang kepada kita.
Apa di perkatakan benar.Sebelum makan lihat harga di senaraikan.Kalau mahal atau tak mampu jangan pergi makan.Senang saja.
Nama pun di LANG kawi memang pandai menyambar, mangsanya pun memang lumayan,
1
Hadir dr Langkawi
Niat mesti jujur kalau hati tak jujur macamni la jadinya
Sy setuju Dan Ustaz ttg hak memilih...nak beli ...tak nak sudah...cumenyer dlm kes makan ni org melayu spt sy kebanyakannya segan nak bertanya dulu ttg harga betul? Spt dlm kes siakap ni mrk pembeli ade nyata silap mrk jugak tidak bertanya detail...kemudian ade canggah ttg size dsbgnya...pd sy nk boikot ke tidak..case to case basis
Pendapat ostad itu hanya sesuai pada keadaan yang TERLALU PERFECT dan IDEAL kononnya seolah-olah semua peniaga amat beramanah dan pembeli memiliki segala Keupayaan dan Maklumat UNTUK MEMILIH.
Realiti kini dan sejak dari dahulu kala tidak pernah ada keadaan IDEAL yang dinyatakan di atas, di mana peniaga 100% amanah dan pelanggan atau pembeli akan memiliki segala KEUPAYAAN dan MAKLUMAT yang membolehkannya secara tuntas untuk SETIAP KETIKA bila BERJUAL BELI mampu UNTUK MEMILIH dengan sempurna.
Itulah sebabnya Allah SWT menurunkan syariat buat panduan pada umat manusia. Syariat dan panduan kepada PENIAGA dan PEMBELI dan pihak KETIGA. Pihak ketiga sebagai penguat kuasa, pelaksana dan pengadil untuk memastikan keadaan teratur tidak disalah guna dan dimanipulasi bagi menutup "gap" atau jurang disegi kepatuhan umat pada syariat.
Isu siakap di Langkawi mesti dilihat dari beberapa sudut:
1. Penipuan dan manipulasi harga oleh peniaga.
Ianya boleh selalu berlaku kerana tiada peniaga mahu berniaga tanpa mendapat keuntungan. Peniaga lazimnya mesti buat keuntungan, hanya bezanya berapa banyak keuntungan yang mahu didapati.
2. Mengambil keuntungan keterlaluan oleh peniaga.
Negara ini bermazhab Syafie dan semestinya tahap keuntungan yang dibenarkan mesti menurut mazhab Syafie iaitu 1/3 atau ca. 34% dari kos. Perkara begini yang melibatkan MASLAHAT UMUM lebih-lebih lagi hal MAKAN dan MINUM, tidak pula mahu ditekankan dan ditegaskan.
Ostad semestinya fahamkan peniaga yang mengambil keuntungan melebihi had yang difatwakan oleh mazhab Syafie adalah hukumnya HARAM! Perkara begini tidak pula mahu ikut mazhab Syafie?
3. Apakah pelanggan berkeupayaan membuat penilaian dan telah jelas terhadap anggaran harga yang akan dikenakan sebelum pesanan makanan dimuktamadkan. Kebiasaannya pelanggan mampu membuat penilaian harga sekiranya harga adalah menurut kelaziman dan kalau pun lebih mahal tidaklah melebihi 30% harga lazim. Kebanyakan pelanggan tahu mengukur baju dibadannya sendiri melainkan pelanggan itu tersilap atau ia pelanggan jenis muka tak malu dan sombong diri.
Kita rakyat mesti lebih kritikal dan tidak senang teruja dengan pendapat dari ostad atau mana-mana pihak yang tidak seimbang, jelas dan benar. Tidak semestinya semua kata-kata dari semua ostad itu betul.
Allahu'alam.
Kritikal pd hujah berdasarkan rasionaliti. Bukan emosi. Dlm video di atas ni jawapan ustaz utk isu BMF (Buy Muslim First). Yg perlu difokuskan berkaitan siakap skrg ni, jawapn ustaz tentang hak memilih. Pelanggan boleh pilih mana yg dia nak/mampu. Kalau tak suka jgn beli. Banyak tempat lain. Isu peniaga jual harga mahal, balik pd supply-demand. Biar pasaran tentukan. Kalau memang harga tu tak munasabah lambat laun peniaga tu sendiri akan rugi sbb pelanggan semua lari. Byk kedai lain yg jual lg murah. Tak perlu nk kondem pndapat dato/ustaz.
@@supercat4882 Kucing jika tengok ikan sifatnya memang selalu bersemangat emosinya, cepat naik nafsunya. Inikan pula Supercat. 😅 Melawak ye, jangan marah. 😊
Pada yang terasa, mohon maaf.
Isu BMF boikot dalam Islam itu pun ada berbagai pandangan dan tidak ada pendapat dan fatwa dari ulama-ulama silam yang muktabar mengenainya. Sheikh Qardawi pun pernah mengeluar pendapat memboikot bila beliau mengarah umat Islam boikot lawatan pelancongan ke Masjidil Aqsa. Apakah Sheikh Qardawi SILAP dalam membuat pendapat dan fatwa mengarah amalan boikot? Beliau sepatutnya mengutamakan pendapat Hak Memilih dari mengambil tindakan memboikot?
Tak baik tuduh orang beremosi kerana kritikal dan tegas memberi pendapat berbeda. Fokus kan pada hujahnya; cuba bincang dan jawab dan betulkan mana salah silapnya. Fokus pada Mesej dan Fakta, bukan pada messenger dan gaya bahasanya. Barulah boleh memberi manfaat pada semua pihak. Setidak-tidaknya yang memberi pendapat dapat manfaat dibetulkan salah silap fakta dan hujahnya.
BMF dan boikot itu pun dua isu berbeda jika diteliti. Apa salahnya bersikap BMF tanpa mengambil sikap Boikot? Adalah lebih baik bila umat Islam dilatih menjadi Cerdik dan bersikap "Lebih Rasional dan Sejahtera" sehingga berupaya meletakkan "Prioriti" yang tepat bila menghadapi sesuatu keadaan yang akhirnya akan menguntungkan umat Islam. Mungkin itu sebabnya Syeikh Qardawi mengilhamkan dan menukilkan kitab besar mengenai prioriti atau awlawiyyat. Tak ke hebat nya beliau menanggapi kecelaruan pemikiran umat Islam kini mengenai mana yang patut diberi fokus dan keutamaan sesuai dengan maslahat dan realiti yang dihadapi umat.
Cuba fikirkan, tidak kah Boikot itu juga adalah salah satu opsyen bagi Hak Memilih?
Alangkah baik bila rakyat diberi perspektif menyeluruh dan akhirnya mereka terdidik untuk membuat keputusan berdasarkan ilmu yang disandarkan pada maklumat, fakta dan pandangan yang tuntas dan mencakupi segala aspek.
Sebagai muslim kita patut tidak secara total berfikiran barat dalam mengamalkan nilai kehidupan. Laissez-faire tidak sepatutnya menjadi tunggak dan amalan umat Islam secara total. Tindakan kapitalis dan pasaran tidak patut dibiar menguasai semua bidang kehidupan bagi umat Islam. Mungkin itulah sebabnya ulama-ulama silam telah mengeluarkan pendapat dan fatwa bagi amalan dan tahap mengambil Keuntungan. Negara ini adalah pengamal ahli sunnah wal jamaah bermazhab Syafie. Apa masalahnya isu ikan siakap ditegaskan bahawa mengambil keuntungan melampau adalah salah dan HARAM sesuai dengan fatwa mazhab Syafie bila paras keuntungan melebihi tahap yang difatwakan beliau? Lebih-lebih lagi ia melibatkan perkara maslahat makan dan minum umat Islam negara ini.
Yang faham agama dan berupaya memahami tidak sepatutnya cenderung berfikiran TOTAL KAPITALIS dan cenderung memberi pendapat hanya memihak pada pihak peniaga atau kapitalis.
Allahu'alam.
Peniaga kt langkawi sangka ringgit dh macam dolar Singapura,lagi satu lamgkawi bebas cukai,,depa pun boleh letak harga ikut suka,bebas harga katanya,,jangan sampai pelancong dlam negara boikot,,,
Ustaz kaya boleh2 ja ckp mcm ni... Tapi dalam situasi umum kena ikut majmuk kemampuan majoriti bkn minoriti. Yg mana perlu diperbetulkan oleh pihak berwajib dan campur tangan atau masyarakat sendiri yg tentukan hukum Boikot sendiri mengikut pndangan kumpulan masing2. Zaman open market mcm skrg ini tak sama dgn zaman dahulu.. Wallahuaklambissawab.
Ada full video tak tuan.. Upload please.. 🙏🙏
UTk masa depan pelancongan di malaysia ni kt minta kerajaan control harga
Nanti org pilih pi luaq negara seperti pulau phuket
Ni harga melancong di malaysia 3 x ganda harga percutian di luaq negara
Sebelum pandemik sy tiap tahun gi Thailand.. yg sy perhatikan orang² sana jujur, mereka tak ketok orang luar, harga tetap sama cam orang tempatan. Dah orangnya baik ramah, servis top, makan pun sedap dan murah...puashati dan enjoy holiday kita pun
@@annamariana8140 betul tu.... Bila kita jujur dan tak tamak keuntungan akan langsung datang tanpa kita sedar... Kesan jangka panjang..
Ikan siakap kat kolumpo tak semahal tu.. Kalau alasan ikan tu dia bela, nape pergi jual pulak.. kalau niat tu dah nak jual, mesti kena ikut harga pasaran.. kalau macam tu ayam kt kedai aku ni nak jual seribu lah sekor.. Sebab aku bela dari dia menetas lg.. Bru nak boikot mcd, rupanya ada lg kejam dari mcd. kurang-kurang, mcd ikut cara islam, bayar dulu bru makan..
sebab dah tau mahal dan x mampu x payah beli, kalu nok mkn sedap dan santai kluar lah belanja lebih.
Saya tetap tak setuju dengan peniaga yang mengenakan harga terlampau tinggi... Nampak sangat tamaknya... Org boleh je jual lebih murah.... Bagaimana nak bantu orang islam kalau sikap org itu sendiri macam tak perlu dibantu... Pilihan di tangan kita.. Bantulah org islam yang betul2 perlukan bantuan... Makcik2 yang jual nasi lemak tepi jalan dan ramai lagi peniaga2 islam yg boleh kita bantu.. 😭😭😭
Sebenarnya rakyat tiada kuasa membeli....pihak penjual berhak menjual tapi dgn harga yg berpatutan...mungkin ikan siakap mahal....cara olahan pemasakan mungkin mahal ...jadi yg pembeli kena fikir dulu sebelum buat keputusan untuk makan....setiap barang keperluan makanan tahan lama tapi perut kita tak mampu tahan lama...jadi mana ada kuasa pembeli ....fikir dulu ustaz.....
Charge lah berpatutan, makan kat hotel lagi baik, dari kedai papan , air kolam pun ketok
Mkn nasi campur letak udang 2 3 ekor pun bole cecah lebih rm 20. Pengalaman saya.
Mcm mana nk pggl ustaz badlishah ceramah ye?
Ustat taknak boikot...sukati ustat....ramai lagi Akan boikot restoren seumpama siakap 10 tahun ni Dan support peniaga restoren Islam lain yg X zalim.
Diri sendiri kena nilai kemampuan...ikan tu dh jadi darah daging lagi nak bising buat ape..klu peniaga menipu sila buat dakwaan berserta bukti....klu aku jadi peniaga tu dan aku rasa aku tak salah aku pulangkan duit pelanggan yg tak puas hati dan aku haramkan setiap cebisan ikan dan apa sahaja yg mereka makan dari restoran itu....klu aku jadi pelanggan rasa tertipu tapi tak ade bukti utk membuat dakwaan aku serah pada Allah mudah² an Allah ganti rezeki yg lebih baik.....
Salam,tentang isu ikan siakap ni,biasanya,sebelum kita makan,x de dipamerkan harga nya,lepas makan,baru lah tahu,oleh tu,pekedai hendaklah pamerkan harga dahulu!!!!
pada sy. isu pemilihan produk,
sy akan utamakan pemilihan pembelian produk bumiputera,
jika produk bumiputera boleh ditelakkan atau dijual dlm supermarket besar seperti econsave, giant dan lain2.. mudah pembeli pemilih barang bumiputera
amiiiinnnm
aku bli kt psr siakap bru rm11 SEKILO...lg puas hti mask sdiri 3 rsa
betul2, baru pkp lepas beli siakap, masakan untuk keluarga termasuk saya 9 orang.. yg paling seronok seorang seekor siakap 3 rasa. Rasa puas bagi keluarga makan. total kos pun jimat sgt!
Bpa umur ikan tu hehehe
@@og697 😬😬😬
@@og697 huhu siakap muda murah..😅😅😅
@@hyzerabdullah5615 siakap muda murah.pasai dia kurang pngalaman hdup..yg tua mahai.tambah2 hat pameran hehehe
Ambil kesempatan kpd pelancong dgn jual harga yg mahal... Ambil harga berpatutan apa salahnya....jgn nak kaya cepat.....akhirnya pelanggan lari.....
Mf mcm mna nk dpat bntuan Zakat,,tanah sy tkde,sek tk brapa..,
Bila yg mhal dibuat diam dan xpa..nnti lma2 hrga trsebut jadi standrd
soalan boikot produk dijawap secara halus selain menjelaskan hukum "buy muslim first" secara berkias dan berhemah.
mungkin ada satu isu kita terlepas pandang.. kita orang Islam meletakkan soal keredhaan juga selain soal niat, untung itu halal, memilih dan sebagainya dalam bab jual beli..
isu di langkawi ini jelas ada sesuatu yg cuba disembunyi di antara peniaga dan pembeli sbb itu pembeli tidak meredhai isu harga peniaga itu letakkan..
saya rasa elok kita serahkan kepada pihak yg berwajib untuk melakukan siasatan penuh sehingga terbukti pihak mana lebih benar dalam isu tersebut..
soal memperkasakan ekonomi org Islam itu bagus cuma jangan lupa juga soal pengguna orang Islam juga yg banyak ditindas oleh peniaga Islam itu sendiri demi sesuap nasi peniaga Islam itu sendiri.. nak berniaga, berniagalah tapi etika perniagaan jangan diketepikan..
pada saya, saya melihat kena timbang tara di antara statement pembeli dan penjual..
saya tidak menyebelahi mana2 pihak cumanya kita minta bicara hal ini dalam bentuk paling adil dan saksama mudah2an tiada pihak yg tertindas dalam isu ini..
wallahu'alam..
Pekedai ini Tahu yang pelanggan itu hanya datang sekali aje. Jadi mereka pon naik kan harga.
Kalau tuan kedai bg tau awal- awal harga sebenar ikan siakap tu lebih seribu...saya pikir xde org yg waras hendak makan ikan tu...meskipun org tu berduit...tapi kalau dia nk makan juga dengan harga semahal itu...dia pasti seorng yg boros
Saya bersetuju dengan jawapan Ustaz Datuk Badli Shah & juga ulasan Saudara Abu Zikri....kita ada punya hak memilih mengikut kemampuan kita
Agree! Tak de siapa nak mkn ikan murah tapi harga lebih dari RM1K
@@CikLi6996 hak memilih memang betul..... saya dah berniaga lebih 20 tahun..... memang dah jadi hak orang meniaga mencari jalan untuk mendapatkan keuntungan.... tetapi kita orang Islam niat Kene betul.....bukan boleh main hayun je.... contoh mudah kenapa letak harga dalam gram bukan kilogram..... sebab kalau dalam kilogram akan mudah nampak mahal..... pelanggan tu bertanggungjawab sebab dah masuk perut terpaksa bayar takan nak bergaduh pulak.... mana ada perniaga yang akan bagitau jumlah harga keseluruhan sebelum makan.....jadi niat siapa yang tak betul....
@@aimanaliasisa1741 saya setuju dengan kenyataan tuan.. berbeza jawapan orang yg berniaga dengan jawapan orang yg tidak berniaga.. lain set mentaliti..
hanya peniaga tahu scam peniaga.. begitu juga hanya scammers tahu bila dia nak kena scam
apa2 pun saya hormat pandangan semua org dalam isu ini.. 👍
6 bulan jangan pegi Langkawi
kalu peniaga ikut apa yg agama suruh, mmg payah nak jadik harga makanan/minuman yg melampaui batas. Ikut laa harga2 yg sokmo2 org charge, InshaAllah pelanggan tak bising. Tapi apa yg berlaku skrg ialah peniaga2 muslim dah ikut cara yg bukan islam dlam menletak harga, rata2nya charge 4 hingga 5 kali lipat dr modal dan ini yg diajar oleh sifu2 yg bukak kelas memasak/katering dan seumpamanya....sbb tu harga melambung diluar batas..... ini laa yg berlaku bila org islam dah tak lg amalkan islam dlm berniaga....dah lebih teruk dr org ci88
Mahal sikit tak apa. Yang menjadi masalah mahal banyak.
Xpayah la pg Langkawi tu.... bnyak tempat lain lg blh pg....hahaha
_Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga_
Betul tu... Bnyk lg tempat lain... Malaysia ni kan indah...
Betul betul betul
Kedai makan tu main agak besar ikan tersebut besar ikan itu utz sy seorng nelayan siakap. Dari pada pelipat siku sampai hujung jari kelingking bagi baru dlm 1 hingga 2 kilo sahaja
ape bnde ko taip ni ..
@@muhammadazlan6282 🤗
@@muhammadazlan6282 😂awok pun ngekek ketawa baca
@@muhammadazlan6282 biasa la taip org sakit dlm wad
@@munanadnam8708.... biasa la demam covid baru nak kebah 🤣
video tahun 2019, orang yang soal tu datang dari masa depan ke apa ?
Langsiakp
Boikot kena ada..melihat situasi yang berlaku..
Jgn meyokong perbuatan orang 2 yg fasik.. harga yg nelampaui batas mmglah kena bayar dah makan tapi dikenakan harga nak untung akhirnya rugi ., lepas ni tak de orang nak lergi Kilim Geopark lagi dan makan kat peniaga cekik darah .Mmg tak pergi ke Langkawi dah . Byk tmpt lain lebih cantik.
Boikot barangan Yahudi saja.
Kita jual mahal di restaurant yg jual mahal.
Life seafood mmg dh lama mahal kat langkawi...dah berzaman tp susah lahh bila kita sdri yg cari mslh p mkn...viral pon xda guna kedai tuh ada tanda harga...
Tamakkan DUNIA
Harga Yahudi!
Xda mention siakap pun kn
Assalamualaikum
yang makan siakap pun dh mmg tahu kedai tu mahal cuma dia estimate harga dlm rm700,skli dkt rm1.8k. pastu ntah laa.dua dua ada silap
educated
kalau di singapura.dgn Harganya begitu . Meja nya dah terbalik daa
_Saya Teringat Kisah Penjual Durian Yang Meninggal Dunia Setelah Dipukul Oleh Pelanggan Dengan Bangku Kerana Pelanggan Mendakwa Harga Yang Dijual Mahal. Ketika Kejadian Tersebut Terdapat Lambakan Durian Di Pasaran._
Dlm kes vaksin covid19 ni, kita ada hak memilih?
_Saya Terpaksa. Orang Lain Ada Hak Untuk Divaksin Atau Tidak Divaksin. Saya, Walaupun Boleh Memilih Untuk Tidak Divaksin Tetapi Hakikatnya Saya Akan Berdepan Dengan Tindakan Pihak Berkuasa._
Menjual dan membeli dua individu yang berbeza orang yang menjual mengatakan harganya dan orang yang membeli setuju atau pun tidak di sini saya fikir tak ada penipuan pun sekiranya harga yang ditawarkan dipersetujui
Islam dah gariskan panduan akad beli,kita x pasti yg dijual tu dah diakad,tapi disalah ertikan,sebabkan sebelah pihak di cemuh,pada kertas npk salah
Semua nak tanya pada samdol bukan semua dia tahu hal2 dunia
Nak boikot x nak boikot hak memilih juga bukannya wajib.
Kenapa x terang bab peniaga muslim mengzalimi org mukmin.
Jika nak makan tengok lah tempatnya jgn nk excen MKN bawa saudara dah malu bayar lah
Bagi peniaga jangan fikir untung je, fikir juga soal keberkatan. Dalam berniaga selitkan juga niat bersedekah dan kalau nak letak harga sesuatu produk tu biarlah berpada² dan bersesuaian dgn produk yang dijual.
Sama juga sebagai pembeli, kita punya hak untuk bertanya akan setiap produk yang hendak @ bakal kita beli baik soal harga, kualiti mahupun cara penyediaan @ pembuatan produk tersebut sebelum kita bersetuju untuk membuat sebarang transaksi jual beli. Jangan dah siap beli baru terkejut tengok harga barang. Sebaiknye tengok harga barang dulu sebelum membeli biar bersesuaian dengan bajet kita.
Jadi bila kedua² pihak sama² mainkan peranan masing2, rasanya tak akan timbul pun masalah seperti "tragedi siakap 4kg" tempoh hari.
#langkapwi
Alhamdulillah Restaurant Singapura tidak mempunyai harga yahudi seperti ini...
knp perlu letak tanda harga RM16/100 GRAM. tu kan mengelirukan skit...knp tak letak terus harga RM160 SEKILO ?
Betul tu BUDAK KITA! Nampak kat situ pun nak menipu
Dekat pasar basah pun memang org letak harga mcm tu jgk. Tgk la marketing masing2. Org jual tanah/ rumah pun x letak harga besar.
Rase keliru sbb malas nk berfikir.. kenapa letak harga rm6.99, kenapa x letak rm7 je. Peniaga saje nk tgk kita bijak ke x.🤣🤣🤣🤣
Teringat makan di.... Makan hari nie RM 100 per kg makan esok 120 per kg
Taktik orang meniaga...RM16/100g nampak murah dari RM160/kg walhal sama aje.
2:04 photo bomb
Produk Non-Muslim adalah hampir ke semua barang asas & mentah.
Produk Muslim, pengeluarnya yg hampir ke semua barang Mentah & Asas, PERLU dibeli dari pembekal Non-Muslim...
Mana ada perniagaan Non-Muslim yg diBoikot oleh pengguna Muslim?
cerita lah sikit..
Contoh :
Nama Peniaga:
Mak Limah
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Kerja: Penjual Nasi Lemak berBungkus.
Hanya beras bekalan dari Bernas..
Yg lain2..
Pagi2 lagi Mak Limah ke kedai Ah Pekak utk Beli
Ikan bilis & lain2 ramuan dgn harga (pemborong)..
Kertas pembungkus pun dari pemborong Ah Pek...
Last2 pun perniagaan lingkup kerana Allah pun tak tolong..
Air kosong pon dh lebih 50sen skang ni
Pengusaha bot pelancong jgn paksa stop kat situ.
Jd blh makan kat tmpt lain.
Aku kaya..unta ribu ribu ekor..kurma ribu ribu ekar...tapi aku sumpah tak mau makan itu Siakap Langkawi...makan unta lagi murah lah..
Orang Zaman dahulu memang tak suka pakai mask ke. Peliknya mereka zaman tu
Respeklah DSBSA 😁👍
Harga perlu diletakkan dengan jelas kalau kilo kata kilo bukan 100gm bagai...timbang dan bagitau pelanggan dah siap masak berapa jumlah Kene bayar..... bukan dah masuk perut baru bagitau...siap yang pernah makan ikan bakar atau stim memang terkena....
makan dgn bangga...membayar dgn bangga......so?.. .glamour laaa.....
Dah dah pas ni nak mkn siakap beli udang hidup 10 ekor baru dlm 5 ringgit sangkut kat mata kail mancing. Ada rezeki 12kg dia bgi x de rezeki balik rumah tido. Kikiki.
Sampai orang ugama pun nak masuk campur podah baik duduk diam diam aje
Peniaga beli ikan siapa 1 kg berapa harganya..kalau beli sekg rm 25 contohnya..takkan dihidangkan siakap 1kg rm160...dari sudut hukum Islam untung ber ganda contohnya 600 peratus tak dibenarkan..mungkin haram..wallahuaklam..bagi pengguna jgn ingin beli ditempat yg tawarkan harga teramat amat mahal batalkan hajat....cari tempat yg harga berpatutan...atau beli ikan fresh siakap dan masak sendiri...saya yakin apabila tak ke tempat restaurant tawarkan ikan terlalu mahal...mungkin peniaga tersebut akan menawarkan harga ikan siakap 1 kg rm +- 45 saja bedasarkan pembeliaan siakap 1 kg mungkin +- Rm 25...
Peniaga beli rm40 sekilo
Peniaga kira kos bela ikan tu 11 tahun... 11tahun kannn. Sebaya anak drjh 5... Peniaga tu jujur taw😏
Kira jugak kos masak, kos menjaga 11 tahun, kos overhead, kos bahan2 masakan lain, kos pekerja.
Daripada fikir isu siakap mahal, bagus kita sentiasa waspada pada ayam, daging yang kita beli, tapi...tak tahu siapa yang sembelih... lagi naye..
Mr "tertentu". Guna akal otak kepala bila berfikir.. bukan akal kepala lutut.
Tapikalau sudah sampai menchekek Bantu. Apa Tu?Kitahendak bantu dia pula memeras.Kalau memerah sampai kering tu bukan haramke?/riba
Dah tahu mahal boikot aje. Xyah tanya ustaz.....
Bsiap sedialah utk dsembelih bila ke langkawi. 2 thn punya nak cover balik paham2 lah
_Kali Terakhir Saya Datang Langkawi Tahun 1981. Saya Tidak Tidur Di Hotel Sebaliknya Menumpang Di Rumah Saudara. Saya Ingat Lagi, Kami Pergi Berkelah Tepi Pantai - Saudara Saya Siapkan Kopi O Tanpa Gula (Kopi Kosong) & Cucur. Saya Teringin Hendak Pergi Langkawi Lagi Tetapi Apabila Mendengar Kisah Yang Berlaku Baru-Baru Menyebabkan Saya Tawar Hati Untuk Pergi Ke Langkawi._
Biar lagkawi jd padang jarak...dulu sumpah mahsuri...skrg sumpah keluarga malaysia
Makanan itu utk org yg kaya2 yg xde duit tengok saje ye
Makan ikan keli lagi sedap..
Jgn pulaukan pulau yg memg pulau