Minyak Naik, Tapi EV Murah. Patut ke Korang Beli Sekarang? Dr Hasbullah | JANGAN KECAM (Ep 06)

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 25 окт 2024

Комментарии • 480

  • @SuperEightOneEight
    @SuperEightOneEight 2 месяца назад +16

    sy seorang enthusiast otomotif ,alhamdulillah sudah hampir 45 thn enjoy memandu,,,EV masih belum terbuka lg hati ni n terima..atas dasar kemudahan charging yg belum betul2 meluas & masih baru dinegara kita...reputasi kereta2 EV yg agak merisaukan..faktor kestabilan bateri li ion/modul BMS yg pd sy masih agak kurang stabil dan perlu disesuaikan dgn iklim negara,..kebakaran spontan..kadar maintainance bateri khasnya ,yg sgt mahal, proprietary parts (rekaan khusus) dan juga kadar jarak perjalanan keseluruhan,,,,jangka masa yg lama untuk charging (org malas nk tngu)......mungkin kita tunggu dan lihat dlm masa 5-10thn lg bagaimana perkembangan seterusnya senario kenderaan EV disini.

    • @tigerlee4286
      @tigerlee4286 2 месяца назад +3

      @@SuperEightOneEight true facts, sedangkan battery audi hybrid dulu2 pun hampir 6-9k/pcs aftermarket, 2nd tentang kebakaran sponton utk ev car, make sense sebab kita dah hampir masuk era kemarau panjang. 3rd tentang menunggu charging, biasa isi petrol 2 minit 😁

    • @moesotaku
      @moesotaku 2 месяца назад +1

      EV sekarang guna LFP bukan Liion. LFP tak mudah terbakar macam Liion

    • @SuperEightOneEight
      @SuperEightOneEight 2 месяца назад +3

      @@moesotaku ye btul,,,skarang kenderaan EV banyak gunakan LifePo4..,lebih selamat berbanding li ion (walau begitu,masih ada kes2 kenderaan ev yg gunakan lifepo4/LFP yg terbakar)
      cuma kekurangan dia adalah ketumpatan kuasa dia kurang berbanding li ion ataupun li po dlm nisbah saiz/per sel (jd saiz lebih besar n berat)...harga sgt mahal dan bukan mudah nak diperolehi..
      skarang terbaru pengeluar2 EV dah mula beralih kepada SIB plak ...Sodium ion battery..(antara terawal kampeni BYD)..yg dikatakan lebih stabil dari segi flashpoint...nisbah discharge yg lebih lebar jalur voltan (dr 1.5v ke 3.9v / sel) berbanding sel2 lithium yang lain....memang takkan ada akhirnya perkembangan teknologi dan discovery jenis bateri2 skarang & akan dtg....

    • @SuperEightOneEight
      @SuperEightOneEight 2 месяца назад +5

      @@tigerlee4286 basikal E Bike jgak relevan & bagus...hehehehe...sy skarang kemana mana kalau tk jauh stakat 20-30 km kayuh je...ebike 60v/3000watt..padehal hayun kaki je pun..30-50km/h senang2

    • @tigerlee4286
      @tigerlee4286 2 месяца назад +2

      @@SuperEightOneEight sama lah bang, sy pun ada race E scooter buat santai2 pergi beli rokok 😆, benda2 mcm ni electric xdelah menganggu fikiran sgt. Sebab bukan vehicle utama. Ada je family yg guna EV, pernah 1 kes battery EV habis di permaisuri terengganu jam 9.30mlm, tunggu org2 EV datang dah dekat 2 jam 😆. Saja borak2 santai je bang, apa2 pun sy setuju dgn pendapat abg, make sense.

  • @wavescomplete5085
    @wavescomplete5085 2 месяца назад +5

    Bagi orang2 kaya beli dulu EV, org kaya ada power untuk kondem apa yg kurang. rugi pun tak terasa. .yang cukup2 makan ni takde sapa nak dgar luahan hati...byar montly payment 500-1000/month pun terasa senak sangkut2 tak ckup mkn .apa2 masalah EV akan menjadi masalah besar pada yg bukan kaya... jadi orang kaya mohon beli EV segera dan suarakan kekurangan EV di malaysia.. Gunakan kuasa anda sbg org kaya untuk menyuarakan.. berbakti untuk yg tak kaya ni😅..

  • @kodokhitam6750
    @kodokhitam6750 2 месяца назад +4

    Bukan tak mampu tapi masih tunggu dan lihat.

  • @popthatbeep
    @popthatbeep Месяц назад +4

    Rumah2 besar yang ada kereta EV kerajaan kena check selalu. Banyak kes looping meter TNB. Bila dapat kesan, bagi alasan kontraktor luar yang pasang. Bila tanya sape kontraktor, kontraktor PATI bangla, rohingya, etc yang takde syarikat yang sah. Dah tak boleh nak proceed kes. Kena ada undang2 yang ketat, tak kira sape kontraktor pasang charger tu, kalau salah, denda tinggi2 owner charger EV tu.

    • @SyrFlora
      @SyrFlora Месяц назад +2

      Nie realiti.. yg kantoi2 la.. tpi berlambak-lambak lagi yg lepas.
      TNB pom kene main peranan strict kn denda..
      Owner pom kene bertanggungjawab cakna pasal home EV punya charger installation sah dan betul. Dan pakai kontraktor yg sah dan berdaftar..

  • @muhdhaiqal5202
    @muhdhaiqal5202 2 месяца назад +9

    Pendapat saya dan dari hasil pembacaan dari mula EV ni popular. EV ni mcm propanganda sahaja. Kenapa sye mengatakan mcm tu kerana kita green tapi kesan jangka panjang x green pun especially environment. Nak hasilkan bateri EV perlukan rare material. Mcm mana nk rare material ni? Dgn perlombongan, makin byk kuari2 dan lombong akan buka. Rare material ni xbole recycle pun. Negara yg jana tenaga electric menggunakan arang batu mcm Malaysia, pencemaran udara akan semakin tggi dan nak kn arang batu pun kne lombong. Sebab tu CEO toyota keluarkan statement yg beritahu hasilkan bateri untuk sebuah EV sangat merugikan kerana bole hasilkan bateri hybrid untuk 80 buah kereta. Sebab tu toyota improve ICE engine kereta. Hasilkan hydrogen, gas asli. Buat apa buat benda baru kalau benda yg dh ada bole improve. EV ni siapa dpt kuasai bateri, dia pemenang. Nak tunjuk teknologi sebenarnya.

    • @muhammadfirdausyap3102
      @muhammadfirdausyap3102 2 месяца назад +3

      Ini saya setuju.ev hanya propaganda barat untuk meraih untung.macam yang tuan cakap tu.nak hasilkan bateri ev kena melombong.mesin mesin atau jentera jentera untuk perlombongan pakai fosil fuel.nak jana elektrik untuk cas ev pakai arang batu(bukan semua).nak dapatkan arang batu pun kena melombong.nak lupuskan bateri ev satu hal dan bukan semua orang mampu pakai ev disebabkan harga , infrastruktur dan sebagainya. jadi, persoalannya ,sejauh mana green nya?.atau pun hanya alat barat.

    • @SuperEightOneEight
      @SuperEightOneEight 2 месяца назад +2

      lps ni mreka akan kongkang laut pulak..sbb smua dh nk bealih ke SIB (sodium ion battery)...BYD ,chery n beberapa kampeni pengeluar EV / hybrid dh mula orak langkah gunakan...jauh lebih slamat dr li ion & lifepo4, dikatakan kos pembuatan lebih murah,..lebih efficient & lebih ringan........tgkla cmna...tesla plak tgh develope graphene cell..

    • @chriswilfrid
      @chriswilfrid 2 месяца назад

      Lombong sekali, minyak gali berkali-kali itu bezanya.

    • @mashiakira7783
      @mashiakira7783 2 месяца назад

      @@muhdhaiqal5202 same je. Lombong minyak pn kena gali jugak. Beza dia, kalau kt kawasan penempatan yg padat dgn kenderaan ICE, pencemaran asap akn berlaku. Kalau EV udara kt situ bersih.

  • @firdausishak4575
    @firdausishak4575 2 месяца назад +8

    Terbaik tajuk perbincangan podcast kali ni. Cuma saya ada persoalan. Kereta EV ni memang bagus utk negara kita. Tapi jika satu2 kawasan tu dilanda banjir dan keta EV kebanyakan part2 dia elektrik terutama bateri yang terletak bawah kereta. Apakah jaminan pengeluar kereta EV dan apakah penyelesaian yang boleh dibuat jika bencana seperti banjir ini berlaku. Mohon pencerahan...saya harap abg Nazz atau Dr. Hasbullah boleh beri pendapat. Terima kasih...😊😊😊

    • @mashiakira7783
      @mashiakira7783 2 месяца назад +1

      @@firdausishak4575 yes, point yg ini antara yg patut menjadi topik utama juga. Sejauh mana ketahanan EV jika tenggelam 1 @ 2 kaki di dalam banjir.

  • @ahmadfakhryabdulhalim
    @ahmadfakhryabdulhalim 2 месяца назад +3

    Pendapat aku sebagai pemandu grab, klu kena ngan ansuran bulanan yg rendah, bateri boleh tahan sehingga 400-500KM utk cas penuh dan boleh cas di rumah je, memang relevan la sebab dapat jimat minyak kereta hampir RM1000 sebulan, tapi masalah lain mungkin bil elektrik rumah melambung naik dan kos untuk menukar bateri kereta EV mgkn tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit.Yg menjadi kerisauaan bila bawa penumpang yang ramai dgn luggage yg banyak serta penggunaan aircond, timbul persoalan lain pula mampu ke bateri bertahan lama, klu habis bateri, adakah ada tenaga solar sebagai backup tambahan atau extra bateri backup.

  • @syarizansulaiman6554
    @syarizansulaiman6554 2 месяца назад +46

    Saya dah bersedia membeli EV, tapi Oktober tahun depan la, tinggal di apartment susah jugak nak memiliki Kereta elektrik tapi saya memang nak jugak EV

    • @NazzAbdullah
      @NazzAbdullah  2 месяца назад +12

      Ya.. perlu di perbanyakkan lagi kemudahan dia.. 😊

    • @mashiakira7783
      @mashiakira7783 2 месяца назад +9

      Problem EV dgn apartment ni ialah kebanyakan JMB/management yg kurang pengetahuan pasal EV charger. Lg satu, patutnye kalau betul kerajaan nk galakkan ev, bg la insentif pada apartment yg nk pasang ev charger.

    • @shakirinsaerah5623
      @shakirinsaerah5623 2 месяца назад +1

      Mkan modai ​@@mashiakira7783

    • @AdSyarizz
      @AdSyarizz 2 месяца назад

      ​​@@mashiakira7783kalau kerajaan nak wajibkan untuk ade tempat cas kat apartment pon boleh. nak paking pon bayau sekarang, bole sangat tokey kelua duit sendiri😂😂

    • @mohamad150178
      @mohamad150178 2 месяца назад +2

      ​@@AdSyarizz dalam 3 tahun kebelakangan ni, memang banyak developer (projek baru) terutama di KL sediakan EV charger di apartment/kondo.
      Tahun lepas pun kerajaan dah keluarkan guideline untuk pengaplikasian pemasangan EV charger.

  • @paumaharani
    @paumaharani 2 месяца назад +3

    Pakai EV bukan sekadar nk nimat kos petrol. Tp dpt jimat byk kos. Tak perlu tanggung service..tak perlu risau valve nk patah, gearbox rosak,coil api kong dan mcm² komponen mekanikal ICE yg complicated.
    EV sgt simple..platform battery & motor...

  • @syedali-wz8xm
    @syedali-wz8xm 2 месяца назад +5

    org luar negara pon dh start buang EV sebab banyak sgt issue, harga jual balik pon tkde dhla kos beli sebijik mahal mahu ratus ribu.

  • @dewata-raya5831
    @dewata-raya5831 2 месяца назад +5

    Semua permainan kapitalis...alasan pencemaran...memang kena main dgn kapitalis

  • @ashchannelofficial888
    @ashchannelofficial888 2 месяца назад +7

    Point paling penting ialah, gaji 1500 ke 2000 sebulan ni lepas ke buat loan beli ev? Sebab ikut research , dalam Malaysia ni paling banyak B40. Hope one day ade la axia ev 40K

    • @mdfayezio5792
      @mdfayezio5792 2 месяца назад +2

      lepas tu Ev masa skrg rata2 nak feature luxury je. Walhal boleh je nak hasilkan EV versi marhaen. Contoh Ev Sedan style Bezza /Saga, takperlu gajet gimik2 yg electronik bagai semua tu. Just sebuat kereta marhaen, dalaman seat fabrik ke, pakai handbrake biasa, meter analog/digital standard tu, tombol pintu standard macam ICE, dsbgnya. Just powered by EV motor je. Boleh spatutnya. tapi EV yg dijual skrg rata2 fokus kat org org berduit

    • @ashchannelofficial888
      @ashchannelofficial888 2 месяца назад

      @@mdfayezio5792 kalau kau tngok channel hasbullah syarah ni ade je ev axia... Tu lagi nice.. ini sekadar luahan aku yang basic 1500 je.. huhu

  • @azlirusli9630
    @azlirusli9630 2 месяца назад +2

    Assalamualaikum. Yang pakai ev ni 90%-95 cas dekat rumah. Untuk condo dan seumpamanya susah la sikit. Yang duduk landed tu balik kerja cas la. Esok nak pi kerja dah penuh. Lepas tu sekali cas penuh dapat 400km. Purata rakyat Malaysia memandu sehari 70km. 4 atau 5 hari sekali baru nak cas. Cuma nak balik kampung atau jalan jauh la nak kena rancang sikit perjalanan tu. Bukan hari-hari pun. Biasanya setahun 3@4@5 kali je. Jadi tak perlu bimbang sangat dengan tempat pengecasan ni. Tempat untuk mengecas pun dah makin bertambah. Cas di rumah dapat jimatkan duit minyak lebih 50% ikut kiraan bil tnb paling mahal. Sekarang ni ok lagi guna kereta ice. Bila subsidi dah ditarik nanti memang dah tak berbaloi nak pakai ice ni.

  • @darksidesgalace
    @darksidesgalace 2 месяца назад +1

    cadangan untuk kenderaan EV.
    1.digalakan ada charger port dalam jarak 100km-150km WALAUPON range 300km++ untuk kawasan jauh (highway @ balikampung @ area bukit)
    2.dalam kawasan bandar digalakan radius 50km sebab sesak. bukan semua orang charger penuh setiap hari (base pergerakan pemandu) 😅😅😅

  • @mkikram1349
    @mkikram1349 2 месяца назад +5

    Ramai taktau sekitar TNB Bangsar tu banyak gila EV charger.

  • @azasazas6461
    @azasazas6461 2 месяца назад +1

    1 kawasan Parlimen ada 1,000 Stesen Cas Awam.
    Letak di Klinik24Jam, Restoran24Jam, Supermarket, Masjid, Surau, rumah ibadat, Taman Rekreasi, Stesen Petrol, KFC, UTC, sekolah, dll lagi.
    So, semua desa dan bandar, akan ada tempat cas elektrik.

  • @izwanizi
    @izwanizi 2 месяца назад +2

    Jgn terpedaya...jgn terpengaruh...
    1-isu berebut charger
    2- tunggu la nanti bila TNB mohon utk pengapungan bil elektrik..

  • @full-timeCyberArmy
    @full-timeCyberArmy 2 месяца назад +3

    Harap p2 dan p1 buat ev yg simple2 ..untuk 2nd car jalan dekat2 pergi kerja, pergi membeli belah..kalau balik kampung jalan jauh br pakai combustion car

  • @achekholbeckal889
    @achekholbeckal889 2 месяца назад +3

    Cuaca di Malaysia Panas sangat bateri di bawah pemukaan jalan seperti di gurun, gerun 😂

  • @vet_rides5820
    @vet_rides5820 2 месяца назад +2

    senang je, kereta ICE masih murah dan boleh pakai berbelas tahun tak payah turun enjin kalau masih elok, tapi kereta EV lebih mahal dan kompom bateri akan turun capacity lepas 7-8 tahun, cube kira dan banding longevity and cost for keeping for both type...

  • @milpj4174
    @milpj4174 2 месяца назад +7

    Harga minyak naik, harga eletrik juga naik, sebab untuk menjana bahan bakar eletrik memerlukan minyak juga.

    • @mohd6537
      @mohd6537 2 месяца назад

      IPP guna arang batu

    • @sahairsahair3500
      @sahairsahair3500 2 месяца назад

      Minyak naik pun masih lg yg termurah di dunia, electrik charge pun ambil masa setengah jam , elec

  • @shyfulnizam8936
    @shyfulnizam8936 2 месяца назад +3

    Patutnya kita menumpukan perhatian pada penyahbaikan elektrik kat malaysia ni...sehingga kita mampu tak pakai kayu arang...tu yg penting

  • @popyesailorman546
    @popyesailorman546 2 месяца назад +6

    Ckp la apa pun dunia mmg nk pergi ke arah EV . Hnya lmbt dgn cpt sahaja . Soal infra utk charger tu bkn mslh besar , sesape pun boleh bkk stesen charger EV sendiri bkn mhal pun kluar modal . Dkt alibaba dh blmbak jual . Kalau lah tak perlu regulations, org bukak stesyen EV ni main pacak mcm jual goreng pisang je . Dan port charger EV ni kecik2 berbanding dgn port petrol pam . Satu stesyen minyak tu kalau ditukar kepada port ev boleh letak 20-50 port . Klu high rise building pulak boleh letak port ev setiap parking . Actually bnyk je jln penyelesaian .

  • @sangyewchong8909
    @sangyewchong8909 2 месяца назад +2

    Secara jujurnya kita rasa ev car ni hanyalah sesuai untuk pengguna gi kerja bukan untuk balik kampung. Nak kenderaan ev banyak di jalan raya kita, perlulah sediakan charging station macam petrol station sekarang ni ngan charging facilities minimum 20 per station & perlulah ada station charging setiap 5km perlulah ada station. kita jugak tak buy katanya ev free maintenance tipulah statement tu as tak logik tak check chasis cam kita hantar ice keta gi service kat authorize service center bukanny setakat tukar minyak & filter jak. Banyak lagi mereka akan buat & check

  • @umarqayyum92
    @umarqayyum92 2 месяца назад +1

    Saya cadangkan, setiap rumah boleh jual elektrik dengan pasang charging port di rumah mereka. Setiap charging port perlu di scan dan bayaran akan terus masuk ke akaun tuan rumah. Jadi boleh menambah pendapatan isi rumah. Soal keselamatan adalah risiko masing². Atau mungkin ada kaedah untuk tingkatkan keselamatan tuan rumah. Sebagai contoh, jika parking rumah muat 2 buah kereta, tuan rumah hanya ada sebuah kereta, kawasan yg kosong boleh dijadikan tempat bagi pelanggan yang ingin mengecas kenderaan mereka.

  • @mahmoodsulaiman5709
    @mahmoodsulaiman5709 2 месяца назад +3

    EV adalah kereta pakai buang. Setiap tahun akan keluar EV baru yang lebih efisyen (motor, batt), menyebabkan EV akan outdated sangat cepat, year to year, macam smartphone. At end of batt life, nak tukar mahal, lebih mahal dari jumlah penggunaan petrol dalam tempoh masa/mileage yang sama. Nak trade in x boleh sbb ur batt dead. Tu belum benda lain yang rosak spt Inverter, PMU yang mahal.

  • @Thehardyaberhim
    @Thehardyaberhim 2 месяца назад +4

    Proton ev7 bakal guna latest battery dr geely... Cycling charge sebanyak 3500 kali dan estimate 1Juta kilometer... Batery geely adalah batery paling selamat dlm dunia dan telah kalahkan BYD sendiri

  • @mohamad150178
    @mohamad150178 2 месяца назад +1

    10:47 sepatutnya tujuan penggunaan EV adalah semua berkenaan 'energy efficiency', kelestarian alam sekitar tu bonus.

  • @amirulhafeez6282
    @amirulhafeez6282 2 месяца назад +2

    dlm bnyak2 youtube vid, first time aku tngok habis mase promote barang. 😆

  • @RizPido
    @RizPido 2 месяца назад +1

    Pakai kereta EV tukar bateri tu lebih baik boleh terus jalan tanpa menunggu sementara bateri kena cas bateri yang paling penting bateri kena sediakan banyak la. Lebih baik syarikat yang buat kereta EV ni kecilkan saiz bateri dan boleh jalan jauh.

  • @memoktc
    @memoktc 2 месяца назад +7

    Nazz lupa pasal satu lagi perkara....EV tu scam product...why push EV kepada suatu location yg susah utk implement charging facility...sepatutnya semua manufacturer kereta lebih patut develop kereta hybrid dengan capability Solar...kita adalah negara yg cuaca panas lebih sesuai kalau jual kereta with solar panel macam Toyota Prius Prime yg ada solar panel and also masih boleh pam petrol.

    • @nnos-_
      @nnos-_ 2 месяца назад

      "Why push EV kepada suatu location yg susah untuk implement charging facility"
      What are you trying to say here? Are you asking Nazz why did the EV car makers choose locations, which are difficult for EV users to access, to install charging facilities?
      Sorry, I don't understand your question.

    • @huzainisahmawi
      @huzainisahmawi 2 месяца назад

      ia jadi "scam" bila sesebuah negera/pengguna masih bergantung kepada fossil fuel, arang batu, its not scam if use green energy.. solar panel. plus ramai tengah berlumba2 utk menghasilkan alternative fuel yg mungkin dalam masa terdekat akan dicapai dgn hydro yg honda cipta. Dia ade terangkan dalam minit 9:28 , dan teknology tu masih mahal.

    • @memoktc
      @memoktc 2 месяца назад +4

      @@huzainisahmawi maksud saya solar panel pada kereta bukan charger tu...try Google Toyota Prius Prime Kat MKBHD...Teknology tu already exist kenapa Malaysia tak nak bawa masuk. We have a lot of sunlight compare to the west sebab kita Kat Equator line..free energy is possible.

    • @jpphipoh7537
      @jpphipoh7537 2 месяца назад

      hybrid lg baik. boleh charge sendiri, betul tak?

    • @evosklien6184
      @evosklien6184 2 месяца назад

      Solar panel ats bumbung kereta tidak memberi kadar pengecasan yg baik. Cth hyundai penah keluar ioniq 5 solar roof, kadar pengecasan bateri hanya mmpu 2.2kwh. Sedangkan bateri kereta hyundai tu sendri 72kwh. Nk charge penuh kurg2 smggu berjemur tu pn perlu pencahayaan sekata.

  • @ANON-y8c
    @ANON-y8c 2 месяца назад +2

    bateri EV patut di seragamkan...mcm pengecaj elektrik device...now semua type C...no propriety allowed...baru lah adoption EV di permudahkan...seragamkan bateri EV & modularkan...spillover ekosistem kedai jual atau sewa EV bateri...takyah risau charging station

  • @shamsulazizishahudin6650
    @shamsulazizishahudin6650 2 месяца назад +1

    Bagus podcast ni,byk knowledge yg dikongsi.teruskan podcast yg memberi pada manfaat

  • @kamarulakmal3822
    @kamarulakmal3822 2 месяца назад +4

    invite real user ev la. zaidan zainudin, hezeri samsuri. sape2 lagi la.

    • @hanstudio4
      @hanstudio4 2 месяца назад +1

      Zaidan ada sebut pasal insuran ada taknak cover kan sebab kos bateri mahal

  • @hishamsalleh4383
    @hishamsalleh4383 2 месяца назад +2

    Bestnye dengar orang educated berbicara🫡

  • @zaidsaad6192
    @zaidsaad6192 2 месяца назад +2

    saya ada kenderaan diesel dan petrol, Beli EV pada beberapa thn akan datang bukan kerana diesel atau petrol tetapi kerana ingin mencuba.

  • @josephthoha
    @josephthoha 2 месяца назад +9

    Biodiesel aka minyak kelapa sawit tu bukan Artificial Fuel ke? Bukan dah ada mesin dan enjin kereta yang guna biodiesel ni. Kenapa tak dimajukan enjin & mesin yg guna biodiesel ni ek. Negara kita patut kaji n cipta enjin & mesin biodiesel ni. Kita n Indonesia pengeluar minyak sawit utama dunia. Kalau jadik, kaya kita.

    • @fayzelectronic9991
      @fayzelectronic9991 2 месяца назад +2

      ya dah ada kilang biodiesel dkt malaysia (sabah/serawak) yg buat tapi tu la company luar. rasa lmbt lgi kot selagi petrolium x habis.

    • @josephthoha
      @josephthoha 2 месяца назад

      @@fayzelectronic9991 ha ah. Cubalah proton atau Perodua invest kat UTM ke, USM ke atau mana2 U tempatan utk kaji n develop enjin/ mesin yg guna biodiesel ni. Abg sepupu aku kerja in charge mesin yg guna biodiesel kat Sabah dah lebih 20 tahun dah. Kalau kajian dh buat selama itu, mesti dah keluar enjin prototaip skurang2nya.

    • @moesotaku
      @moesotaku 2 месяца назад

      ​@@josephthohamembazir je invest. habis research simpan terus jadi muzium

  • @yusvanyusteroy1962
    @yusvanyusteroy1962 2 месяца назад +3

    Proton kene buat supercharger die dulu banyak2 pastu jual 60-70k sebijik kete ev mesti laku keras..haha

  • @othmankosni
    @othmankosni 2 месяца назад +3

    Cuba jadikan grabcar dulu

  • @Nazirulnaim-u7x
    @Nazirulnaim-u7x Месяц назад

    buat masa ni, Professor saya yg buat study dlm power quality, based on researched dia, malaysia punya elektrik grid masih belum mampu utk tampung penggunaan EV scara meluas, sbb charger ni pakai DC, AC grid is much more simple walaupun high voltage tp utk DC nk kasi dia power flow yg btul2 efficient n berkualiti sgt mencabar.

  • @psv25
    @psv25 2 месяца назад +2

    Bukan setakat Charging Station, tapi ada berapa bengkel yg mampu mengendali lereta ev di semenanjung kalau kereta ada issue…😎

  • @fibovinci
    @fibovinci 2 месяца назад +2

    tengok juga negara mana yang keluarkan hasil-hasil bumi nak buat bateri ini. Semua banyak daripada negara-negara yang kurang membangun, yang mana pekerja-pekerjanya terpaksa bekerja dalam situasi yang sangat teruk. Tetapi dihalalkan oleh western capitalist, walhal memboikot kelapa sawit kita sebab alasan yang sama.

  • @unitawamsarawak8866
    @unitawamsarawak8866 Месяц назад

    Teknologi EV ni masih baru, jadi penyediaan infrastruktur sokongan memang mengambil masa. Saya memang berniat nak miliki EV, tapi berdasarkan sejarah pengeluaran kereta model baru terutama dengan teknologi baru. adalah bijak, kita beri tempoh 3 ke 4 tahun untuk teknologi itu stabil, sebelum membelinya. Masalah yang diperhatikan sekarang, model-model EV dari China berlambak-lambak masuk, sampai nampak macam tak ada nilai EV ni. Bila dah berlambak, market kacau. Pengeluar EV yang lebih establish dan patut boleh memberikan "after sale" servis yang lebih terjamin, tidak mampu nak survive. Sepatutnya, kerajaan kawal kemasukan model-model EV dari luar ni. Patut ada pemeriksaan dan kajian macam SIRIM buat tu sebelum dibenarkan masuk market kita. Kawalan yang baik untuk memberi jaminan barangan kepada kita sebagai pelanggan dan perkembangan lebih sihat kepada market EV itu sendiri. Sekarang atas sebab terlalu berlambak model, nilai 2nd hand EV memang ke lautlah. Memang sakit hati, tapi itu bukan salah pembeli, tapi salah lambakan yang tidak terkawal

  • @Luqman598
    @Luqman598 2 месяца назад +3

    Skrg nak isi minyak 2-3 minit pun aku dah rasa lama.. Ni pula EV kena tgu at least 30 minit.. Nampak hebat tapi diri merana..😂😂😂

    • @mohd6537
      @mohd6537 2 месяца назад +1

      Cara penggunaan nya berbeza... ..charge ketika parking tak perlu tunggu mcm isi minyak.

    • @dzulrashdi6689
      @dzulrashdi6689 2 месяца назад +1

      Cas kat umah lah. Cocok Dan pi tidur. Pagi ESOK dah siap,tak perlu tunggu.

  • @azasazas6461
    @azasazas6461 2 месяца назад

    Terima kasih panel berdua. Perbincangan sangat berguna dan kita bersedia je.

  • @n_noor.
    @n_noor. 2 месяца назад +2

    Masa itu emas. Nak cas ev makan masa yg lama. Org kita semua nak cepat. Kedua cas ev diluar pun bukan murah sangat berbanding cas dirumah

  • @penstargconsult1672
    @penstargconsult1672 Месяц назад +1

    projection mtn cost & spare parts for 10 years to calculate + infra - EV 2nd hand value ? Smash repair cost /motor insurance premium ?

  • @shahrilhuzir2317
    @shahrilhuzir2317 2 месяца назад +1

    Baik podcast ni..ilmu dpt, info dpt..soalan, jawapan direct xda melalut2, penyampaian pun menarik.. #bak70maiseketul

  • @imransidek8369
    @imransidek8369 2 месяца назад

    perbincangan yang ilmiah mcm ni mmg best

  • @justwrite7125
    @justwrite7125 2 месяца назад +4

    Buat powerbank untuk kereta ev ni. Lagi senang dari charging station...

    • @mohd6537
      @mohd6537 2 месяца назад

      @@justwrite7125 bateri kereta ev lagi besar dari powerbank kau 🤔

  • @bolladeen
    @bolladeen 2 месяца назад +1

    Kita perlu lihat negara2 yg sudah lama menggunakan EV. Kita boleh nampak apa masalah jangkamasa panjang berkait dgn EV ni. Salah satu state di US yg terjejas pendapatannya kerana berkurangan cukai petrol, memikirkan utk mengenakan cukai perjalanan kpd pengguna EV. Semakin ramai pengguna EV, kos penggunaannya juga bakal naik.

    • @ZalshahZalshah
      @ZalshahZalshah 2 месяца назад +1

      Sana takda subsidi petrol... Kita ada subsidi petrol.. Setiap stesen minyak kat Malaysia tu adalah kerugian kepada negara setiap kali org beli petrol... Kita untung dari minyak bukan minyak yg jual dlm negara tapi eksport minyak ke luar negara ... Pasal tu negara kita policy dia sokong EV sbb bila EV dah take over maka kerajaan tak perlu subsidi dah minyak dan kerajaan masa sama jual letrik dapat ektra untung...

  • @afikzahlan6878
    @afikzahlan6878 2 месяца назад +7

    Musim perayaan KL -Alor Setar mmg meninggal ler 😅😅😅

    • @tigerlee4286
      @tigerlee4286 2 месяца назад +1

      Tu yg aku renung2 dan fikir2kan 😂, kena port charge penuh kat R&R mcm mana? Tunggu turn 1 hal, tunggu nak charge 1 hal 😂

    • @amirulnahan235
      @amirulnahan235 2 месяца назад

      Kena standby powerbank..haha.. gurau2

  • @zizimai7568
    @zizimai7568 2 месяца назад +3

    Kebanyakan tengah tunggu EV bawah RM100K !

  • @wzanfist9144
    @wzanfist9144 2 месяца назад

    Pada pendapat sye, setuju dengan penjelasan kegunaan minyak utk jalan jauh dan kegunaan motor elektrik utk redah kesesakan. Buat masa sekarang, hybrid adalah pilihan yg baik sebelum kearah EV. Cume dari maintainance menjadi kerisauan majority masyarakat yg nak mengubah gaya hidup yg lebih baik.

  • @adzizi
    @adzizi 2 месяца назад +3

    Minyak masih murah. Kalau mahal jd RM5-6 seliter, baru aku consider.

    • @moesotaku
      @moesotaku 2 месяца назад

      madanon tengah rancang nak naikkan lah tu. sebab dia push orang beli ev

  • @roslisurvival5206
    @roslisurvival5206 2 месяца назад +2

    Jika kedua² org yg saya rujuk ni masih ragu² utk guna Ev car, apalagi saya yg kurang ilmu ni.

  • @jimmy_jamm
    @jimmy_jamm Месяц назад

    pasal tukar battery tu. pendapat saya, kereta tu kena ada built-in batery n ada battery yg blh tukar. cth, klu nk guna dlm badar , mugkin guna yg built-in sj pastu jika nak jln jauh, pergi kedai pasang yg blh bukak tu.

  • @kemosabe9445
    @kemosabe9445 2 месяца назад +2

    Cuba invite FAST-TV dia memang follow rapat hal2 ev ni banyak dh dia interview mcm gentari, TNB n lain2 and memang otai kat journalism in automotive. Dan rasanya dia ade number figure yg Dr tu takde mcm cth number of charger and kereta ev sekarang dalam Malaysia.

    • @maxcavalera9797
      @maxcavalera9797 2 месяца назад

      Tak sesuai. Dia pro EV. Yang dua bincang ni pro ICE 😂. Bergaduh nanti. Macam interview Fast Tv dgn abg Jaafar mekanika jadi nya nanti.

    • @kemosabe9445
      @kemosabe9445 2 месяца назад

      @@maxcavalera9797 bukan nak berdebat pun, just having an open discussion je. Lagi pun dia ade number of figure yg diorang ni tak tau. Lagi pun Mcm tak fair la sebelah je ye dok. Mcm syok sendiri la gitu. Mcm dekat thumbnails Tu pun nazz ade tulis dilemma pembeli. Jadi kalau dapat info dari dua2 pihak Baru la pembeli boleh nampak jelas skit. Aku pun bukan suka ev sangat tapi minat dengan teknologi dia. Kita tak boleh deny technology nak tak nak kene belajar skit2.

  • @mohamadnazmi79
    @mohamadnazmi79 2 месяца назад +1

    EV jika utk jln dekat2 ok bg sy tapi utk drive jauh tdk jamin byk sbb dia...petrol/diesel dr dulu2 org guna semua org tahu apa baik dia dan apa tdk baiknya..pertama kita tngok cuaca jika di eropah/us ada 2 musim...

  • @mottmottutube
    @mottmottutube 2 месяца назад +5

    Petrol boleh naik.. tarif eletrik pun sama. (Tapi tunggu dulu masa ev dah byk nanti)?

    • @matpayne8866
      @matpayne8866 2 месяца назад

      Tunggu masa nanti caj sekali je sebulan sbb teknologi bateri lps ni lagi padu

  • @muhdfirdaus1492
    @muhdfirdaus1492 2 месяца назад +2

    2585 ev charging station as of June 2024 (Bernama, 2024). so 10k ev charging station in 2025? nahhh i dont think so.

  • @amirulamin1636
    @amirulamin1636 Месяц назад +1

    Mungkin. Akan datang batteri bukan berbentuk solid seperti sekarang. Yang membolehkan kite recharge menggunakan ev station penjana elektrik. Mungkin bentuk gel yg boleh diaktifkan dgn cepat. Dan gel ini larut. Researcher sedang mencari lagi artificial fuel

  • @shyfulnizam8936
    @shyfulnizam8936 2 месяца назад +5

    Kat tv..kita berkempen..suruh jimat lektrik....tapi kita disuruh pakai elektrik car..patutnya beekempwn pakai solar ...agar kita dapat menambah kan pemjimatan elektrik setiap umah...

    • @shahrulnizamabdwahid2921
      @shahrulnizamabdwahid2921 2 месяца назад +3

      Kan tv sebok berkempen jimat Elektrik. Bab kereta suruh ev😂. Tarif Elektrik pon dah Naik. Dgn isu charging station xcukup. Distance anxiety 😅

  • @bartocastro3672
    @bartocastro3672 4 дня назад

    Evolusi industri dan teknologi memang macam tu. Peti sejuk dulu pun merosakkan ozon dulu. Panel solar pun memerlukan bahan mentah yang memerlukan perlombongan besar besaran. Generasi awal panel solar sangat tidak efisyen, tidak berbaloi antara bahan mentah dan hasil tenaganya.
    Masalah bateri bukan masalah baru. Gajet kita banyak cipta masalah baru (waste)
    EV bukan penyelesaian alam sekitar yang tuntas. Secara idealistiknya ia langkah ke hadapan. Cuma realitinya, kepada ramai orang dan saya sendiri, ianya semua soal kemampuan poket sendiri 😂😂😂

  • @tukangdiy
    @tukangdiy 2 месяца назад +1

    proton & perodua boleh nak ikut mcm tesla tentang charger station...
    proton & perodua mungkin boleh pasang charger ev dekat diorang punya pusat service masing2 atau showroom....
    mcm bmw malaysia buat diorg pasang dkt dealer showroom diorg...
    cukup bermula dengan 2 / 4 station ikut kawasan atau bangunan pusat service...
    ikut hasil google...perodua ada lebih 245 pusat service seluruh negara...
    tak kira yang proton lagi...
    Macam naz ckp...ev ni nak ada eletrik sahaja... so tak perlu sewa tapak lain.. install sahaja ev changer dkt pusat service/ showroom sedia ada...
    mesti meriah charger ev tu...

  • @anuarmatyaacob3546
    @anuarmatyaacob3546 2 месяца назад +1

    Gen2 ,Saga, Kancil, Viva, cubalah jadikan EV

  • @terrym558
    @terrym558 2 месяца назад

    solution kena extend range capacity ke WLTP min 1000km.. baru ok nak pakai EV nie n kalau nak bykkan station sampai bila pun x cukup

  • @umarfarid1397
    @umarfarid1397 Месяц назад +2

    manusia paling pintar dan berpandangan jauh tidak akan menggunakan EV, sesiapa teringin nak pakai EV pastikan anda ada kenderaan conventional juga paling baik yang tidak banyak menggunakan sistem elektronik. mereka ( kapitalis ) akan control hidup anda dan membuat anda bergantung dengan sistem mereka cipta, seperti Hp yang anda gunakan dan mereka akan menggunakan dalam industri kereta, anda akan dapat kesenangan kemudahan tetapi harus membayar harga setiap kali sistem di upgrade. in the end kena tukar kereta setiap 5 tahun sekali.

    • @popthatbeep
      @popthatbeep Месяц назад

      Kalau pakai kereta biasa tak bergantung kepada kapitalis ke? 🤔😆

  • @nikfirmann
    @nikfirmann 2 месяца назад +3

    Kenapa dunia fokus sgt go for EV yer tapi tidak ke technology automotif guna biodiesel/veggie oil? Mmg terbukti tak sustain ke?

    • @UltimateChocoWy1
      @UltimateChocoWy1 2 месяца назад +1

      Betul jugak, kita ada sawit blh juga buat mcm indon tu

    • @hajilemankeropok7113
      @hajilemankeropok7113 2 месяца назад

      Sebab sumber tenaga mcm tuan cakapkan tu bukan nya ada di eropah tuan.. Eropah ni sedaya upaya dia nak cut penggunaan bahan mentah petroleum sebab kebanyakkan negara asia / timur tengah / amerika selatan.. alasan dorang kenapa dorang push untuk 0 emission. Tapi sedangkan stesen power plant dekat eropah yg paling banyak. Jadi nya. Takda point pun dorang (Eropah) push untuk kearah kelestarian ni..

  • @mottmottutube
    @mottmottutube 2 месяца назад +3

    EV lonjak sebab ice 'ditindas' dan fakta ev selamatkan alam sekitar yang bukan fakta.

  • @businesscorrie
    @businesscorrie 2 месяца назад +2

    Proton kata,ev import kene jual atas 100k,why not kita jual atas 100k juga, esok perodua dah keluar ev kita keluarkan ev model lain harga bawah 100k,😂😂😂

  • @zzztidurvirus
    @zzztidurvirus 2 месяца назад +1

    Nk tanya la:
    1. Kelajuan charger tiap2 company kereta sama ke x? Adakah dia mcm kes wayar type C, ye mmg type C tpi charging dlm tu x sama ikut company, tu belum kira MFi.
    2: Xde ke kereta EV yg guna Alternator? Maksud kt sini, mgkin kereta tu ada dual battery banks, di mana slot 1 guna untuk jalan, dan slot 2 sentiasa charging, bila slot 1 dh kering (mgkin 10% left ke), terus tukar pd slot 2, slot 1 pulak yg charging.
    Bateri kecik xpe. Janji bole cas sepanjang masa perjalanan kita. Kalau nk beratur sbb nk cas, sama jela mcm kereta ICE. Dh tentu, x pyh risau dh bateri low ataupn minyak nk abis hanya sbb kita tggu dlm jem.

    • @zikray6472
      @zikray6472 2 месяца назад +1

      Nombor 2 tu melawan hukum alam😅...free energy tak wujud

    • @moesotaku
      @moesotaku 2 месяца назад +1

      setiap memang ev ada alternator iaitu motor dia sendiri. bila break motor tu akan cas balik bateri tu.
      tapi kalo anda maksudkan sambil jalan sambil cas. memang tak wujud. nak gerakkan alternator tu memerlukan tenaga lebih daripada apa yang alternator tu keluarkan

  • @msidmr40
    @msidmr40 Месяц назад

    kita di M’sia amat bertuah, masa depan EV sudah mula bertapak , tanpa sedar 2024 pelbagai brand EV masuk.
    Sya anggap evolusi kereta EV ni spt Tel Bimbit, evolusi nya amat pantas & semakin murah.

  • @gntqant8167
    @gntqant8167 25 дней назад

    di china ada station power swap dari syarikat NIO. tapi ada video kata idea tu bagus tapi susah nak buat sekiranya berlainan design battery pack untuk model EV yang berlainan. dan power pack yang telah tukar kena tunggu untuk charge dan ini akan makan ruang penyimpanan bagi power pack yang kosong & fully charge

  • @bloiku
    @bloiku 2 месяца назад +1

    nampak naz teringin nak pakai kereta ev tapi tunggu proton atau perodua keluar ev.lagi satu bukan saja kerana kurangnya stesen.masa menunggu charge tu punca org tak berani pakai.tgu teknologi fast charge 20 mnt full baru ramai berani beli.tak sanggup kena sidai kat charge station.

  • @fadlikompc6036
    @fadlikompc6036 Месяц назад +1

    Apa yg disampaikan mrk berdua dh ok, pandangn dan hrpan mrk sama jek mcm yg lain jika dngr btl²..

  • @roystonds9465
    @roystonds9465 2 месяца назад

    Untuk guna 100% EV memang sukarlah buat masa sekarang, solution terbaik adalah guna kereta Hybrid..boleh guna petrol dan bateri skligus..

  • @shahrulnazim6302
    @shahrulnazim6302 2 месяца назад +2

    biodiesel jugak salah 1 solution yg korang lupa mention.. biodiesel masih boleh pakai enjin yg sama cuma modiefy sikit je.. tp feul utk biodiesel mmg byk source..

    • @monalizabintihassankm-pens109
      @monalizabintihassankm-pens109 2 месяца назад

      We hv palm oil!!!

    • @hangtuah7614
      @hangtuah7614 2 месяца назад

      Biofuels Sudah Ada tapi masih tiada pasaran massa lagi...
      Synthetic fuel pun Sudah Ada.. juga Masih belum dipasaran massa...

  • @muhammadizzulazim
    @muhammadizzulazim 2 месяца назад

    Nazz, mohon update dekat Spotify atau RUclips music supaya senang skit nak dengar podcast ni.

  • @afkdn
    @afkdn 2 месяца назад

    Podcast Nazz memang berkualiti. Byk info dan knowledge psl automotive yg rakyat Malaysia boleh dpt 👍

    • @NazzAbdullah
      @NazzAbdullah  2 месяца назад +1

      🙏🏻🙏🏻 boleh usulkan topik2 ape yg boleh di bincangkan

  • @fahmigandos3563
    @fahmigandos3563 2 месяца назад

    Puas hati penjelasan Dr dan naz pun mengacara makin baik

  • @ainajoe5874
    @ainajoe5874 2 месяца назад +1

    sebenarnya kereta hybrid tu permulaan untuk kereta ev. Tapi ramai yang tak beli sebab katanya bateri mahal. Apatah lagi kereta ev ni 😂

  • @monalizabintihassankm-pens109
    @monalizabintihassankm-pens109 2 месяца назад +2

    Huhu baru tau dah x ngajar lg....
    Masih dgn kelisa..

    • @popthatbeep
      @popthatbeep Месяц назад

      Wah. Saya masih dengan haruan dan betuk

  • @M.A2121
    @M.A2121 2 месяца назад +1

    Tak releven, kadang2 phone pon lupa nk cas.. inikan pula balik kerja tgh mengantuk trus cas, esok nk lenjan g kerja..

  • @Afiz-r6z
    @Afiz-r6z День назад

    EV adalah kenderaan masa dpn..instant torque..laju dan senyap..kalau digandingkan dgn solar power mmg terbaik.
    ICE dgn turbo ni zaman tok kadok dah😆

  • @Ravimaran2602
    @Ravimaran2602 2 месяца назад +3

    Woww.. ev is my dream car bang.. nak dapat feel jugak as owner of ev

    • @NazzAbdullah
      @NazzAbdullah  2 месяца назад +1

      Ya, ramai yang teringin cuma masih ade rasa risau tu

  • @azasazas6461
    @azasazas6461 2 месяца назад +3

    1 kawasan Parlimen ada 1000 Stesen EV.
    Pastikan ada di semua tempat, Kedai24Jam, Supermarket, Masjid, Surau, rumah ibadat, Stesen Petrol, KFC, stadium, sekolah, homestay, hotel, tandas awam, airport, dll lagi.

    • @mashiakira7783
      @mashiakira7783 2 месяца назад

      Mantap cadangan ni. Setup kt setiap Masjid tu mmg terbaik. Lg satu, parking foodcourt pn cun jugak.

    • @fizzyadeq1340
      @fizzyadeq1340 2 месяца назад

      Kannn...Duk la melangut kat food court tu 5-6 jam..x praktikal lgsg

    • @shakirinsaerah5623
      @shakirinsaerah5623 2 месяца назад

      Dlm sungai

    • @fizzyadeq1340
      @fizzyadeq1340 2 месяца назад

      @@mashiakira7783 kat masjid tu sy setuju. Lama sikit diorg kat situ.. berzikir le deme nunggu berejam 😁👌

  • @mdfayezio5792
    @mdfayezio5792 2 месяца назад +1

    Dengan limitations charge tak secepat isi minyak macam kereta ICE, dgn isu jem tiap2 kali balik kampung/musim cuti sekolah (sbab dah jem2 msti cepat abis bateri tu kan, dgn limitation tmpat charge lagi) dengan EV EV yg sedia ada smua feature luxury (Proton Emas tu pun kira luxury, tayar rim besar tu kan, barang wear and tear pun dah mahal), isu takde pemadam api khas utk padam kebakaran EV scepat ICE, dan macam macam lagi lah. Saya tak rasa EV akan jadi common among malaysian dalam 5 tahun ni, or even 10 tahun lagi.
    Hybrid bagi saya masih lojik lagi utk jadi common dalam masa terdekat ni.
    Isu reliability ni pun satu perkara. Kereta dari Negara Chine kebanyakan lebih kepada design pakai buang, tak bertahan lama, sebab sana mmg jual murah xmacam negara kita cukai tinggi, menyebabkan ramai masih pakai kereta ICE lama2 macam Saga lama, Wira semua tu. Produk China tak dinafikan mmg canggih dan up to date, tapi biasa jangkahayat tak bertahan lama. Nak tgok contoh kereta MG4, atau Nata semua tu dalam 5-10 tahun lagi masih tahan tak, masih bergerak tak macam kereta2 ICE lain macam dari Jepun. Kalau tahan lama, then akan dapat tempat di hati Malaysian. Ingatlah, harga kereta Malaysia sedia ada pun antara termahal di dunia ye, Top 3 lagi. kalau ikut kadar matawang mampu milik dan harga kereta.

    • @esk4105
      @esk4105 2 месяца назад +2

      Tak setuju apa u cakap tentang MG4 bermaksud beberapa kereta jenama china. All depends. Tapi kalau saya nak beli kereta china, boleh tapi Zeekr, BYD, MG termasuk MG4, GAC, Ora Good Cat dan Ora O7 memang berbaloi untuk beli berbanding kereta EV lain dan Tesla Dari segi durability. Pun, Tesla tak berbaloi untuk beli lepas kena terbakar dan risau tentang banyak tesla parts akan longgar dan tesla infortainment touchscreen akan lag.

  • @roslanjaafar4821
    @roslanjaafar4821 2 месяца назад +5

    X beli kete pun tetap boleh idup jugak

    • @dy_official7865
      @dy_official7865 2 месяца назад

      up to u

    • @cyclonesky1988
      @cyclonesky1988 2 месяца назад +1

      Tiada siapa pun cakap tak beli kereta tak boleh hidup, cuma kereta ni memang satu kepentingan di zaman sekarang. Kalau kecemasan kau tetap perlukan kereta kan, takkan lah kau nak jalan kaki je 😅😂

  • @muhamad3657
    @muhamad3657 2 месяца назад +4

    Hibrid jugak terbaik walaupun kena jaga enjin & bateri hibrid

    • @helmizainudin4961
      @helmizainudin4961 2 месяца назад

      tunggu ativa hybrid sampai ke sudah tak keluar2

  • @dykids5030
    @dykids5030 2 месяца назад +1

    Good sharing . Keep it up bro

    • @NazzAbdullah
      @NazzAbdullah  2 месяца назад

      Tq bro.. boleh cdgkan ape lg topik?

  • @azasazas6461
    @azasazas6461 2 месяца назад

    Jika EV Rahmah harga mampu milik majoriti rakyat, harga ±RM50,000 seperti AXIA AUTO. Boleh beli 2 EV, 1 cas biasa di rumah dan 1 EV guna sampai tinggal 1/2 bar secara bergilir.
    Mohon akan datang,
    1 kawasan Parlimen minima ada 100 stesen cas di pelbagai tempat. Contoh di Supermarket, Kedai24Jam, Sekolah, Masjid, Surau, Rumah Ibadat, Taman Rekreasi, KFC, dll lagi tempat.
    Stesen Cas sampai 100,000-1juta buah pun boleh untuk target sampai tahun 2100.
    Akan datang mungkin gabungan tenaga elektrik + tenaga solar. Inovasi perlu diteruskan, asal relevan dan realistik.
    Paling mustahak harga EV RAHMAH dulu, mampu majoriti rakyat Malaysia.
    EV ibarat kita guna TV, laptop, handphone, radio, dll lagi. Tiada sebarang minyak mahupun petrol digunakan. Servis hanya jangkamasa 1-5 tahun untuk ganti tayar, brek, lampu, bateri dll lagi yang perlu. So, EV akan relevan dan realistik selamanya.
    Pendapat peribadi saya sahaja.
    Mohon mencadangkan.
    22/8/24

    • @SyrFlora
      @SyrFlora Месяц назад

      Kat Malaysia x realistik nk buat EV rahmah.. selagi petrol kita lagi murah.. even kalau dia naik RM 3 per liter untuk ron 95 pom still pakai Internal Combustion Engine (ICE) lagi murah untuk range yg dia bagi untuk kenderaan ICE yg sekelas dgn EV punya muatan dan size.
      Kos elektrik lagi mahal dri petrol.
      Elektrik pulak kebanyakannya masih lagi jana dri arang batu atau gas asli. Nak kata mesra alam x jugak buat masa skrg selagi peratusan besar tenaga dijana bukan dri green energy.
      Yg beli EV siap ada banglo pom ade jaaa buat bypass meter tnb untuk home EV charger.. sbb kuat jugak elektrik dia guna. EV still harga premium untuk bela buat masa skrg.

  • @chenjl562
    @chenjl562 2 месяца назад

    Next year, Proton EV charging time reduced to 15 minutes from 30 minutes now. Researcher says charging time can be reduced to 5 minutes.

  • @sammmarimaju6105
    @sammmarimaju6105 2 месяца назад +2

    Dengar khabar tk angin tsla tk jadi buat kilang kt malaysia.

  • @BOTtest3
    @BOTtest3 Месяц назад

    Haritu saya welding dekat tesla , saya buat panel solar boleh buka tutup masa charge tak payah guna lektrik charge guna matahari je mcm biasa boleh try 🗿👍🏻

  • @emilylimsl9884
    @emilylimsl9884 2 месяца назад +1

    Apa pun, kereta jepun, kereta china termasuk EV dan kereta conti lagi baik berbanding kereta tesla termasuk dari segi durability

  • @CheJantanCheHamzah
    @CheJantanCheHamzah 2 месяца назад +3

    Wahai bijakpandai² semua...mmg pakai kereta EV tetap menghadapi masalah mengenai stesyen pengecas EV. Faktor utama kekurangan hab stesyen dan masa pengecasan yg lama serta akan berlaku kesesakan di stesyen EV menyebabkan pengguna merasa bosan, suntuk dan masa byk terbuang.
    Jadi saya syorkan ciptalah kereta yg mempunyai konsep tenaga sepanjang hayat yg bersih alam sekitar tanpa perlu kerap dicas kerna ada sistem pengecasan auto yg terbina di dalam enjin itu sendiri dgn bantuan kecanggihan mikrocip AI. Itulah yg terbaik daripada EV.

    • @shakirinsaerah5623
      @shakirinsaerah5623 2 месяца назад

      Kau punya pemikiran Elon mask Pon pakai mask oooo

    • @PakCikBawang-sv9qo
      @PakCikBawang-sv9qo 2 месяца назад

      Sya sedang mencipta kereta guna nuklear.Tak payah chas sampai kereta reput.Amacam OK tak.🤭😁

    • @Qu3st_Qu33n
      @Qu3st_Qu33n 2 месяца назад

      ​@@PakCikBawang-sv9qobaik aku pakai kereta Flintstone, nyawa Selamat 😅😁

  • @zaidsaad6192
    @zaidsaad6192 2 месяца назад

    Saya kecam kerana memberi pendapat ada journal bergantung kepada penulis sokong EV dan penulis tidak sokong EV.

  • @ghanimdarsyad4625
    @ghanimdarsyad4625 Месяц назад

    Apa yang naz dan dr hasbullah bincang ikut kepada pandangan masing masing,
    Bagi pandangan saya pula berbeza
    Jika lihat zaman saya umor 19 sampai umor seperabat skrg ini dari pada hybrid bettry sahaja sudah 4 to 5K yeah itu baru small bettry sahaja, belum kira repair motor charging nya dan lain lain part.
    EV bagi saya tidak murah cuma trick sahaja bagi peniaga kereta dan juga tidak friendly lingkungan sebab apa saya cakap begini,
    Jika sudah complate kereta itu mmng Friendly lingkungan tanp asap betul? Tapi kamu orang pernah fikir tak penyemaran sangat kuat dari pada kereta minyak masa pembuatan bettry itu sendiri maksud saya meterial itu,
    Yang ke dua pula.....
    Betty EV after rosak harga anggaran rm20k hingga rm25k itu belum kira km penukaran coolant part dan motor jika rosak dan part lain.....untuk pengetahuan setiap perniagaan tiada warranty unlimited yeah.
    Issue ke tiga pula....charge time akan lama,
    Belum kita kesukaran charge pada rumah condo dan berjam atau 30min baru full ya,
    Jika saya kira kembali.....fikir dan kira kembali walau charge murah tapi akan effect cost yang byk pada time repair kembali.
    Ending nya jatuh lebih teruk pada pembeli kereta second after 5 years lebih jika berlaku rosak dan lain part kemungkinan sakit kepala fikir cost....
    Jadi zaman modern mcm mana pun cari ilmu dan jadi pengguna bijak dan fikir. Jangan percaya kepada sales dan promosi bagus la ini la fikir baik baik tuhan bagi kita akal dan fikiran jadi guna baik baik.
    Good night guys....
    Duit masing masing
    Kubur masing masing
    Pandai pandai la Eh

    • @popthatbeep
      @popthatbeep Месяц назад

      Enjin sekarang pun dah efisyen, supercar pun ada yang pakai 3 silinder je. Pada pandangan aku, Jepun punya pendekatan untuk EV ni paling munahsabah, diorang fokus hybrid dulu

  • @DareBear_Gaming
    @DareBear_Gaming 2 месяца назад

    Untuk jalan dekat2 boleh lah. Macam yang ulang alik seminggu skali Lebuhraya Timur Barat memang goodluck. Kereta yg takde spare tyre pun pikir banyak kali nak lalu inikan EV pffttt