Ragbi Piala Agong: 18 Try 14 Conversion Untuk Terengganu Belasah Kedah

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 15 сен 2024
  • Sorotan aksi-aksi sewaktu Terengganu hadir selaku pelawat untuk membelasah Kedah berkeputusan 118 tanpa balasan dalam aksi perlawanan kedua peringkat kumpulan Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 Edisi Ke-37. Juga ulasan penuh daripada ketua jurulatih pasukan ragbi negeri Terengganu; Izaimi Zainuddin sejurus tamat permainan.
    Ragbi Piala Agong: 18 Try 14 Conversion Untuk Terengganu Belasah Kedah
    Setelah beraksi cemerlang tewaskan Johor pada perlawanan pembukaan, seterusnya Kedah menjadi mangsa belasahan Terengganu yang hadir selaku pasukan pelawat untuk melunaskan 18 jatuhan try dan 14 tendangan conversion. Berkeputusan penuh 118 tanpa balasan meletakkan Terengganu selaku pasukan yang mengutip mata perlawanan tertinggi untuk aksi minggu kedua Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 Edisi Ke-37 ini. Sekaligus berjaya memperbaiki rekod pasukan berbanding musim lalu yang tewas awal kepada Kedah dan Johor dalam saingan peringkat kumpulan.
    Kutipan mata pertama pasukan hadir seawal minit pertama disempurnakan mudah terus ke bawah palang gol oleh pemain import kelahiran Fiji; Iowane Teba yang bermain di posisi fullback. Seterusnya pemain flyhalf pasukan pelawat; Mohamad Faris Pead dengan mudah menambah 2 mata hasil dari tendangan conversion pertama perlawanan. Selang dua minit kemudian, pemain sayap Muhammad Faizal Md Tahir membuat larian mudah melepasi benteng pertahanan tuan rumah untuk menambah 5 mata melalui jatuhan try sekaligus memberi ruang mudah bagi pasukan menambah 2 mata melalui tendangan conversion.
    Tuan rumah yang gagal memanfaatkan bermain di laman sendiri terpaksa melakukan beberapa pertukaran taktikal awal namun masih belum mampu untuk mengubah corak perlawanan. Terengganu yang kian selesa dengan rentak permainan terus menambah mata mengikat perlawanan berkeputusan 78 tanpa balasan di babak separuh masa pertama.
    Sebaik sepak mula separuh masa kedua permainan, tekanan kian membeban tuan rumah memaksa Mohamad Nurzuhaili Mohamad Yusoff terpaksa akur mengutip kad kuning pertama perlawanan di minit ke-74 permainan. Kedah yang beraksi dengan 14 pemain terpaksa berhempas pulas menahan asakan-asakan mudah daripada Terengganu yang terus selesa menambah mata perlawanan. Jatuhan try terakhir Terengganu berjaya disempurnakan oleh Muhammad Faris Abdullah selaku flanker pasukan Terengganu dan pemain gantian Muhammad Zharif Affandi Mohamed Zahib memastikan tambahan 2 mata lagi melalui tendangan conversion untuk menamatkan perlawanan.
    Setelah berkelana jauh meraih kemenangan dalam dua perlawanan awal peringkat kumpulan Premier, seterusnya Terengganu dijadualkan untuk bermain di laman sendiri untuk aksi terakhir peringkat kumpulan bertemu Kelantan pada 19 Oktober 2019(jam 0400 petang) bertempat di Stadium Mini Kompleks Sukan Gong Badak.
    KEPUTUSAN KEJOHANAN PIALA AGONG 2019 EDISI KE-37
    (PERINGKAT KUMPULAN PREMIER)
    Melibatkan pasukan Terengganu sahaja
    MINGGU PERTAMA - 5 OKTOBER 2019
    Mini Stadium Majlis Daerah Kota Tinggi
    JOHOR vs TERENGGANU 35-26
    MINGGU KEDUA - 12 OKTOBER 2019
    Stadium Suka Menanti, Alor Star
    KEDAH vs TERENGGANU 00-118
    ===========================
    KEPUTUSAN MUSIM LALU
    ===========================
    Kejohanan Piala Agong 2018
    (Peringkat Kumpulan Premier)
    Kedah vs Terengganu 37-24
    Johor vs Terengganu 24-08

Комментарии •