Hubungan Etnik 2015 - Ukhwah Perayaan (Filem Pendek)

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 16 сен 2024
  • Bersempena dengan subjek Hubungan Etnik (HE) yang dipelajari di Universiti Malaya, kumpulan kami, Soyya Production telah menghasilkan sebuah filem pendek yang bertajuk "Ukhwah Perayaan". Dengan bertemakan perpaduan antara kaum dalam perayaan, filem pendek ini dijalankan dengan objektif seperti berikut:-
    1- Menjelaskan konsep perpaduan yang merangkumi pelbagai aspek.
    2- Menggalakkan amalan muhibah pada musim perayaan yang dapat menyemai perpaduan antara pelbagai kaum dan etnik.
    3- Mengkaji kepentingan permuafakatan pada musim perayaan yang dapat menyumbang kepada segregasi dan integrasi antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk.
    Harapan kami agar pembikinan filem pendek ini dapat memberikan manfaat yang sangat besar kepada para penonton. Terima kasih kepada kru-kru Soyya Production, Syuja'iy Inc., barisan pelakon, dan semua pihak yang telah bekerjasama dalam menjadikan penghasilan filem pendek ini suatu realiti.
    #SoyyaProduction
    #HamasSyujaiy
    #HubunganEtnik
    #UniversitiMalaya
    ---
    Sinopsis:
    Hazirah merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya dan merupakan sahabat akrab Amirah dan Suk Zanne. Hazirah and Suk Zanne sudah berkenalan sejak kanak-kanak lagi. Amirah pula mula menjalinkan persahabatan dengan mereka semasa mereka ditempatkan dalam kumpulan yang sama dalam satu projek universiti pada semester yang lalu.
    Cerita bermula dengan kemurungan yang melanda Hazirah. Gadis dari Teluk Intan tersebut asyik mengeluh dan berjalan tanpa arah tuju. Tingkah laku beliau yang aneh dan jauh berbeza daripada perwatakan beliau yang ceria dan penuh dengan karisma menimbulkan persoalan dalam fikiran kedua-kedua sahabat beliau, Amirah and Suk Zanne. Apabila mereka bertanyakan hal yang merunsingkan beliau, Hazirah akhirnya berkongsi perasaan sedih dan gusar beliau iaitu tidak dapat pulang ke kampung halamannya di Teluk Intan untuk beraya bersama keluarganya. Bagi Amirah yang sudah pun tinggal bersama dengan keluarganya dan tidak menetap di kolej, beliau sudah lali dan tidak memahami perasaan Hazirah yang rindu untuk beraya. Suk Zanne mengemukakan cadangan untuk mengadakan sebuah kejutan untuk Hazirah, iaitu beraya di rumah sewa beliau. Dengan bantuan rakan-rakan yang lain, Suk Zanne dan Amirah memulakan ‘operasi’ kejutan raya untuk Hazirah.
    Video ini mengetengahkan unsur-unsur jenaka dan juga pengajaran moral seperti saling membantu, toleransi, dan perpaduan antara mereka yang bertungkus-lumus untuk menjayakan kejutan raya walaupun ada dalam kalangan mereka yang bukan merayakan perayaan kaum mereka sendiri.

Комментарии • 6

  • @hidayatahamad822
    @hidayatahamad822 8 лет назад

    terbaik laa video antara kamu semua... good luck!!! zirah comeyyy

  • @wanali3642
    @wanali3642 8 лет назад

    Bukan masa solat tapi masa nak pergi solat..

    • @MuhaiminSafaruddin
      @MuhaiminSafaruddin  8 лет назад

      Kita pergi solat pun orang dah nak bang, tak sempat nak buat apa. 😁

  • @wanali3642
    @wanali3642 8 лет назад

    Adoyai, lain kali kena amik la scene orang pergi solat jumaat baru nampak real macam hari raya. Apapun terbaiklah tapi video ni nampak cam wabak ikhwanisme dah merebak kat semua ahli kumpulan yang lain...

    • @MuhaiminSafaruddin
      @MuhaiminSafaruddin  8 лет назад

      Masa solat Jumaat mana boleh main telefon, haha.
      Ya, wabak Ikhwanisme. 😅