Ari Muyang | Hari Moyang Mah Meri | Sungai Judah Pulau Carey 2024

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 10 сен 2024
  • Saya kongsikan sedikit video yang sempat saya rakam semasa upacara Ari Muyang atau hari Moyang di Kampung Sungai Judah Pulau carey baru-baru ini yang berlangsung pada 14 Februari 2024. Ari Muyang umpama sambutan hari raya bagi masyarakat Mah Meri dengan setiap keluarga akan menyediakan hidangan istimewa selain mengindahkan kediaman mereka.
    Ritual itu diraikan oleh lebih 3,000 anggota masyarakat tersebut yang mendiami lima kampung di sekitar Pulau Carey, kira-kira 76 kilometer dari Kuala Lumpur.
    Selain Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Judah, empat lagi kampung yang ada di Pulau Carey ialah KOA Bukit Bangkong, KOA Sungai Kurau, KOA Sungai BumBun dan KOA Sungai Jugra.
    Upacara ini diadakan bagi memperingati nenek moyang mereka serta memohon kesejahteraan keluarga, penduduk dan tempat tinggal mereka di situ.
    Hari Moyang dipercayai oleh suku Mah Meri sebagai hari moyang-moyang yang berusia ratusan tahun dan dari alam lain turun melawat bumi.
    Masyarakat Mah Meri popular dalam kalangan pelancong kerana kehalusan seni budayanya seperti ukiran kayu anak kera yang bergayut pada emaknya yang mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) dan kebanyakan seni ukiran mereka bertemakan dewa, manusia, alam flora dan fauna.
    Selain itu, tarian topeng yang dipanggil Mayin Jo’oh juga terkenal dalam kalangan pelancong dengan tarian itu dipersembahkan untuk ‘menjemput’ roh nenek moyang untuk datang menyertai apa sahaja temasya yang mereka adakan.
    #arimuyang #harimoyang #sungaijudah #pulaucarey #mahmeri

Комментарии • 4

  • @zaitonsulaiman8359
    @zaitonsulaiman8359 6 месяцев назад +1

    Bagus.

    • @WazariWazirOdyssey
      @WazariWazirOdyssey  6 месяцев назад

      Terima kasih Tuan, tips tentang rakaman fotografi, peralatan yang sesuai serta tarikh upacara Ari Muyang ni berlangsung akan saya upload di post yang akan datang, InsyaAllah...

    • @WazariWazirOdyssey
      @WazariWazirOdyssey  6 месяцев назад

      Tak sempat nak sembang lama Hari tu, InsyaAllah ada masa kita jumpa lagi, saya sendiri tak banyak gambar sebab banyak jumpa kawan-kawan dan berkongsi pengalaman...

  • @WazariWazirOdyssey
    @WazariWazirOdyssey  6 месяцев назад

    Ganbar-gambar rakaman sempena Ari Muyang Mah Meri di Kampung Sungai Judah nanti akan saya buat di video lainnya...