KERUSI DJ NAZZ BERSAMA JAY JAY | MOLEK FM

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 9 май 2024
  • Kali ini Kerusi DJ Nazz kembali dengan membawa seorang yang sangat terkenal dengan lagu Rindu Bayangan, iaitu Jay Jay! Jom sama-sama kita saksikan.
    Molek FM | Gu Pantai Timur
    105.1 Kota Bharu | 93.6 Kuala Terengganu | Kuantan 100.4
    6 pagi - 10 pagi | DJ Nazz & Qila - Molek Pagi
    10 pagi - 3 petang | Muzik Tanpa Yoya
    3 petang - 7 malam | Mat Dan - Molek Petang
    8 malam - 12 tengah malam | Anna Aljuffrey - Molek Malam
    Layari laman web kami di :
    www.molekfm.audio
    Like & Follow kami di :
    / molekfm
    / molekfm
    / molekfm
    / molekfm
  • РазвлеченияРазвлечения

Комментарии • 652

  • @pakcik1309
    @pakcik1309 2 месяца назад +118

    Abang Jay Jay sangat menghormati orang, tak kira generasi, tak sombong, sentiasa bercakap baik, berbudi bahasa..massive respect for him 🫡

  • @iscola
    @iscola 2 месяца назад +107

    Penghormatan tertinggi Jay Jay menjadi pemain bass mengiringi Dato' M.Nasir membuat konsert di Manchester, United Kingdom pada tahun 1997

  • @TheArjunatapa
    @TheArjunatapa 2 месяца назад +58

    Punyala humble abg jay jay ni, dj nazz ucap tkasih sbb sudi dtg, dia twist balik yg dia yg bersyukur sgt2 di jemput ❤

    • @diamondhead4139
      @diamondhead4139 2 месяца назад +4

      Benar tu..amat setuju dgn anda..sepanjang temubual jarang sekali beliau bersandar...jika beliau di dlm channel Hubram abg Ad Samad, mahu jd 2-3 jam...

  • @jamilzolpa809
    @jamilzolpa809 2 месяца назад +215

    xperlu jadi paling popular.. cukup sekadar menjadi DJ sebenar benar DJ.. penyampaian bersahaja tp penuh pengisian.. DJ Nazz.. you are best of the best 🫡

    • @hondamalaysiaafham5437
      @hondamalaysiaafham5437 2 месяца назад

      Tok ram selalu ckp kena ada one hitz u boleh letop dan selalu kena fikir duit.

    • @zaaj11
      @zaaj11 2 месяца назад +16

      Selain dari soalan yg bijak, DJ Nazz pendengar yg baik, dia x interrupt tetamu sedang bercerita.

    • @MrJackrockerman
      @MrJackrockerman 2 месяца назад +8

      Beza DJ yg bijak.. intellect person ni takleh dibuat2.. DJ Nazz mmg terbaik❤️

    • @anasamir1510
      @anasamir1510 2 месяца назад +6

      @@zaaj11 ini paling betul tkramai DJ bleh mcm tu. asyik nak mencelah jee.

    • @mohdezani9429
      @mohdezani9429 2 месяца назад +5

      ​@@anasamir1510kalau dapat DJ yg ambil dari program lawak, bende yg serius, mesti ada nak selit lawak2 bodoh, rasa macam terganggu..

  • @Nadiasdhanimusic4609
    @Nadiasdhanimusic4609 2 месяца назад +118

    Satu band dengan Allahyarham ayah saya, Rahim Othman yang bermain Flute. Juga solo untuk lagu Rindu Bayangan ni dimain oleh Allahyarham ayah saya.. Terima Kasih kepada semua peminat Carefree dan Uncle Jay Jay. Semoga sentiasa sihat selalu 😊

    • @kelahking8087
      @kelahking8087 2 месяца назад +14

      Alfatihah utk Arwah Rahim Othman moga roh nya d cucuri banyak rahmat Ammiin yarabbalalamin 🤲

    • @sifulukis9718
      @sifulukis9718 2 месяца назад +9

      Al Fatihah.Arwah Rahim Othman ni juara lagu RTM Kan.Lagu mission Impossible .

    • @Nadiasdhanimusic4609
      @Nadiasdhanimusic4609 2 месяца назад +8

      @@sifulukis9718 Betul tuan. Tahun 72

    • @zynedynyazitsuratman3271
      @zynedynyazitsuratman3271 2 месяца назад +8

      Alfatihah utk Arwah Rahim Othman seorang Lagenda Muzik Negara..juga merupakan pakcik kpd Kid & Nordin Search guitaris Rock yg juga merupakan Lagenda Rock No 1 Malaysia.

    • @anonymous-lu7wu
      @anonymous-lu7wu 2 месяца назад +7

      Al -Fatihah, seorang komposer Dan penerbit lagu yang popular seperti Masih aku Terasa, Suratan Takdir, Untuk mu ibu, Takdir Dan waktu.

  • @pustakaempayarmelayu474
    @pustakaempayarmelayu474 2 месяца назад +22

    Serious cakap, Ini adalah sesi bual yang paling mantap dari banyak2 sesi temu bual dgn artis2 lain. Ini yang paling win dan gold!! Jay Jay penuh sopan santun dan bercakap dgn jiwa yg ikhlas. Penerangan sangat jelas dan nyata. Clear beb!

    • @edpictures2830
      @edpictures2830 2 месяца назад

      Byk sgt point dari JayJay. Perlu diberi perhatian dari pihak atasan. Gudang Ilmu ni.

  • @RadyRashid
    @RadyRashid 2 месяца назад +33

    Abg Jay jay kelu nk sabut top 3 sbb dia appreciate smua penyanyi.. Sbb semua ada kelebihan masing2.. Dia xmau merendah rendahkan penyanyi hebat yg lain.. #respect

  • @dindang5786
    @dindang5786 2 месяца назад +45

    Terbaik bang Jay Jay adab bercakap gaya..ingatan mantapp..memang orang lama ni umpama emas setinggi gunung...karier yg hebat❤🎉😊

  • @kelahking8087
    @kelahking8087 2 месяца назад +15

    Sdr Mohd Fauzi JJ yg Ku Kenali, amat sopan , merendah diri walaupun dia saorang Legend dan gemar pula Solat Berjamaah. Pernah solat bersama2 d Masjid Bulat Sec 14 PJ. Ini lah kenangan yg tak kan ku lupakan.Saya berdoa moga Sdr Ku ini d lindungi Allah sepanjang masa Amiinn yarabbalalamin 🤲

    • @roslialimat5837
      @roslialimat5837 23 дня назад

      YA ALLAH..
      Aamin.. Aamin.. Ya Rabbal Aalamin..

  • @shockwave5183
    @shockwave5183 2 месяца назад +29

    Jay jay adelah Malaysia Phil Collins..Legend of legend..Evergreen.. #salamdarisingapura

  • @ezralbidin9797
    @ezralbidin9797 2 месяца назад +23

    Otai xmeninggi diri, "begitu juga yg lain" akan sentiasa dia sebut. Humble soft spoken. Mmg legend

  • @ismamanja5661
    @ismamanja5661 2 месяца назад +26

    aq x tau nk komen mcmana tapi aq dapat merasakan erti kejujuran keikhlasan dan peradaban sosok seorang lagendaris yg bernama JAY JAY. Rasa x puas layankan siri Kerusi Panas Dj Nazz kali ini yg bersama JAY JAY. ada rasa sayu hiba dlm sanubari aq ini hinggakan terasa bergenang airmata di sudut mata ku. T"kasih DJ Nazz.., T'kasih JAY JAY...

  • @zawawisauji1203
    @zawawisauji1203 2 месяца назад +35

    bila lagend Dj bertemu dengan Lagenda tanah air kerusi DJ Nazz begitu mahal dan unik berbanding dengan rancangan podcast yang mana -mana trending dimedia sosial lain.. tahniah team kerusi DJ Nazz.

  • @BROCKTOY
    @BROCKTOY 2 месяца назад +10

    Abang Jay Jay sgt2 humble dan peramah. Saya pernah bertemu dan bergambar. Memang lemah lembut melayan peminat dia. Semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik aamin.

  • @yoikhairul7874
    @yoikhairul7874 2 месяца назад +25

    Seronok dengar otai bercerita..."joget angan x sudah" my favourite song dari kecik....

  • @norckin209
    @norckin209 2 месяца назад +15

    Seorang artis, pemuzik, penyanyi yg cukup merendah diri, dari dulu sampai sekarang moga abg Jay Jay dikurniakan kesihatan yg baik selalu... aamiin

  • @wansinuzulan5638
    @wansinuzulan5638 2 месяца назад +8

    Sy berasal dari Kota Bharu, Kel.. Bersekolah di Sultan Ismail College (SIC) pd perrtengahan 1980an.. Kbykn pljr SIC masa tu dengar lagu Inggeris dari British New Wave Heavy Metal, 90s British Invasion, Heavy Metal, 80s Pop Music etc...

  • @grandemys4702
    @grandemys4702 2 месяца назад +24

    Mcm biasa Kerusi DJ Nazz mesti best.. tq blanje kami dgn 1 lg permata, abg Jay Jay..👍

  • @kjcktv
    @kjcktv 2 месяца назад +30

    Jay jay main bass dasyat woo ,,pnh tgk video beliau back up konsert dato m.nasir,,syahdu betul

    • @ammd4934
      @ammd4934 2 месяца назад +1

      Ada dlm youtube tak jay jay back up konsert m nasir tu.?

    • @kjcktv
      @kjcktv 2 месяца назад

      @@ammd4934 ada,,bos cari konsert alam m.nasir

    • @fadzliilias8816
      @fadzliilias8816 Месяц назад

      Ada bang, M Nasir Live UK

    • @mustaqimizzat5078
      @mustaqimizzat5078 Месяц назад

      @@ammd4934konsert Alam Muzik kalau tak silap, ada part pemuzik solo instrument , audience request Jay Jay untuk solo🎉🎉 tapiiii

  • @cheffauzey8416
    @cheffauzey8416 2 месяца назад +25

    Tak boleh lupa uncle JJ nyanyikan lagu Rindu Bayangan ni masa hari perkahwinan sy tahun 2004. Punya lah baik uncle JJ ni, siap lepak sampai org catering nak bukak khemah pukul 1.30am disebabkan rancak berborak dan menngamit memori di Kawasan Melayu Seksyen 3 PJ bersama rakan².

  • @rizalPROpertiesMalaysia
    @rizalPROpertiesMalaysia 2 месяца назад +9

    Respek betul dgn Abg JJ...humble, cool truely legend

  • @search1708
    @search1708 2 месяца назад +44

    sy pernah satu stage dgn abg jay jay..dinner function felda ibu pejabat KL..ofcoz dia the main event la..masa tu band aku back up staff2 bertanding nyanyi..jay jay perform bukan dgn band aku.. bukan dgn minus one..dia nyanyi sambil main gitar akustik jer..setiap kali nyanyi org berhenti mkn..pergh..meremang bulu roma dngr suara dia..rupanya nyanyi hanya dgn gitar ni very powerful..very clear every words.. souls of the songs btol2 sentuh hati beb..tp hanya vocal yg hebat jer mampu buat gitu....tak tau dia masih ingat lagi ke tak..

    • @ahmadfahmi419
      @ahmadfahmi419 2 месяца назад +2

      Btl sgt2...dlu prnh dia dtg buat show pesta konvo,dia nyanyi dgn hnya petikan gitar shja tp dlm dwn 2 seolah2 dia nyanyi dgn penuh diiringi pemuzik lain mmg syahdu btl satu dewan dibuatnya...

    • @tukangrecorder9094
      @tukangrecorder9094 2 месяца назад +3

      mmg trendmark jayjay undangan guna akustik je.... anual dinner kt company aku yg pentas beso pon dia guna gitar dia je

    • @sipenarekbecha7193
      @sipenarekbecha7193 2 месяца назад +1

      tahun bila tu bro ?

  • @naharibo
    @naharibo 2 месяца назад +6

    Fuhhh kayu ada roh. Gila hebat, sampai macamtu penjiwaan abang jay jay. Masha allah padu sangat ni

  • @jonedrahm3041
    @jonedrahm3041 2 месяца назад +13

    Jay Jay kena buat buku kisah hidup dia sebagai rujukan kepada industri muzik dan fakulti musik di universiti. One of the best musicians for Malaysia

    • @ahmadfadhlie7473
      @ahmadfadhlie7473 2 месяца назад +1

      Setuju tuan, kalo blh semua lah yg insan seni yg betaraf legend ni didokumentarikan perjalanan karier diorg. Mgkin byk yg public xtau sbb dlu2 xde medsos.

  • @zizanzan1451
    @zizanzan1451 2 месяца назад +7

    pernah tegur dan berbual Jay Jay dkt RnR seremban...beliau memang ramah dan very humble..

  • @AzranHamzah
    @AzranHamzah 2 месяца назад +13

    Rindu my brother Abg Jay lah.. Missed u playing with The Gong. Semoga sentiasa diberi kesihatan yg baik. Ada rezeki kita jumpa lagi Abg Jay.

  • @AbdulHalim-ou7ze
    @AbdulHalim-ou7ze 2 месяца назад +29

    Nama yg jay jay mentioned dato2 tu semua,actually he's more senior in this industries than all those Dato's..
    Harap dpt diberi penghargaan kepada JayJay .

    • @abieahmad6268
      @abieahmad6268 2 месяца назад +3

      Jay Jay he's another level.

  • @Nuar_TheRockers
    @Nuar_TheRockers 2 месяца назад +5

    Terkesima saya bila abg jay² explain bab roh,kayu,.. wow.. thanks abg jay²

  • @malmonday2011
    @malmonday2011 2 месяца назад +26

    Lebih terkesan dgn lagu `Kini Baru Kau Sedar'. Liriknye ringkas tapi gabungan semua instrument terutama bass, flute dan gendang itu yang menjadikan alunan lagu tu sangat menarik di dengar. Brother Jay Jay nyanyi dan main bass lagu ni memang BEST !!

    • @shah6697
      @shah6697 2 месяца назад +2

      Sdp lagu tu

    • @johnsaiful2389
      @johnsaiful2389 2 месяца назад +1

      Hentikan fitnahmu dan menyesal tak berguna.. punnn paduuu

  • @user-bt9ke5du6y
    @user-bt9ke5du6y 2 месяца назад +7

    Paling syahdu JJ duet dlm album kump Mirwana lagu Aku tanpa cintamu tang korus bisa nangis sebak JJ nyanyi ada jiwa dan cukup mencengkam kalbu 😭

  • @MrJackrockerman
    @MrJackrockerman 2 месяца назад +10

    Banyak sangat lagu popular yang kita layan abg Jay Jay la session on bass..
    Lagu2 dlm album M Nasir..
    Dalam album Amy Search,
    Awie , Iklim..
    Sangat2 legend dan sangat bagus permainan beliau..
    Sangat2 respek ❤️🙏

  • @user-vg7cb4qx8p
    @user-vg7cb4qx8p 2 месяца назад +9

    Terus terang aku ckp.. Aku x sangka yg abg jay jay ni sangat ramah orgnya.. Seronok dengo dia nyembang... Betul2 x sombong walaupun beliau dh legend

  • @izwanyaakob2802
    @izwanyaakob2802 2 месяца назад +24

    Sejujurnya, aku tak pernah minat dekat Jay Jay dan lagu2 dia selama ni.. aku more to rock je.. tapi video2 macam ni dah buatkan aku rasa amazed dengan passion dan sejarah/perjalanan muzik diorang.. terus jadi curious nak ambil tahu, tahu2
    je jadi terminat pula dekat semua jenis muzik.. rupanya industri muzik Malaysia pun hebat2 juga..

    • @MalaySupremacys
      @MalaySupremacys 2 месяца назад +7

      Jay Jay king of bassist. Banyak dia Bantu band² rock session bass.. Tanya lah Mana Mana bassist rock atau ballads, jayjay lah bassist no.1 in Malaysia , bukan yg lain Tak best tp antara yg terbaik tu Jay Jay adalah tempat mencedok ilmu bagi mereka

    • @MohdHelmi-hw7ot
      @MohdHelmi-hw7ot 2 месяца назад +3

      Kalu org membesar tahun 70,80 mesti kenal Jay Jay di sisi per muzik Malaysia,aku pun pernah dgn pasak Jay Jay ABG aku selalu sebut dia walaupun aku kurang dgr lagu Caffe free

    • @mondgalaxy9522
      @mondgalaxy9522 2 месяца назад +2

      Dia agak underrated bang..pemain bass yg hebat..penyanyi..album joget angan tak sudah arrangements muzik dia sangat sedap bgi saya..

  • @syaqifrusli287
    @syaqifrusli287 2 месяца назад +3

    Aku tgok kat reel fb aku kesini, cari headfon nak dengar smbil nak tido, sedar2 sampai habis, padahal td ngantuk giler ni.. seronok dengar perjalanan lagend2 ditambah pula dj nazz sdri berjaya handle podcass ini dgn sgt cemerlang menjadikan ianya bertambah syok..

  • @faridjaluddin1154
    @faridjaluddin1154 2 месяца назад +5

    Aku suka tgok kerusi dj nazz kerana tetamu dia berckp betul2 pasal seni dorg bercerita mcm mana karya mereka bertahan smpi hari ne..buka sekadar mencari populirty..buka mcm lagu sekrang kita ingat sekjp sja..pas tu hilang..

  • @nurrish824
    @nurrish824 2 месяца назад +9

    Jay jay penyanyi yg merentasi zaman..dr thn 70an 80an 90 an.semua zaman tu dia ada album lagu mengikut citarasa zaman tu..mcm zmn knk knk sy biasa dgr lagu dia sbb abg abg dah ada kaset dia dr thn 70an. Kmudian lagu 80an lagu Amarah yg marah..90an dia masih lg relevan utk remaja mcm sy ketika tu.hampir semua lgu dia sy hafal, Kasih yg suci, Insan,Joget angan tak sudah..byk lg. The only one Jay Jay.❤

  • @mattdenasa2007
    @mattdenasa2007 2 месяца назад +6

    Antara slot terbaik bersama dgn Abg Jay Jay ni. Very humble & down to earth + respek dgn semua artis2 lain walaupun junior dari dia. Setiap soalan di jawab dgn jujur + hormat. Ni antara artis legend semestinya.
    Terbaik Abg Jay Jay

  • @azroyazlan17
    @azroyazlan17 2 месяца назад +3

    Legend macam Jay Jay pun rasa betul-betul dihargai bila duduk di kerusi DJ Nazz. Tak dapat datuk pun takpelah.. Janji jangan DJ Nazz tak lupa dia.. Satu-satunya DJ yang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Tapi bila dia bercakap ada isi, dan ada rasa.
    Kipidap DJ Nazz.. Mungkin ada legend lain yang belum dipanggil, yang sedang menunggu.

  • @shahrimanshahnaz7008
    @shahrimanshahnaz7008 2 месяца назад +4

    Dear Bro Jay Jay, your songs had been so inspiring and motivating to me when I was at my lowest point in life in the mid 80s, when i used to sit alone every evening by the padi fields crying from deep inside for 1 whole year with my walkman in my early 20s. I had other cassetes too but yours was so powerful and most empowering to my previously downtrodden heart. Im now 60 and a grandfather of 7 am feeling so much indebted to you for that tiny part albeit critical juncture of my life. I wish I can meet up with you someday to say thank you personally before both of us parted from this life. For me these 3 songs had had such impact on me back then.
    Kini baru kau sedar
    Cukuplah sekali
    Kau yg tersendiri

  • @aku41
    @aku41 2 месяца назад +5

    Abg Jay Jay ni seriously humble and berbudi bahasa. Tidak membezakan umur atau generasi. Yang penting dia ni main bass pun dahsyat sebenarnya. Thank you DJ Nazz

  • @pojiewaraGK
    @pojiewaraGK 2 месяца назад +12

    One of our legend...so humble...tq dj nas n abam jay jay

  • @BATMAN-kj7ss
    @BATMAN-kj7ss 2 месяца назад +3

    Sblum puasa hari tu sempat melepak dgn abg jayjay masa event kt kluqng johor.. orgnya baik.. semoga sihat selalu abg jayjay

  • @yayangbella2889
    @yayangbella2889 2 месяца назад +5

    Rafeah Buang(Datuk'Datin) saya paling suka lagu Ya Illahi Rabbi..the lyrics makes me cry..Ya illahi Rabbi sempurnakanlah pekertiku sebagai mana engkau menyempurnakan wajahku..

  • @qawiyasyraf7250
    @qawiyasyraf7250 2 месяца назад +5

    Lagu Keasingan Dalam Duka sangat memberi kesan kepada saya. Semoga sihat selalu the legendary, Jay Jay. 🤍

  • @incheahkam5833
    @incheahkam5833 2 месяца назад +2

    Sangat jujur, sangat sopan, sangat ikhlas dan sangat bernas.... Sebab tu lah kami sekeluarga minat abg Jay Jay dari dia muda sampai sekarang nii.... Terima kasih kerana mewarnai halwa telinga kami dari dulu....

  • @iskandarblackmustafa4462
    @iskandarblackmustafa4462 2 месяца назад +5

    Dari arwah ayah sy minat dgn abg JayJay, sbgai pemuzik juga sy hormat pada abg JayJay.. personality yg hebat

  • @cherozicheomar874
    @cherozicheomar874 2 месяца назад +15

    Betul brader jay2 ckp.Kita yg bsempadan dgn siam (golok) mlalui rantau panjang lebih advanced drp kl.Apa yg kl xdpt lg kita dh dpt.Dgn lebar sungai golok hanya bberapa meter,naik sampan dh boleh sampai.

    • @backhoe-colour-orange
      @backhoe-colour-orange 2 месяца назад +2

      Betoi. Tengok budak2 kelantan dress up pun nampak macam style

  • @heyhafiz9930
    @heyhafiz9930 2 месяца назад +10

    Srikandi cintaku(m nasir) intro bassline terbaik sepanjang zaman. Period!

  • @aidilzubir
    @aidilzubir 2 месяца назад +34

    Kalau aku dah berderai air mata tengok legend nyanyi + main gitar depan mata.
    Kau je dapat benda ni DJ Nazz. Jealous gilaaa. Hahaha

  • @mikekhairul3853
    @mikekhairul3853 2 месяца назад +4

    Abang Jay Jay was down to earth guy and very talented i feel so honored to met him once.Waktu tu dekat Sentosa Amphitheatre Singapore (already demolished)many2 years ago. Waktu tu dia buat charity show. Im one of the Audio Tech at back stage , ada Sharifah Aini and Tyco (KRU) dan lain-lain lagi da lupa siapa.....what a memories...i even ask for his autograph on tools bag...hahahahah

  • @nashmohsin
    @nashmohsin 2 месяца назад +3

    serioisly, mmg Abg Jay Jay one of a kind, legend yg berbudi bahasa dengan kelas yg tersendiri bergitu juga DJ Naz dgn soalan bersahaja membuat rancangan ini unik... salute to molek tv

  • @ThEBoSs-wg3ws
    @ThEBoSs-wg3ws 2 месяца назад +11

    Penyanyi, pemain bass/sessionist, komposer, producer. Semua abe JJ boleh buat... Real musician... Antara lagu sedap abe JJ komposer ialah Senandung Hari Raya (dayangku intan). Antara album abe JJ session album Mnasir (srikandi cintaku) . Rasanya semua lagu dalam album tu abe JJ yg petik bass nya... Masa kecik2 dulu zaman kaset,dalam inlay album tu ada nama Jay Jay...

  • @aiekhuzairi
    @aiekhuzairi 2 месяца назад +8

    Album Amy magic..himpunan gitaris dewa²...aku pakai earphone utk dgr detail pak jay jay punye bunyi line bass..wlpn x amek kesah pn psl bass bl dgr lagu² lain..

  • @naharibo
    @naharibo 2 месяца назад +2

    Orang2 lama ni skill memang on top. Training tak berhenti. Minat passion diorang kaw2. Di kala waktu tu takde teknologi, kurang akses dunia luar, banyak lagenda muzik tanah air berjaya dilahirkan. Respect!

  • @al-nazirulmubin
    @al-nazirulmubin 2 месяца назад +2

    Alangkah hebat nye s'org lagenda tanah air ini masih boleh tetap dgn trademark abg Jay Jay bertemu dgn Abg Nazz yg paling respect x ada satu pun kesombongan pada abg Jay Jay dalam berbicara stay humble lagu paling feveret keasingan dalam luka & kasih ia sgt dekat dgn jiwa lh tq abg Jay Jay karna wlaupn kte generasi 90an smpai sekarang dpt dgr & never bored karna bait² lirik dalam sgt²...🫡🫡🫡

  • @totoron46
    @totoron46 2 месяца назад +12

    Kenangan Taman Cinta..terrpaling feveret aku dlm bnyk2 lagu dia..semoga Abg Jay Jay sentiasa sihat di dalam rahmat Alllah S.W.T hendaknya.

    • @suhaimimd668
      @suhaimimd668 2 месяца назад +1

      Sy juga

    • @anonymous-lu7wu
      @anonymous-lu7wu 2 месяца назад

      Alamak lagu masa aku study.

    • @totoron46
      @totoron46 2 месяца назад

      @@anonymous-lu7wu lagu ni mmg sedap melodinya tuan..lagu killer song bila karok ni..hihihi

    • @totoron46
      @totoron46 2 месяца назад

      @@suhaimimd668 lagu sedap, intro syahdu

    • @yatiyusof77
      @yatiyusof77 2 месяца назад

      semua tajuk2 yg org petih dlm komen ni, terus je terlintas lagunya dlm kepala ini. hehe

  • @OriginalPertiwi
    @OriginalPertiwi 2 месяца назад +8

    AKU TAK KIRA TOLONG CALONKAN DJ NAZ PENYAMPAI RADIO TERBAIK ! TOLONG GUYZZ

  • @jamsarishafiin875
    @jamsarishafiin875 2 месяца назад +5

    Kebanggaan rakyat jelata kelate & Malaysia uols 🥰🥰❤️

  • @zskippythebushkangaroo3989
    @zskippythebushkangaroo3989 2 месяца назад +1

    My favourite songs..rindu bayangan, kini baru kau sedar, dendangan anak tani, esok masih ada, andai nya kau akan pergi, hentikan fitnah mu and tiada lagi air mata..congratulations, thank you and good luck brother..👍🌹..

  • @haikalrusli8561
    @haikalrusli8561 2 месяца назад +4

    mmg respect dj naz🫡 , sy ingat lagi dato m nasir berkata :- bnyk ii pemain bass , die tetap memilih jay jay😊

  • @dylanca86
    @dylanca86 2 месяца назад +1

    been listening to all kerusi DJ nazz. ini mmg top 3 saya. best betul segment dgn Jay Jay ni.. seorang insan yang hebat dari pelbagai segi. especially budi bahasa,, so soft spoken and humble. salah sorg legend di Malaysia. very soul!

  • @mohdnuha9431
    @mohdnuha9431 2 месяца назад +2

    51:38 Tengok abg jay jay salam pun boleh tahu betapa menghargainya abg jay jay dkt dj nazz...salute abg jay jay..👍🏼👍🏼👍🏼

  • @brothernanchannel5500
    @brothernanchannel5500 2 месяца назад +4

    The best bassist we had till now..Keep on rockin abg Jay jay..moga Allah senantiasa merahmati hidup abg💪✌🏻🤟🏻

  • @anasamir1510
    @anasamir1510 2 месяца назад +2

    Mcm biasa Kerusi DJ Nazz mesti best.. tq blanje kami dgn 1 lg permata, abg Jay Jay punya speaking mantap ooo. semoga dimurahkan rezeki dn sihat selalu bang insyaAllah.

  • @zainorzainor8761
    @zainorzainor8761 2 месяца назад +7

    Satu2nya artis (penyanyi/pemuzik) yang tidak pernah memperlihatkan rambutnya di depan khalayak sejak zaman beliau mula jadi recording artis hingga sekarang. He's one and only. Jay-Jay, may the Almighty God bless him👍

    • @abdrahman7443
      @abdrahman7443 2 месяца назад +1

      Zaman afro ad bos
      Kulit album carefree

    • @zainorzainor8761
      @zainorzainor8761 2 месяца назад

      @@abdrahman7443 oh ya, zaman Carefree dengan rambut afro beliau tetapi selepas itu lepas Carefree berpecah dan beliau bergerak solo beliau langsung 'cover' rambut dengan topi, bandana dan kain. Apa2 pun terima kasih atas info👍

  • @mohdasri-kb9tg
    @mohdasri-kb9tg 2 месяца назад +1

    Artis yg terus muda.... Jay Jay Ni teruskan dgn karya2 musik yg bermutu...kami sebagai peminat akan menyokong anda....Seorang yg harus dihormati dan patut dianugerah sebagai penghibur yg versatile...Gelaran Dato dsb...Semoga Jay Jay dikurniakan kesihatan yg baik Inshallah....all the best bro 👏👏👏🎉🎉🎉🥳🥳🥳💪💪💪🤩🤩🤩😎😎

  • @goodfather5660
    @goodfather5660 2 месяца назад +1

    Saya pernah lihat sendiri Uncle jay jay nyanyi live. Pakai gitar akustik hijau dia je. Tapi rasa dia sampai dgn lontaran suara nya yg unik. Bawa 2 lagu pun dah meninggalkan kesan. Very profesional dan humble je bila bercakap. Tapi ada aura yg dasyat. Berdiri jugak la bulu roma bila bercakap dgn beliau. Semoga diberi kesihatan yg baik buat beliau. Sentiasa Evergreen.

  • @MuslimKitan
    @MuslimKitan 2 месяца назад +1

    Assalamualaikum, DJ Nazz, Terima kasih upload video ni, Semuga sehat sekeluarga, Terbaik Temu ramah, Dengan penyanyai, Yang, Sangat rrendah diri. Jay Jay. Semuga dapat teruskan berkaria, Aamiin Aamiin YRA😊🤝🤲🤲🤲🇸🇬🤝👍

  • @shyaide7275
    @shyaide7275 2 месяца назад

    The best interview.. Tahniah n thanks DJ Nazz.. Puas hati sgt dpt dgr cerita dari the Legendary Abg Jay Jay..

  • @Mohdamer08
    @Mohdamer08 2 месяца назад +1

    Aku suka tgk,dgr, pemuzik2 ni punya cerita..di era depa dlu..aku belum ada..masih kecik..aku boleh bayangkan timeline dia..lgpun bapak mertua aku dlu tech kt rtm..dia selalu kongsi2 cerita dia..matching cerita dia dgn seniman2 ni smua..

  • @velikprodukcijskistudiobre7967
    @velikprodukcijskistudiobre7967 2 месяца назад +7

    Abg Jay Jay, one among the venerable Rockstar in Malaysia, stands out not only for his timeless music but also for his commendable humility and professionalism. His down-to-earth demeanor and deep respect for fellow artists have only added to his stature in the music community. Through his journey, Jay Jay exemplifies that true greatness in the arts is about more than just talent; it's about character and respect for one's peers. Kudos bang. ada job sy roger lagi haha =) semoga sihat selalu.

  • @rizazawawi49
    @rizazawawi49 2 месяца назад +8

    The living legend Jay Jay . Suara yg merdu xditelan zaman . Good interview session by DJ Nazz . Keep it up brother . Lepas ni panggil Ziana Zain plk bang 😊

    • @matkhai99
      @matkhai99 2 месяца назад

      Ziana Zain dah panggil haritu , tak tengok ke yang lama lama

    • @airtebusebungkus
      @airtebusebungkus 2 месяца назад

      ​@@matkhai99 boleh jer.. Ziana Zain 2.0..haha..

  • @royecal1472
    @royecal1472 2 месяца назад +1

    Terbaik DJ nazz..teruskan conten mcm ni..Bro Jay Jay tiada galang gantinya terbaik, pengakuan n cerita yg penuh pegalaman..tu lah hakikat nya.. Malaysia dh ketandusan lagu² yg baru n baik...

  • @mohdshukorabdulmalik1451
    @mohdshukorabdulmalik1451 2 месяца назад +2

    Tqk PUAS rsanya dgn kisah Abg Jay Jay ni,Semoga Abg Jay Jay trus sihat dibwah rahmatNya & trus berkarya...Jgn lupa pda YTuber yg lain jgn lupa utk invite Abg Jay Jay sbgai guest artis...

  • @haibirhussin2169
    @haibirhussin2169 2 месяца назад +3

    Abang JJ memang mempunyai sifat menghormati semula jadi dan authentic..

  • @dinjil1488
    @dinjil1488 2 месяца назад +2

    Kenangan tgk Abg.Jay2 main bass utk konsert MNasir Crossing UK@April 97@Royal College of Music@Manchester...nostalgia...best...dpt bergambar ramai2

  • @saedondengki2957
    @saedondengki2957 2 месяца назад +5

    Seketul-seketul note basslines abg jay jay kalau dia main weh. Kalau rajin cek discogs, banyak juga dia buat studio recordings lagu-lagu hits

  • @SalmyAMalik
    @SalmyAMalik 2 месяца назад +4

    Lagu lagu Jay Jay memang evergreen, banyak yg terbaik dan memang terkesan di hati.

  • @Tollfree130088
    @Tollfree130088 2 месяца назад +2

    Tahniah Nazz..Episod terbaek😊

  • @zam_posse
    @zam_posse 2 месяца назад +4

    Thanks Dj Nazz,...sedap lyn otai bercerita...53 mnit berasa mcm x cukup😂

  • @azwanijayasukarman1556
    @azwanijayasukarman1556 2 месяца назад +1

    Very humble abg Jay Jay ..
    Tahniah DJ Nazz akan sesi temuramah ini ..
    Mmg seronok byk isi yang dapat di pelajari

  • @zaquanjr9956
    @zaquanjr9956 2 месяца назад +2

    Soalan2 Dj Nazz ni mmg rare la..d luar pemikiran pendengar mau pn penonton...aku paling tunggu2 jika Dj Nazz dpt soal menteri2 kat malaysia ni..hrp jdi kenyataan..

  • @mahmudmahjin1393
    @mahmudmahjin1393 Месяц назад +1

    Suka dgn penerangan Jay Jay...rindu bayangan adalah lagu bertahan paling lama dlm carta lagu popular dlm radio.

  • @lopes_raitkab
    @lopes_raitkab 2 месяца назад +1

    Mantap lama dah nak tgungg dj nazz bersama abg JJ ... Org lama mesti pgg dengan PRINSIP

  • @ixpmxqkfuntcsjhfdsvhnliila1984
    @ixpmxqkfuntcsjhfdsvhnliila1984 2 месяца назад +2

    Senyum seindah suria,yang membawa cahya,senyumlah dari hati,dunia mu berseri,senyum...kpd semua,

    • @zali7125
      @zali7125 2 месяца назад

      Haha.. Sy pun suka lagu ni bang..

  • @aulonetupaizr
    @aulonetupaizr 2 месяца назад

    Guridam di pagi syawal.. lagu raya jay jay...bila dengar cukup membuatkan hati sayu.. dan sebak dengar suara jay jay bawak..senikata lagu lirik melodi yg puitis...jay jay bawak sangat meyentuh hati...pendengar..alunan suara jay jay yg mendayu cukup membuatkan hati ..sayu ...lagu fabret saya ..bila radio putar ..tekenang terus memori hari raya ketika budak kicil remaja dan dewasa....terus ter flash back kenangan lalu..keindahan raya ei zaman lalu.. penuh meriah..riang di hari raya..

  • @abdulrashidbinhussinrashid2632
    @abdulrashidbinhussinrashid2632 2 месяца назад +2

    Saya pernah belajar di Kelantan tahun 80 an,..semasa pemerintahan barisan nasional memang banyak lah club club mlm,.. memang heppening

  • @iskandarjohari9981
    @iskandarjohari9981 2 месяца назад +1

    Good content bang...harap masih terus lagi menghasilkan temubual-temubual bersama legenda Malaysia.

  • @faizalbuang516
    @faizalbuang516 2 месяца назад +1

    Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat abg.Jay Jay,serta keluarga. Dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.

  • @raziidrus1749
    @raziidrus1749 2 месяца назад +1

    1979 tgk live concert CAREFREE 1979 di Stadium Perak, Ipoh .. masa tu form 4 skg dh bersara 60 thn weiii. Rindu Bayangan mmg mantap smpai skg

  • @armanismail2159
    @armanismail2159 2 месяца назад +1

    Lama dah ternanti-nanti temu bual bersama Jay Jay penyanyi yg saya minati. Terima kasih DJ Nazz......

    • @armanismail2159
      @armanismail2159 2 месяца назад

      Lagu Paling BEST. "Perjalanan Ke Syurga"

  • @khairulamizanfizzimanan3295
    @khairulamizanfizzimanan3295 2 месяца назад +3

    Antara bass player yang paling aku minat.. konsert M. Nasir kalau Jay Jay main bass, groove line lain .. Tapi ini lah manusia yang humble.. apa yang abg jay jay cakap tue jujur.. untuk industri take action back lah.. muzik2 yg dulu tue ada soul..

  • @zafri-mr3ul
    @zafri-mr3ul 2 месяца назад

    Ingatan mantop betui aku pun yg Umur 45 byk dh lupa kalau tanya thn bila Nama cikgu bm darjah 3 kena menung gak nk ingat salute penyanyi lama ingatan mmg padu

  • @razalimohamed39
    @razalimohamed39 2 месяца назад +11

    Lefthanded memang padu...band boy semua bagus2...muzik dorang pon mantap....

    • @fishon1273
      @fishon1273 2 месяца назад

      Carefree rasanya...

    • @zulhalim4691
      @zulhalim4691 2 месяца назад +1

      @@fishon1273 brader ni bagitau jay jay mention lefthanded rock band yg jay jay minat

  • @user-zj9vo1ef1i
    @user-zj9vo1ef1i 2 месяца назад +1

    punyalah legend interview ni....sampaikan saya rasa tak puas dgn interview ni rasa mcm nak dia cerita perjalanan karier dia dan hidup dia sepanjang masa

  • @user-zj9vo1ef1i
    @user-zj9vo1ef1i 2 месяца назад +1

    podcast terbaik dalam yt pernah saya tgk ....mmg terbaik abg jay jay ...btw saya kenal abg dari lagu cukuplah sekali ...bila nyanyi lagu tu mmg rasa sedih dan menusuk jiwa

  • @five3logy
    @five3logy 2 месяца назад

    Akhirnya..yg ditunggu tunggu. Tkasih MolekTV!

  • @nagoyakainan1722
    @nagoyakainan1722 2 месяца назад +1

    Semuga abg JJ terus majukan industry Muzik negara...pengalaman abg JJ amat bernilai utk peminat seni negara.

  • @modidi4339
    @modidi4339 2 месяца назад +1

    Yang nie patut digelar Otai masih berbisa, Rindu Bayangan memang lagu 'berhantu'.. senikata lagu memang menusuk jiwa sampai sekarang.. memang betul² padu👍👍

  • @ayusaiful2395
    @ayusaiful2395 2 месяца назад +1

    Terbaik.. jay jay ni suare mmg tak penah 'tua'.. tysm dj nazz