Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 10 сен 2024
  • Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor
    Laporan/video: Memi Yusoff/Afiqq Rahman (Selangor)
    SHAH ALAM, 5 Ogos (Malaysiaaktif) - Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz yang dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari di sini semalam.
    “Bendera yang kita kibarkan ini melambangkan jiwa bangsa merdeka yang harus kita tanamkan dalam hati sanubari rakyat, anak-anak, generasi serta pelapis masa depan,” katanya.
    Beliau menyerahkan bendera kepada wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pejabat daerah dan tanah sebagai usaha untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan
    Amirudin turut mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) mengeluarkan dana membeli bendera untuk diedarkan kepada penduduk setempat.
    Sementara itu, sambutan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri Selangor akan diadakan pada malam 30 Ogos di Dataran Kemerdekaan Shah Alam,
    Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk perarakan dan perbarisan, persembahan artis serta penyampaian anugerah kepada tokoh kemerdekaan. #HKHM2024 #MalaysiaAktif #JAPENSelangor

Комментарии •