Tanggungjawab Suami & Ketaatan Isteri | Habib Nael Ben Taher

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 18 окт 2024
  • يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارً
    Allah Berfirman: ”Wahai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka… -Surah Tahrim :6.
    Ayat ini menunjukkan betapa besar tanggungjawab amanah suami, terhadap didikan agama bagi isteri dan anak-anaknya.
    Apabila kita ingin menjadi seorang suami atau seorang ayah yang soleh, jangan hanya kita focus kepada diri sendiri, tanpa mempedulikan kepentingan didikan agama bagi isteri dan anak-anak.
    Mereka adalah tanggungjawab yang di berikan Allah setelah kita sendiri yang telah ambil keputusan untuk menerima tanggungjawab terhadap amanah tersebut, dan kelak akan di tanyakan Allah tentang tanggungjawab kita terhadap amanah yang telah di berikan.
    Kita berada di zaman, begitu banyak suami tidak pedulikan keadaan isteri, seolah-olah jika isteri melakukan dosa, di biarkan kelak isterinya akan terbakar di neraka begitu sahaja.
    Itu adalah bukti yang jelas seorang suami yang tidak sayang kepada isteri dan keluargnya.
    Kasih sayang di dalam rumahtangga bukan di buktikan dengan saling mengejar harta, tetapi dengan kesungguhan diri mencari keredhaan Allah Bersama.
    Saling menasihati dengan kelembutan dan kasih sayang ke arah kebaikan dan ketaatan kepada Allah, saling usaha menjaga diri menjauhi kemaksiatan serta usaha mencari ilmu yang bermanfaat agar bertambah iman dan taqwa, tanpa meninggalkan juga tanggungjawab mencari rezeki yang halal.
    Semoga Allah sentiasa membimbing kita dan keluarga kita ke jalan yang di redhai Allah, di kurniakan keselamatan dunia dan akhirat.
    #Habibnaelbentaher
    #sebuahkehiudpan

Комментарии • 1

  • @gonzlycurgus
    @gonzlycurgus 3 года назад +1

    Alhamdulillah, Jazakallah Alkhair kathir Habib....