Projek Loji Janakuasa Biogas (Efluen Sawit) Grid Bersambung Terbesar Di Malaysia

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 12 сен 2024
  • FELCRA Berhad (FELCRA) merancakkan landskap pembangunan luar bandar melalui pembinaan Projek Loji Janakuasa Biogas (Efluen Sawit) Grid Bersambung Terbesar di Malaysia dengan kapasiti 5.5-megawatt (MW) yang mula beroperasi sepenuhnya pada 11 April 2024 di Kilang Sawit FELCRA Jayaputra, Jerantut, Pahang. Dengan kapasiti 5.5 MW, loji janakuasa biogas ini mampu membekalkan tenaga elektrik kepada hampir 14,000 rumah atau kira-kira 70,000 orang penduduk luar bandar yang bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi. Inisiatif ini bertepatan dengan Aspirasi Desa Madani yang diperkenalkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara..
    Loji janakuasa biogas (efluen sawit) grid bersambung terbesar di Malaysia ini, yang telah mendapat pengiktrafan oleh Malaysia Book of Record, merupakan kejayaan hasil kerjasama strategik antara FELCRA Berhad, Felcra Jayaputra Sdn Bhd dan Cenergi SEA Berhad (Cenergi) anak syarikat UEM Group Berhad.
    FELCRA optimis bahawa loji janakuasa yang diuruskan oleh Cenergi FJP ini merupakan pemangkin kepada proses perbandaran di luar bandar melalui impak positif terhadap limpahan ekonomi, kelestarian alam sekitar serta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada masyarakat setempat.

Комментарии •