Lebih 213 Kg Sampah dikutip sempena Program Kesedaran Alam Sekitar

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 15 сен 2024
  • Lebih 213 Kg Sampah dikutip sempena Program Kesedaran Alam Sekitar
    Laporan/video: Norshazila Ahmad / Syafiq Saleh (Selangor)
    KUALA SELANGOR, 5 Sept (Malaysiaaktif) - Lebih 213 kilogram sampah berjaya dikutip sempena Program Kesedaran Alam Sekitar yang berlangsung di Muara Sungai Buloh dan Beting Pasir (Sky Mirror), semalam.
    Program ini dirasmikan oleh Penaung Puspanita Negeri Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad yang turut serta menyertai aktiviti ini di Beting Pasir.
    Menurut Datin Seri Masdiana program ini diadakan dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar khususnya di kawasan pelancongan tumpuan ramai.
    Seramai 250 sukarelawan menyertai misi ini yang terdiri daripada pelbagai agensi, Puspanita Negeri Selangor serta penyertaan daripada mahasiswa dari Selangor Technical Skills Development (STDC) dan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi serta nelayan di sekitar Jeti Sungai Buloh.
    Program ini turut diserikan dengan pertandingan kutip sampah terbanyak mengikut kategori sampan dan bot serta acara cabutan bertuah yang berlangsung di Muara Sungai Buloh.
    Turut hadir Pengerusi Puspanita Selangor, Datin Setia Padiah Safian, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Raiz bin Radzuan serta Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Selangor, Normaizatulakmal Tujad.
    Program Kesedaran Alam Sekitar ini merupakan anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor dengan kerjasama Puspanita Daerah Kuala Selangor yang bertujuan memastikan kawasan Muara Sungai Buloh dan Beting Pasir kekal bersih dan lestari untuk generasi akan datang.
    #MalaysiaAktif #Puspanitaselangor #japenselangor #Sukarelawan #KesedaranAlamSekitar #SkyMirror #KualaSelangor #STDC #KPTM

Комментарии •