Aku rindu Kelantan....tahun 2019 adalah kali pertama aku jejak kaki ke bumi Kelantan...aku dan kawan2 merancang bercuti ke Kelantan di bulan puasa, nak rasa suasana solat terawih di Kelantan...best sgt, lepas jam 8 malam segala perniagaan terus tutup dan tenang je...agak janggal juga sebab biasanya lepas terawih orang johor akan ngeteh, tapi kebanyakkan kedai makan kt Kelantan dah tutup, luar bandar baru ade buka sikit...restoran mamak aku tak nampak kt Kota Bharu, tapi bandar Kota Bharu ni sgt tenang, bazar ramadan dia best beb...kt Kelantan aku jumpa lemak bakar, serius sedap gila..kalau makan satay, mmg aku cari satay daging sbb ade part lemak tu, tapi kt Kelantan dia jual besar gedabak, taruk rempah dan bakar...rasa dia padu beb, suasana terawih meriah sgt..best Bandar Kota Bharu ni, harga makanan murah, orangnya peramah...bila ckp dari Johor, perghh dia punya layanan first class...dalam bola sepak je bergaduh, hakikatnya mesra sangat orang Kelantan ni...siap belanja makan colek lagi lepas terawih, rindu wei...tomyam dia mmg citarasa Thailand, sedap gila...rindu Kelantan, insyaallah aku akan datang lagi
@@zimimikie3971 aah mamak biasa 24 jam bukak...kt Kelantan susah nak cari kedai makan beroperasi 24 jam, warung kt pinggir kampung ade bukak tapi sampai lewat malam je...boleh la lepak ngeteh dgn member
Harap Kerajaan Negeri perbanyakkan pembangunan merata buat Negeri Kelantan.. Harap lagi satu yang penting cari jalan untuk kurangkan impak banjir ni. Kelantan ni satu2 nya Negeri yang aku suka 😘 .
Setuju. Untuk kemajuan tiba ke Kelantan kerajaan negeri mestilah senada dgn pemerintah Persekutuan. Perlu ada pelaburan dan perniagaan besar utk menjadi sumber perkembangan ekonomi dan perniagaan serta peluang pekerjaan. Pengundi luar janganlah rosakkan hasrat pembangunan yg direncanakan oleh kerajaan kerana anda hanya balik mengundi utk bernostalgia (mengundi pembangkang) sedangkan anda menikmati segala kemudahan dikota. Inilah masalahnya. Lihatlah contoh pembangunan di Gua Musang bila anda memilih pemimpin dipihak kerajaan.
@Ammar Nazhan ntah lah, aq pun xtau nak cakap, duit one off RM400 juta yg kerajaan pusat bagi dulu pun, sampai skrg aq sbg rkyt xdpt rasa, aq xtau kerajaan negeri pakai duit tu utk apa, beli kerata Mercedes ke apa ntah
@sof tia kerajaan persekutuan bias teruk itu kena ingat arahan siapa kalau bukan si tua. sabah dan serawak juga senasib, selepas pak lah take over dan selepasnya ada nampak perubahan untuk negeri2 ini
Sometimes things are not what they are painted to be...so we decided to pay KB a visit last December 2021 and we enjoyed the place! It has its charms mixing the modern with the old and the people were great. Don't let perceptions stop you from visiting a new place.
Kota Bharu dan Kuala Terengganu punya skyline didominasi oleh bangunan2 high rise dan skyscraper, manakala Kuantan kebanyakkannya landed dan skyline boleh dikenali dengan Menara Teruntum.
@@AlvinxAngel In terms of infrastructure, yes. Speaking of development, areas other than Kota Bharu, more specifically in southern Kelantan like Gua Musang and Kuala Krai have the potential since the People's Highway (KB-KK Highway) and CSR run through both towns.
Kota Bharu kena kerja keras sedikit sahaja lagi untuk benar2 mencapai taraf bandaraya. Dari segi fizikal, nampak memang dah layak sangat untuk mendapat status bandaraya cuma mungkin pendapatan pbt masih kurang beberapa puluhan juta sahaja lagi. Perbanyakkan lagi tarikan investor dan pembukaan banyak kilang perindustrian ringan dan berat serta projek2 perumahan baharu (new township) dapat mencapai matlamat ini.
Kelantan tak perlu pun nak kejar kemodenan sgt sprt negeri2 lain tapi basic2 kemudahan perlu ditambah baik, dinaik taraf. Cthnya bas awam, komuter, hospital2, pejabat2 kerajaan, jalanraya, sistem saliran, pelabuhan, stadium, internet dll. Itu je.
pahang kuantan pn takde kemodenan sgt, sampaikan takde langsung bangunan tinggi kat kuantan, even KT dan KB lagi byk pencakar langit berbanding kuantan, sbb kuantan ni based on alam semulajadi (nature) dan bandar yg lebih kpd santai, tp org luar kata kuantan bandar paling maju di Pantai timur pn mungkin sbb struktur bandar kuantan ni yg paling tersusun dan organize berbanding dgn bandar lain di Pantai timur dan sbb byk kawasan perindustrian dan kawasan bandar baru
@@ariyako masalah air nie mmg betul,tp bukan semua kwsn yg ada masalah air,byk jgk kwsn yg xde masalah air kalau ada pn jarang,kadang² dlm setahun belum tentu ada masalah,mcm saya pun penggunaan air dr aksb n alhamdulillah air kat rumah saya xpernah terputus bekalan,air pn jernih setanding dgn air dr penapis coway...
@@khairilazhar1206 alhamdulillah beruntung bagi yang tiada masalah air, yang ada masalah air sejak bertahun tak pernah2 selesai. ya tak byk kwsn xda masalah air. bukan sebab depa dapat air berkualiti dari aksb tapi sebab depa ada sumber air bawah tanah.
@@ariyakobetul,mcm kat rumah saya ada 2 sumber air,air dr aksb n air bukit/tandak,air bukit kat rumah saya sedikit keruh berbanding air aksb tapi xjauh sgt beza,air aksb kat tempat saya memang jernih sepanjang tahun,air bukit pulak ikut cuaca,kalau hujan lebat sgt² mmg keruh kadang² ada jgk xkeruh sgt,biasanya jernih la,kat kawasan saya mmg ramai yg ada air bukit n air aksb,kalau bukak page fb aksb sendiri jarang ada gangguan bekalan air melibatkan daerah saya
Banyak cadangan saya ingin bangunkan kelantan antaranya, Pelabuhan Tumpat , geting, Pelabuhan Tok Bali, Sambungan RTS dari Kota Bharu- Wakaf Bharu - Pengkalang Kubor ke Thailand , Tabal, Menaik taraf Kota Bharu sebagai bandaraya, bangunkan Stadium Sukan Sukma, Lebuhraya LPT 3 , Kota bahru- Bachok- Tok bali , Industri Perikanan Tok Bali, Keretapi ditukar kepada Komuter ,Double track dari Wakaf Bharu - Pasir Mas - Tanah Merah - Temangan hingga ke Kuala Krai... Hidupkan semula laluan Keretapi Komuter, Pasir Mas- Lubok Jong - Rantau Panjang - Golok
Sepatutnya kita ada pelabuhan dah..daerah takbai tu jatuh pada Siam..situ muara cantik..takbai tu asal dalam Tumpat lagi tu .sedara mara saya ramai situ di kg dada takbai .cantik pemandangannya kg tu pengsawah sawah padi .. ada yg jadi nelayan...
Harap sangat Kota Bharu ni push sgt2 sistem jalan raya bagi lebar dan selesa sikit... sistem jalan raya di KB ni sgt2 mundur... Pastu push income PBT bagi rancak sikit... lebih 100j setahun boleh apply jadi Majlis Bandaraya pulak
Even a Kelantanese wouldn’t come back if there’s no family members there. My father is one & haven’t been back since 15 years ago. Sad to say Kelantan is full of backward-minded people who thinks canning people in public should take priority than creating jobs. That’s why their mentality is no better than the worst country in Africa.
benda paling rugi untuk kota bharu adalah tidak memanfaatkan elemen sungai.perancangan bandar tak tersusun.patut pembangunan lebih tertumpu di pesisir sungai kelantan belah kota bharu dan juga pasir pekan..patu kena ubah dari segi perancangan bandar kawasan ii tepi sungai senang naik air sebab kurang tambatan..kalau bangunan lebih terarah ke tebing ii sungai pasti tebing ii akan ditambak sekaligus dapat mengurangkan risiko banjir di kota bharu dan pasir pekan
LPT3 amat² diperlukan. Saya ada baca laporan JKR yang mengatakan trafik di laluan KB - KTRG adalah lebih tinggi berbanding laluan KB ke Pahang / KL. Kalau ia benar, maka LPT3 sepatutnya diberi penekanan seperti mana CSR.
Kerajaan negeri kena pandai cari source income untuk majukan negeri sendiri selain peruntukan daripada kerajaan persekutuan. Bawak pelabur luar masuk ke, promosi tempat pelancongan ke... Takde la semata berharap sumber dari tebang balak je. Kesian aku tengok hutan kat kelantan tu banyak dah gondol. Makin lama, makin teruk banjir nanti sebab hutan dah berkurang. Sedangkan, hutan tu sendiri boleh jadi produk pelancongan untuk tarik pelancong luar datang. Tapi tulah. Kalau ikutkan pendapat aku, makanan dekat Kelantan ni jauh lebih sedap dari Penang. Tapi Penang pandai komersialkan makanan diorang sampai pelancong luar negara pun kata Penang ni food heaven. So, kerajaan negeri kena bijak lah manfaatkan apa yang ada dalam negeri sendiri jadikan sebagai sumber pendapatan negeri.
Perbanyakkan tempat2 pelancongan yg terjaga. Trip tk Dabong tu kn highlight. Ramai yg masih blm tahu. Tepi2 sungai kelate tu kn gi tgk tempat org buat lagu mano nok comey lagi. Org jual ssitu pun kn lah biar teratur.. x semestinya naik bangunan tinggi. Tp biar comey negeri ku
Sy dh gi kesemua ibu negeri di Malaysia, bandar terbesar ialah 1 - Johor Bahru 2 - Georgetown 3 - Kuching 4 - Kota Kinabalu 5 - Melaka 6 - Kota Bharu 7 - Ipoh 8 - Alor Setar 9 - Kuala Terengganu 10 - Shah Alam 11 - Kuantan 12 - Seremban 13 - Kangar
Kota Bahru tu kecik je. Jajahan je besar. Jangan lah sebut keseluruhan jajahan, kok lanas pun masuk jajahan kota Bharu juga. Bandar kota Bharu tu kecik je cuma dipecahkan menjadi bandar kecil yang utama kota Bharu. Yang lain pengkalan Chepa, kubang Kerian, pasir Tumboh, kok lanas, Ketereh, Tunjong. Kalau nak masukkan PCB pun ok juga tapi PCB padang jarak padang terkukur
Kerajaan harus buat sesuatu, kawasan Lembah Sireh masih banyak kosong, tarik lebih banyak pelabur Kawasan tepi sungai Lembah Sireh boleh dijadikan rekreasi seperti di Kuantan dan KT. Jalan di Bandar Baru Tunjung masih 2 lorong 2 hala, sekurang² Tunjung perlukan 4 lorong 2 hala, upgrade laluan masuk ke Lembah Sireh sebab laluan masuk sekarang agak 'tidak masuk akal'. Kerajaan negeri harus memikirkan cara untuk mengurangkan kesesakan di Bandar Kota Bharu Kota Bharu perlukan LPT3, untuk ke KL ok sebab kerajaan pusat dah buat CSR. Kerajaan Pusat dan negeri harus berganding bahu dalam memajukan Kelantan
Poor City with poor Maintenance and Not we'll plan And The CBD just sad ... I hope The government Help the kelantan City to look more modern and plan well soon.. the city doesn't look different Like the city in Indonesia ....😕
@Ammar Nazhan ???? hanya pendapat..spaya dpt tarik pelancong ke kb..mcm kt ada jambatan angkt..bila ada tarikan baru org luar suka tgk, masing2 negeri ada tarikan.😊
@Ammar Nazhan betul bro, saya nampak ad plan nk buat masjid atas sungai tu. Senang skit nk laksanakan hudud lpas ni. Kelantan biar je mcm ni, org dia bkan minat pemodenan sgt. Klu 60 tahun lpas merdeka tp negeri2 lain dh ad kemajuan sndiri, bkan salah pemimpin tetapi org dlm negeri tu yg tak nak kemajuan.
Sebenarnya kita ada laluan keretapi dari Pasi Mas ke Rantau Panjang/Golok seterusnya ke Haadyai. Jika kerajaan berunding utk hidupkan semula laluan rel ini, ia akan menjadi alternatif kepada Padang Besar dan akan jadi sumber pendapatan pelancongan disamping pendapatan import eksport kargo. Kita berniaga, tentulah ini tuntutan Islam. Moga diberi sokongan.
@@sharamli1 jolodoh boh , tapi sekarang ok sikit kot . Dulu teruk gilo , sana dah lah style Mafia , yg betul pun boleh kena tembak kadang . Belah sana kuat juga berniaga , silap-silap hasil kita kena cantas dengan diorang nanti ( Siam lah ) . Tanah orang muslim banyak belah sana . Kalau nak berurusan dengan orang kita boleh je . Barang pun banyak yang mahal belah sana .
Pembangunan kat Kelantan ada tp tersgt slow,kalau perhati betul² dah byk menyebar ke daerah/pekan luar jajahan Kota Bharu,salah satunya Pasir Pekan.Wlpn Pasir Pekan bukan ibu daerah Tumpat tp pembangunan setanding Bandar Tumpat,mgkn sbb lokasi bersebelah Bandar Kota Bharu.
bangunkan alik pasir puteh la.. dekat dgn tganu, kwsn strategik n kwsn lapang masih bnyk. kota bharu tu bndar lamo n x tersusun. nk buat pengambilan tnh pun pyh
Berita baru hari ni:- 📍Kabinet setuju laksana projek MRT 3, tambah baik pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo dan projek tebatan banjir. - PM 📍Fasa Pertama LPB Sabah dijangka siap menjelang Oktober 2024, kerajaan setuju laksana 19 pakej tambahan sepanjang 367 km. - PM 📍Kerajaan setuju laksana projek Sarawak-Sabah Link Road dan Projek Lebuh Raya Trans Borneo untuk lengkapi LPB Sarawak. - PM 📍Kabinet setuju segerakan projek tebatan banjir dengan tambahan perbelanjaan RM15 bilion untuk tempoh 2023-2030. - PM
kerajaan negeri macam xnak dengar langsung bila orang muda komen adehh.. padahal bahagian area istana jahar tu boleh dimajukan seperti bandar hilir melaka.. jadikan beca tu tarikan orang nak naik pusing2 area situ.. bahagian lembah sireh boleh buat cam di kuching waterfront.. please laa.. begitu juga part sukan majukan la cket
Mall✅ Masalah Air⬅️➡️ Infrastruktur Bangunan🆗 Infrastruktur Jalan❎ Sampah🆗 Peluang Kerja↙️↘️ Kelantan projek terlalu banyak...peruntukkan yg cukup....tapi atas dasar kontraktor dan pemimpin yg xpushhh..okay kb membangun
Kemajuan berdasarkan hdi.. human development index yg diukur berdasakan pendapatan perkapita, jangka hayat penduduk dan taraf pendidikan.yg mana kelantan amat rendah hdi nya di kalangan negeri2 di malaysia... btw bangunan tinggi bukan pengukur kemajuan.. tapi bangunan tinggi selalunya di bina di tempat2 yg maju..
Nampak mcm salah kerajaan tetapi bukan, dlm masa 60 tahun kemerdekaan hanya Kelantan yg sedikit mundur dlm Malaysia. Tak silap sy, mmg org dlm Kelantan suka kurang pembangunan & pemodenan sbb mereka ikut ajaran Nik Aziz dlu. Logik mereka, pembangunan = maksiat mcm dkat KL.
@@jermaineloreaux5220 kalau kamu ingat pembangunan tu maksiat bg org kelantan kamu silap,kalau pembangunan tu maksiat,tentu kerajaan dh haramkan semua tempat pelancongan mcm pantai,air terjun pastu projek apartment pun xde kat kelantan,tp hakikat projek apartment semakin bertambah ada lah
@@khairilazhar1206 awk salah faham, mksd sy pembangunan drpd segi komersial bkan penempatan. Komersial lebih bawa pulangan pendapatan dekat tempat tu, contoh KL ada 100+ mall, 2-3 taman tema & beribu-ribu pusat perniagaan. Dekat Kelantan nak buat KB Mall pn ambil masa 7 tahun, sebelum ni yg ad cuma Mydin & Wakaf Che Yeh. Klu awk tgok pembangunan Kelantan skrg lebih pesat kpd projek kerajaan, drpd projek swasta. Ini menunjukkn pelabur asing tidak berminat dgn potensi Kelantan & ad kemungkinan kerana pndudukny sndri.
@@jermaineloreaux5220 ya. Saya sebagai jurutera awam di kelantan dh buat 3 projek kerajaan. Perpustakaan umk,kompleks mahkamah kota bharu, dgn rumah keluarga askar di jeli. Sekarang tgh bina hospital bachok. Semua projek kerajaan.
kota bharu boleh jd antara bandar paling maju tp tulah, perancangan bandar agak tak teratur. serabut. masalah jalanraya. kurg tmpt bersantai bersama keluarga. takde kolam renang utk rakyat. tp kos hidup okay je.
Walau pun bandar Kelantan masih ketinggalan tapi rakyat Kelantan rata² kaya-raya.. Xpercaya boleh tengok usahawan-usahawan di Malaysia kebanyakkan asal Dari Kelantan kot
projek lembah sireh bukan berkaitan kerajaan.. ni projek berstatus swasta (liziz standaco development). memajukan lembah sireh mengikut permintaan market semasa..
@Ammar Nazhan Bro, aku tak rasa ko tau perkembangan semasa. dari mana liziz stanco kena buat jambatan palekbang? liziz xde kena mengena ngn projek jambatan tu.. tu projek kerajaa. negeri..jambatan tu dah start buat hujung tahun lepas bulan 9..kos 300juta..ECER hnya pelaksana projek mewakili kerajaan negeri..
Saya suka Kota Baru sbab peniags nyo majoriti oee Islam Klantan.. N makan an nya sedap sedap n. Murah pula..salam dri Kota Kinabalu Sabah bah!!
Aku rindu Kelantan....tahun 2019 adalah kali pertama aku jejak kaki ke bumi Kelantan...aku dan kawan2 merancang bercuti ke Kelantan di bulan puasa, nak rasa suasana solat terawih di Kelantan...best sgt, lepas jam 8 malam segala perniagaan terus tutup dan tenang je...agak janggal juga sebab biasanya lepas terawih orang johor akan ngeteh, tapi kebanyakkan kedai makan kt Kelantan dah tutup, luar bandar baru ade buka sikit...restoran mamak aku tak nampak kt Kota Bharu, tapi bandar Kota Bharu ni sgt tenang, bazar ramadan dia best beb...kt Kelantan aku jumpa lemak bakar, serius sedap gila..kalau makan satay, mmg aku cari satay daging sbb ade part lemak tu, tapi kt Kelantan dia jual besar gedabak, taruk rempah dan bakar...rasa dia padu beb, suasana terawih meriah sgt..best Bandar Kota Bharu ni, harga makanan murah, orangnya peramah...bila ckp dari Johor, perghh dia punya layanan first class...dalam bola sepak je bergaduh, hakikatnya mesra sangat orang Kelantan ni...siap belanja makan colek lagi lepas terawih, rindu wei...tomyam dia mmg citarasa Thailand, sedap gila...rindu Kelantan, insyaallah aku akan datang lagi
Sila dtg lagi ye
@@muhdshahmee Insyallah...mesti datang punya, banyak tempat menarik nak melawat nanti
Kedai mamak susah nk idup kat sini, sbb kitaorg kbykn bkn keturunan depa😝🤭, lgpun mknnan local trlampau byk pilihan..
@@zimimikie3971 aah mamak biasa 24 jam bukak...kt Kelantan susah nak cari kedai makan beroperasi 24 jam, warung kt pinggir kampung ade bukak tapi sampai lewat malam je...boleh la lepak ngeteh dgn member
Nanti boleh datang lagi,mamak dekat sini pun tutup awal,ada jah kedai nasi pagi buka tengah malam situ lah jadi tumpuan pulak,hehe,
negeri yang aku suka favorit kelate saya dari indo suka sangat lah sama dikir barat mokyong
Aku suka kelantan,makanan dia best ..from Sabah
Insyaallah kalau umur panjang saya dan isteri bersama keluarga saya akan ke Kelantan bulan July ini…
Harap Kerajaan Negeri perbanyakkan pembangunan merata buat Negeri Kelantan.. Harap lagi satu yang penting cari jalan untuk kurangkan impak banjir ni. Kelantan ni satu2 nya Negeri yang aku suka 😘 .
Setuju. Untuk kemajuan tiba ke Kelantan kerajaan negeri mestilah senada dgn pemerintah Persekutuan.
Perlu ada pelaburan dan perniagaan besar utk menjadi sumber perkembangan ekonomi dan perniagaan serta peluang pekerjaan.
Pengundi luar janganlah rosakkan hasrat pembangunan yg direncanakan oleh kerajaan kerana anda hanya balik mengundi utk bernostalgia (mengundi pembangkang) sedangkan anda menikmati segala kemudahan dikota. Inilah masalahnya.
Lihatlah contoh pembangunan di Gua Musang bila anda memilih pemimpin dipihak kerajaan.
@Ammar Nazhan ntah lah, aq pun xtau nak cakap, duit one off RM400 juta yg kerajaan pusat bagi dulu pun, sampai skrg aq sbg rkyt xdpt rasa, aq xtau kerajaan negeri pakai duit tu utk apa, beli kerata Mercedes ke apa ntah
Selangor, Pahang, Terengganu bari je lepas banjir besar, bkan Kelantan shj
@@abaziz8913 Yes.. memang negeri lain terkesan buat vid ni cakap pasal Kelantan
@sof tia kerajaan persekutuan bias teruk itu kena ingat arahan siapa kalau bukan si tua. sabah dan serawak juga senasib, selepas pak lah take over dan selepasnya ada nampak perubahan untuk negeri2 ini
I love kelantan 🖤 - from kota kinabalu Sabah
Sometimes things are not what they are painted to be...so we decided to pay KB a visit last December 2021 and we enjoyed the place! It has its charms mixing the modern with the old and the people were great. Don't let perceptions stop you from visiting a new place.
Thank you bro, feel free to come whenever again!
Kelantan 💯👍
Kota Bharu dan Kuala Terengganu punya skyline didominasi oleh bangunan2 high rise dan skyscraper, manakala Kuantan kebanyakkannya landed dan skyline boleh dikenali dengan Menara Teruntum.
Nah kuatan better and KT just getting modern ... kelantan Need to catch up
@@AlvinxAngel In terms of infrastructure, yes. Speaking of development, areas other than Kota Bharu, more specifically in southern Kelantan like Gua Musang and Kuala Krai have the potential since the People's Highway (KB-KK Highway) and CSR run through both towns.
@@matdanih bandar Bentong and bandar Temerloh rasanya lagi maju dari KB sekarang... Kat Bentong dah ada shopping mall dengan cinema lagi 😅
Kota Bharu kena kerja keras sedikit sahaja lagi untuk benar2 mencapai taraf bandaraya. Dari segi fizikal, nampak memang dah layak sangat untuk mendapat status bandaraya cuma mungkin pendapatan pbt masih kurang beberapa puluhan juta sahaja lagi. Perbanyakkan lagi tarikan investor dan pembukaan banyak kilang perindustrian ringan dan berat serta projek2 perumahan baharu (new township) dapat mencapai matlamat ini.
Kota Bharu ni pembangunan utk swasta mmg laju, tapi pembangunan utk kemudahan awam sngt slow, stesen bas pun uzur sangat.. jauh beza dgn KT & Kuantan
Kelantan tak perlu pun nak kejar kemodenan sgt sprt negeri2 lain tapi basic2 kemudahan perlu ditambah baik, dinaik taraf. Cthnya bas awam, komuter, hospital2, pejabat2 kerajaan, jalanraya, sistem saliran, pelabuhan, stadium, internet dll. Itu je.
pahang kuantan pn takde kemodenan sgt, sampaikan takde langsung bangunan tinggi kat kuantan, even KT dan KB lagi byk pencakar langit berbanding kuantan, sbb kuantan ni based on alam semulajadi (nature) dan bandar yg lebih kpd santai, tp org luar kata kuantan bandar paling maju di Pantai timur pn mungkin sbb struktur bandar kuantan ni yg paling tersusun dan organize berbanding dgn bandar lain di Pantai timur dan sbb byk kawasan perindustrian dan kawasan bandar baru
benda asas seperti AIR pun gagal disediakan dengan baik, dah berpuluh2 tahun memerintah kelantan
@@ariyako masalah air nie mmg betul,tp bukan semua kwsn yg ada masalah air,byk jgk kwsn yg xde masalah air kalau ada pn jarang,kadang² dlm setahun belum tentu ada masalah,mcm saya pun penggunaan air dr aksb n alhamdulillah air kat rumah saya xpernah terputus bekalan,air pn jernih setanding dgn air dr penapis coway...
@@khairilazhar1206 alhamdulillah beruntung bagi yang tiada masalah air, yang ada masalah air sejak bertahun tak pernah2 selesai. ya tak byk kwsn xda masalah air. bukan sebab depa dapat air berkualiti dari aksb tapi sebab depa ada sumber air bawah tanah.
@@ariyakobetul,mcm kat rumah saya ada 2 sumber air,air dr aksb n air bukit/tandak,air bukit kat rumah saya sedikit keruh berbanding air aksb tapi xjauh sgt beza,air aksb kat tempat saya memang jernih sepanjang tahun,air bukit pulak ikut cuaca,kalau hujan lebat sgt² mmg keruh kadang² ada jgk xkeruh sgt,biasanya jernih la,kat kawasan saya mmg ramai yg ada air bukit n
air aksb,kalau bukak page fb aksb sendiri jarang ada gangguan bekalan air melibatkan daerah saya
Kota kota di malaysia hebat dan tertata rapi
Saya anak jati Kelantan
Banyak cadangan saya ingin bangunkan kelantan antaranya, Pelabuhan Tumpat , geting, Pelabuhan Tok Bali, Sambungan RTS dari Kota Bharu- Wakaf Bharu - Pengkalang Kubor ke Thailand , Tabal, Menaik taraf Kota Bharu sebagai bandaraya, bangunkan Stadium Sukan Sukma, Lebuhraya LPT 3 , Kota bahru- Bachok- Tok bali , Industri Perikanan Tok Bali, Keretapi ditukar kepada Komuter ,Double track dari Wakaf Bharu - Pasir Mas - Tanah Merah - Temangan hingga ke Kuala Krai... Hidupkan semula laluan Keretapi Komuter, Pasir Mas- Lubok Jong - Rantau Panjang - Golok
Sgt suka..idea yg bernas tpi nak wat cmne no power..Ngri d pimon oleh yg kering idea
Buat jugak pembangunan alik ulu nii, G Musang, Jeli , k krai untuk penempatan baru rakyat mengelak, kesesekan di ilir pada masa hadapan.
Kalau ada perlabuhan tergugat lama dah negeri Selangor..
Sepatutnya kita ada pelabuhan dah..daerah takbai tu jatuh pada Siam..situ muara cantik..takbai tu asal dalam Tumpat lagi tu .sedara mara saya ramai situ di kg dada takbai .cantik pemandangannya kg tu pengsawah sawah padi .. ada yg jadi nelayan...
My grandparents are live in there!!!!!
Harap sangat Kota Bharu ni push sgt2 sistem jalan raya bagi lebar dan selesa sikit... sistem jalan raya di KB ni sgt2 mundur... Pastu push income PBT bagi rancak sikit... lebih 100j setahun boleh apply jadi Majlis Bandaraya pulak
Tq SCM buat video kampung kito ✌🏼
Lama xg kelantan.. Cuci mata.. orang sana helok2 😛
Kota Baharu cantik maju.
Lepas siap keretapi ECRL dengan highway CSR rancakla pembangunan ekonomi kat kelantan
Love Kelantan from Kedah ♥
rasanya bila giliran video kedah
Me too😂
@@mxxisnaz1277 ado dah
several times been there at Kelantan but nothing much there but there's one place that we been there is tok bali if not mistaken nice
Even a Kelantanese wouldn’t come back if there’s no family members there. My father is one & haven’t been back since 15 years ago.
Sad to say Kelantan is full of backward-minded people who thinks canning people in public should take priority than creating jobs. That’s why their mentality is no better than the worst country in Africa.
benda paling rugi untuk kota bharu adalah tidak memanfaatkan elemen sungai.perancangan bandar tak tersusun.patut pembangunan lebih tertumpu di pesisir sungai kelantan belah kota bharu dan juga pasir pekan..patu kena ubah dari segi perancangan bandar kawasan ii tepi sungai senang naik air sebab kurang tambatan..kalau bangunan lebih terarah ke tebing ii sungai pasti tebing ii akan ditambak sekaligus dapat mengurangkan risiko banjir di kota bharu dan pasir pekan
masih banyak lg kawasan yg boleh dibangunkan..semoga semua projek berjalan dengan baik
LPT3 amat² diperlukan. Saya ada baca laporan JKR yang mengatakan trafik di laluan KB - KTRG adalah lebih tinggi berbanding laluan KB ke Pahang / KL. Kalau ia benar, maka LPT3 sepatutnya diberi penekanan seperti mana CSR.
Mana tak tinggi trafiknya... penduduk KB-Tumpat-Bachok-Pasir Mas-Pasir Putih dah satu juta orang... sama byk dgn penduduk Terengganu keseluruhannya..
suruh kerajaan kelantan biaya la
Betul LPT Fasa 3 patut diteruskan
Since KT membangun ad Mall & Cinema, bole rasakan penambahan kereta yg lalu 😂 sb aq ddk kt Besut Jalan Pantai
@@mencaripasal7773 sumber gas asli neger jer bole bt byk projek selain LPT3 ☺️
Kalu perasan tengok molek rumah kelantan banyak banglow dan teres tengah bandar.. Ciri2 ni sama macam di KT.. Bandar nampak lebih selesa
Rumah kayu buruk pun banyak lagi dekat Lundang sana. Sebelah sungai Kelantan. Dan kawasan wakaf Che yeh
Dah lama tak pergi Kelantan.
Aku dlu dduk kelantan 2tahuntpi skrangdh blik indun
Kerajaan negeri kena pandai cari source income untuk majukan negeri sendiri selain peruntukan daripada kerajaan persekutuan. Bawak pelabur luar masuk ke, promosi tempat pelancongan ke... Takde la semata berharap sumber dari tebang balak je. Kesian aku tengok hutan kat kelantan tu banyak dah gondol. Makin lama, makin teruk banjir nanti sebab hutan dah berkurang. Sedangkan, hutan tu sendiri boleh jadi produk pelancongan untuk tarik pelancong luar datang. Tapi tulah. Kalau ikutkan pendapat aku, makanan dekat Kelantan ni jauh lebih sedap dari Penang. Tapi Penang pandai komersialkan makanan diorang sampai pelancong luar negara pun kata Penang ni food heaven. So, kerajaan negeri kena bijak lah manfaatkan apa yang ada dalam negeri sendiri jadikan sebagai sumber pendapatan negeri.
Perbanyakkan tempat2 pelancongan yg terjaga. Trip tk Dabong tu kn highlight. Ramai yg masih blm tahu. Tepi2 sungai kelate tu kn gi tgk tempat org buat lagu mano nok comey lagi. Org jual ssitu pun kn lah biar teratur.. x semestinya naik bangunan tinggi. Tp biar comey negeri ku
rindu weeeh 😭
last kali saya visit Kelantan was in 2011
Sy dh gi kesemua ibu negeri di Malaysia, bandar terbesar ialah
1 - Johor Bahru
2 - Georgetown
3 - Kuching
4 - Kota Kinabalu
5 - Melaka
6 - Kota Bharu
7 - Ipoh
8 - Alor Setar
9 - Kuala Terengganu
10 - Shah Alam
11 - Kuantan
12 - Seremban
13 - Kangar
Tepat sekali...
Mcm mana Kota Bharu boleh lagi besar dari Ipoh dan Shah Alam😅
kuantan tu pusat bandaraya je kecik, tp keseluruhan Daerah Kuantan tu daerah ibu negeri antara yg terbesar di Malaysia
Sungai petani lagi besar dari Alor Setar
Kota Bahru tu kecik je. Jajahan je besar. Jangan lah sebut keseluruhan jajahan, kok lanas pun masuk jajahan kota Bharu juga. Bandar kota Bharu tu kecik je cuma dipecahkan menjadi bandar kecil yang utama kota Bharu. Yang lain pengkalan Chepa, kubang Kerian, pasir Tumboh, kok lanas, Ketereh, Tunjong. Kalau nak masukkan PCB pun ok juga tapi PCB padang jarak padang terkukur
Kerajaan harus buat sesuatu, kawasan Lembah Sireh masih banyak kosong, tarik lebih banyak pelabur
Kawasan tepi sungai Lembah Sireh boleh dijadikan rekreasi seperti di Kuantan dan KT. Jalan di Bandar Baru Tunjung masih 2 lorong 2 hala, sekurang² Tunjung perlukan 4 lorong 2 hala, upgrade laluan masuk ke Lembah Sireh sebab laluan masuk sekarang agak 'tidak masuk akal'. Kerajaan negeri harus memikirkan cara untuk mengurangkan kesesakan di Bandar Kota Bharu
Kota Bharu perlukan LPT3, untuk ke KL ok sebab kerajaan pusat dah buat CSR.
Kerajaan Pusat dan negeri harus berganding bahu dalam memajukan Kelantan
Betul byk benda yg boleh di manfaatkan tepi sungai tu utk tarikan pelancong
Poor City with poor Maintenance and Not we'll plan And The CBD just sad ... I hope The government Help the kelantan City to look more modern and plan well soon.. the city doesn't look different Like the city in Indonesia ....😕
I from kelantan. Today they plan to change Kota Bharu to tunjung as kelantan main city. So Kota Bharu will be old city and tunjung will be new city
@@akifakmal6294 mengarut mana ada macam tu. Takde info pun 😂
Assalamualaikum saya suka kota baharu sebab banyak makanan semoga penduduk dimurahkan rezeki amin
waalaikumussalam. aah tapi byk makanan bole buat kite jd OKU da tua nti. sume bende extra gula
We went kota baru which is the place nearby kualaterenganu. Its other name is kelantan. Alhamdulillah
I LOVE KELANTAN,FROM SABAH
Kelantan kini negeri termaju di Pantai Timur.kepesatan pembangunanya hasil kebijaksanaan pemerintahan kerajaan islam kelantan.. Tahniah
Terengganu lagi maju. Tp kita teruskan usaha ke arah itu. Sy ore kelate jugok😍
Kelantan tak membangun langsung. Yang ada cuma projek pusat dan projek mall swasta. Negeri kenyang perut makan gaji dan saguhati 😊
Klau lah KB City ni ade bangunan2 wall glass kt tepi sungai perrghhhh mmg padulah..Mesti gempak viewnya dan siap ade dataran tempat org lepak skali..👍
Yessss...view air kuningnya...hehe
Don't worry skrg Kelantan dh banyak projek iaitu penambahbaikan airport highway csr dan Ecrl
Sayang sungai kltn tu..kalau hias tbingan tu cntik2..msti lawa mcm dkt melaka n kuching especially pd waktu malam..tak lah nampak mcm kosong je😅
@Ammar Nazhan ???? hanya pendapat..spaya dpt tarik pelancong ke kb..mcm kt ada jambatan angkt..bila ada tarikan baru org luar suka tgk, masing2 negeri ada tarikan.😊
@Ammar Nazhan ohh okay bro..sayang bro kb byk potensi tmbh lgi cun2 dpan sungai..kalau upgrade tebingan tu memang lawa..buatla ciri2 islamic modern confirm menarik..😁
@Ammar Nazhan betul bro, saya nampak ad plan nk buat masjid atas sungai tu. Senang skit nk laksanakan hudud lpas ni.
Kelantan biar je mcm ni, org dia bkan minat pemodenan sgt. Klu 60 tahun lpas merdeka tp negeri2 lain dh ad kemajuan sndiri, bkan salah pemimpin tetapi org dlm negeri tu yg tak nak kemajuan.
Setuju, pemandangan KB memang dah cantik
Saya suka Kelantan
Ada ecrl nnt berkembang lah kota2 pantai timur……..klu boleh rel ktm pntai timur sambung la dgn thailand mcm padang besar tu…..
Ecrl sepatutnya extend sampai tumpat, lepas tu buat stesen pertukaran dgn ktm
Sebenarnya kita ada laluan keretapi dari Pasi Mas ke Rantau Panjang/Golok seterusnya ke Haadyai.
Jika kerajaan berunding utk hidupkan semula laluan rel ini, ia akan menjadi alternatif kepada Padang Besar dan akan jadi sumber pendapatan pelancongan disamping pendapatan import eksport kargo.
Kita berniaga, tentulah ini tuntutan Islam. Moga diberi sokongan.
@@matnafiabmajid3625 harus hidup balik rel tu…..thailand ni pun kdg bkn nk maju kan kawasan majoriti islam ni,,,,dok nk perang je……
@@sharamli1
jolodoh boh , tapi sekarang ok sikit kot . Dulu teruk gilo , sana dah lah style Mafia , yg betul pun boleh kena tembak kadang . Belah sana kuat juga berniaga , silap-silap hasil kita kena cantas dengan diorang nanti ( Siam lah ) . Tanah orang muslim banyak belah sana . Kalau nak berurusan dengan orang kita boleh je . Barang pun banyak yang mahal belah sana .
Pembangunan kat Kelantan ada tp tersgt slow,kalau perhati betul² dah byk menyebar ke daerah/pekan luar jajahan Kota Bharu,salah satunya Pasir Pekan.Wlpn Pasir Pekan bukan ibu daerah Tumpat tp pembangunan setanding Bandar Tumpat,mgkn sbb lokasi bersebelah Bandar
Kota Bharu.
Akan ke Kota Bahru dan Narathiwat this wednesday
Rndu kmpong kite dlu dok pauh butut.pidah dok jelor.10 thn ikut suami.jdoh stakt 10 thn je.rase rindu kmpong pingin blek lg.n
bangunkan alik pasir puteh la.. dekat dgn tganu, kwsn strategik n kwsn lapang masih bnyk. kota bharu tu bndar lamo n x tersusun. nk buat pengambilan tnh pun pyh
Betul.
Berita baru hari ni:-
📍Kabinet setuju laksana projek MRT 3, tambah baik pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo dan projek tebatan banjir. - PM
📍Fasa Pertama LPB Sabah dijangka siap menjelang Oktober 2024, kerajaan setuju laksana 19 pakej tambahan sepanjang 367 km. - PM
📍Kerajaan setuju laksana projek Sarawak-Sabah Link Road dan Projek Lebuh Raya Trans Borneo untuk lengkapi LPB Sarawak. - PM
📍Kabinet setuju segerakan projek tebatan banjir dengan tambahan perbelanjaan RM15 bilion untuk tempoh 2023-2030. - PM
Alhamdulillah..
harap design mrt 3 tak mecam mrt 2😌
@@TsMidnights13 kenapa dengan MRT2 ?
@@suhaimiariffin1566 kena downgrade terlalu byk...
Hanya dengan BN sahaja projek² sebegini boleh berlaku. PH pula langsung tiada sumbangan. Makin menjahanamkan projek sedia ada adalah
Pasir mas❤🎉
Ya allah saya pernah tinggal di kelantan 10th
nak tengok aerial view pangkalan chepa..
Antara ibu negeri yg ada view sawah padi paling cantik kat Malaysia ialah Kangar,Alor Setar dan Kota Bharu
Kota Bharu ada sawah padi. Tak pernah nampak pulak
Sye sbagai org kelantan agak sedih dsitu....Paham paham laa
Cool
terbaik tuan hadir support
Kota Bharu... Patut da boley upgrade jadi Bandaraya(City)... Just tak tau kenapa tak naiktaraf lagi...
4:25 tu mydin tunjong kan
Haaa btul tu
yep
Siap doh tu. Pembukaan 10 hb 3 nnti.
@@jackz4713 ejah gi bratur boh😂😂😂
kerajaan negeri macam xnak dengar langsung bila orang muda komen adehh.. padahal bahagian area istana jahar tu boleh dimajukan seperti bandar hilir melaka.. jadikan beca tu tarikan orang nak naik pusing2 area situ.. bahagian lembah sireh boleh buat cam di kuching waterfront.. please laa.. begitu juga part sukan majukan la cket
Idea yang baik. Boleh dibawa ke tengah.
Banyok je tempat dlm bandar yg blh dimajukan tp gak ggitu lah
Rindu klate...bln 6 nnti balik kg kito
Mall✅
Masalah Air⬅️➡️
Infrastruktur Bangunan🆗
Infrastruktur Jalan❎
Sampah🆗
Peluang Kerja↙️↘️
Kelantan projek terlalu banyak...peruntukkan yg cukup....tapi atas dasar kontraktor dan pemimpin yg xpushhh..okay kb membangun
Cuba elakan projek-projek bangunan pencakar langit.wujudkan sebuah Malay town,bangunan dibuat daripada kayu, bangunan tradisional dan rumah kelantan
Memang tak la sbb kerjaan negeri tetpakan policy untuk ada kubah pada bangunan
Nak senang terbakar ke buat bangunan daripada kayu? Kat Tawau tu berapa kali dah kes kebakaran punya banyak sampai berdozen rumah hangus
Makin byk high-rise, makin maju/modern = typical malaysian 😒
Tapi mmg betul pun. Definisi maju bagi kau apa?
@@muhdshahmee negara termaju dunia Norway dan Finland berdasarkan HDI, satu bangunan tinggi pn takde
@@muhdshahmee hidup bebas atas tanah sendiri tanpa hutang...itu definasi maju.
@@muhdshahmee xperlu bangunan moden2 .. just jg maintenance infratruktur n facility ja .. at same time, jg nature jgk
Kemajuan berdasarkan hdi.. human development index yg diukur berdasakan pendapatan perkapita, jangka hayat penduduk dan taraf pendidikan.yg mana kelantan amat rendah hdi nya di kalangan negeri2 di malaysia... btw bangunan tinggi bukan pengukur kemajuan.. tapi bangunan tinggi selalunya di bina di tempat2 yg maju..
Zaman bljr... Org-org kelantan selalu cakap Sabah tak maju... Tapi dlm video ni nmpk jauh perbezaan Sabah dgn kelantan.. kelantan negeri termiskin..
Salah tu..nilai ikut keseluruhan..sabah ni hanya,maju di bandar shj.yg lain agak terkebelakang.
Tgk KB ada satu saja Main Road
Kerajaan Negeri main peranan la.. Kelantan Darul Naim, Kelantan Serambi Mekkah
ade tak bas awam di kota bharu? saye nak traveling ke sane sorang diri
Kesian tgk Kelantan masih kebelakang drpd negeri² lain termasuk Sabah & Sarawak
Pas must do something.
Nampak mcm salah kerajaan tetapi bukan, dlm masa 60 tahun kemerdekaan hanya Kelantan yg sedikit mundur dlm Malaysia.
Tak silap sy, mmg org dlm Kelantan suka kurang pembangunan & pemodenan sbb mereka ikut ajaran Nik Aziz dlu. Logik mereka, pembangunan = maksiat mcm dkat KL.
@@jermaineloreaux5220 kalau kamu ingat pembangunan tu maksiat bg org kelantan kamu silap,kalau pembangunan tu maksiat,tentu kerajaan dh haramkan semua tempat pelancongan mcm pantai,air terjun pastu projek apartment pun xde kat kelantan,tp hakikat projek apartment semakin bertambah ada lah
@@khairilazhar1206 awk salah faham, mksd sy pembangunan drpd segi komersial bkan penempatan.
Komersial lebih bawa pulangan pendapatan dekat tempat tu, contoh KL ada 100+ mall, 2-3 taman tema & beribu-ribu pusat perniagaan.
Dekat Kelantan nak buat KB Mall pn ambil masa 7 tahun, sebelum ni yg ad cuma Mydin & Wakaf Che Yeh.
Klu awk tgok pembangunan Kelantan skrg lebih pesat kpd projek kerajaan, drpd projek swasta. Ini menunjukkn pelabur asing tidak berminat dgn potensi Kelantan & ad kemungkinan kerana pndudukny sndri.
@@jermaineloreaux5220 ya. Saya sebagai jurutera awam di kelantan dh buat 3 projek kerajaan. Perpustakaan umk,kompleks mahkamah kota bharu, dgn rumah keluarga askar di jeli. Sekarang tgh bina hospital bachok. Semua projek kerajaan.
Qu puteh taja bolasepak Kelantan lagi ke?
Aku igt kota bharu ni mundur..kalau nak bandingkan dri segi pembangunan...kota bharu no 1 dekat pantai timur, No 2 KT dan No 3 Kuantan
Betul bossku
kota bharu boleh jd antara bandar paling maju tp tulah, perancangan bandar agak tak teratur. serabut. masalah jalanraya. kurg tmpt bersantai bersama keluarga. takde kolam renang utk rakyat. tp kos hidup okay je.
Yolo
Pop KB-Tumpat-Pasir Mas-Bachok-PPuteh-Machang dh 1.4 milion
kelantan ☕️☕️☕️☕️
Late 1920s Hong Kong vibes
mu kecek supo musuh isleyyyy
📌
30 ekar kawasan emas yg baru akan di usahakan, hrp kerajaan negeri manfaatkan hasil utk rakyat. 🙏🙏🙏🙏
Pop KB skrg lbh 600k
Teh o be so..
3:50 perumahan rakyat xpo situ
3:30 mitok penuhkan pembangunan situ
KT jauh meninggalkan KB
Walau pun bandar Kelantan masih ketinggalan tapi rakyat Kelantan rata² kaya-raya.. Xpercaya boleh tengok usahawan-usahawan di Malaysia kebanyakkan asal Dari Kelantan kot
Yang kaya memang kaya tapi yang miskin sangat miskin. Miskin di sini kena perah sama yang kaya. Gaji kedai makan pun ada 35/40 sehar kerja multi job.
tumpat please
Alor Setar pulak
Ada orang tau ke ape project sedang dibangunkan di 3:30 ?
PPAM lembah sireh..xtaw mcm mne progress skrang..ntah hidup ntah mati dh projek tu..
Apartment prima utk pekerja kerajaan, badan² berkanun, dll.
I see, terima kasih atas info ye
@@aaronngu1310 bru naik 3 blok. total 6 bloks.
@@marCast07 banjir air dop naik ko ? Lamo doh dop balik kampung ni
My ranking Malaysia's best skyline:
1. Klang Valley
2. Penang
3. JB
4. KK
5. KB
6. Melaka
7. KT
8. Alor Setar
9. Kuching
10. Ipoh
Betul ke
Nah KB should be last ... And kuching is no 4 because Kuching is one of the best skyline in Malaysia and have best CBD ... Kuching > London
Ipoh boleh tahan lagi skyline dia.
jb no 2
Kuching ranks much higher kot..dengan bangunan2 dan landmark iconic dia and a much concentrated city centre agak2lah menghuni bottom ranked.
Thursday 03 March
Projek lembah sireh adalah kegagalan PAS
projek lembah sireh bukan berkaitan kerajaan.. ni projek berstatus swasta (liziz standaco development). memajukan lembah sireh mengikut permintaan market semasa..
@Ammar Nazhan Bro, aku tak rasa ko tau perkembangan semasa. dari mana liziz stanco kena buat jambatan palekbang? liziz xde kena mengena ngn projek jambatan tu.. tu projek kerajaa. negeri..jambatan tu dah start buat hujung tahun lepas bulan 9..kos 300juta..ECER hnya pelaksana projek mewakili kerajaan negeri..
@sof tia Budak ni masuk sembang pasai projek gagal..kita mmg engineering scene kena tau hal semasa..bukan PALATAO.
Kerajaan negeri klate oyt baik beli keto mercedes drp buat pembangunan dlm negeri klate
Sawatdikap
Aku rasa kalau nak pergi bercuti lagi prefer pegi kedah dari kelantan 😂😂
Not improve 😪😪😪😪
Yes u need vote ph for protect women and children
Dah banyak perubahan, org buta dgn org politik je tk nampak...
Satu je yg aku x suka dengan kelantan, jalan dia tu teruk sangat,bkn nya apa cuma merbahaya kan orang ja
kot mana yg tk dak pembangunan lagi yg puak2 pH & AmNo dok laung2 kn kunun2nya sampai kerajaan kelantan tk buat apa2 langsung...