Ziarah Sekitar Madinah - Masjid Quba' - Ladang Kurma dan Bukit Uhud.....

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 4 дек 2024
  • Hari Sabtu di Madinah, disunatkan untuk ziarah Masjid Quba'. Sesiapa yang ziarah Masjid Quba' dalam keadaan berwuduk dan menunaikan solat sunat di Masjid Quba' maka pahalanya sama seperti membuat Umrah. Ini ada kerana jika Nabi Muhammad s.a.w rindu Mekah, beliau akan solat sunat di Masjid Quba' dan datang dalam keadaan berwuduk.
    Kami semua menaiki bas daripada hotel ke Masjid Quba'. Ramai sangat orang ziarah Masjid Quba' sampai keliru nak cari bas. Setelah selesai ziarah dan solat sunat, kami bertolak ke Ladang Kurma. Banyak pokok kurma di kawasan tersebut. Di situ boleh diperolehi kurma segar dan kurma muda. Banyak juga coklat2 yang dijual disitu. Ramai juga jemaah Azzuha yang 'melontar' disitu...
    Kemudian, kami bertolak ke Bukit Uhud. Agak jauh perjalanan ke Bukit Uhud. Setelah sampai, ustaz Abu Bakr menceritakan serba sedikit sejarah peperangan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat di Bukit Uhud.
    Di Bukit Uhud banyak jualan kurma, kekacang, buah-buahan dan barang2 lain. Kami juga pertama kali merasa aiskrim Arab di sini. MasyaAllah sedap sangat, sampai sekarang masih teringat terutama aiskrim mangga, memang terasa buah mangga 🤤🥭🍦. Selepas tu saya dah niat, jika jumpa aiskrim lagi, wajib beli 😅...
    Setelah selesai, kami semua bertolak ke hotel untuk solat zohor... Alhamdulillah 💕
    #azzuhatravel
    #umrah2024
    #9/10-20/10/24
    #part5

Комментарии •