Persembahan Tarian Dari Etnik Murut Nabai, Keningau di KDCA Penampang.

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 9 ноя 2024
  • Suku kaum Murut Nabai kebanyakan menetap Keningau Sabah,diantaranya di Kampung Tuarid Taud,kampung Tuarid Liawan,kampung Dangulad,kampung Masak,kampung Lingkudau,kampung Limbawan,kampung Patikang Laut,kampung Kauraan dan Kampung Kadalakan,kampung Ambual,kampung mailu,Kampung Awas-awas,Kampung Labak Baru,kampung Liau laut,Kampung Binaong,kampung keningau,mungkin banyak lagi kampung-kampung yang diduduki oleh etnik ini yang saya belum ketahui lagi.dan apa yang menarik perhatian saya mengenai Etnik Murut Nabai ini ialah tarian ‘Mansayau’ mereka,Tarian ini adalah tarian warisan turun menurun oleh datuk nenek moyang mereka Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan Pesta Menuai (Pesta Kaamatan), menyambut tetamu kenamaan dan di majiis-majiis perkahwinan dan juga menyambut tetamu dari luar negara.Paluan gong yang mengiringi tarian ini diberi nama Tatas Dundungi.
    Menurut cerita, tarian ini mengisahkan seorang anak dara dan teruna yang sedang dilamun cinta.dijadikan cerita, dalam satu perjalanan pasangan ini, hujan telah turun dipertengahan jalan. Si teruna mengambil daun yang lebar (tatas dalam bahasa murut)sebagai payung untuk melindungi kekasihnya.perkataan melindungi dalam paluan gong dipanggil ‘Dundungi’. Selepas peristiwa tersebut terjadilah kisah lagu jiwa-jiwa dalam paluan gong bernama TATAS DUNDUNGI.
    Biasanya Tarian ini ditarikan oleh (5)Pasangan penari iaitu (5) penari perempuan dan (5) penari lelaki. Pemalu gong pula terdapat lapan (8) orang dengan jumlah gong lapan (8) buah, satu gendang dan satu set kulintangan.
    Kisah cerita mengenai tarian ‘Mansayau’ ini diceritakan secara lansung oleh Ketua Kumpulan,Igak @ Ijik Batangon,Kampung Kadalakan,’Peti Surat 871,’89008 Keningau, SABAH.

Комментарии •