Ucapan YAB PM dalam Perhimpunan Bulanan Bersama Warga JPM (18.03.2024)

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 17 мар 2024
  • Ucapan YAB PM dalam Perhimpunan Bulanan Bersama Warga JPM
    Saya lontarkan betapa pentingnya umat Islam untuk menghayati semangat Ramadan dengan memperkukuh disiplin diri dan menyantuni golongan yang kurang bernasib baik.
    Adalah penting untuk kita menghayati madrasah Ramadan sebagai wahana menyucikan jiwa dan menghentikan fitnah serta kerja yang sia-sia dan yang tidak membawa manfaat, selain menggarap “the larger ethical question of Ramadan” yakni tentang kebebasan, keadilan dan kesaksamaan.
    Saya berkongsi hasil kunjungan rasmi ke Jerman baru-baru ini, dan Australia sebelumnya betapa usaha ini adalah untuk terus memperkukuh kedudukan Malaysia di mata dunia, dan juga sebagai upaya untuk terus meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang baik dan kondusif demi pembangunan ekonomi negara ini, selain mempererat persahabatan Malaysia bersama kedua-dua negara tersebut.
    Sekiranya diberikan pilihan, saya memilih untuk tidak melakukan kunjungan ke luar negeri kerana saya ke sana bukan ‘makan angin’, dan tentunya memenatkan. Namun, memahami keadaan negara yang telah ketinggalan dalam beberapa lapangan yang penting seperti AI, peralihan tenaga dan transformasi digital, maka langkah ini harus dilakukan bagi menyatakan jalan kebijakan serta kesediaan Malaysia untuk diberi ruang di dalam lapangan-lapangan tersebut.
    Pentas luar negeri ini juga saya manfaatkan sebaiknya dalam mengenengahkan pendirian dan prinsip kita, terutamanya isu yang mendesak saat ini berkenaan nasib warga Palestin yang terus dizalimi setiap hari. Mesej Malaysia konsisten bahawa kita menolak sebarang bentuk keganasan terutamanya kepada kanak-kanak dan wanita dan gencatan senjata serta merta serta mempermudah serta menyemarak bantuan kemanusiaan.
    Itu antara intipati keseluruhan ucapan ringkas saya saat bertemu dengan penjawat awam dan kakitangan JPM pagi tadi.
    #MalaysiaMADANI

Комментарии • 38

  • @imanizham1205
    @imanizham1205 4 месяца назад +5

    Alhamdulillah syukur terima pmx❤ didoakan semoga Allah SWT merahmati dan memberkati usaha pmx terbaik untuk rakyat Malaysia... Amin

  • @drzuraimyali7690
    @drzuraimyali7690 4 месяца назад +8

    Alhamdulillah syukur dikurniakan seorang pemimpin yang sentiasa memberikan tausiah membangkitkan semangat juang yang luar biasa.❤ PMX Karamah AuliyaulLah Ameerul Mukminin ❤.

  • @hestypiper1062
    @hestypiper1062 4 месяца назад +5

    Alhamdulillah terbaik pmx semuga dlm blm yg suci ini semuga Allah selalu melindungi hambanya amin

  • @wen4606
    @wen4606 4 месяца назад +2

    MY PM👍👍👍

  • @wakjack7420
    @wakjack7420 4 месяца назад +4

    Alhamdulillah PM dah balek dgn selamat... Semoga lalilatul qodar menghampiri..

  • @samsolwahab7478
    @samsolwahab7478 4 месяца назад +4

    Terbaik pmx

  • @fendingat3740
    @fendingat3740 4 месяца назад +2

    Trbaekk PMX

  • @mohamadanas8419
    @mohamadanas8419 4 месяца назад +1

    Alhamdulillah

  • @PahlawanMadani
    @PahlawanMadani 4 месяца назад +2

    Salam Sejahtera buat PMX. ❤

  • @drzuraimyali7690
    @drzuraimyali7690 4 месяца назад +1

    Nampak cukup simbolik dan mempamerkan contoh kepemimpinan melalui teladan berbuka puasa semalam dengan 3 biji kurma, air kosong dan duduk bersila. Seusai berbuka terus solat maghrib berjemaah. Moga contoh teladan melalui ucapan dan tindakan pemimpin Karamah AuliyaulLah Ameerul Mukminin seperti ayahanda DSAI mampu menggarap nilai baik dan mengisbatkan tindakan seluruh ummah pada marcapada. Semoga Allah berkati usaha baik ayahanda DSAI dan seluruh kepimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia. ❤ PMX sentiasa dihati ❤. Jangan lupa iftar jamei di bumi Perlis.😊

  • @ismeradzlanoffecial4095
    @ismeradzlanoffecial4095 4 месяца назад +2

    Terbaik PMX

  • @chungsengyungdavid2030
    @chungsengyungdavid2030 4 месяца назад +4

    Malaysia ini kaya...YAB PMX...dr kedudukan geografi Malaysia..duduk ditengah2 hubungan antara barat dan timur, antara utara dan selatan....2..Malaysia tiada bencana gempa bumi/gunung berapi...dah banyak berjimat, ditambahpula kaya dengan hasil bumi.....cuma wujudnya penyamun dan penyakau selepas 15 tahun merdeka....😊😊berdoa saja untuk kebaikan Malaysia pada tindakan yang diambil....😊😊

  • @fikriakmal9232
    @fikriakmal9232 4 месяца назад +1

  • @sukrisaid5425
    @sukrisaid5425 4 месяца назад +1

    Murni Dan tulus harap an pemimpin Kepada rakyat agar dapat mengangkat martabatkan insan Dan negara... Kudus for pmx

  • @user-sx3if2sf4x
    @user-sx3if2sf4x 4 месяца назад

    alhamdulillah

  • @CitraInsan
    @CitraInsan 4 месяца назад

    ❤👍💯

  • @kamaruddindin2482
    @kamaruddindin2482 4 месяца назад

    Kalau Kita Cakap Tak Serupa Bikin, Cakap Lain Buat Lain, Kena Jawab di Akhirat.. Nasihat Terhadap Diri Saya Dah Semua..

  • @Boleh888
    @Boleh888 4 месяца назад +3

    Jika mahu tahu sikap dan perangai dan kekentalan anak2 lihatlah karakter 'bapaknya'. Majulah Malaysiaku. Negara mengerakkan perkara yang universal, para ahli politik duk sibuk perkara remeh temeh tentang 'nak berak di mana hari ini'.

  • @kokwaisheah4888
    @kokwaisheah4888 4 месяца назад +2

    😢😅😢😅😢😅 M'sia tsunami dlm cawan - jeruk budu tempayang lama2 - lama2 amalan jd budaya - Ramadhan bln suci amalan - maaf memaaf amalan Ramadhan - tumpu amalan nilai teras - negara padu mercu tanda !!!??? 👍👍👍👏👏👏🙄🙄🙄🤔🤔🤔

  • @enrashidsulong3977
    @enrashidsulong3977 4 месяца назад

    🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰

  • @wakmarross5060
    @wakmarross5060 4 месяца назад

    Bukan calang-calang saya merana demi mu & negara . If you cannot combat corruption in front of your eyes. Sad to say our beautiful country is going to drain 😢

  • @judyncororo2157
    @judyncororo2157 4 месяца назад

    MP Anwar Ibrahim Malaysia

  • @kokwaisheah4888
    @kokwaisheah4888 4 месяца назад

    😢😅😢😅😢😅 cedera perasaan luka diri - solidarity boikot miskin sekitar - pasang perangkap jerat diri - ikan mati pukat pecah - Ramadhan bln suci amalan - maaf memaaf amalan Ramadhan !!!??? 🙄🙄🙄🤔🤔🙄

  • @mdshamsulhaque9169
    @mdshamsulhaque9169 4 месяца назад +1

    Madrasha orang baik

  • @mdshamsulhaque9169
    @mdshamsulhaque9169 4 месяца назад

    Madrasha orang baik dia orang hadis faham quran faham

  • @moiramaine8986
    @moiramaine8986 4 месяца назад

    betul jugak, tak pasal2 pmx jadi famous satu dunia sebab palestin. dia plan nak tarik pelaburan masuk msia je. takpe la pmx, you can multitask 😅

  • @MWWWWWWWWWMWWWWWWWWWWWWWWWWWWM
    @MWWWWWWWWWMWWWWWWWWWWWWWWWWWWM 4 месяца назад

    🤡

  • @syamimiazlann
    @syamimiazlann 4 месяца назад

  • @mohdridzuanb.saadianwandin7187
    @mohdridzuanb.saadianwandin7187 4 месяца назад +5

    Terbaik PMX