Это видео недоступно.
Сожалеем об этом.

ORANG KITA MEMANG PEMAAF, SHUK SAHAR TIDAK LAGI DIKECAM, DEDAH NAMA KAWAN YANG BANTU MASA SUSAH

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 8 июл 2024
  • Bekas penyampai radio, Shuk Sahar bersyukur apabila kemunculan semula dalam industri seni diterima baik terutama selepas mendirikan rumah tangga bersama Fara Salleh November lalu.
    Menurut Shuk atau nama sebenarnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 38, perkara positif itu dilihat berlaku selepas ‘digam’ daripada menerima sebarang tawaran lakonan dan pengacaraan selama dua tahun iaitu ketika namanya dihambat dengan kontroversi.
    “Satu perkara yang saya bersyukur hidup di negara ini ialah rakyat Malaysia pemaaf. Saya lihat penerimaan orang sudah semakin baik.
    “Kita tahu kalau kita melakukan sesuatu yang salah mereka akan marah tetapi kalau kita buat sesuatu untuk membetulkan keadaan, mereka terbuka dan menerima.
    “Berbanding dulu kalau orang nampak kami bersama orang akan kecam, sekarang kalau muat naik foto bersama apa pun orang tak kecam, orang okey,” katanya pada sidang media Dol’s Podcast bersama Shuib dan Fizie di Tasty Chapati, di sini, hari ini.
    Berkongsi tentang rumah tangga bersama Fara, Shuk berkata, majlis pernikahannya hanya diadakan secara sederhana sahaja.
    “Kami buat secara ringkas sahaja sebab saya perlu menjaga banyak hati yang saya tak boleh puaskan.
    “Jadi saya ambil keputusan kita jalankan dulu apa yang wajib. Manalah tahu tiba-tiba ada rezeki lebih, mungkin kita boleh buat kenduri lain dan saya akan jemput,” katanya lagi.
    Terdahulu, sebelum bersama Fara, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 tetapi bercerai pada 22 Mac 2023.
    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.

Комментарии • 2