DENDENG DAGING PERAK - Warisan Tradisi Kekal di Hati, Sedap Tak Terperi Sungguh Enak Dinikmati!
HTML-код
- Опубликовано: 15 сен 2024
- DENDENG DAGING PERAK
Alhamdulillah, kali ini dapat saya berkongsi resepi Masakan Melayu tradisional yang berasal dari negeri Perak di Semenanjung Malaysia.
Bahan-bahan:
• Daging - 1 kilogram
• Bawang besar - 3 biji
• Bawang merah - 6 biji
• Bawang putih - 4 ulas
• Cili kering (direndam) - 150 gram
• Kicap pekat masin - secukupnya
• Gula merah - secukupnya (cadangan 2-3 sudu besar)
• Asam Jawa - 3 sudu besar (kemudian dibancuh dengan air)
• Serai - 2 batang
• Halia - 2 inci
• Jintan manis - 1 sudu kecil
• Garam - secukupnya
Cara menyediakannya:
• Potong daging kepada 3 bahagian dan rebus daging tersebut selama 30 minit.
• Cili kering dipotong dan rendam dengan air panas.
• Hiris kesemua bawang (bawang besar, bawang merah dan bawang putih) dan juga halia.
• Daging yang telah sejuk kemudiannya dipotong menjadi kepingan.
• Titik (tumbuk) kepingan daging tersebu dan gaulkan daging dengan kicap pekat masin.
• Perapkan daging yang digaul dengan kicap pekat masin selama 30 minit
• Seterusnya, goreng kesemua bawang dan halia yang telah dihiris, diikuti oleh cili kering dengan
menggunakan minyak yang sama. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar dan kisar hingga
sebati.
• Kemudian, goreng perapan daging tadi dengan menggunakan minyak yang sama (menggoreng
bawang, halia dan cili kering).
• Pastikan perapan daging bersama kicap pekat masin digoreng sekejap sahaja supaya ‘kicap
terkunci’ (terperangkap dan sebati) di dalam daging.
• Tumis campuran bahan-bahan kisar (bawang, halia dan cili kering) bersama lebihan minyak
gorengan perapan daging tadi.
• Masukkan bancuhan air asam Jawa, gula merah, garam, jintan manis, serai, dan daging.
• Gaul kesemuanya hingga rata dan sekata sehingga semua ramuan bersatu dan memekat.
• Padamkan api apabila dendeng daging sudah siap dimasak.
Dendeng daging...rasanya lembut, halus dan berserat…
... dagingnya cair di dalam mulut!
SELAMAT MENCUBA!
MULAKAN DARI BIASA-BIASA UNTUK MENJADI LUAR BIASA!
Semoga dengan perkongsian ini dapat memanfaatkan kita semua, insyaAllah.
Dah try buat. Sedap sangat. Terima kasih kongsi resepi❤
Sedapnya..trima ksh share ya.🙂👍
wah jd penasaran rasanya kyk gimana dendeng daging perak, pasti lezat
Terima kasih resepi.. dah cuba mmg terbaik. Sedap anak-anak semua puji
8.75/10 ⭐⭐⭐⭐
Rebus daging dgn air kelapa.
Tomato & Yogurt ada rasa masam2 manis.🙏.Kayu manis bolih menambahkan aroma.
Kuliner kena lebih kreatif.
Maksud nya masukkan yogurt sekali ker sis dlm daging tu?
Tak perlu masukan yogurt. Ikut sahaja resepi yg diberi.
Insya Allah, sedap
trm kasih share ya. 🌹
Tksh sudi kongsi resepi Smoga mnjadi Ladang Pahala yg luas d Dunia dn d Akhirat kelak
Semoga perkongsian ini memberi manfaat, terima kasih kembali.
Syukur Alhamdulillah
Smoga mnjadi Ladang Pahala yg luas d Dunia dn d Akhirat kelak
Aamiin ya Allah ya Robbal Alamiin
Yummy
Mak teh ni ika . Sedap la mak teh masak 👍👍👍👍👍
Hai, Ika. Memang sedaplah Ika. Nanti Ika cuba buat dengan mama ye sayang,
Terima kasih. Alhamdulillah , Akk guna resipi ni sahaja apabila masak dendeng. Mmg sedap keluarga puji❤
Uiii sedap tu yongg...teman nk mencoba rasanya membuat
Teringt rondangbdaging campoo mak
Asslmualaikum..slm kenal ..t.kasih perkongsian cara masak rendang negeri perak...
Waalaikumsalam..selamat berkenalan..terima kasih sudi singgah😊
meleleh air liur
Sedap ni Lia!
wahh.. bleh cuba cara nie nk beza rasa dgn teknik moyang sya. tq bg resepi.
Masya Allah, terliurnya. Daging korban ada sekilo dlm peti ais. Nnt nak cubalah. Terima kasih sudi kongsi resepi. 💕
Bestnyer. Versi rendang dendeng rupanya lain sikit drpd rendang biasa. Nampak sedap sangat. Terbaik!!!
Terima kasih, nanti bolehlah cuba
sedapnya awak merecik...bestlah awak masak....wah siap terkunci lagi....nice..sgt terliti ..masak spt org dulu... biar byk proses tapi hasil dia mmg sedap....
Terima kasih atas penghargaan😊
Tksh..resepinya..👍👍👌
Moga bermanfaat. Terima kasih kembali😊
Sy dh cuba resepi ni tadi. Alhmdulillah. Sedapp sangattt...cuma sy tambah air rebusan daging jer. Tq resepinya
Alhamdullillah.
Terima kasih atas sokongan
Mintak halal resepi ya sis....terima kasih ❤
Puan sy nk tny jintan manis perlu dikisar atau x perlu ye
Nmpk sedap..terima ksh share resepi.. nk tanya apa tujuan goreng dulu bwg n lada sebelum blend?
Hai, terima kasih. Tujuannya adalah untuk menambah manis bawang dan hilangkan maung cili. Cubalah, pasti dapat rasa perbezaannya.😊
@@masakbiasa-biasa3874 tq ye🥰
Bunyi muzik iringan tu xpa r , tp bunyi hingakkk tu mai mana pulakk...terganggu!
Saya nak tanya daging ni sebelum di rebus perlu di bersihkan dulu atau tak payah??.sebab setahu saya daging kalau tak dibersihkan dia berbau hanyir
Mesti dibersihkan terlebih dahulu😊
Kicap lemak manis,boleh? Takde kicap pekat masin. Anggaran berapa sudu kicapnya? Tksh.
Ala2 rendang gak..tq share.
Terima kasih, sudi singgah😊
Boleh try masak rendang dendeng ni pulak