Le MERIDIEN Kota Kinabalu | Dekat Todak Waterfront jer😁 | 1 King Bedroom Suite

Поделиться
HTML-код
  • Опубликовано: 10 сен 2024
  • Le Meridien Kota Kinabalu
    Dekat Todak Waterfront jer👍🏻😁
    Jenis Bilik : 1 King Bedroom Club Lounge Access
    Harga : RM861 Semalam
    Tarikh Check In : 4-6 Sept 2022 (Cuti Sekolah)
    *Aku book direct dari apps Marriott Bonvoy
    Link tentang apps dekat bawah ni👇🏻
    • Marriott Bonvoy l Temp...
    Aku Sempat buat satu lagi video 4 tempat makan viral di KK..2 kedai mkn dekat Todak Waterfront. Link kat bawah👇🏻😊
    • 4 Tempat MAKAN VIRAL d...
    ⭐️⭐️⭐️⭐️Lobi & Parking Kereta.
    Masa tu aku dtg naik Grab jer dari Airport,so terlupe pulak nak tgk parking hotel kat situ😅. Untuk Lobi dia nampak luas dan cozy. Byk seating area dengan pattern sofa yang pelbagai bentuk. Depan lobi ada restoran Latest Recipe yang luas jugak.
    ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️Bilik 1 King Bedroom Suite
    Bilik ni usah dikenang la, memang luas, ditambah pulak dengan beberapa wall mirror terus nampak lagi luas. Dekat pintu masuk ada guest washroom. Sofa di ruang tamu cukup besar utk 5 org dewasa. Ada 2 tv, katil memang selesa. Ruang letak luggage luas tapi almari sedikit kecik. Toilet dia memang best. Luas, ada 2 sinki dan bathtub serta ruang mandi yg selesa. Lg satu view bilik dia menghadap laut..memang cantik. Plus dgn kapal2 nelayan yg menghiasi sekitar tepi laut kt area situ.
    ⭐️⭐️⭐️⭐️Swimming Pool & Gym
    Bile tengok jer pool dia suasana dah macam resort pulak. Dia punya beach chair couple + payung biru mmg santai. Laluan belakang pool seakan terowong kayu plus pokok2 di keliling pool menyerlahkan lagi tema resortnya. Sblm laluan pool ada spa dia sebelah. Pool kat sini memanjang dan ada kids pool disebelah hujung. Yang bestnya boleh mandi time hujan sebab ada bumbung kanvas besar kat atas pool👍🏻😍
    Untuk Gym ruang dia nampak sedikit padat mungkin sebab banyak peralatan tapi masih ada ruang di tengah. Gym bukak 24 jam yer😉
    ⭐️⭐️⭐️Breakfast
    Aku breakfast kat Restoran Latest Recipe kat area lobi. Kawasan luas tapi pilihan food dia standard. Untuk food overall rasa dia biasa jer, Western sedap dan yg best pastry dia especially croissant icing toping mmg crunchy giler👍🏻🤤
    ⭐️⭐️⭐️⭐️Club Lounge-Evening Cocktail
    Disebabkan bilik aku ada club lounge access dpt la merasa lepak lounge kat sini. Masalahnya lounge dia pon luas kome😅 View laut dia nampak lagi jelas dan cantik sebab seluruh area lounge cover dgn cermin. Ada business area (2 pc + 1 printer). Food makan petang ringan tapi sedap dan mengenyangkan. Aku asyik tambah popia dan biskut ubi udang tu. Suasana pulak best dan privasi. Memang layan kome hihi🤤🤤
    ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️Attraction kt area Hotel
    Antara sbb utama aku pilih hotel ni ialah kawasan tumpuan KK macam Pasar Filipina, Pasar Malam Sinsuran dan Todak Waterfront betol2 depan hotel seberang jalan jer🤩 Jalan kaki 2 minit sampai dah. Memang best teruk..sampai ke malam kitorg pusing2 kt sini😅makan seafood tak henti-henti hahaha🤭😍
    Kalau nak tgk tempat makan viral di KK kome bleh tgk video kat bawah ni👇🏻😊
    ⭐️⭐️⭐️⭐️Hotel ni ok tak?
    Overall memang puas ati dok sini. Dekat sgt dgn tempat attraction dan makan seafood Kota Kinabalu. Bilik best,layanan staf sgt baik, lepak lounge pon rileks dan privasi. Yang tak best sebab Hujan jer time pegi sana ari tu tapi aku redah jer tak peduli,payung kan ada hotel sediakan hihi😬
    Semoga dengan sedikit perkongsian aku ni dapat memberi info dan manfaat kat kome semua😉
    In Shaa Allah kita berjumpe lagi pada next video👌🏼😍
    Tools yg aku gune :
    1) Iphone 11
    shopee.com.my/...
    2) Gimbal Zhiyun Smooth XS -
    shopee.com.my/...
    3) Ulanzi VL-49 (Lighting) -
    shopee.com.my/...
    4) Ulanzi PT-13 (Mount lighting dekat gimbal)
    shopee.com.my/...
    5) Comica Boom XD MI (Wireless Mic for iphone)
    shopee.com.my/...
    6) DJI MINI SE (Drone)
    shopee.com.my/...
    7) Gopro Hero 7 Black
    shopee.com.my/...
    Music yg aku guna dekat Video :
    www.epidemicso...

Комментарии • 56